Anda di halaman 1dari 19

TAJUK 2 : Huraikan keberkesanan sekolah dari aspek ekonomi, teknik dan

sosial. Seterusnya pilih SATU aspek dan berikan penilaian anda

sejauhmanakah konsep keberkesanan sekolah tersebut dipenuhi dalam

sistem pendidikan?
Pengenalan Konsep keberkesanan sekolah

Sekolah ialah sebuah institusi sosial yang berkhidmat untuk pelbagai lapisan

masyarakat. Setiap golongan masyarakat mempungai persepsi yang berbeza terhadap

keberkesanan sekolah. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang

mencerminkan konsep keberkesanan yang dipegang oleh negara tidaklah tertumpu

hanya kepada ukuran kecemerlangan akademik, bahkan beberapa aspek lain juga

ditekankan. Namum dari segi realitinya kecemerlangan peperiksaan masih menjadi

fokus utama sekolah dan masyarakat. Dari persepsi umum di atas, boleh dirumuskan

bahawa keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan ‘output’ atau hasil

persekolahan. Hasil ini berbentuk akademik (pencapaian akademik) dan bukan

akademik; (kelakuan murid, konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan kerja guru dan

sebagainya). Proses juga boleh menjadi kriteria bagi mengukur keberkesanan:

pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan adalah antara kriteria yang dinyatakan. Keberkesanan

sekolah diukur dari segi progress atau peningkatan yang dialami, iaitu nilai tambahan

yang diperoleh. Keberkesanan sekolah boleh dibincangkan dari aspek ekonomi, teknik

dan sosial.

1. Keberkesanan Sekolah Dari Aspek Ekonomi :

Sekolah adalah satu organisasi dalam perubahan dan rumit konteks sosial, terikat

dengan sumber yang terhad dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat seperti

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ,pentabiran sekolah, guru, pelajar, ibu bapa,
pembayar cukai, pendidik dan masyarakat awam (Cheng, 1993). Pemilihan sekolah

oleh ibu bapa mencerminkan persepsi yang berbeza terhadap perndidikan anak-anak

mereka dan konsep keberkesanan sekoalah yang dipegang oleh mereka. Dalam

pandangan kerajaan pula, konsep keberkesanan ini bermakna sekolah perlu

memastikan bahawa semua pelajarnya mendapat pendidikan sewajarnya dan tidak ada

pelajar yang gagal atau berhenti sekolah semata-mata kerana tidak berjaya dalam

pelajaran. Mengikut konsep keberkesanan ini, sekolah yang berjaya adalah sekolah

yang kadar kecicirannya kosong, tidak ada pelajar yang tidak tahu membaca, menulis

atau mengira. Begitu juga tidak ada sistem diskriminasi, sebaliknya setiap pelajar

mendapat layanan yang adil saksama dari pihak sekolah dan guru.

Menurut Scheerens (1992) membincangkan pelbagai definisi keberkesanan

mengikut perspektif bidang tertentu. Dari perspektif ekonomi sekolah dianggap

berkesan jika “outcome” atau hasil yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah.

Perspektif ini menghadapi pelbagai soalan, antaranya : apakah hasil yang diingini?

Bagaimanakah nilai-nilai kewangan yang diberi kepada proses dan input? Sesuaikan

sekolah dianggap sebagai unit produksi sedangkan peranan utamanya ialah mendidik

pelajar?

a.) Aspek keberkesanan ekonomi “ Input”

Perspektif ekonomi dalam mengkaji keberkesanan sekolah menggunakan model

input-proses-output-outcome (IPOO). Apa itu input dalam pendekatan ekonomi? Faktor

input seperti nisbah guru-murid, latihan guru, pengalaman guru, pembelajaran untuk

setiap pelajar, bantuan dan kemudahan pengajaran serta peralatan latihan, dan semua

jenis kenudahan sekolah. Tetapi yang lebih penting adalah input melalui "kuasa otak" -
guru dan pelajar. Pertimbangan yang lebih luas, peranan kerajaan juga mempunyai

kesan langsung kepada keberkesanan persekitaran ekonomi.

