Anda di halaman 1dari 10

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG

Mengkaji filsafat Islam tidak semudah membalikan tangan, ia sarat dengan muatan
teologis dan historis. Secara historis, tarik-menarik kepentingan bahwa orintasi filsafat itu
berasal dari Yunani atau dari Islam adalah fakta yang tidak bisa dihindari. Begitu pula,
dalam tataran teologis, penerimaan filsafaat kerap berbenturan antara keimanan dan
pemikiran liberal filsafat.

Munculnya ilmu filsafat pada masa silam yang telah dipopulerkan oleh beberapa
tokoh filsafat Yunani kuno yakni diantaranya Heraklitos, Plato, Aristoteles dan
sebagainya telah menjadi sebab lahirnya para filsuf muslim, diantaranya adalah al-Kindi,
Ibn Sina, Ibn Rusyd, al-Farabi dan lain-lain.

Peradaban Islam muncul tidak lepas dari berbagai pemikiran yang berkembang dalam
Islam. Berbagai pemikiran yang muncul tersebut biasa disebut filsafat Islam. Pemikiran
yang berkembang dalam filsafat Islam memang didorong oleh pemikiran filsafat Yunani
yang masuk ke Islam. Namun, hal itu tidak berarti bahwa filsafat Islam adalah nukilan
dari filsafat Yunani. Filsafat Islam adalah hasil interaksi dengan filsafat Yunani dan yang
lainnya. Hal itu dikarenakan pemikiran rasional umat Islam telah mapan sebelum
terjadinya transmisi filsafat Yunani ke dalam Islam.

Al-Farabi adalah penerus tradisi intelektual al-Kindi, tapi dengan kompetensi,


kreativitas, kebebasan berpikir dan tingkat sofistikasi yang lebih tinggi lagi. Jika al-Kindi
dipandang sebagai seorang filosof Muslim dalam arti kata yang sebenarnya, Al-Farabi
disepakati sebagai peletak sesungguhnya dasar piramida studi falsafah dalam Islam yang
sejak itu terus dibangun dengan tekun. Ia terkenal dengan sebutan Guru Kedua dan
otoritas terbesar setelah panutannya Aristoteles.

Tujuan filsafat dan agama bagi Al-Farabi adalah sama, yaitu mengetahui semua
wujud. Hanya saja filsafat memakai dalil-dalil yang yakini dan ditujukan kepada

1
golongan tertentu, sedang agama memakai cara iqna’I (pemuasan perasaan) dan kiasan-
kiasan serta gambaran,dan ditujukan kepada semua orang, bangsa dan negara.

1.2 RUMUSAN MASALAH


1. Bagaimana biografi Al-Farabi dan apa saja karyanya?
2. Bagaimana filsafat Al-Farabi?

1.3 TUJUAN MASALAH


1. Mengetahui biografi Al-Farabi dan karya-karyanya.
2. Mengetahui pemikiran filsafat al farabi.

2
BAB II
PEMBAHASAN

2.1 AL-FARABI

A. BIODATA
Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad B Turkhan bin al-
Uzalagh al-Farabi.Beliau dikenali dengan nama Alpharabius di Barat.Beliau
berketurunan Parsi. Beliau mendapat gelaran Al-Farabi kerana kelahirannya di Farab
yang juga disebut Kampung Utrar.Daerah ini dahulunya termasuk dalam wilayah Iran
namun kini termasuk ke dalam wilayah Republik Uzbekistan yang merupakan daerah
Turkestan Rusia.Bapa beliau merupakam seorang jeneral yang memiliki posisi
penting di Parsi manakala ibu beliau berdarah Turki asli. Berdasarkan catatan dari
Awarudin Harahap yang bertahun 1981, Al-Farabi dilahirkan pada tahun 258 H
bersamaan 870 M di dalam keluarga yang berada dan dipenuhi dengan
kesenangan.Tetapi kehidupan beliau tidak dipengaruhi dengan kemewahan, bahkan
beliau lebih suka memikir perkara metafizik walaupun berada dalam bidang fiqh yang
membolehkan beliau menjawat jawatan qadhi tetapi bidang itu tudak memberi
kepuasan kepada dirinya.

