Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM TRANSFORMASI PENINGKATAN PROFESINALISME PEGAWAI,


PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bagi memohon kelulusan dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah
Port Dickson untuk melaksanakan ‘Program Transformasi Peningkatan Profesinalisme Pegawai,
Pengetua Dan Guru Besar Daerah Port Dickson’.

2.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘kalau tak dipecahkan ruyung,, manakan dapat
sagunya’, maka Jawatankuasa peningkatan profesionalisme Pejabat Pendidikan Daerah Port
Dickson telah bercadang untuk mengadakan PROGRAM TRANSFORMASI
PENINGKATAN PROFESINALISME PEGAWAI, PENGETUA DAN GURU BESAR
DAERAH PORT DICKSON. Program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada para pegawai PPD, Pengetua dan Guru
Besar berkaitan hala tuju dan aspirasi pendidikan negara semasa. Diharapkan juga agar
pengalaman yang dikutip dari program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja
dalam menjalankan tugas sebagai sebuah organisasi. Melalui hubungan yang baik, maka wujud
kerjasama untuk berkongsi amalan perkhidmatan di sekolah masing-masing dan bertukar-tukar
pendapat dan program dengan penuh profesionalisme.

3.0 RASIONAL
Program yang dirancang dapat meningkatkan pengetahuan dan aspirasi pegawai, pengetua dan
guru besar dalam amalan perkhidmatan pendidikan, meningkatkan pengetahuan serta membuka
minda bagi melonjakkan pemikiran kritis dan innovatif dalam menjayakan misi dan visi Pejabat
Pendidikan Daerah melalui PD WIN yang telah dan sedang hebat pelaksaannya tika ini.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kemahiran pegawai, pengetua dan guru besar dalam melahir dan
menzahirkan pemikiran yang kritis dan innovatif seiring dengan kehendak PdP
Abad ke21.

4.2 Mengenalpasti ciri-ciri kepemimpinan dan budaya kerja dikalangan barisan


pegawai, pengetua dan guru besar berdasarkan kepada ujian inventori.

4.3 Sebagai medium untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan dalam
kalangan warga PPD Port Dickson, Pengetua dan Guru Besar

5.0 LOKASI
Bilik Seminar Pendeta Za’aba

6.0 TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 20hb Februari 2017 dan 21hb Februari 2017

7.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Port
Dickson, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan di Daerah Port Dickson.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

8.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Ketua Pegawai PPD Port Dickson


Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai PPD Port Dickson
Setiausaha : Pegawai Latihan PPD Port Dickson
Naib Setiausaha : Kaunselor Organisasi Daerah PPD Port Dickson
8.2 Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras : Pegawai Unit Latihan
Setiausaha : Kaunselor Organisasi Daerah
Pen Setiausaha : Pegawai Kenegaraan
Bendahari : Pengerusi Kelab Kebajikan
Pen Bendahari : Bendahari Kelab Kebajikan
Pendafaran Peserta : Pegawai Perhubungan
Dokumentasi : Pegawai Media
Makanan : Biro Tata Negara
Siaraya : Pegawai Pengurusan Sekolah
Pengangkutan : Pemandu PPD
Cenderamata : Pegawai Akademik
Urusetia : Pembantu Tadbir

9.0 TENTATIF PROGRAM

9.1 ISNIN - 20hb Februari 2017

08.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi

09.00 pagi : Sesi 1

11.00 pagi : Rehat

11.30 pagi : Sesi 2

12.30 t/hari : Makan Tengahari & Solat Zohor

02.30 petang : Sesi 3

05.00 petang : Minum Petang & Bersurai


9.2 SELASA - 21hb Februari 2017

08.00 pagi : Sarapan Pagi

09.00 pagi : Sesi 3

11.00 pagi : Rehat

11.30 pagi : Sesi 4

12.30 t/hari : Makan Tengahari & Solat Zohor

02.30 petang : Sesi 5

05.00 petang : Minum Petang & Bersurai

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

10.1 KUTIPAN

Yuran Pengetua & Guru Besar RM 25.00 x 63 orang = RM 1575.00


Tabung Kelab Kebajikan RM 300 = RM 225.00
Sumbangan dari BTN RM 2400 = RM 2400.00
Jumlah = RM 4200.00

10.2 PERBELANJAAN

Bayaran Penceramah RM 900.00 x 2 orang = RM 1800.00


Makanan & Minuman (Hari 1) RM 15.00 x 60 orang = RM 900.00
Makanan & Minuman (Hari 2) RM 15.00 x 100 orang = RM 1500.00
Jumlah = RM 4200.00
11.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya Program Profesionalisme ini diharapkan dapat menjentik


minda kearah melahirkan daya fikir yang lebih innovasi dan kreatif dalam kalangan
Pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan di Daerah Port Dickson, di
samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif PD WIN dalam
mencapai aspirasi sistem Pendidikan Kebangsaan berteraskan kepada Pendidikan Alaf ke
21.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………….. …………………………………
Ramlan bin Hj Rahim Hasnam bin A Rahman
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Unit Latihan
Pejabat Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah
PORT DICKSON PORT DICKSON

Diluluskan / Tidak diluluskan


oleh :

…………………………………..
Mohammad Azwar Iq’bql bin Tahir
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
PORT DICKSON
KERTAS CADANGAN

PROGRAM TRANSFORMASI PENINGKATAN PROFESINALISME PEGAWAI,


PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON

Anda mungkin juga menyukai