Dalam mana-mana Negara di dunia, proses pendidikan adalah merupakan satu

proses yang mahal dan menelan belanja yang tinggi. Sebahagian besar daripada

belanjawan negara digunakan untuk tujuan pendidikan. Dalam Belanjawan 2019

pendidikan telah memberi peruntukan sebanyak RM60.2 billion. Kerajaan juga

berbelanja lebih kurang RM 8,900 bagi setiap pelajar setahun.

b.) Aspek keberkesanan ekonomi “output”

Keberkesanan ekonomi merujuk kepada kecekapan dalaman yang diperolehi

dengan kos yang rendah. Terdapat kecekapan dalam pengurusan kos di mana

produktiviti adalah lebih apabila dibandingkan dengan kos pengeluaran. Dari segi

output terdapat dua aspek yang akan dibincangkan iaitu peluang untuk belajar kepada

semua murid dan jangkaan yang tinggi terhadap murid.

1. Peluang Untuk Belajar

Semua murid perlu diberi peluang untuk belajar dan meneroka kemahiran yang

dimiliki oleh mereka. Pendidikan di Malaysia pada peringkat rendah dan menengah

adalah percuma untuk memastikan mereka kekal berada dalam sekolah untuk minimum

tahun persekolahan. Masalah utama yang dihadapi oleh kementerian adalah untuk

mengatasi isu keciciran dalam kalangan murid. Di antara usaha yang dilakukan oleh

Kementerian Pendidikan untuk mengatasi isu keciciran dalam kalangan murid ialah
menguatkuasakan garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah (GPMBC),

program sifar murid cicir (PSMC), mempertingkatkan kualiti pendidikan vokasional, dan

juga memgukuhkan pelbagai laluan pndidikan. Kementerian mempunyai matlamat ke

arah mencapai enrolmen sejagat menjelang tahun 2020. Pada tahun 2018, enrolmen

sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas masing-masing ialah 97.8%,

95.3% dan 87.2%. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan enrolmen pada peringkat

sekolah rendah sebanyak 0.1% dan peringkat menengah rendah sebanyak 1.3%.

Peratus enrolmen pada peringkat menengah atas pula meningkat sebanyak 0.6%.

Pada tahun 2018, kadar keciciran telah dapat dikurangkan kepada 1.21% pada

peringkat sekolah menengah berbanding 1.36% pada 2017, manakala peringkat

sekolah rendah ialah 0.15% berbanding 0.29% pada tahun 2017.

2. Membina Nilai dan Moral Terhadap Murid

Keunikan Malaysia yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran antara

kaum serta budaya menjadi asas kepada pandangan positif rakyat antarabangsa

terhadap negara. Dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh,

beberapa program pemupukan nilai serta pembangunan sahsiah murid terus kekal

dilaksanakan oleh kementerian seperti Program Intervensi Salah Laku Disiplin Murid

(PPSDM) di sekolah, Program RIMUP, Amalan Guru Penyayang dan sebagainya.

Peranan guru dan sekolah dalam mendidik murid menjadi modal insan yang

seimbangan yang mempunyai keperibadian dan nilai moral serta berpengetahuan tinggi

dalam bidang akademik bukan satu perkara yang mudah. Usaha memupuk nilai murni

dan perpaduan sekarang menjadi semakin mencabar bagi guru-guru. Guru perlu
berdepan dengan pelbagai karekter murid setiap hari. Kementerian melaksanakan

PPSDM untuk mengetahui sejauh mana program tersebut dapat membantu murid

menangani masalah disiplin. Masalah disiplin pada peringkat sekolah dapat diatasi

dengan lebih berfokus dan berstruktur dengan wujudnya Pelan Strategik Pembangunan

Nilai dan Sahsiah murid. Semua pihak perlu berusaha dalam pembanguan sahsiah

murid demi melahirkan warga Malaysia yang bernilai dan bermoral serta berilmu.

c.) Aspek keberkesanan ekonomi “outcome”

