Anda di halaman 1dari 8

SK TAMAN SEGAR

JALAN MANIS, TAMAN SEGAR,


56100 CHERAS, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
LAWATAN INTERGRASI MURID ARUS PERDANA DAN MURID
PPKI KE PULAU LANGKAWI
KE PULAU LANGKAWI, KEDAH
TARIKH
29 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2019

TEMPAT
PULAU LANGKAWI, KEDAH

ANJURAN
JAWATANKUASA LAWATAN DAN GURU PPKI
1.0 PENDAHULUAN

Program Lawatan Integrasi murid arus perdana dan murid PPKI 2019 merupakan satu
aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan setiap tahun oleh Jawatankuasa Lawatan SK
Taman Segar. Pembelajaran menerusi aktiviti lawatan dapat memberi impak positif
terhadap perkembangan pembelajaran murid-murid. Secara tidak langsung program seperti
ini dapat membantu murid-murid membina keyakinan diri dan memberi peluang kepada
mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar di samping menambahkan pengetahuan
murid-murid merasai pengalaman baharu di negeri Kedah Darul Aman.

2.0 MASA DAN TARIKH LAWATAN/TEMPAT


Tarikh : 29 Oktober – 1 November 2019
Kumpulan Sasaran : 31 orang murid Arus Perdana dan 3 orang murid
PPKI SK Taman Segar
Tempat : 1) MRSM Langkawi
2) Kereta Kabel Langkawi
3) Kilim Geoforest Park
4) Beras Terbakar
5) Makam Mahsuri

3.0 MATLAMAT

Lawatan ini merupakan kaedah terbaik untuk menilai sejauh mana murid-murid arus
perdana dan PPKI SK Taman Segar mampu berinteraksi dan mengumpul maklumat
tanpa bantuan guru-guru. Oleh itu, kami berharap agar program ini dapat
mendedahkan murid dengan keadaan sebenar pengajaran dan pembelajaran di luar
kelas. Selain itu, lawatan ini membantu mendedahkan mereka kepada alam sekeliling
serta memberi pengalaman dan pengetahuan di samping merangsang murid-murid
supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih proaktif.

4.0 SASARAN
Murid arus perdana dan murid PPKI
5.0 OBJEKTIF

Aktiviti pembelajaran menerusi program lawatan ini diharapkan dapat membantu


murid-murid arus perdana dan muris PPKi SK Taman Segar daripada aspek:
5.1 Meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran komunikasi dan interaksi sosial
murid-murid dengan rakan-rakan serta masyarakat sekeliling;
5.2 Membina ‘self-esteem’ murid-murid SK Taman Segar
5.3 Memupuk semangat mencintai negara dengan menganjurkan lawatan ke
destinasi pelancongan seperti Kereta Kabel Langkawi.
5.4 Memberi pendedahan kepada murid tentang sistem pembelajaran di MRSM
Langkawi.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

 Penglibatan sekurang-kurangnya 50 % pelajar dalam aktiviti


yang dirancang
OUTPUT
 Dapat mencungkil kemahiran komunikasi murid-murid
(Hasil mengikut
melalui aktiviti yang disertai semasa lawatan
setiap sasaran
 Memberi pengalaman kepada pelajar dalam aktiviti yang
yang telah
dirancang
ditetapkan)
 Penerapan budaya berkomunikasi dan meningkatkan
keyakinan diri secara bertatasusila ketika aktiviti

OUTCOME  Meningkatkan motivasi murid untuk berusaha melanjutkan


(Hasil pelajaran ke sekolah berasrama seperti MRSM.
 Meningkatkan komunikasi dan intergrasi antara murid arus
pelaksanaan
perdana dan murid PPKI
program dalam
 Peningkatan daya kepimpinan murid.
bentuk impak/
 Peningkatan peratus penyertaan pelajar dalam kegiatan ko
kesan kepada
akademik
kumpulan
sasaran)

