Anda di halaman 1dari 8

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Nur Shamimi Yasmin Binti Shahrudin

Kursus & Ambilan : ISMP Matematik

Tempoh Praktikum : 8 Minggu

Pengkhususan : Pendidikan Matematik

Nama Guru Pembimbing : Pn Aida Mustapa

Nama Pensyarah Pembimbing : PM Dr Nor’ain Tajudin

Catatan Minggu ke 3 (Tarikh: 18 Julai 2019)

Masalah/ Isu/ Peristiwa yang difokuskan

Pada minggu ketiga bertarikh 18 Julai 2019, pensyarah pembimbing telah datang ke
SMK Raja Permaisuri Bainun, iaitu sekolah dimana saya jalankan latihan praktikum
saya. Saya tiba di kelas agak lewat dan menyebabkan pensyarah saya menunggu
saya selama 5 minit. Saya berasa amat kesal namun ia adalah masalah yang sukar
dielak kerana saya mengajar kelas yang lain ada waktu sebelumnya. Namun, saya
akan cuba memperbaiki untuk latihan mengajar akan datang.

Antara masalah ketara yang saya hadapi pada waktu ini ialah, semasa set induksi
saya telah menjalankan induksi yang tidak berkait dengan topik yang ingin
dipelajari. Aktiviti yang saya jalankan ialah teka teki tajuk, dimana saya meminta
pelajar menampal bahan-bahan yang telah disediakan di dalam kotak dan meminta
pelajar meneka topik yang akan dipelajari. Aktiviti tersebut sememangnya mampu
menarik perhatian pelajar namun ia tidak mampu menghubungkan pelajar dengan
topik yang dipelajari.

Selain itu, saya juga kurang memberi penekanan dan kurang berkomunikasi dengan
pelajar terutamanya setiap kali saya bersoal jawab dengan mereka. Saya tersedar
akan perkara ini apabila pelajar mula bertanya “so cikgu..ni betul ke tak ni..? cikgu
tak bagitahu pon tadi..” Semasa set perkembangan dijalankan, terdapat teknik
penting yang perlu diajari iaitu Teknik Won. Menurut pensyarah saya, saya
mengajar dengan sangat laju kerana saya menganggap teknik itu mudah. Namun,
apabila disoal pelajar di belakang, mereka masih keliru dan memerlukan bantuan
semasa menggunakan teknik tersebut.

Saya juga dapati diri saya kurang berkomunikasi dengan pelajar. Saya tidak peka
dalam mecari ruang untuk menyelitkan jenaka. Misalnya, saya boleh bertanya
tentang topik yang sedang dibentangkan pelajar bagi menggalakkan komunikasi
pelbagai hala, namun saya hanya mendengar untuk menilai pembentangan mereka.
Saya amat kesal dengan sikap saya. Seterusnya, sewaktu penekanan hasil
pembelajaran, saya meminta wakil pelajar untuk membacakan hasil pembelajaran
namun tidak semua pelajar fokus dengan apa yang dibacakan oleh rakan sekelas
mereka. Mereka nampak kepenatan dan tidak sabra menunggu waktu rehat. Saya
mendapati saya kurang bersedia daripada sudut pengajaran. Guru yang berkualiti
semestinya mampu untuk menarik minat pelajar dalam pengajarannya. Kajian
Rohani et al. (2010) kualiti amalan guru dan hubungan yang baik dengan pelajar
akan dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran sekaligus dapat
mempertingkatkan mutu akademik berbanding mencari kelemahan tingkah laku.

Analisis masalah/ Isu/ Peristiwa

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita banyak lihat usaha yang dijalankan oleh
kementerian serta kerajaan bagi memperkukuh lagi proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sudah terlalu banyak cara dan kaedah yang diperkenalkan
untuk membantu guru meningkatkan prestasi pelajar dalam kelas. Namun, sering
sahaja guru mengambil tidak endah dan memilih jalan mudah untuk mengajar
pelajar. Gaya pembelajaran pendidikan abad ke-21 (PAK21) merupakah salah satu
kaedah pembelajaran yang mudah dan berkesan untuk digunakan. Set induksi saya
merupakan sebuah set induksi yang melibatkan komunikasi pelbagai hala dan guru
hanya bertindak sebagai fasilitator. Penggunaan PAK21 di dalam pengajaran
haruslah dirancang dengan baik agar proses pengajaran berjalan lancar.
Menurut Raedah Md Amin (2013), guru yang tidak berjaya dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan negatif kepada pelajar. Proses
penyampaian ilmu kepada pelajar berjalan dengan tidak lancar dan kurang berhasil.
Oleh itu, perancangan sebelum pengajaran haruslah dibuat bagi memastikan PdPC
berjalan dengan lancar. Berkomunikasi merupakan suatu aktiviti yang tidak dapat
dielakkan dan sekiranya tidak dibuat kita akan berasa sunyi. Sekolah merupakan
tempat dimana komunikasi merupakan perkara yang amat penting khususnya dalam
bilik darjah. Kelemahan guru berkomunikasi akan menyebabkan objektif pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang akan gagal, malah ia akan menyebabkan pelajar
mengalamai rasa tidak puas hati, marah dan kecewa terhadap guru. Mohd Kharudin
Abdullah (2014), menyatakan bahawa setiap guru perlu bijak dalam menyusun
strategi agar suasana komunikasi antara guru dan murid dapat berlaku secara
harmonis, saling bantu-membantu, hormat-menghormati supaya tidak timbul
sebarang masalah atau konflik.

