Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A

( 20 markah )

1. “Sekolah ____________ akan mengadakan ceramah tentang pengurusan


emosi,” kata Camelia kepada rakan-rakannya.
A dia
B kita
C patik
D hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Timothy mengambil sebatang pen lalu menulis sesuatu __________ telapak


tangannya.
A ke
B untuk
C pada
D dengan

3. Haziq mengingatkan Rashid ___________ menutup suis kipas di bilik darjah


sebelum pulang.
A bahawa
B padahal
C supaya
D melainkan

4. Penduduk kampung Taman Cempaka _____________ antara satu dengan


yang lain demi mewujudkan suasana kehidupan yang aman sentosa.
A puji-pujian
B ejek-mengejek
C dengki-mendengki
D hormat-menghormati

5. Pak Cik Azman menggunakan bahan yang _________ untuk menyediakan


makanan buat para pelanggan yang datang ke gerainya.
A lemau
B kecut
C layu
D segar

1
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Seorang mata-mata _______________ perlakuan ahli-ahli kongsi gelap itu


melalui lubang kecil pada dinding rumah kayu itu
A mengintai
B menjenguk
C menonton
D menyaksikan

7. Hidangan rendang ayam itu agak _________________ para juri kerana


peserta itu tidak mengekalkan rasa aslinya.
A dikecewakan
B mengecewakan
C kekecewaan
D terkecewa

8. Masyarakat Melayu terkenal dengan _______________ Melayu yang


berfungsi untuk memberikan nasihat.
A perbadi
B peribahasa
C bumiputera
D warganegara

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Umang asyik melihat se_________________ angsa putih berenang di


kawasan tasik yang luas itu.
A rawan
B kawan
C gerombolan
D kelompok

2
10. Kanak-kanak itu langsung tidak mnoleh ketika saya memanggil namanya.
_________________ , dia cepat-cepat melarikan diri.
A Sebaliknya
B Malangnya
C Misalnya
D Sesungguhnya

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Marilah duduk di ________________ saya,” kata Nita kepada Ana.


A hujung
B tengah
C antara
D samping

12. Ayah dan ibu melarang Abang Haziq menunggang motosikal kerana dia
__________ memiliki lesen.
A masih
B boleh
C belum
D telah

13. Kita mestilah ___________ untuk mempertahankan kedaulatan negara.


A berkumpul
B berpakat
C bersatu
D bergerak

14. Pak Zabedee mahir membuat pasu sejak sepuluh tahun yang lalu. Kata
peribahasa, ____________________________________________ .
A alah bisa tegal biasa
B diam-diam ubi berisi
C ada udang di sebalik batu
D biar titik jangan tumpah

3
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Safina menyatakan hasratnya untuk melihat acara perbarisan semasa Hari


Kemerdekaan kepada Helena.
A “Saya ingin melihat acara perbarisan semasa Hari Kemerdekaan,” Kata
Safina kepada Helena.
B “Saya mahu menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan,” kata Safina kepada
Helena.
C “Kami mahu menyaksikan perbarisan itu,” kata Safina dan Helena.
D “Saya berhasrat untuk melihat acara perbarisan Hari Kemerdekaan bersama
Helena,” kata Safina.

16. Pilih ayat yang betul.


A Barangan ini memang terdapat dalam pasaran sekarang.
B Farhan memang seorang murid yang rajin dan berdisiplin.
C Hanya seorang murid sahaja yang tidak hadir hari ini, cikgu.
D Mereka berjuang demi untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mendekut merupakan cara popular memanggil burung wak-wak, sejenis


