Anda di halaman 1dari 1

10 tip temuduga. Baca ia di hari temuduga.

1. Jadi seorang yang positif. Positifkan diri, senyum dan melangkah dengan keyakinan. Sentiasa
mencari jalan untuk bersikap positif, bukannya negative.

2. Tunjukkan kesetiaan. Tunjukkan pada panel temuduga bahawa anda seorang yang setia pada
kerja dan syarikat.

3. Tidak hipokrit. Tunjukkan diri anda yang sebenar ketika menjawab soalan. Tidak perlu berlagak
pandai atau buat – buat pandai.Tenang sahaja.

4. Jujur. Bersikap jujur dengan bakal majikan. Jangan sembunyi apa – apa.Luahkan sahaja
semuanya.

5. Elakkan dari beremosi. Tenang sahaja dan jangan gunakan emosi untuk menjawab soalan yang
di tanya.

6. Pandang ke hadapan. Pastikan diri anda sentiasa memandang ke hadapan. Berfikir mengenai
masa hadapan membuatkan kita akan jadi kuat.

7. Tanya soalan yang penting. Jika anda di beri peluang untuk tanya soalan pada panel temuduga
mengenai syarikat atau kerja anda, anda tanya soalan yang penting. Jangan tanya gaji. Tanya
soalan yang menunjukkan anda ada pengetahuan untuk bekerja dalam syarikat mereka.

8. Luahkan kenapa anda ingin bekerja atau inginkan jawatan itu. Beritahu mereka kenapa anda
layak untuk peroleh jawatan itu.

9. Apabila sudah tamat sesi temuduga, anda boleh tanya pada panel temuduga adakah anda
berjaya menjawab semua soalan dengan baik. Soalan penutup ini penting supaya mereka tahu
apa yang anda boleh beri.

10. Apabila semuanya sudah tamat. Ucapkan terima kasih pada semua panel temuduga.

Anda mungkin juga menyukai