Anda di halaman 1dari 2

SCAFFOLD ERECTOR

1.0 Pengenalan
Scaffolding atau Perancah merupakan sebuah struktur sementara yang
direkabentuk dan dibina bagi kegunaan tertentu. Ianya amat berguna terutama
apabila melibatkan kerja-kerja pembinaan (construction) dan melaksanakan
kerja-kerja di tempat tinggi. Dari sudut kejuruteraan, scaffolding ini merupakan
ilmu yang cukup bermanfaat bagi kehidupan kita. Tanpa scaffolding, sudah
pasti bangunan-bangunan sukar untuk dibangunkan dan kerja-kerja di tempat
tinggi juga tidak dapat dilakukan.

Pengendali perancah adalah orang yang bertanggungjawab memasang,


merombak dan menyenggara perancah. Peruntukan 74(1) Peraturan-
Peraturan (Pengendalian Pembinaan Bangunan dan Kerja Bina Kejuruteraan
(Keselamatan)) Kilang dan Jentera,1986 mensyaratkan bahawa semua kerja-
kerja memasang, merombak atau mengubahsuai perancah hendaklah
dilakukan di bawah penyeliaan ‘designated person‘ iaitu orang kompeten yang
dilantik oleh majikan untuk menyelia atau memeriksa kerja-kerja tersebut.

Bagi tujuan pendaftaran dengan Jabatan ini, pengendali perancah adalah


dikehendaki menghadiri kursus sebagai pengendali perancah di pusat pengajar
yang diiktiraf oleh JKKP. Setiap pusat pengajar yang ingin menganjurkan
kursus tersebut adalah perlu terlebih dahulu mendapatkan pengiktirafan
daripada JKKP .

2.0 Kelayakan Dan Pengiktirafan


Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan
dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka
sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat
pendaftaran mengikut kesesuaian.

3.0 Kandungan kursus


 Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja /
bengkel dan asas bantuan kecemasan
 Pemilihan komponen perancah
 Amalan-amalan keselamatan diri / persekitaran / peralatan di tapak binaan
 Kerja-kerja pembinaan perancah jenis putlog, independent, tower, birdcage
dan trestle
 Mengangkat dan menurunkan komponen perancah secara manual dan
mekanikal
 Pemasangan perancah komponen keselamatan / sistem tupang
 Menanggalkan komponen keselamatan / sistem tupang
 Menanggalkan perancah jenis putlog, independent, tower, birdcage dan trestle

4.0 Syarat permohonan


 Sihat tubuh badan
 Boleh membaca, menulis dan mengira
 Tamat Tingkatan 3
 Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
 Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
 Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan
pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan
 Memiliki sijil Tahap 1 (SCF1) atau setaraf atau berdaftar dengan Jabatan
Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP)

Anda mungkin juga menyukai