Anda di halaman 1dari 2

1) Menangani isu moral di media sosial i.

e bagaimana menagani ahli dalam


kumpulan whatapps atau facebook yang mencaci serta menyebarkan berita
yang belum tentu sahih didalam kumpulan.

Marcapada ini, kemelut mengenai isu moral di laman sosial memang menjadi polemik
yang hangat diperkatakan. Setiap hari kita sering diuar-uarkan di media sosial tentang
isu- isu moral, contohnya rakaman kejadian seorang pekerja stesen minyak dipukul
seorang pelanggan di sungkai, ipoh pada 6 oktober 2018 lalu yang dimuat naik di dalam
laman facebook dan menjadi isu hangat sehingga dikeluarkan dalam media massa.
Masalah isu moral di dalam media sosial dalam kalangan masyarakat perlu dibendung
agar tidak menjadi “duri dalam daging”. Bagi menangani kemelut ini, kita perlu mencari
jalan penyelasaian.

Pada pandangan saya, dalam usaha menangani isu moral dalam media sosial, setiap
individu haruslah mendalami nilai-nilai moral dan ilmu agama dengan orang lain dalam
medial sosial ataupun kehidupan harian. Dengan adanya nilai moral dapat menjamin
kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Rentetan itu, semua individu seharusnya
berusaha untuk mempertingkatkan diri dengan mendalami nilai moral dan ilmu agama
dan bukanya sentiasa terikut-ikut dengan tanggapan atau pendapat yang buruk orang
lain di dalam media sosial. Rata- rata ramai individu lebih selesa dengan pendapat atau
benda negatif berbanding dengan mengkaji sesuatu isu dengan mendalam sebelum
memberi pendapat. Ada juga yang menggunakan jaringan media sosial untuk mengutuk
atau memerli pihak tertentu sehingga masalah berlarutan dan menggunakan media
sosial sebagai medan pertempuran. Tuntasnya, nilai moral dan ilmu agama sangat
efektif dan efisien untuk mengamalkan dalam diri individu.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memberi sepenuh perhatian dan tumpuan
terhadap rumah tangga dan anak-anak. Ibu bapa perlulah memberi kasih saying dan
mengambil berat tentang anak-anak. Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak agar anak-anak dapat mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Bak kata
pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
berkongsi masalah yang hangat ditular dalam laman sosial dengan memberi nasihat
agar meghindari diri dari terjebak dalam memberi pendapat kepada isu-isu yang tidak
memberi maanfat kepada diri. Suasana ketenangan dan dilimpahi kasih sayang dapat
menjadi tarikan kepada anak-anak tidak terjerumuskan diri dalam jaringan sosial atau
terpengaruh oleh sikap rakan sebaya yang tidak sihat.

Seterusnya, kita sebagai seorang yang beretika dan profesional seharusnya perlu
mengambil tindakan terhadap sesuatu isu atau masalah yang mendatangkan
keburukan kepada kita mahupun semua masyarakat. Dalam jaringan sosial terdapat
banyak gejala penyebaran maklumat palsu atau isu sensitif, oleh itu kita perlu membuat
melaporkan kepada pihak berkuasa tertentu. Sebagai contoh, isu perkauman yang
datang dari satu isu yang ditular dalam media sosial akan menyebabkan seseorang
individu tidak berpuas hati dengan kaum lain ini menyebabkan marah dan memaki
dalam media sosial, akhirnya akan mengugat perpaduan kaum Malaysia yang bersatu.
Pada masa itu kita perlu mengambil tindakan dengan segera dengan melaporkan
kepada pihak berkuasa yang sepatutnya.

Tambahan pula, pihak kerajaan dan masyarakat juga boleh memberi sumbangan dalam
menangani isu moral dalam jaringan sosial. Kerajaan seharusnya perlu menetapkan
peraturan-peraturan supaya tiada individu yang mendatangkan masalah kepada negara
kita. Isu moral dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan menetapkan peraturan
dalam penggunaan jaringan sosial mengikut lapisan umur. Oleh itu pihak kerajaan tidak
seharusnya mengambil isu ini dengan mudah malah perlu mengkaji langkah
penyelesaian. Contonhya, pihak polis harus peka dalam menjalankan tugas dan tidak
berfikir panjang untuk mengambil tindakan ke atas individu yang punca mendatangkan
masalah dalam media sosial. Pihak polis harus berkerjasama dengan kerajaan dalam
memaparkan iklan di media massa mengenai akibat yang ditanggung oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab. Dengan ini masyarakat mendapat kesedaran dan akan lebih
teliti dalam menggunakan media sosial tanpa mendatangkan masalah.

Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab dalam menangani isu moral


dalam media sosial dan mengambil langkah yang sewajarnya agar masalah ini tidak
berulang mahupun mendatangkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang berbilang
bangsa di Malaysia. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa,
masyarakat, individu itu sendiri adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama
demi memastikan tiada isu moral dalam jaringan sosial seperti peribahasa “menyeluk
perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan”.

Anda mungkin juga menyukai