Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ULU

BATU KIKIR

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU


PERINGKAT SEKOLAH 2019

TARIKH:
3 MEI 2019

TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SK SERTING ULU

DISEDIAKAN OLEH:
FARAH ‘AIFAA BT NAZARUDIN
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2019

“GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah
bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada
tahun ini iaitu “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Kerjaya suci dan murni seorang guru
sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam
agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama
selepas kedua ibu bapa.Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab
Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Serting Ulu turut tidak ketinggalan untuk mengadakan
sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2. .0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2019 adalah untuk meraikan
dan membalas jasa guru-guru SK Serting Ulu di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SK Serting Ulu sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2019.

3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-
murid SK Serting Ulu.

3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru

3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan
murid SK Serting Ulu.

3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan pelajar

4.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

Tarikh :3 MEI 2019


Hari : JUMAAT
Masa : 7.45 pagi – 12.05 tengahari
Tempat : DEWAN TERBUKA SK SERTING ULU

5.0 PENGANJUR

6.1 Kelab Badan Kebajikan Guru dan Staf Sokongan SK Serting Ulu, Batu Kikir.
6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : En. Zainal Abidin bin Talib


(Guru besar )
Pengerusi : En. Abdul Hamid bin Yusop
(GPK 1 )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Noridah bt Pilus
(GPK Hem )
: En. Nor Zuhaimi bin Md. Bahari

Penyelaras : En. Suhaimi bin Yahya

Bendahari : Puan Norsyariyanti bt Ghazali

JAWATANKUASA PELAKSANA

Juru Acara Majlis Back drop


Puan Norfadilah bt Mohd Nor Encik Robi Roston b Zakaria
Puan Faridah bt Mansur
Pn Siti Rafidah bt Abas

P.A Sistem Buku Program


En Tn Mohd Khairul Ilias bin Tuan Ibrahim Pn. Siti Norehan bt Hussin

Dokumentasi Hadiah & Cenderamata


Pn Farah ‘Aifaa bt Nazarudin Puan Habibah bt Mohd Nor
Pn Hajah Norhazizah bt Sani Puan Noradibah bt Abd Kudus

Persembahan Murid Alatan Sukaneka


Pn Fatin Hanisah bt Sallehuddin Ustaz Abdul Jalil bin Abdullah
Pn Norzana bt Talip

Bacaan Doa Jamuan Guru dan Murid


Ustaz Abdul Jalil bin Abdullah Puan Norhafiza bt Nasir
Pn Mona Aidah bt Nekmat

Kawalan Murid
Puan Hajah Norlizah bt Muhammad
Puan Salbiah bt Tunggal
7.0 KEWANGAN

7.1 Anggaran Perbelanjaan

PERBELANJAAN JUMLAH

Cenderahati

RM 5.00 x 30 orang guru dan staf RM 150.00

Jamuan

RM 5.00 x 30 orang guru dan staf RM 150.00

RM 3.00 x 283 orang murid RM 849.00

Hadiah pemenang

RM 50.00 x 3 acara RM 150.00

JUMLAH RM 1299.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Tabung Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan


8.2 Sumbangan PIBG
8.3 Sumbangan Kedai Buku SKSU

9.0 TENTATIF PROGRAM

BIL MASA ATUR CARA CATATAN


Semua guru dan murid
(Murid menyampaikan hadiah
1 7.45 pagi Bacaan Yassin persendirian kepada guru-
guru semasa sesi
bersalaman di surau)
3 acara (Dewan terbuka
2 8.30 pagi Aktiviti Sukaneka
SKSU)
Rehat :
Jamuan guru : dewan tertutup
3 9.30 pagi Jamuan guru dan murid
Jamuan murid : kantin
Bacaan perutusan (jika ada)
Persembahan:
Ucapan Guru Besar
1) Wakil guru perempuan
Persembahan guru dan murid
4 10.30 pagi 2) Wakil guru lelaki
Penyampaian hadiah sukaneka
3) Wakil murid (6G)
Acara pertukaran hadiah antara guru
dan staf
5 12.05 pagi Bersurai
10.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 SK Serting Ulu ini dapat mencapai objektif terutama
bagi meraikan guru-guru dan staf yang telah banyak berjasa kepada warga SKSU. Diharapkan
program ini dapatdijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu dari
semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

(FARAH ‘AIFAA BT NAZARUDIN) (SUHAIMI BN YAHYA)


Setiausaha Pengerusi
Majlis Sambutan Hari Guru Badan Kebajikan Guru dan Staf
SK Serting Ulu SK Serting Ulu

Diluluskan oleh :

(ZAINAL ABIDIN BIN TALIB)


Guru Besar
SK Serting Ulu

Anda mungkin juga menyukai