1. Menghasilkan Sumber Manusia yang Berkualiti

Dengan perubahan ekonomi yang pesat, pihak pengurusan organisasi mesti

memastikan rancangan organisasi dapat memenuhi keperluan keadaan semasa. Jadi

tekanan-tekanan ekonomi turut mempengaruhi pengurusan sekolah. Selaras dengan

berlakunya pemindahan teknologi daripada industri bagi memenuhi Revolusi Industri

4.0(IR4.0). Sekolah merupakan institusi untuk membekalkan tenaga kerja profesional

yang menepati kehendak pasaran. Oleh itu, sekolah bukan sahaja menyalurkan ilmu

pengetahuan bahkan juga menyediakan tenaga manusia yang berkemahiran untuk

memenuhi kehendak dan keperluan perindustrian sekarang ini. Mulai tahun 2019,

Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) lebih berfokus kepada

kemenjadian graduan TVET menerusi penambahaikan kurikulum, menaiktaraf

kemudahan dan peralatan serta peningkatan profesionalisme tenaga pengajar.

Perubahan ini untuk melahirkan graduan yang relevan dan diterima oleh industri.

Dengan itu, sekolah dapat membantu negara ke arah meningkatkan lagi ekonomi
negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa kini, kejayaan

sesebuah negara amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi yang dimiliki oleh rakyat.

2. Masyarakat yang Bermoral

Pendidikan menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan

perpaduan. Melalui pendidikan, rakyat daripada pelbagai latar belakang, sosioekonomi,

agama dan kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan menghargai

perbezaan, seterusnya membina perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa

depan Malaysia. Pelaburan dalam bidang pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan

yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial. Oleh itu, setiap

dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat majmuk di negara

ini. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama

yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan negara. Pendidikan

merupakan satu pra-syarat terhadap kemajuan sesebuah negara. Setiap tahun

kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam bidang pendidikan.

Hasil daripada pelaburan yang besar ini mampu memberikan pulangan yang positif

dalam usaha melahirkan modal insan serta generasi muda yang berilmu pengetahuan

dan mempunyai daya saing yang tinggi. Kejayaan mengharungi cabaran masa depan

bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin malah juga

nilai murni sejagat bagi membimbing mereka membuat keputusan yang beretika. Nilai

yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian seperti penglibatan

dalam aktiviti sukarela.


Keberkesanan sekolah dari aspek teknikal

Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah

yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar

belakang mereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut

perspektif tertentu. Dari segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika ‘outcome; atau

hasil yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah sementara perspektif

hubungan kemanusiaan dalam organisasi, organisasi yang berkesan ialah organisasi

yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan

melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan rambang Sharifah (2000)

mendapati sekolah-sekolah di Malaysia mengaitkan sekolah berkesan dengan

kecemerlangan akademik yang telah dicapai.

Keberkesanan sekolah dari aspek teknikal pula merujuk kepada teknik – teknik yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pencapaian objektif

sepenuhnya. Jika dilihat sekolah dari perspektif fungsi pengeluaran, Keberkesanan

teknikal terletak di bahagian proses.

Keberkesanan teknikal dalam pengajaran

Strategi yang dipilih perlu berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan harus

mampu dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang

bermakna. Dalam ertikata lain, sesi PdP perlu menggarapkan tiga domain utama iaitu

kognitif, psikomotor serta afektif. Guru sentiasa memberi fokus terhadap penglibatan

pelajar secara aktif.


