Kertas Kerja Hari Guru 2019
Kertas Kerja Hari Guru 2019
BATU KIKIR
KERTAS KERJA
TARIKH:
3 MEI 2019
TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SK SERTING ULU
DISEDIAKAN OLEH:
FARAH ‘AIFAA BT NAZARUDIN
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2019
1.0 PENGENALAN
Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah
bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada
tahun ini iaitu “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Kerjaya suci dan murni seorang guru
sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam
agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama
selepas kedua ibu bapa.Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab
Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Serting Ulu turut tidak ketinggalan untuk mengadakan
sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
2. .0 MATLAMAT
Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2019 adalah untuk meraikan
dan membalas jasa guru-guru SK Serting Ulu di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meraikan guru-guru SK Serting Ulu sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2019.
3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-
murid SK Serting Ulu.
3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan
murid SK Serting Ulu.
5.0 PENGANJUR
6.1 Kelab Badan Kebajikan Guru dan Staf Sokongan SK Serting Ulu, Batu Kikir.
6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
JAWATANKUASA PELAKSANA
Kawalan Murid
Puan Hajah Norlizah bt Muhammad
Puan Salbiah bt Tunggal
7.0 KEWANGAN
PERBELANJAAN JUMLAH
Cenderahati
Jamuan
Hadiah pemenang
JUMLAH RM 1299.00
Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 SK Serting Ulu ini dapat mencapai objektif terutama
bagi meraikan guru-guru dan staf yang telah banyak berjasa kepada warga SKSU. Diharapkan
program ini dapatdijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu dari
semua pihak.
Diluluskan oleh :