Beliau akhirnya mengembara menuju Baghdad dan mempelajari ilmu mantik


daripada Abi Basyar Ibn Bata dan kemudiannya daripada Yuhana b Hailan di Haran.
Beliau tekun mempelajari falsafah walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun.
Beliau meminati untuk menyingkap perkara yang kabur dan caranya ialah dengan
melakukan pengembaraan.Beliau mahir menguasai banyak bahasa di antaranya ialah,
bahasa Arab, Turki dan Parsi serta menguasai muzik secara teori dan
praktikal.Diriwayatkan beliau tidak mengambil berat masalah dunia seperti pakaian,
tempat tinggal bahkan beliau telah meninggalkan jawatan qadhi yang disandang di
negerinya.Beliau selalu keluar waktu malam bagi mencari tempat-tempat berpokok
dan berair bagi membaca dan mendengar muzik.

Beliau coba menyatukan pendapat Aristo dan Plato serta Aristo


dan.Galinousdan antara semua mereka dengan ajaran islam.Tindakan beliau
bagaimanapun telah dikritik oleh Hibbatullah Ibn Albarakah Al Baghdadi dengan

3
bantuan pemikiran Al Ghazali kerana sealiran dengan Aflutin.Al Baghdadi
menyifatkan falsafah beliau sebagai bertabiat Aflutin tetapi bersifat Aristo.Hal ini
disebabkan Al-Farabi bergantung kepada karya-karya yang telah diselewengkan.

B. SUMBANGAN AL-FARABI
Karya al-Farabi kebanyakannya telah hilang dan yang sampai kepada kita hari
ini hanyalah beberapa potongan ayat dan ada antaranya bertentangan antara satu sama
lain dan memerlukan kepada penyusunan yang baru.Karya beliau telah sampai pada
angka 117 termasuk buku dan risalah.Ianya mencakupi mantiq, pendidikan, nature,
ilmu ketuhanan, akhlak, politik, falsafah, matematik, kejuruteraan, perbahasan dan
astronomi.Buku yang paling bermutu ialah ensiklopedia yang bernama ‘ihksou al
Ulum yang dianggap karya terpenting berbahasa Arab dalam penyusunan ilmu.

Sebagai pembangun sistem filsafat, ia telah membaktikan diri untuk


berkontemplasi, menjauhkan diri dari dunia politik walaupun menulis karya-karya
politik yang monumental.Ia meninggalkan risalah penting.Filsafatnya menjadi acuan
pemikiran ilmiah bagi dunia Barat dan juga Timur.Selama sepeninggalnya, Al-Farabi
hidup di tengah kegoncangan masyarakat dan politik Islam.Pemerintah pusat
Abbasiyah di Baghdad sedang berada dalam kekacauan di bawah pimpinan khalifah-
khalifah Radli, Muttaqi, Mustakfi.Pada ketika itu kemunculan negara-negara di
daerah yang mengambil alih kekuasaan.Al-Farabi dengan cemas hati melihat
perpecahan khalifah dan kemunduran masyarakat Islam.Seperti yang dinyatakan
beliau tidak aktif dalam bidang politik, tetapi tetap memberikan kontribusi pemikiran
dengan menulis buku politik untuk memperbaharui tata negara.Pembaruan itu
menurutnya hanya dapat berhasil apabila sudah berakar kukuh dalam fondasi filsafat.

Beliau meninggalkan sejumlah besar tulisan penting.Karya al-Farabi dapat


dibagi menjadi dua, satu antaranya mengenai logika dan mengenai subjek
lain.Tentang logika al-Farabi mengatakan bahawa filsafat dalam erti penggunaan akal
fikiran secara umum dan luas adalah lebih dahulu daripada keberadaan agama, baik
ditinjau dari sudut waktu mahupun dari sudut logik.Dikatakan lebih dahulu dari sudut
pandang waktu, kerana al-Farabi berkeyakinan bahawa masa permulaan filsafat,
dalam erti penggunaan akal secara luas bermula sejak zaman Mesir Kuno dan

4
Babilon, jauh sebelum Nabi Ibrahim dan Musa.Dikatakan lebih dahulu secara logika
kerana semua kebenaran dari agama harus difahami dan dinyatakan, pada mulanya
lewat cara-cara yang rasional, sebelum kebenaran itu diambil oleh para Nabi.