Cadangan Penyelesaian

Bagi memastikan set induksi, perkembangan serta penutup berjalan dengan lancar,
saya akan berusaha untuk merancang pengajaran dengan teliti dan lebih awal. Saya
juga akan meletakkan diri saya di posisi pelajar bagi mengetahui kesesuaian aktiviti
yang dijalankan, sama ada akan berkait dengan topik atau tidak. Aktiviti yang
dijalankan haruslah berkait dengan silibus yang diajar serta mampu menarik minat
dan perhatian pelajar.

Daripada sudut komunikasi, saya akan sentiasa memperbanyakkan pertanyaan untuk


pelajar. Saya juga akan menggalakkan perbincangan sesama rakan sekelas. Apabila
pelajar mula berbincang sesama rakan, suasana kelas akan lebih hidup dan proses
mendapatkan maklumat juga lebih lancar. Saya juga akan mencuba sebaik mungkin
untuk mendengar pendapat dan suara pelajar semasa pengajaran berlangsung.

Sebagai tambahan, bagi menggalakkan pelajar aktif semasa berada dalam kelas, saya
akan sering memberikan kata-kata semangat seperti “pandainya kamu” dan
sebagainya setiap kali pelajar memberikan jawapan dan menunjukkan tingkah laku
yang positif.
Tempoh Penyelesaian

19/07/2019 hingga 25/07/2019

Tindakan Susulan

Saya sentiasa teliti dalam merancang pengajaran bagi mengelakkan kesilapan yang
sama berulang lagi. Set induksi saya lebih kearah mengingati topik yang lepas atau
penggunaan teknologi iaitu menonton video animasi serta video-video menarik yang
membantu menjentik sedikit minda pelajar tentang topik yang bakal dipelajari. Saya
juga sering bertanya pendapat pelajar dan banyak berkomunikasi dengan pelajar
semasa menerangkan sesuatu. Hal ini kerana, pelajar lebih mengingati perkara yang
diucapkan dengan sendiri. Selain itu, saya juga banyak menjalankan aktiviti yang
melibatkan banyak komunikasi sesama pelajar dan juga guru.

Kesimpulan

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang awal, akan menghasilkan sesi PdPc
yang lancar dan proses menerima dan menyampaikan maklumat juga lebih mudah.
Komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar, serta pelajar dengan pelajar
memainkan peranan penting bagi memastikan suasana hidup dalam kelas. Pelajar
juga akan lebih fokus dan menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran. Hal ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti seorang guru dan meningkatkan
prestasi pelajar.
Catatan Minggu ke 8 (22 Ogos 2019)

Masalah/ Isu/ Peristiwa yang difokuskan

Pada minggu kelapan bertarikh 22 Ogos 2019, pensyarah pembimbing saya telah
datang untuk penyeliaan kali kedua. Topik yang saya ajarkan pada waktu ialah Unit
8 iaitu Bulatan III sebagai kelas ulangkaji untuk persediaan peperiksaan yang akan
dijalankan dalam masa terdekat. Standard kandungan yang difokuskan adalah tangen
pada bulatan.

Antara masalah yang ketara semasa PdPc berjalan, saya kurang menerapkan
pemikiran aras tinggi (KBAT) sepanjang kelas berlangsung. Saya telah menyediakan
teka teki silang kata sebagai ulangkaji ciri-ciri bulatan. Namun, saya tidak
menyediakan sebarang soalan atau pertanyaan yang mampu membantu pelajar
membentuk kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu, saya juga sepatutnya menggalakkan interaksi dua hala antara pelajar
dengan pelajar kerana aktiviti teka teki silang kata merupakan aktiviti individu. Hal
ini kerana, saya menganggap waktu amat singkat. Saya berasa amat kesal kerana
hanya ingin mengejar masa bagi memastikan target objektif tercapai. Pelajar juga
masuk lewat ke dalam kelas keranan menghadiri makmal pada waktu sebelumnya.
Namun, hal ini tidak sepatutnya dijadikan alasan.

