Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MC

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar


mematikan atau memastikan telefon bimbit berada dalam pengaturcaraan
senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan


masuk ke perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.


- Ketibaan VIP -

Majlis mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia , Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin Dekan Fakulti
Pendidikan UKM,

diiringi dif-dif kehormat masuk ke perkarangan

- Nyanyian lagu Negaraku

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi naynyian lagu Negaraku
*nyanyi dan lagu varsiti kita

Lihat kampus ku yang tenang


Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah varsiti kita


Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membina


Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat ungulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi

Mekar mewangi bunga Cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Bismillahirrahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berbahagia
Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin Dekan Fakulti Pendidikan UKM,
Dr. Muhammed Yusof bin Mohd Nor Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan
UKM.

Yang Dihormati barisan pensyarah


Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Selamat Datang ke program Payung Inklusif 2019

- Bacaan doa

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita
bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon
keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan Saudara Arif untuk
memimpin bacaan doa

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara Arif di atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

- Ucapan Pengarah Program

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Abdul Manaf selaku Pengarah Program Payung Inklusif pada
hari ini,untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Abdul Manaf atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

- Ucapan Perasmi

Sidang hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Prof Dato’


Dr Norazah Mohd Nordin untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus,
merasmikan Program Payung Inklusif 2019 kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Prof Dato’
Dr. Norazah Mohd Nordin Dekan Fakulti Pendidikan UKM, atas ucapan dan
kesudian merasmikan program Payung Inklusif 2019 sebentar tadi.

SESI 1

Penyerahan pengendalian acara kepada moderator sesi forum “the future


is Accessible”

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menyerahkan majlis ini kepada saudari
Azhana mengendalikan sesi forum “Future is Accessible “ bersama Dr Ruziah
Ghazali (Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia) dan Tuan
Sujana Mohd Rejab (penerima Anugerag Star Golden Hearts 2019)

Dengan ini, mempersilakan.

Selesai Forum “Future is Accessible”

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr.
Norazah diiringi oleh pengarah program dip-dip kehormat yang lain untuk
menyampaikan cenderamata kepada Dr. Ruziah Ghazali dan Tuan Sujana Mohd
Rejab. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 1

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Prof Dato. Dr


Norazah Dekan Fakulti Pendidikan atas kesudian menyampaikan cenderamata
sebentar tadi.

Sesi lawatan ke tapak Pameran


Seterusnya saya menjemput pengarah Program mengiringi barisan VIP ke
tapak pameran yang disediakan oleh para pelajar sarjana, pelajar tahun 2 dan
pelajar tahun 3 dari program Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan.

Para hadirin dijemput ke tapak pameran untuk program seterusnya di bilik


Gerak Minda.

SESI 2
Bicara Inspirasi bersama (Cikgu KA Rahiziyah)

Assalammualaikum dan salam hormat


Hadirin dipersilakan duduk

Dara rupawan tersenyum manis,


Petik kenangan kuntum delapan
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan,

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu K.A Rahiziyah dari SMK Panji


Kelantan untuk sesi Bicara Inspirasi.
Dipersilakan

Terima kasih Cikgu K.A Rahiziyah atas ucapan kata kata motivasi itu
tadi.

Sesi Pemberian Cenderahati

Seterusnya saya menjemput Pengarah Program Saudara Abdul Manaf untuk


menyampaikan sedikit cendarahati kepada jemputan kita Cikgu K.A
Rahiziyah.

Seterusnya saya menjemput para vip dan dif dif kehormat ke sedikit jamuan
makan yang telah disediakan.

Terbenam mentari di waktu senja


Indah sekali dipandang mata,
Menysun jari di akhir bicara
Silap dan salah maaf dipinta

Berakhirlah sudah program kita pada hari ini .Semoga berjumpa lagi pada
tahun hadapan.