Taksonomi Bloom

Hierarki ini telah diperkenalkan pada tahun 1956 oleh ahli psikologi pendidikan Dr

Benjamin Bloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan,

seperti menganalisis dan menilai, dan bukannya hanya mengingati fakta (pembelajaran

hafalan). Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam aktiviti pengajaran

atau pembelajaran seperti domain Kognitif yang menguji dan mengukur kemahiran

mental (Pengetahuan). Domain Afektif pula untuk mengukur perkembangan perasaan

atau emosi (Sikap) dan domain Psikomotor pula lebih kepada kemahiran berbentuk

fizikal (Kemahiran). Domain boleh dianggap sebagai kategori. Guru sering merujuk

kepada ketiga-tiga kategori ini iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini

adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh dianggap sebagai "matlamat

proses pembelajaran." Iaitu, selepas episod pembelajaran, murid seharusnya telah

memperoleh kemahiran baru, pengetahuan, dan atau sikap.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Keberkesanan yang merujuk kepada “total knowledge transfer” dimana semua objektif

pengajaran guru terpindah kepada semua pelajar yang melibatkan proses komunikasi

dua hala dan teknik, teori, kaedah, aktiviti semasa komunikasi berlaku dan

pembelajaran diterima oleh murid. Ini dipanggil “knowlegde acquisition” Objektif

pengajaran guru menjadi objektif pembelajaran pelajar.


Rajah Aspek – aspek keberkesanan teknikal

Proses pengajaran

Guru mengubah suai pendekatan pengajaran. Moores (1987) Kepelbagaian kaedah

penyampaian pengajaran merupakan aspek penting untuk memotivasikan minat

pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Guru mengajar subjeknya dengan baik,

bertenaga dan menarik. Guru bersikap profesional, utamakan pencapaian dan

pengembangan murid daripada hal – hal lain.


Proses pembelajaran

Guru mestilah mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan pelajarnya seperti

menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan diukur. Penekanan terhadap

penguasaan kemahiran asas seperti menetapkan band pencapaian pelajar.

Mempunyai disiplin kerja dan pengurusan masa yang baik dan teratur. Merancang

jadual mengikut keutamaan agar segala kegiatan harian tersusun dengan baik

Penentuan kurikulum

Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan

pembelajaran yang dihasratkan. Guru perlu memberi penekanan terhadap keperluan

pelajar yang lemah dan pengayaan terhadap pelajar yang cemerlang dengan

mewujudkan program – program yang melibatkan aktiviti membaca, memahami dan

menyelesaikan masalah. Penggunaan alat bantuan mengajar seperti yang ditetapkan

oleh kurikulum. Melibatkan ibu bapa seperti program sarana ibubapa dapat membantu

murid dalam pembelajaran dan penyelarasan antara kurikulum, pengajaran dan ujian

untuk mencapai objektif.


Proses membaca

Penekanan yang tinggi terhadap kebolehan bacaan pelajar seperti linus. Program

bacaan individu seperti NILAM yang berterusan sepanjang tahun yang melibatkan

penilaian program bacaan dengan merekod tahap pembacaan murid seperti lancar,

lambat atau gagap. Kurikulum bacaan untuk menguasai kemahiran membaca. Proses

membaca ini melibatkan beberapa peringkat yang perlu ditekankan seperti peringkat

melatih murid membaca dan memahami perkara yang dibaca. Peringkat melatih murid

membaca dan mencari maklumat (pengetahuan) dan peringkat melatih murid membina

dan memperkukuh sikap gemar membaca.

Suasana pembelajaran

Lebih dikenali sebagai Iklim bilik darjah. Iklim yang mempunyai suasana tertib,

bertujuan dan suka belajar. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat

dan selamat disamping dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa

memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Persekitaran pembelajaran yang sihat

pula merujuk kepada hubungan antara pelajar dan guru yang mesra dan saling hormat

menghormati. Persekitaran pembelajaran yang sihat akan mempengaruhi tingkahlaku

orang di dalamnya. Oleh itu guru memainkan peranan yang penting kerana guru

merupakan entiti sosial yang penting di dalam menentukan suasana pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

Pembinaan sahsiah

Ketertiban bilik darjah yang berterusan. Peraturan dan jadual bertugas yang berfungsi

dan ada penguatkuasaan. Pengurusan bilik darjah yang menyebabkan pelajar terlibat
secara akticf dengan aktiviti pembelajaran. Susunan meja yang berkumpulan

berbanding dengan susunan secara tradisional. Semua ini diterapkan untuk kawalan

disiplin yang baik.