Analisis masalah/ Isu/ Peristiwa

Kemahiran berfikir murid merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting
untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke-21. Sebagai seorang guru, seharusnya guru mencipta ruang atau
peluang untuk pelajar mengembangkan tahap kemahiran berfikir aras tingginya.

“ Penekanan KBAT dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan suatu usaha
kerajaan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan kemahiran berfikir
pelajar supaya pelajar tidak hanya menghafal tetapi memahami apa yang
dipelajari dan boleh berfikir dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan
dan refleksi seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi
sebenar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014)”

(Chew Bee Gek, 2017)

Di persekitaran sekolah, guru merupakan individu yang mempunyai mandat untuk


mengajar dan mendidik anak murid menjadi seseorang yang seimbang daripada segi
intelek dan juga kemahiran bersosialnya. Kemahiran bersosial yang dimaksudkan
merupakan kemahiran bersosial positif sesama pelajar. Kemahiran bersosial positif
terjadi apabila dua pelajar membincangkan hal pelajaran atau berilmiah semasa
berinteraksi.

Menurut Mohd Amerul Akmal Mohd Yunos (2014), sekiranya pengajaran yang
dismapaikan melibatkan kolaborasi antara murid dengan murid, proses penyampaian
maklumat akan menjadi lebih mudah. Selain itu, ia juga mampu mengekalkan tahap
fokus seseorang pelajar semasa berada di dalam kelas.

Cadangan Penyelesaian

Bagi memastikan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dapat diasah, guru perlu
mengurangkan gaya pembelajaran konvensional dalam PdPc. Guru haruslah
menggalakkan interaksi dalam kelas dan sentiasa mengutarakan soalan berbentuk
KBAT sepanjang kelas. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru
didapati sukar meningkatkan dan memaksimumkan pemikiran kritis dan kreatif
pelajar dan seterusnya pelajar tidak berkeupayaan meneroka pemikiran sendiri
(Walia, 2012)

Interaksi pelajar dengan pelajar dapat dicipta dengan mewujudkan gaya


pembelajaran berbentuk pasangan atau kumpulan seperti strategi pembelajaran
kolaboratif atau kooperatif. Menurut Tham dan Tham (2013), pembelajaran
kolaboratif merupakan salah satu strategi pembelajaran yang paling efektif dalam
membentuk kemahiran komunikasi terhadap para pelajar. Strategi ini menyokong
para pelajar untuk membantu rakan-rakan lain semasa PdPc sedang berlangsung dan
secara tidak langsung guru akan mewujudakan komunikasi antara pelajar.
Tempoh Penyelesaian

23/08/2019 hingga 26/08/2019

Tindakan Susulan

Saya sentiasa menjalankan aktiviti pembelajaran pada waktu induksi atau penutup
dengan menggunakan strategi pembelajaran kolaboratif. Saya akan memastikan
pelajar bertukar pasangan untuk setiap kelas bagi meningkatkan perpaduan antara
pelajar di samping mengajar pelajar untuk tidak bersikap berat sebelah dalam
memilih pasangan. Aktiviti yang dijalankan juga melibatkan soalan berbentuk KBAT
agar pelajar dapat meneroka pemikiran sendiri bersama-sama. Soalan yang diberikan
juga harus diselesaikan dalam masa ayang singkat agar tidak menggangu set
perkembangan dalam pengajaran. Dengan memberikan soalan berbentuk KBAT dan
meminta pelajar melaksanakan secara kolaboratif saya dapat mengatasi dua isu
tersebut.

Kesimpulan

KBAT memerlukan seorang guru yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang.
Oleh itu, seorang guru haruslah sentiasa bersedia untuk menghasilkan soalan yang
menguji minda dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Strategi pembelajaran
koperatif juga memberi manfaat kepada pelajar apabila didedahkan dengan pelajar
pelbagai latar belakang keluarga. Melalui pembelajaran kolaboratif juga proses
pembelajaran berkembang dalam persekitaran sosial yang positif melibatkan
perdebatan antara rakan dan sebagainya.
RUJUKAN

Chew Bee Gek (2017). Pengetahuan dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru teknik dan vokasional. Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohd Amerul Akmal MOhd Yunos (2014). Strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran
autentik bagi pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi teknologi
APPS. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 11(13).

Raedah Md Amin. (2013). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran Sekolah Rendah Kebangsaan di
zon bandar daerah Kota Tinggi (Ijazah Sarjana). Universiti Teknologi Malaysia

Suresh Kumar N Vellymalay. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam merangsang
kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah. Ilmi, (6).

Anda mungkin juga menyukai