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Sumber Kewangan

NO PERKARA JUMLAH
1 Kutipan dari Murid RM 9 970.00

2 Sumbangan PIBG RM 3 600.00

JUMLAH RM 13 570.00

7.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA BAYARAN JUMLAH CATATAN

Pengangkutan ( Bas dari 1 Bas X RM 3 Sumbangan


1 Kuala Lumpur) 600.00 RM 3 600.00 PIBG

RM 1 300.00 Kutipan murid


Pengangkutan (Bas di 1 Bas X RM 3
2 Langkawi) 600.00 RM 1200.00 Wang SUWA

40 orang X
3 Makan murid RM 85.00 RM 2 400.00 Sumbangan luar

40 orang X
4 Penginapan 3 hari 2 malam RM 30.00 RM 1 200.00 Kutipan murid

40 orang X
5 Tiket Feri (pergi – balik) RM 26.00 RM 1 040.00 Kutipan murid

Tiket Lawatan 40 orang X


1. Kereta Kabel RM 29.00
Langkawi 40 orang X
2. Mangrove Kilim RM 25.00 Kutipan murid
Geoforest Park 40 orang X RM 1 160.00
3. Langkawi Wildlife RM 10.00 RM 1 000.00
Park 40 orang X RM 400.00
6 4. Makam Mahsuri RM 6.00 RM 240.00

Cenderahati untuk pihak


Kutipan murid
7 MRSM 1 X RM 30.00 RM 30.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 14 570.00

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Yaziz bin Yunus (Guru Besar)


Penasihat : Pn. Sara binti Ahmad Termizi (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Cik Norbahiyah binti Baharom
Bendahari : Pn. Zalina binti Muhammad
AJK Pendaftaran : En. Mohd Yusman bin Yahaya
AJK Aktiviti : Pn. Suhaiza binti Md Zain
AJK Pengangkutan : En. Mohd Rusydii bin Samsudin
AJK Penginapan : Pn. Renuka a/p Raja
AJK Hadiah : Pn. Norhana binti Tasor
AJK Dokumentasi & Fotografi : Pn. Suhaiza binti Md Zain
AJK Peralatan : En. Muhammad Shahrir bin Norkhir
AJK Makanan dan Sumbangan : Pn. Murni binti Salleh
AJK Kebersihan, Keselamatan : Pn. Amutha a/p Balasubramaniam
& Kawalan Murid

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


29 Oktober 2019 10.00 malam Bertolak ke Jeti Kuala Perlis
30 Oktober 2019 6.00 pagi Tiba di Jeti Kuala Perlis
(Rabu) 7.00 pagi Sarapan pagi
8.00 pagi Menaiki feri ke Pulau Langkawi
10.00 pagi Lawatan ke Kereta Kabel Langkawi
1.00 t/hari Makan tengah hari dan solat Zuhur
2.00 petang Daftar masuk ke tempat penginapan
3.00 petang Lawatan ke Mangrove Kilim Geoforest Park
6.00 petang Berehat di tempat penginapan
8.00 malam Makan malam
9.00 malam Lawatan ke Pasar Malam Pekan Kuah
31 Oktober 2019 6.00 pagi Solat subuh dan sarapan
(Khamis) 8.00 pagi Lawatan ke MRSM Langkawi
(melaksanakan program HIP bersama murid MRSM
Langkawi)
1.00 t/hari Makan tengah hari
2.00 petang Lawatan ke Masjid Al Hana dan solat Zuhur
3.00 petang Lawatan ke Beras Terbakar
4.00 petang Lawatan ke Langkawi Wildlife Park
6.00 petang Berehat di tempat penginapan
8.00 malam Makan malam
9.00 malam Lawatan ke Telaga Harbour Marina

1 November 2019 6.00 pagi Solat Subuh dan sarapan


(Jumaat) 8.00 pagi Daftar keluar dari tempat penginapan
9.00 pagi Membeli belah di Pasaraya Ismail Group
10.00 pagi Lawatan ke Dataran Lang
11.00 pagi Menaiki feri di Jeti Pulau Langkawi
2.00 petang Makan tengah hari dan solat Zuhur
2.30 petang Bertolak balik ke Kuala Lumpur
7.00 malam Di jangka tiba di SK Taman Segar

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN

Guru Penyelaras dikehendaki memastikan aktiviti yang dirancang ini berjalan


dengan lancar dan selesai seperti yang dirancang.

11.0 PENUTUP

Adalah dengan hasrat dan harapan kami guru-guru Jawatankuasa Lawatan SK


Taman Segar melihat program ini berjaya dilaksanakan agar dapat memberi pengalaman
pembelajaran yang memberi manfaat kepada perkembangan diri dan sahsiah murid-murid
arus perdana dan murid-murid PPKI. Sokongan dan kerjasama semua pihak sangatlah
diharapkan bagi menjayakan program ini.

Anda mungkin juga menyukai