Karya al-Farabi tentang logika menyangkut bahagian-bahagian berbeza dari


karya Aristotles Organon, baik dalam bentuk komentar mahupun ulasan panjang.
Kebanyakan tulisan ini masih berupa naskah dan sebahagian besar naskah-naskah ini
belum ditemukan.Manakala karya dalam kelompok kedua menyangkut pelbagai
cabang pengetahuan filsafat, fizik, matematik dan politik.Kebanyakan pemikiran yang
dikembangkan oleh al-Farabi sangat berafiliasi dengan sistem pemikiran Hellenik
berdasarkan Plato dan Aristoteles.

Diantara judul karya al-Farabi yang terkenal adalah :

- Maqalah fi Aghradhi ma Ba’da al-Thabi’ah

- Ihsha’ al-Ulum 25

- Kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadhilah

- Kitab Tahshil al-Sa’adah

- ‘U’yun al-Masa’il

- Risalah fi al-Aql

- Kitab al-Jami’ bain Ra’y al-Hakimain : al-Aflatun wa Aristhu

- Risalah fi Masail Mutafariqah

- Al-Ta’liqat

- Risalah fi Itsbat al-Mufaraqat

5
Al-Farabi menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan.Pada tahun 1890
Dieterici menterjemahkan beberapa risalah pendek al-Farabi, umumnya yang
berkaitan dengan sains.Bukunya yang merupakan sumbangan terhadap sosiologi
adalah Risalah fi Ara Ahl al-Madinah al-Fadilah yang kemudian diedit dan
diterjemahkan oleh Dieterici sebagai Philosophia de Araber dan Der Mustarstaat Von
Al-Farabi.Buku penting lain yang diterjemahkan kepada pelbagai bahasa Barat adalah
Musiqi al-Kabir dan Ihsa al-Ulum, sebuah karya ensiklopedia yang kemudian banyak
berpengaruh atas penulis Barat.

C. Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Menurut Al-Farabi


Al-farabi telah memberikan klasifikasi tentang ilmu pengetahuan dalam tujuh
bahagian iaitu logic, percakapan, matematik, fizik, metafizik, politik dan ilmu fikhi
(jurisprudence).Ketujuh-tujuh ilmu pengetahuan ini telah melingkupi seluruh
kebudayaan Islam pada masa itu.Ilmu pengetahuan tentang percakapan yang dikenali
sebagai ilmu al-lisan, dibahaginya pula kepada tujuh bahagian iaitu bahasa
gramatika, syntax (ilmu tarkib al-kalam), syair, menulis dan membaca.Aturan ilmu
bahasa yang mencakupii kesemua pembahagian ini merupakan tujuh bagian pula
iaitu ilmu kalimat mufrad, ilmu kalimat yang dihubungkan oleh harf el-jar
(proposition), undang-undang tentang penulisan yang benar, undang-undang tentang
pembacaan yang betul dan aturan tentang syair yang baik.
Politik dikatakannya juga sebagai ilmu sipil yang menjurus kepada etika dan
politik.Filusuf-filusuf Islam menukarkan perkataan Politeia dari bahasa Yunani
dengan perkataan Madani.Erti perkataan ini adalah sipil yang berhubungan dengan
kota.Ilmu agama dibahagikan kepada fikih (Yurisprudence) dan kalam
(theology).Ilmu kalam ada dua cabangnya yang kemudian dimasukkan menjadi ilmu
agama, adalah pengetahuan baharu yang dimasukkan ke dalam Islam.Klasifikasinya
dalam perincian ilmu pengetahuan dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Ilmu bahasa iaitu syntaksis, gramatik, pengucapan dan tuturan, dan puisi.
2. Logik iaitu pembahagian definisi dan komposisi gagasan-gagasan yang
sederhana.
3. Sains persiapan;
a. Aritmeti iaitu praktis teori

6
b. Geometri iaitu praktis teori
c. Optik
d. Sains tentang langit merupakan astrologi, gerak dan susuk benda-benda langit.
e. Musik ialah praktis teori
f. Ilmu tentang timbangan.
g. Ilmu membuat alat-alat pembuatan mesin-mesin dan instrumen-instrumen
sederhana untuk digunakan dalam pelbagai seni dan sains seperti astronomi
dan muzik.

