Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

• Motif politik memberi kesan yang mendalam terhadap orientasi dan kandungan dasar termasuk dasar
pendidikan

• Dasar wujud dalam konteks tertentu bagi mengatasi masalah tertentu atau melakukan inovasi untuk
pembangunan masyarakat

• Bagi tujuan analisis, dasar pendidikan negara akan dilihat dalam 4 era berbeza

Dasar Polarisasi Pendidikan Era Kolonial Inggeris (1800-1945)

• Pendidikan tidak formal telah wujud sejak abad ke-14 bersama dengan perkembangan islam

• Pendidikan pondok dengan mengajar kurikulum agama

• Pendidikan formal bermula pada abad ke -18 dengan kedatangan pedangang-pedagang inggeris serta
mubaligh kristian

• Mubaligh kristian menubuhkan sekolah-sekolah gereja bagi tujuan menyebarkan kristian

Era Kolonial

• Pedagang-pedagang cina turut membina sekolah untuk anak-anak mereka di pertempatan mereka

• Kurikulum berfokus kepada tamadun dan sejarah tanah besar china

• Manakala sekolah tamil dibina diladang-ladang oleh pedagang inggeris

• Orang-orang melayu turut membina sekolah-sekolah melayu dikampung

• Pada pertengahan abad ke-19, jemaah pengarah-pengarah diindia mengeluarkan perintah supaya
pemerintah inggeris dinegeri selat membina sekolah-sekolah melayu kerajaan

• Terbina beberapa sekolah melayu namun terhenti setakat sekolah rendah dan kurikulum setakat 3m

• Dasar diskriminasi penjajah memberi kelebihan kepada sekolah inggeris dan cina untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi

• Pelajar sekolah melayu hanya ke maktab atau sekolah lanjutan

• Pelajar sekolah tamil terhenti setakat darjah 6

• Dasar pendidikan penjajah bercirikan penindasan terhadap orang melayu

• Pendidikan disediakan setakat membasmi buta huruf atau menjadi petani yang lbih baik
• Wujud dasar pecah belah dan perintah dalam pendidikan selari dengan dasar politik

• Namun pada abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20, inggeris membina sekolah melayu kerana
persaingan dengan sekolah agama yang memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke timur
tengah

• Muncul kaum muda yang membina madrasah yang lebih sistematik bagi menandingi sekolah
mubaligh dan inggeris

• Inggeris telah membina maktab perubatan king edwards dan raffles dan seterusnya universiti malaya
kerana persaingan dengan madsarah ini

Dasar Reformasi Pendidikan Era Nasionalisme (1945-1970)

• Semangat nasionalisme orang melayu muncul selepas perang dunia ke-2

• Bagi menangani tuntutan nasionalis melayu, Laporan Barnes 1950 mengesyorkan:

1. Matlamat pendidikan untuk pembentukan satu rupa bangsa berasaskan pelbagai kaum
2. Satu sistem sekolah kebangsaan dan penghapusan sekolah vernakular
3. Pengunaan bm atau b.inggeris ebagai bahasa pengantar
4. Pendidikan menengah hanya menggunakan b.inggeris
5. Sek. Kebangsaan dibiayai bersama oleh masyarakat tempatan dan kerajaan persekutuan

Era Nasionalisme

• Laporan Barnes ditentang oleh orang melayu, cina, dan tamil

• Bagi meredakan kemarahan orang cina, laporan fenn-wu 1951 ditubuhkan dan membuat beberapa
syor:

1. Matlamat membina kewarganegaraan malaya


2. Orang cina diberi peluang membentuk kebudayaan negara
3. Galakan kepada orang cina untuk menguasai bahasa melayu dan bahasa inggeris
4. Sekolah menyediakan kanak2 utk kehidupan berdasarkan masyarakat malaya

• Syor Laporan Barnes dan Fenn-Wu telah dimurnikan oleh sebuah jawatankuasa khas yang telah
mencadangkan:

1. Pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan


2. Pendidikan rendah percuma selama 6 tahun
3. Bahasa pengantar sekolah kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tetapi
Bahasa Cina dan Tamil diajar atas permintaan ibu bapa
4. Penggunaan bahasa: bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa ibunda di sekolah vernakular
5. Menghadkan kemasukan murid ke sekolah inggeris kerana beban kewangan
6. Penubuhan pendidikan vokasional

• Laporan jawatankuasa khas telah diwartakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952

• Tempoh 1950 – 1955 merupakan era menuntu kemerdekaan

• British memberi syarat bahawa kemerdekaan akan diberikan sekiranya malaya dapat mengekalkan
hak dan perpaduan antara kaum

• Pendidikan dilihat sebagai saluran utama

• Bagi tujuan tersebut, Laporan Razak telah ditubuhkan dan telah membuat beberapa pengesyoran
penting:

1. Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan semua murid wajib mempelajarinya termasuk
di sekolah vernakular
2. Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar disekolah kebangsaan. Bahasa ibunda masing-
masing menjadi bahasa pengantar di sekolah vernakular
3. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang standard
4. Penubuhan jemaah nazir
5. Latihan guru bersepadu

