Anda di halaman 1dari 6

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi S 266763

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT (ICT), DAN PERUBAHAN NILAI


MASYARAKAT

1.0 Pengenalan
Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Mokmin Basri (Mokmin Basri, Teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT) dan perubahan nilai masyarakat, 2004) terdapat beberapa

perkara yang boleh diulas iaitu tentang hubungkait antara peningkatan kemajuan teknologi

maklumat (ICT) dan komunikasi, serta kesannya terhadap masyarakat terutama daripada

segi pergaulan sosial, kerangka pemikiran masyarakat (Weltanschauung) sehingga kepada

perubahan sistem operasi ekonomi global. Kini, umum mengetahui bahawa dunia

dilengkapi dengan kecanggihan teknologi. Teknologi ini terbentuk hasil daripada

pemikiran, kepakaran dan usaha pencipta sesebuah teknologi tersebut. Tidak dinafikan

bahawa teknologi telah banyak memberi banyak kebaikan atau manfaat kepada manusia

sejagat dalam pelbagai urusan. Justeru itu, teknologi berfungsi untuk memudahkan urusan

manusia dalam apa jua pekerjaan atau urusan. Namun harus di ingati bahawa teknologi

juga memberi impak negatif sekiranya tidak digunakan dengan betul. Secara amnya

teknologi digital adalah satu sistem komunikasi yang berasaskan komputer – “computer-

based communication system” (William, Sawyer dan Hutchinson, 2003). Kewujudan

teknologi ini telah memudahkan proses komunikasi dikalangan masyarakat, serta

menghubungkan setiap individu diserata dunia seterusnya membolehkan maklumat

dihantar dan diterima dengan kadar yang lebih pantas pada bila-bila masa sahaja.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin pesat dewasa

ini dilihat menjadi pemacu utama, dengan lahirnya teknologi Internet yang dengan

mudahnya dapat di akses oleh setiap lapisan masyarakat telah mendatangkan beberapa

perubahan ketara dalam segala aspek kehidupan masyarakat, bermula dari kerangka

pemikiran kepada hiburan dan dari perniagaan kepada pertahanan.

1
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi S 266763

2.0 Fakta-fakta/Teori/Hujah/Idea

Semenjak dunia diresapi oleh teknologi Internet, terdapat beberapa perubahan ketara

yang melanda masyarakat. Menurut Dr. Hairudin Haron (Hairudin Harun, 1999), antara

beberapa perubahan yang dapat dikenal pasti ialah :

i. Perubahan nilai dalam komuniti – masyarakat Malaysia khususnya orang

melayu telah mengalami perubahan corak pemikiran menjadi lebih terbuka

apabila menerima perubahan dan kemajuan teknologi, berbanding di era

penjajahan dahulu dimana masyarakat pada waktu itu masih bersikap

konservetif dan menolak sebarang perubahan yang cuba di bawa oleh penjajah

barat pada ketika itu

ii. Sekularis dan simbolisme sintaktik – ilmu ICT yang berasaskan computer

mengaplikasikan konsep pemikiran sintaksis, analitis dan reduksionistik yang

berlawanan dengan budaya fikir tradisional Melayu (Hairudin Haron, 1999)

iii. Intelektual holistik dengan analisis rasional – pandangan orang Melayu yang

pada asasnya menekankan interaksi seimbang dan dinamis di antara alam

metafizik dengan material, yang bertentangan dengan ilmu ICT yang

menyatakan bahawa alam fizik sebagai satu material yang tertutup, tanpa roh

yang diwakili hanya oleh simbol (Hairudin Haron, 1999)

iv. Pengertian dan nilai maklumat – sebelum abad ke-20, maklumat tidak begitu

dipandang tinggi nilainya. Namun pada zaman ICT, setiap maklumat

mempunyai nilai tersendiri yang dapat dieksploitasi nilainya, menjadikan ianya

merubah konsep ilmiah manusia tentang masa, ruang, bahasa dan pemikiran

2
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi S 266763

v. Pembuat keputusan – terdapat tanggapan dari Barat yang menyatakan bahawa

komputer lebih baik daripada manusia dalam proses membuat keputusan kerana

keputusan yang dihasilkan oleh komputer lebih baik dari manusia. Implikasinya

jika berterusan boleh menyebabkan masyarakat meragui kepada ketahanan

nilai, budaya dan ilmu tradisional.

vi. Nilai dalam masyarakat ICT – dari segi internet dan kepelbagaian pandangan

politik, didapati bahawa pengguna Internet mempunyai pandangan yang lebih

optimistik terhadap kehidupan. Manakala aktiviti sosial pula turut mengalami

perubahan dengan adanya teknologi ICT, dimana corak penurunan kehidupan

sosial iaitu kuantiti interaksi bersemuka antara perorangan yang semakin

merosot ekoran semakin banyak masa yang digunakan untuk melayari Internet

berbanding dengan masa yang diluangkan untuk bersama keluarga dan rakan-

rakan (Kestnbaum, Robinson, Neustadtl & Alvarez, 2002).

3.0 Analisis Kritikal dan Contoh-Contoh

Setelah melalui pelbagai fasa peningkatan dalam teknologi dan pelbagai perubahan nilai

dari aspek individu, keluarga dan masyarakat, sistem ICT juga turut memberi impak yang besar

terhadap sistem ekonomi dunia. Dengan kemajuan teknologi yang ada pada masa kini, Internet

dilihat menjadi pemangkin kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi.