Bimbingan dan kaunseling

Layanan hendaklah diberikan kepada pelajar yang dikatakan akan memberi jaminan

kejayaan dan potensi kejayaan. Layanan yang lebih baik agar mereka rasa dihargai dan

meneruskan kecemerlangan mereka. Hubungan yang akrab guru – pelajar dalam bilik

darjah. Program seperti mentor dan mentee adalah satu program yang diterapkan

disekolah dengan meletakkan seorang guru untuk menjaga kumpulan murid yang kecil.

ASPEK KEBERKESANAN SOSIAL

Selain dari aspek Teknikal dan Ekonomi, aspek sosial juga tidak kurang

pentingnya untuk dijadikan indikator dalam mengukur keberkesanan sesebuah sekolah.

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat

penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah penentu kepada

budaya dan pembangunan sesebuah negara. Melalui sekolah, masyarakat dididik untuk

menuju wawasan dan di sekolah juga bangsa kita dibina. Negara tidak akan maju tanpa

sistem pendidikan yang berkesan. Keberkesanan sosial boleh dilihat dari sudut

keberkesanan dalaman ataupun output yang dinilai dari sudut sekolah dan juga

keberkesanan luaran yang dinilai dari aspek luaran iaitu dari sekolah terhadap

masyarakat.
KEBERKESANAN DALAMAN (OUTPUT)

Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi

segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh

masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab

sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri

dan berkembang di sekolah. Menurut Rahimah Haji Ahmad (2005) sekolah merupakan

agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan. Melalui pengajaran dan

pembelajaran, nilai – nilai murni cuba diterapkan dalam kehidupan seharian pelajar.

Contoh Nilai –nilai murni yang diterapkan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah

mahupun sekolah menengah adalah seperti berikut :

•Penyayang – mewujudkan nilai kasih sayang di antara satu sama lain tanpa mengira

agama dan bangsa. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan nilai

penyayang ini adalah sangat penting.

•Bekerjasama – pelajar diterap dengan nilai berkerjasama dan tolong menolong melalui

aktiviti pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah.

•Bertanggungjawab – seseorang seharusnya bertanggungjawab dengan diri sendiri dan

masyarakat sekeliling terhadap tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.

•Berdisiplin – sekolah adalah satu intsitusi di mana disiplin boleh diterapkan selain di

rumah. Pelajar yang berdisiplin akan menjamin kejayaan diri sendiri, bangsa dan juga

agama.

•Berakhlak Mulia – pelajar sering dididik dan diingatkan supaya berakhlak mulia

terhadap ibu bapa, rakan – rakan, guru – guru dan masyarakat.


Aspek sosial dapat diseragamkan melalui pendidikan yang diterapkan di sekolah

sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Semua jenis sekolah di Malaysia disarankan

agar sentiasa menerapkan nilai - nilai murni dalam pengajaran. Sebagai contoh, pada

waktu matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai berkerjasama dalam

sesebuah kumpulan diterapkan dengan pelajar mengadakan aktiviti berkumpulan.

Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Pelajar yang kurang bernasib baik

diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui program

pengayaan di sekolah.

Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan memupuk

perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan

yang menggalakkan rasa hormat-menghormati dan kerjasama antara satu dengan lain.

Selain itu, aspek keberkesanan sosial akan menjadi asas kepada objektif dan juga

pembentukan sesuatu kurikulum pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dijadikan panduan dalam menentukan objektif dan halatuju sesebuah sekolah.

Berdasarkan FPK, keempat – empat aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

cuba dicapai. Hal ini adalah penting memandangkan aspek JERI ini mejadi tunjang

utama sistem Pendidikan di Malaysia dan sekolah berfungsi untuk menyebarkan aspek

ini. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi berkesan hanya sekadar di atas

kertas, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh

kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan

hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian

ilmiah semata-mata.
KEBERKESANAN LUARAN (OUTCOME)

Keberkesanan sesebuah organisasi juga boleh dilihat dari segi keberkesanan

luaran iaitu melalui bagaimana sekolah dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai

tahap sosial yang tinggi dan bernilai. Ia terbahagi kepada dua iaitu kesan individu dan

juga kesan masyarakat. Kesan individu adalah apabila pelajar itu dapat berkembang

potensinya dan menjadi seorang insan yang seimbang dan harmonis intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

Kemenjadian pelajar menjadi kayu ukur tentang keberkesanan sesebuah sekolah itu.