4. Fisika yang merupakan sains alam, metafizik iaitu sains yang berhubungan
dengan Tuhan dan prinsip-prinsip kebendaan.
Fizik :
a. Ilmu tentang prinsip-prinsip yang mendasari benda-benda alam.
b. Ilmu tentang sifat dan ciri elemen, dan prinsip yang mengatur kombinasi
elemen menjadi benda.
c. Ilmu tentang pembentukan dan kerusakan benda.
d. Ilmu tentang reaksi yang terjadi pada elemen-elemen dalam membentuk
ikatan.
e. Ilmu tentang benda-benda ikatan yang terbentuk dari empat elemen dan sifat-
sifatnya.
f. Ilmu mineral.
g. Ilmu tumbuhan
h. Ilmu Hewan

Metafizik :
a. Ilmu tentang hakikat benda.
b. Ilmu tentang prinsip-prinsip sains khusus dan sains pengamatan.
c. Ilmu tentang benda non-jasadi, kualitas-kualitas dan ciri-cirinya yang
akhirnya menuju kepada ilmu tentang kebenaran, yaitu mengenai Allah yang
salah satu nama-Nya ialah kebenaran(al-Haqq).

5. Ilmu kemasyarakatan:
a. Jurisprudensi
b. Retorik

7
D. Hukum Mempelajari Ilmu Pengetahuan Menurut Al-Farabi

Islam mengharuskan setiap pemeluknya untuk berusaha menjadi ilmuwan


dalam bidang tertentu sejauh yang dapat mereka capai dalam ilmu pengetahuan.Lebih
jauh mereka menemukan sejarah tokoh-tokoh agama, salah satunya adalah al-Farabi
yang telah berhasil membuka jalan kepada kunci ilmu pengetahuan, di mana manusia
memperoleh keberkahan dan manfaat yang tak ternilai harganya.

8
BAB III
PENUTUP

3.1 KESIMPULAN
Sains dan Teknologi dalam Islam adalah sebagai sarana (tools) untuk
mencapai kebahagiaan dunia akhirat dan sebagai kunci kebangkitan Islam oleh
kerana itu umat Islam perlu meletakkan sains dan teknologi sebagai keperluan
asas bukan menengah. Mempelajari sains dan teknologi sama wajibnya dengan
amalan fardhu yang lain seperti solat, puasa dan zakat.
Sains dan tekonologi dalam Islam harus didasari dengan nilai-nilai agama
yang universal agar dapat memberikan kemaslahatan bagi umat manusia, sains
dan teknologi yang tidak didasari noleh nilai-nilai agama pasti akan membawa
kehancuran, kerosakan dan kesengsaraan bagi umat manusia.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba
boleh.Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan
kehidupan manusia hari ini.Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan
negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari
penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.Abu
Nashr Muhammad juga merupakan salah satu tokoh filosof muslim yang banyak
dikenal di dunia Barat dengan sebutan al-Parabius atau guru kedua setelah
Aristoteles sebagai guru pertama.Banyak pemikiran-pemikiran al-Farabi yang
diambil dari Aristoteles, akan tetapi al-Farabi tidak hanya menerima begitu
saja.Beliau dalam menelaah pemikiran Aristotles selalu dihubungkan dengan al-
Qur’an dan Hadis.Seperti pendapat Aristotles yang menyatakan bahwa dunia ini
kekal, tetapi menurut al-Farabi dunia ini tidak akan selamanya kekal kerana al-
Farabi masih mempercayai bahawa akan adanya hari kiamat, maka beliau
berpendapat bahwa dunia ini tidak akan kekal selamanya.

3.2 SARAN
Banyak tokoh ilmuwan islam yang berperan dalam berbagai bidang dan aspek
filsafat ilmu pengetahuan dan teknologi salah satunya tokoh filsafat ilmu
pengetahuan Al-Farabi yang ikut menggagas ide atau gagasan pokok yang beliau
tuangkan dalam karya

9
DAFTAR PUSTAKA

http://adenasution.com/2012/06/01/sumbangan-cendikiawan-muslim-terhadap-sains-
teknologi/

http://newtamadunislam.blogspot.com/2016/09/tokoh-al-farabi-dalam-sains-dan.html

https://ighoelmachete.wordpress.com/2012/12/06/pemikiran-filsafat-al-farabi-dan-
hubungannya-dengan-pemikiran-filsafat-barat/

10

Anda mungkin juga menyukai