Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA

27300 BENTA, KUALA LIPIS, PAHANG Telefon: 09-3239780


Faks: 09-3239780

Rujukan: CBA3009.705/1/1(05)
Tarikh: 18 November 2019

Kepada,
Ibu bapa/ Penjaga berkaitan

Tuan,

TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan yang bernama NURUL SYAHIRA BINTI
TARMIZI telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah ingin memohon kebenaran
tuan/puan atas pelantikan tersebut.

4. Walaubagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan kepada


beberapa syarat iaitu:

i. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari, iaitu
selewat-lewatnya pukul 7.25 pagi.
ii. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
iii. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
iv. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya bukan secara automatik tetapi akan dinilai
prestasinya dari semasa ke semasa.
v. Sekiranya murid ini melakukan sebrang salah laku dan tidak menjalankan tugas seperti yang
diharapkan, maka pihak Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah berhak menarik balik jawatan
tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta-merta. Perletakkan jawatan tanpa sebab yang
munasabah adalah tidak dibenarkan.
vi. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti yang diarahkan oleh
Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah.
vii. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Disiplin dan
Pengawas Sekolah atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.

5. Dengan pelantikan sebagai pengawas, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan
melahirkan lebih ramai pemimpin pada masa akan datang. Segala sokongan dan keprihatinan daripada
pihak tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
(SITI AISHAH BT OMAR)
Guru Besar, SK Benta
Pahang Darul Makmur.

Anda mungkin juga menyukai