• Laporan razak telah meletak satu landasan kukuh ke arah pembinaan struktur sistem pendidikan yang
lebih sistematik, demokratik dan relevan dengan kehendak masyarakat

• Bagi memantapkan sistem pendidikan setelah negara mencapai kemerdekaan, laporan razak telah
disemak dan laporan rahman 1960 telah membuat beberapa cadangan baru

• Cadangan Laporan Rahman:

1. Pembubaran penguasa pendidikan setempat dengan menteri pendidikan bertanggungjawab


sepenuhnya
2. Pendidikan rendah percuma selama 6 tahun dan kenaikan kelas secara automatik
3. Had umur berhenti sekolah dinaikkan daripada 12 kepada 15 tahun
4. Penyerapan sekolah inggeris sebagai sekolah kebangsaan
5. Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi peperiksaan di sek menengah bantuan
penuh kerajaan
6. Mewujudkan kelas peralihan bagi pelajar cina dan tamil dari sjkct ke smjk inggeris
7. SMJKCina ditukar taraf kepada SMJK Inggeris atau sekolah swasta
Akta Pendidikan 1961

• Dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 telah dikuatkuasakan
sebagai Akta Pendidikan 1961

• AP 1961 ialah pernyataan formal dan legislatif yang menjadi tonggak proses transformasi sistem
pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK)

• Penegasan terpenting dalam proklamasi AP 1961 ialah “satu sistem pendidikan kebangsaan” yang
memberi implikasi:

1. Kurikulum sekolah yang seragam


2. Jadual waktu dan takwim seragam
3. Satu bahasa pengantar yang seragam disemua peringkat
4. Sistem peperiksaan seragam disemua peringkat
5. Penggunaan satu bahasa pengatar seragam untuk peperiksaan
6. Sistem latihan guru yang seragam
7. Sistem pentadbiran yang seragam
8. Sistem pemantauan dan akreditasi yang seragam

Dasar inovatif era integrasi nasional 1970-1990

• Peristiwa 13 Mei 1969 telah mendorong kerajaan memperkenalkan Rukun Negara dan dasar
ekonomi baru

• Rukun Negara ialah ideologi tentang cara hidup bernegara dengan pelajar sebagai sasaran utama

• DEB mempunyai 2 matlamat utama: membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

Era Integrasi Nasional

• Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dalam pendidikan difokuskan kepada:

1. Menggalakkan integrasi nasional


2. Pengeluaran tenaga kerja terlatih
3. Penekanan terhadap bidang sains dan teknologi
4. Pendidikan untuk pembangunan

• Proses pendemokrasian pendidikan berlaku pada peringkat tinggi dan menengah secara meluas

• Jawatankuasa Kabinet 1974 telah mencadangkan beberapa dasar baru hasil semakan terhadap dasar
sedia ada:
1. Kuriulum pendidikan asas 3M
2. Ujian rujukan kriteria untuk mengenal pasti pelajar lemah
3. Tempoh pendidikan sejagat dan percuma kepada 11 tahun
4. Sistem pensijilan terbuka iaitu hanya subjek yang lulus sahaja dicatat
5. Penambahan politeknik
6. Latihan guru dipanjangkan

Dasar Liberalisasi Pendidikan Era Globalisasi 1990-2000

• Era ini didasari oleh Wawasan 2020 malaysia sebagai negara maju

• Terdapat 9 aspek cabaran Wawasan 2020 yang menjadi asas kepada dasar-dasar kerajaan

• Implikasi langsung terhadap pendidikan:

1. P&P menggunakan komputer dan ict secara meluas


2. Penyertaan pihak swasta dalam pendidikan menengah dan tinggi secara meluas
3. Penggunaan bahasa inggeris lebih meluas pada peringkat tinggi
4. Kurikulum yang sentiasa berkembang mengikut teknologi baru

Era Globalisasi

• Implikasi terhadap dasar pendidikan

1. Penggunaan komputer dan ICT secara meluas dalam P&P dan pengurusan
2. Liberasi pendidikan terutama peringkat pengajian tinggi – pengkorporatan universiti awam,
pertumbuhan kolej swasta

Akta Pendidikan 1996

• Terdapat 7 perakuan utama:

1. Ilmu sebagai kuasa dalam pembinaan tamadun bangsa


2. Pembinaan masyarakat berilmu dan berdaya saing berasaskan sains dan teknologi, maklumat
3. Peranan sistem pendidikan untuk mencapai Wawasan 2020
4. Sistem pendidikan berkualiti tinggi dan bertaraf dunia
5. Perakuan Falsafah Pendidikan Negara – insan seimbang
6. Sistem pendidikan negara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,
kurikulum nasional yang seragam, peperiksaan awam yang seragam
7. Kos faedah bagi mengelak bebanan kerajaan, pendidikan demokratik
Implikasi Lansung Akta Pendidikan 1996

• Pendidikan swasta berkembang dengan pesat

• Smart Schools/Sekolah Bestari

• Pendidikan sebagai satu industri

• Pengkorporatan universiti awam

Anda mungkin juga menyukai