Anda di halaman 1dari 2

Sesuatu penciptaan atau inovasi itu mesti ada kebaikan dan keburukan.

Begitu juga dengan penggunaan


teknologi dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia
pendidikan, namun ianya juga membawa beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang
timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan
guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan maklumat yang terdapat dalam internet
tidak ditapis dan hal ini akan merosakkan pemikiran generasai-generasi akan datang. Terdapat beberapa
keburukan penggunaan ict dalam bidang pendidikan.

Memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar

Hal ini dikatakan demikian adalah kerana, kebanyakkan tugas yang memerlukan kemahiran seperti
melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas
dan kehilangan kemahiran tertentu dengan meningkatkan kebergantungan kepada komputer. Mereka
akan mengharapkan kecanggihan komputer untuk menyelesaikan tugas mereka. Selain itu, pelajar akan
menjadi leka dan malas kerana pada zaman ini mereka sangat terdedah dengan permainan video yang
boleh dibawa kemana- mana sahaja dengan menggunakan peranti mudah alih seperti ipad, tablet,
telefon bimbit dan sebagainya. Hal ini menyebabkan mereka kurang memberikan tumpuan dalam
pelajaran kerana otak mereka sentiasa memikirkan permainan yang ada di dalam tablet mereka.

Kecelaruan penggunaan bahasa

Kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa yang betul semasa mereka
menulis. Mereka sering menggunakan istilah yang direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnya
menjadi ikutan kepada para pelajar. Jika tiada pemantauan oleh ibu bapa atau guru, pelajar-pelajar ini
akan terus mengunakan bahasa yang salah ini disepanjang hidupnya. Akibat yang paling ditakuti adalah
mereka menggunakan kata-kata kesat yang mereka dengar untuk berinteraksi dengan orang lain. Di
samping itu juga kekerapan menonton televisyen juda dapat melemahkan kemahiran berbahasa, ciri
visual televisyen menyekat perkembangan bahagian sebelah kiri otak yang penting untuk kemahiran
pembelajaran bahasa. Hal ini kerana kebanyakkan drama, kartun yang disiarkan banyak menggunakan
bahasa pasar. Hal ini dapat menghakis penggunaan bahasa dalam diri pelajar. Dalam satu persidangan
terapis percakapan di London mendedahkan bahawa televisyen membataskan dan menghadkan
keupayaan kanak-kanak bertutur dan memahami Bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa boleh dirangsang
dengan baik melalui pembacaan dan penyertaan dua hala yang aktif dalam perbualan dan aktiviti
bermain bukannya dengan menonton televisyen.
Masalah plagiarism

Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka
'copy paste' maklumat yang dicari daripada internet tanpa menyedari samada ia telah melanggar hak-
hak pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini berlanjutan dengan wujudnya maklumat yang
berlambak dalam internet yang senang diperolehi oleh seseorang pelajar dengan hanya satu klik tanpa
diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan
kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu mudah dengan hanya menggunakan arahan file dan
hanya dengan menekan 'copy and paste'. Semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah
otak.

Membantutkan perkembangan sosial

Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga
keburukan dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk
dihadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan bersosial samada dalam keluarga atau masyarakat.
Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain.
Mereka juga kurang memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan
pembangunan kejayaan mereka. Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut dimana mereka
hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi
pelajar yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Dengan hanya bermain permainan
komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri pelajar dengan masyarakat kerana
mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti di luar rumah. Perkara ini juga akan
memberi impak yang besar kepada pelajar-pelajar apabila mereka dewasa kelak.

Anda mungkin juga menyukai