Anda di halaman 1dari 2

1) Apa itu Global Citizen

Global Citizen ataupun dalam istilah Bahasa Melayu bermakna Kewarganegaraan Global.
Menurut Wikipedia dalam talian Bahasa Melayu, Kewarganegaraan Global adalah suatu idea
bahawa semua orang mempunyai hak dan tanggungjawab kewarganegaraan yang datang
dengan menjadi ahli dunia, dengan falsafah dan kepekaan seluruh dunia, bukannya sebagai
warganegara sesebuah negara atau tempat tertentu. Idea ini ialah identiti seseorang melangkau
geografi atau sempadan politik dan tanggungjawab atau hak tersebut diperoleh daripada
keahlian dalam kelas yang lebih luas: "kemanusiaan". Ini tidak bermakna bahawa orang itu
mengecam atau mengetepikan kewarganegaraan mereka atau identiti tempatan yang lain, tetapi
identiti tersebut diberikan "tempat kedua" kepada keahlian mereka dalam komuniti global.
Selain itu, idea ini membawa kepada persoalan mengenai keadaan masyarakat global dalam
era globalisasi.

2) Mengapa global citizen penting?

Warganegara global adalah orang yang bukan sahaja merasakan tanggungjawab sivik
terhadap komuniti tempatannya, tetapi juga kepada bangsa manusia yang lebih besar.
Masyarakat tidak ditakrifkan melalui sempadan dan label, melainkan melalui persamaan yang
dikongsi oleh semua manusia. Dengan cara ini, pemikiran tertentu akan berkembang dengan
berbeza untuk setiap warganegara global, kerana ia boleh berkembang melalui pembelajaran
tentang isu-isu global atau bahasa asing, perjalanan ke negara-negara lain, atau mendidik diri
sendiri tentang kesan-kesan membuat keputusan peribadi di dunia

Kewarganegaraan dunia adalah satu cara berfikir yang membantu meningkatkan kesedaran
budaya, yang mengakibatkan perasaan empati terhadap budaya yang mendalam. Pertama,
meningkatkan kesedaran budaya sendiri dapat membantu menambah kesenangan hidup serta
memberi kesan positif kepada kehidupan orang lain. Ini boleh dicapai dengan mengikuti
perkembangan semasa, mempunyai perbualan yang bermakna dengan orang dari latar belakang
lain, menonton dokumentari, mencuba makanan baru, atau melancong ke negara lain.
3) Apakah Keburukan kepada negara jika masyarakat tidak mempunyai semangat
global citizen?

Semangat global citizen ini mempunyai kaitan antara politik negara, oleh itu
sekiranya masyarakat tidak mempunyai semangat global citizen maka sesebuah negara itu
akan menjadi hancur kerana politik di negara mereka telah tidak stabil. Pada pendapat saya,
apabila politik di sebuah negara itu mengalami ketidakstabilan, maka rakyat dan
masyarakat di negara tersebut tidak mungkin akan lagi mempunyai kepercayaan terhadap
pimpinan dan juga pemimpin negara tersebut. Oleh itu, semua perkara dan undang-undang
yang berkaitan dengan negara itu pasti tidak akan diikuti oleh masyarakat negara tersebut.
Mereka akan bebas melakukan apa sahaja mengenai kemahuan dan kehendak mereka.

4) Apakah ciri-ciri masyarakat Global Citizen?

Antara ciri-ciri masyarakat Global Citizen ialah mereka menyedari bahawa dunia yang
lebih luas dan mempunyai peranannya sendiri atau peranannya sendiri sebagai warganegara
dunia. Selain itu, Global Citizen juga mempunyai pemahaman bagaimana dunia bekerja
secara ekonomi, politik, sosial, budaya, teknologi, dan alam sekitar. Ciri Global Citizen
seterusnya ialah masyarakat yang mengambil bahagian dan menyumbang kepada komuniti
di pelbagai bidang tahap dari tempatan ke global. Ciri yang terakhir ialah global citizen
merupakan seseorang yang bersedia bertindak untuk membuat dunia menjadi tempat yang
lebih lestari.