Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN


SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURID

ANJURAN

Unit Bimbingan Kaunseling


Badan Disiplin Sekolah

SK ULU SIPITANG

PADA
26 September 2019
Khamis
1.0 Pengenalan

Pembangunan Sahsiah Diri Murid membawa maksud keyakinan membangun diri


merangkumi kepercayaan tentang nilai positif dan negatif diri, emosi dan maruah yang
boleh dibentuk sesuai dengan norma masyarakat. Justeru, program ini dirancang untuk
membantu murid-murid sasaran mengenali diri, Penghargaan Diri dan membina
matlamat diri.

Program ini dilaksanakan secara berfokus dengan menjadikan kemahiran insaniah


sebagai elemen penting yang dipraktikkan untuk mengurus murid. Murid merupakan aset
penting masa depan negara yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai
kewujudannya, disayangi setiap masa dan boleh dibangunkan potensi mereka. Murid perlu
diberi bimbingan yang berterusan untuk melakukan perubahan terhadap tingkahlaku ke
arah yang lebih positif.

2.0 Tujuan

Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid (PPSDM) dilaksanakan bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin
untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara
menyeluruh.

3.0. Objektif

Melalui program ini, pelajar akan:

3.1 Membangunkan potensi diri murid


3.2 Meningkatkan disiplin diri murid
3.3 Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik
3.4 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid

4.0 AJK Pelaksana

Pengerusi En. Manan Bin Hj Katak (Gutu Besar)


Naib Pengerusi 1. En. Asmawi Yahya (PK 1)
2. Pn Fadhlina Binti Mokti (PK Hem)
3. En Robert Wille (PK Kokum)
Penyelaras En.Md Zaid Bin Md Gun (Guru Disiplin)
Setiausaha Pn Ramlah Ramly
Keselamatan Cik Zatul Iffa BT Hairudin
Peralatan En Tajudin Bin Jumat
JuruKamera En Marwan Bin Nasir
Sijil Ustazah Nor Syahida
Motivator Semua Guru Tahun 6
5.0 Tempat Dilaksanakan

Dewan Mini SK Ulu Sipitang

6.0 Sasaran

Semua murid Tahun 5

7.0 Aktiviti

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN


Kehadiran Peserta
7.00-8.00 am Ucapan Guru Besar Guru Besar
Kelas tahun 5
Penyerahan Tag Nama Peserta Guru Tahun 5

LDK 1 : Lerai Bedungan


Modul Sepatuku
-Pada akhir sesi peserta dibahagi kepada
kumpulan mengikut tag yang dipakai. Dewan GBK
8.00-9.00 am -Peserta diserahkan kepada GBK yang program Semua guru
bertanggungjawab bagi setiap kumpulan.
Setiap kumpulan mengandungi 05 orang
peserta.

LDK 2 : Kenali Diri


Modul Projeksi Diri
-Suaikenal kelompok
-GBK menstruktur kelompok
-GBK melaksanakan aktiviti projeksi dalam
Tempat GBK
9.10 -10.10 pagi kelompok. kelompok Semua guru
-Peserta menjawab Inventori Minat Belajar
(IMB)
-GBK mentadbir inventori
-GBK membimbing peserta kelompok
berdasarkan pentafsiran inventori
10.10 am Minum Pagi Kantin
LDK 3 : Penghargaan Diri
10.30-12.00 pm
Modul Air Dalam Kaca
Tempat GBK
kelompok Semua guru
11.30-12.30 pm PENUTUP
Self Talk

12.30 pm Makan tengah hari


Bersurai Kantin
8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Makan dan Minum RM 5 x 40 orang RM 200.00
2 Sijil RM 2 x 35 orang RM 70.00
3 Fail Mini RM 2 x 35 orang RM 70.00
4 Kertas Mahjong RM1 x 10 pcs RM 10.00
5 Marker 1 kotak RM 10.00
6 Tanda nama Peserta RM 2 x 35 orang RM 70.00
7 Air Mineral RM10.00 x 3 kotak RM 30.00
JUMLAH RM 460.00

9.0 Penutup

Usaha yang berterusan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin sekolah
dalam membangunkan potensi diri murid dalam Program Pembangunan Sahsiah Diri dan
Disiplin Murid adalah langkah yang tepat untuk membantu mengawal masalah disiplin yang
dilakukan oleh murid-murid di sekolah. Gerakan bersepadu ini perlu mendapat sokongan
semua pihak dalam pelaksanaannya agar impak yang positif dapat dilihat di akhir program
nanti.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

(RAMLAH BT RAMLY) (FADHLINA BT MOKTI)


Guru Bimbingan Kaunseling Penolong Kanan HEM
S.K Ulu Sipitang S.K Ulu Sipitang

Disokong Oleh,

(MANAN BIN HJ KATAK)


Guru Besar
S.K Ulu Sipitang

Anda mungkin juga menyukai