burung seakan-akan burung sintar atau perling. Burung ruak-ruak paya atau sawah
berwarna kehitam-hitaman berdada putih. Akan tetapi, burung wak-wak bukit yang
menjadi buruan pendekut ini kecil sedikit. Dadanya pula berintik-rintik kelabu.
Mendekut bermaksud memanggil burung dengan bunyi tertentu. Kegiatan ini
memerlukan dua batang buluh besar sebagai pancang. Pada hujung kedua-dua
batang buluh itu diikat takal serta botol berisi air. Tujuannya adalah untuk
memudahkan pendekut menaikkan dan menurunkan pukat. Apabila penjaga takal
sudah bersedia, pendekut akan meniupkan serunai yang diperbuat daripada buluh.
Kini, aktiviti ini dipermudah dengan menggunakan pita rakaman dan pembesar
suara.
Pada zaman dahulu, pendekut burung menggunakan jampi mantera untuk
beraktiviti. Semasa memacak tiang bertakal pun jampi sudah digunakan ; demikian
juga ketika memulakan tiupan untuk memanggil burung. Burung pertama yang
diperoleh akan disembelih dan dicabut bulunya. Darah dan bulu burung ini adalah
untuk habuan jin yang diserunya. Daging dan tulang pula adalah untuk pendekut
serta ahlinya. Kini, amalan itu sudah hamper lenyap.
Biasanya, aktiviti mendekut burung ini dilakukan selepas musim menuai.
Masa yang terbaik ialah penghujung tahun. Kegiatan ini dilakukan pada waktu
malam ketika bulan gelap kerana burung sukar melihat pendekut dan jaring yang
dipasang. Tiupan serunai ini persis bunyi ruak-ruak. Justeru, bunyinya akan menarik
perhatian burung bukit yang berterbangan di udara untuk menerjah pukat mencari
bunyi tadi.
Kalau bernasib baik, pendekut boleh mendapat puluhan malahan ratusan
ekor wak-wak satu malam. Dagingnya memang lazat terutamanya bahagian

4
dadanya. Walau bagaimanapun, kini, kegiatan ini dijalankan secara curi-curi. Hal ini
demikian kerana burung ini merupakan antara spesies yang dilindungi.

17. Penggemar burung menggunakan cara mendekut untuk


A menjinakkan ruak-ruak
B memelihara ruak-ruak
C menangkap ruak-ruak
D memanggil ruak-ruak

18. Perbezaan antara kebanyakan pendekut zaman dahulu dengan zaman


sekarang terletak pada
A penggunaan pukat serta buluh sebagai tiang pemancang.
B penggunaan jampi mantera untuk mendekut ruak-ruak.
C waktu yang sesuai untuk mendekut burung ruak-ruak.
D cara menyembelih dan mencabut bulu ruak-ruak.

19. Pernyataan berikut merupakan cara lama menangkap burung kecuali


menggunakan
A jaring sebagai jerat.
B jebak dan burung denak.
C pita rakaman dan pembesar suara.
D tiupan serunai buluh dan jarring yang dipasang.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang burung ruak-ruak.


A Menangkap ruak-ruak merupakan suatu kesalahan.
B Ruak-ruak sawah menjadi buruan para pendekut.
C Burung ini dikenali juga sebagai burung perling.
D Dada ruak-ruak berwarna kehitam-hitaman.

5
Bahagian B
( 30 markah )

Soalan 21

( a ) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberi.

pantas berlari acara olahraga rajin berlari

putus asa rajin membaca bersikap positif

Lumba lari merupakan salah satu _____________ . Sesiapa yang kuat berlari boleh
menyertai acara ini. Pelari yang terpantas akan muncul juara. Menjadi juara mesti
________________. Sang Juara perlu ada semangat yang kuat dan tidak mudah
________________ . Juara perlu ___________________ . Juara perlu berusaha
dengan tabah.
( 4 markah )

( b ) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis


perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan.

(i) Mereka pergi ke Tanah Tinggi menaiki sebuah bas persiaran yang disewa
khas demi pihak sekolah.
______________________________

( ii ) Kedua-dua orang murid prasekolah itu sangat pandai, tulisannya kemas dan
mereka juga dapat membaca kepada lancar.
______________________________

( iii ) Cikgu Razif menyuruh Galang menampal jadual latihan bola sepak pada
papan kenyataan hingga rujukan murid-murid.
________________________________
( 3 markah )

6
Soalan 22

( a ) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)
biji

sisir

tandan

(ii)
tandan

jambak

gugus
( 2 markah )

( b ) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di


bawah.