Menurut David (David N. Abdulai, 2001) K-Ekonomi boleh ditakrifkan sebagai satu sistem

ekonomi yang memanipulasikan maklumat dan ilmu pengetahuan sebagai satu bahagian paling

dominan bagi menjana kekayaan. Antara contoh penggunaan teknologi maklumat yang paling

popular pada masa kini adalah :

3
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi S 266763

i. Aplikasi Grab dan Uber yang dilihat banyak membantu pengguna untuk

mendapatkan pengangkutan, dan seterusnya menjana pendapatan kepada pemandu

yang menggunakan aplikasi tersebut. Secara amnya, aplikasi ini menggunakan dua

prinsip asas iaitu pengetahuan, dan teknologi maklumat dan komunikasi, dimana

ianya berfungsi sebagai pemprosesan maklumat untuk mengumpulkan data

mengenai permintaan pengangkutan oleh pelanggan dan seterusnya menghantar

data tersebut kepada pemandu Uber atau Grab.

ii. Perniagaan diatas talian seperti Lazada, Shopee, Mudah dan beberapa aplikasi

sepertinya yang menggunakan media massa untuk memaparkan pelbagai produk

daripada pelbagai penjual. Aplikasi ini memperoleh maklumat mengenai data

produk yang dihasilkan oleh syarikat lain, seterusnya memaparkan maklumat

tersebut didalam aplikasi mereka untuk memudahkan maklumat tersebut dicapai

oleh pelanggan dengan lebih mudah.

iii. Aplikasi Whatsapp, Facebook, Tweeter, Instagram dan sebagainya pula menjadi

medium yang menghubungkan pelbagai lapisan masyarakat dari setiap pelusuk

dunia untuk berkongsi maklumat, berita dan lain-lain. Aplikasi ini juga berpotensi

untuk menjadi medium perniagaan kerana ianya paling popular dan kerap dicapai

oleh pelbagai lapisan masyarakat pada masa kini.

iv. E-Learning, iaitu pusat pengajian alam maya yang membolehkan setiap lapisan

masyrakat untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan taraf pendidikan.

Selain itu peningkatan teknologi maklumat yang semakin maju juga telah melahirkan lebih

ramai tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi (Knowledge worker). Dengan

kepesatan pembangunan teknologi maklumat pada masa kini, jurang digital diantara

masyarakat dapat dikurangkan kerana segala ilmu pengetahuan yang ada dapat dikongsikan

dengan lebih mudah dan meluas dengan anggota masyarakat. Namun sedemikian tidak dapat

4
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi S 266763

dinafikan bahawa tidak semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan teknologi yang

ada, kerana terdapat beberapa halangan dan kekangan seperti kekurangan peralatan asas dan

kemudahan jalur lebar seperti dikawasan luar bandar yang rata-rata masih mundur. Malah

menurut Mokmin Basri (Mokmin Basri,2002), Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding

dengan negara-negara maju lain, selain kadar tarif Internet yang rata-ratanya masih tinggi

sehingga menyebabkan golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tidak dapat

memaksimumkan penggunaan Internet ini.

4.0 Penutup

ICT yang dilihat sebagai gaya hidup masyarakat memberikan impak yang besar kepada

komuniti pada masa kini. Perubahan yang paling ketara ialah daripada gaya pemikiran,

amalan gaya hidup dan sehinggalah kepada corak sosio ekomoni perniagaan yang

dijalankan oleh masyarakat dunia pada masa kini. Teknologi ICT ini juga telah merubah

konsepsi ilmiah manusia tentang masa, ruang, bahasa dan pemikiran dan seterusnya dalam

membuat keputusan. ICT juga menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sistem

ekonomi global. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah berkaitan dengan jurang digital

dan kedudukan serta nilai maklumat dan pengetahuan dalam komuniti. Dengan hadirnya

ICT dalam masyarakat, jurang diantara rakyat terus bertambah. Jurang ini memberikan

impak nilai yang tidak sihat kepada masyarakat. Namun dengan sistem ini jugalah nilai dan

martabatnya pengetahuan (ilmu) diangkat tinggi. Mana-mana anggota komuniti yang

mempunyai pengetahuan sama ada dari kalangan pekerja atau bukan diberikan

pengiktirafan yang baik dalam sistem ekonomi ini.

5
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi S 266763

5.0 Rujukan

1. “IT and Sociability”, ITand Society Web Jurnal, Volume 1 – Issue 1 – Summer 2002,

SIQSS Stanford University.

http://www.stanford.edu/group/siqss/itandsociety/v01i05.html, 20 Julai 2004, 12.00

pm.

2. Hairudin Harun (Dr), “Weltanschauung Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat :

Komputer Menjadi Teras Pemikiran atau Punca Tewasnya Pemikiran Melayu?,

http://www.chass.toronto.edu/epc/srb/cyber/haroutmal.html, 20 Julai 2004, 12.00

3. “Turing Machine”, Stanford Encyclopedia of Philosophy , copyright 1995, 2003

http://plato.stanford.edu/entries/turing-mechine/, 22 Julai 2004, 6.20 pm

4. “Internet , E-Dagang Terus Berkembang” Utusan Malaysia, 21 November 2002.

5. “ Negara Hasilkan 180,400 k-pekerja” , Berita Harian, 3 Julai 2002

6. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

7. G. Manimaran, “Pendidikan Sepanjang Hayat Kunci K-Ekonomi”, Utusan Malaysia,

12 September 2002

8. Soal Jawab Mengenai Pengumuman Pengimbangan Takrif Telefon Talian Tetap

(Komunikasi Asas), Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 19

Febuari 2002.

Anda mungkin juga menyukai