Bagaimana pelajar bertindak terhadap masyarakat sekeliling adalah sesuatu yang perlu

dititikberatkan. Bagaimana seseorang pelajar membawa nilai bersatupadu, yakin diri

dalam menjalankan aktiviti seharian, mempunyai Jati Diri yang tinggi, mempunyai moral

yang tinggi dan sentiasa beretika dalam sesuatu. Pelajar yang berjaya dari segi

akademik seharusnya mampu menjadi aset kepada masyarakat dan mampu berbakti

semula kepada masyarakat. Hasil dari didikan guru (input) di sekolah, pelajar mampu

menjadi insan yang ideal dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, sekolah memainkan peranan yang berkesan dalam melibatkan ibu bapa,

bukan hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok

yang melibatkan guru, pelajar, ibu bapa, komuniti dan pentadbir. Sekolah yang

berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya. Aktiviti yang

memerlukan penglibatan ibubapa adalah amat digalakkan selaras dengan objektif

program sarana ibu bapa yang bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat

berkerjasama dengan pihak sekolah dan melontarkan idea dalam menambahbaik


keadaan sesebuah sekolah tersebut. Sekolah yang berkesan akan menggalakkan

muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritis, penyayang, mengikut ajaran agama dan

mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Selain itu, sekolah yang guru – gurunya tidak

berasa tertekan , malah seronok membimbing murid juga adalah satu contoh kesan

sosial . Dalam aspek keberkesanan sosial dalaman ini, aspek-aspek kerohanian dan

penekan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai

sangat dititikberatkan. Kesannya, bila hubungan sekolah dengan masyarakat akrab dan

mesra akan zahirlah rasa tanggung-jawab oleh semua pihak, dengan itu kualiti produk

perkdimatan disekolah akan meningkat dan masalah P & P di sekolah terintang mampu

dikurangkan. Guru boleh kaitkan kandungan pelajaran dengan elemen budaya,

kehidupan dan persekitaran yang biasa dengan murid-murid. Ini pasti akan menjadikan

pelajaran itu bermakna dan menyeronokkan kepada mereka. Domain afektif dan

domain psikomotor diaplikasikan dalam melahirkan insan yang menyeluruh, soleh dan

harmonis yang menjurus ke arah masyarakat berwawasan.


Kesimpulan

Kesimpulannya, konsep keberkesanan sekolah dari segi teknikal, ekonomi dan

sosial dapat dilihat melalui ‘output’ peringkat sekolah dan ‘outcome’ peringkat

masyarakat. Dalam usaha membentuk keberkesanan sekolah, semua pihak yang

terlibat dianggap mempunyai peranan yang penting. Dari segi kognitif atau ilmu

pengetahuan sekolah mempunyai peranan yang penting tetapi dari segi pembinaan

sikap, tingkah laku dan nilai, peranan yang dimainkan oleh sekolah bergantung kepada

sokongan daripada agensi-agensi lain dalam masyarakat seperti keluarga, media

massa, NGO dan lain-lain. Walau bagaimanapun, keberkesanan sekolah seharusnya

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) iaitu untuk melahirkan insan

yang ideal dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.


RUJUKAN

1. Sharifah MD. Noor (2010). Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi. Penerbit

Universiti Putra Malaysia. Serdang.

2. Yin Cheong Cheng (1996). School Effectiveness & School-based manage,emt The Falmer

Press. London.

3. Kementerian Kewangan Malaysia. (2019). Belanjawan Tahunan 2019.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Laporan Tahunan 2018 Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025

https://www.padu.edu.my/annual_report/2018-2/

5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

7. Scheerens, J 1992. Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London: Cassel.