Penduduk kampung bergotong-royong membaiki jambatan yang rosak akibat banjir


baru-baru ini, amalan murni yang mereka lakukan seperti kata peribahasa
_________________________________________________________________ .

( 2 markah )

7
Soalan 23

( a ) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

Ramlah dapat menjawab semua soalan ujian itu dengan cemerlang.

___________________________________________________________________
( 2 markah )

( b ) Padankan ayat di bawah dengan kata pemeri yang betul.

Agama rasmi negara kita _________


agama Islam.

Bapanya ____________ pakar bedah di


Institut Jantung Negara. ialah

Kereta yang diletakkan di tepi jalan itu


___________ kereta Proton Waja.

Makanan yang ditempahnya itu


____________ untuk anak-anak yatim. adalah

Burung di dalam sangkar itu ___________


daripada spesies yang sama seperti yang
terdapat dalam buku ini.

( 2 markah )

(c) Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.

menghirup mengeluarkan memuntahkan


menelan menghembuskan

Datuk saya yang uzur itu telah ________________________ nafas terakhirnya


semalam.

Amira ________________________ beberapa buah buku dari beg sekolahnya


untuk dibaca.

8
Adik _________________________ bubur yang disuap oleh ibu semula kerana
tekaknya perit.
( 3 markah )

Soalan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Pada suatu hari, Pak Belang mengaum akibat kelaparan yang amat sangat.
Dia pun berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari mangsa. Tiba-tiba, dia
terserempak dengan Sang Kancil di dalam hutan itu. Pak Belang ingin memakan
Sang Kancil namun, Sang Kancil meminta supaya Pak Belang mendengar
penjelasannya terlebih dahulu.
Sebenarnya, Sang Kancil sudah tidak dapat lari ke mana-mana. Tiba-tiba,
Sang Kancil ternampak sesuatu yang tidak jauh dari situ. Dia mendapat suatu akal
lalu memberitahu Pak Belang bahawa dia tidak boleh dimakan kerana dia sedang
menjaga tali pinggang milik Raja Sulaiman. Pada mulanya, Pak Belang tidak
percaya sehinggalah Sang Kancil menunjuk ke arah seekor ular sawa yang sedang
nyenyak tidur di bawah pokok berhampiran dengan mereka.

( a ) Apakah idea Sang Kancil untuk mengelakkan dirinya daripada dimakan oleh
Pak Belang?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
( 1 markah )

( b ) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang


salah.

Pak Belang mengaum


akibat kelaparan yang amat
sangat.

Pak Belang mendengar


penjelasan Sang Kancil
lalu membahamnya.

( 2 markah )

( c ) Pada pendapat kamu, apakah keistimewaan Sang Kancil?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

( 3 markah )

9
Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Orang berkain corak berbelang,


Mendayung sampan ke Pulau Bintan;
Pesan orang yang terbilang,
Patuhilah segala perintah Tuhan.

Pokok berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Jangan ingkar kata guru,
Tuntutlah ilmu, rajinlah membaca.

Enak sungguh kuih bahulu,


Makanan tradisi tidak dilupa;
Sematkan pesan orang dahulu,
Patuhilah perintah ibu bapa.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat helang tinggi di awan;
Ikutlah nasihat orang tua-tua,
Pandai-pandailah memilih kawan.

Banyak orang menanam halia,


Di Kampung Paya tanahnya rata;
Jadilah insan berhati mulia,
Itulah pesan nenek moyang kita

( a ) Apakah kata-kata guru yang tidak harus kita ingkari?


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
( 1 markah )
( b ) Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
( 2 markah )
Jadilah insan berhati mulia,
Itulah pesan nenek moyang kita.

10
( c ) Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
( 3 markah )

11

Anda mungkin juga menyukai