Anda di halaman 1dari 171

1

ANGIN malam bertiup lembut menyapa seraut wajah yang sedang asyik

termenung di jendela. Farisya memeluk tubuhnya bagi mengurangkan kedinginan malam yang

menusuk hingga ke sum-sum tulangnya. Dilontarkan pandangannya yang kosong ke arah jalan

raya yang agak lengang. Fikirannya melayang jauh entah ke mana.

“Hai, jauh menung. Ingat kat siapa pula ni?”

Farisya tersentak. Lamunannya terganggu. Kehadiran Anisa, teman sebiliknya membawa

fikirannya kembali ke alam realiti.

“Takde apalah. Saja ambil angin,” balas Farisya agak lambat. Dialihkan pandangannya

ke arah Anisa. Masih dalam renungan kosong.

“Tak elok tau anak dara duduk depan jendela lama-lama. Nanti bila dan masuk angin

takde pakwe yang nak, tau. Jadi macam biskut lemau, siapa pun tak nak makan,” kias Anisa

dalam jenaka. Sememangnya sejak pulang dari kampung, perangai Farisya sedikit berubah.

Selalu termenung.

“Kenapa ni? Macam ada masalah aje. Cerita la dekat aku.” Anisa merapati Farisya yang

sedang kemurungan. Perlahan bahu Farisya dielus lembut. Ingin berkongsi seandainya itu dapat

mengurangkan kemurungan Farisya.


“Takde apa la. Saja aje aku nak berangan.” Farisya cuba mengukirkan senyuman semanis

mungkin.

“Berangan! Kau berangan nak kahwin dengan anak raja ke?”

“Mana la tahu kalau-kalau nasib aku berubah. Kau tak mau ke kawan kau kahwin dengan

anak raja?”

Anisa ketawa. Lucu dengan kenyataan temannya. “Ye la tu. Jauhnya kawan aku ni

berangan.”

Farisya sekadar tersenyum.

“Dah la tu. Jom tidur, esok kan ada kelas? Mata aku pun dah berat ni.” Anisa menggeliat

halus.

Farisya di sisi masih tidak berganjak. Masih mengharap tiupan angin datang menyapa.

“Kau tidur la dulu, aku tak ngantuk lagi.”

“Suka hati kau la. Aku nak tidur dulu. Tapi kalau ada masalah, jangan simpan sorang-

sorang. As a friend, aku masih larat nak dengar masalah kau tu,” pujuk Anisa perlahan. Sempat

berpesan sebelum membiarkan Farisya kembali seorang diri.

Mampukah aku mengharungi dugaan ini seorang diri… pastikah akan hadir kebahagiaan

antara aku dan dirinya? bisik hati Farisya.

Wajahnya diraup perlahan. Daun tingkap ditutup setelah dirinya puas menikmati udara

malam yang segar. Kakinya melangkah lemah ke arah katil. Merebahkan tubuhnya di atas tilam.

Namun matanya masih belum mahu terpejam. Masih terang untuk menerima kegelapan. Puas

dipaksa akhirnya, dirinya terlena jua.


“OKEY semua. Saya nak kamu semua habiskan assigment minggu lepas. Saya beri tempoh

sampai minggu depan dan pada hari yang sama saya nak semuanya dah ada di atas meja saya.

Saya tak mahu dengar ada alasan lagi minta tangguh. Faham semua?”

“Faham puan,” balas para siswa dan siswi.

Farisya mula mengemaskan buku-bukunya untuk pulang.

Suasana menjadi gamat sebaik sahaja Puan Adila meninggalkan dewan kuliah. Masing-

masing sibuk berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi secara berkumpulan.

Mungkin lebih mudah untuk mereka bekerjasama mencari bahan-bahan untuk dimuatkan di

dalam kertas kerja nanti.

Namun tidak pada Farisya. Dia awal-awal lagi telah keluar menuju ke perpustakaan. Dia

lebih selesa mencari bahan-bahan kajian itu seorang diri.

Farisya meletakkan alat tulisnya di sebuah meja yang agak sedikit tersorok. Dia

kemudiannya terus melangkah menuju ke rak buku untuk mencari buku-buku yang berkaitan

dengan kertas kerjanya. Farisya memilih buku-buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan lalu

duduk semula ke mejanya.

Dia begitu tekun mencari isi kandungan buku-buku yang sedikit berselerak di atas meja.

Banyak juga maklumat yang diperolehi. Farisya lupa akan masalah yang sedang menimpanya.

Tumpuannya sedikit pun tidak terganggu walaupun pengunjung perpustakaan semakin ramai.

Setelah berpuas hati dengan isi-isi penting yang telah dikumpulkan, Farisya

mengemaskan semula meja yang penuh dengan buku-buku rujukan. Buku-buku diletakkan

semula ke tempat asalnya. Apabila sudah yakin, Farisya melangkah keluar dari perpustakaan.

Ingin segera sampai ke bilik.


Tatkala kakinya melangkah di tepi padang, hatinya tergerak untuk berehat terlebih

dahulu. Terlupa akan niat di hati agar segera ke bilik hostel. Farisya melabuhkan punggungnya di

perdu sebatang pokok. Duduk menikmati tiupan angin petang sambil memerhatikan gelagat

segelintir pelajar-pelajar siswi yang gemar beriadah.

Farisya leka. Langsung tidak menyedari waktu senja kian menghampiri. Sedikit demi

sedikit mentari tenggelam di ufuk barat. Begitu indah pemandangan terbentang di hadapan mata.

Burung-burung turut berkicau riang. Pulang setelah seharian berterbangan di langit biru.

Hatinya sayu. Terpaksa meninggalkan suasana yang tenang sekali. Namun kakinya tetap

melangkah. Menyusuri jalan seorang diri tanpa berteman.

Tiba-tiba bayangan ayah tirinya menerpa. Begitu jua ibunya. Masih segar di ingatan

ketika menghabiskan cutinya di kampung. Takkan mungkin semua ini dapat dibuang jauh dari

kotak fikirannya.

“Abah nak kamu fikirkan dulu. Abah tak paksa. Abah faham.”

Radduan merenung wajah anak tirinya. Dia tahu Farisya tidak akan menolak

cadangannya. Dia jarang membantah namun terbit sedikit kerisauan sekiranya Farisya menolak

cadangannya itu.

Marlia hanya mampu memerhati dengan ekor mata apabila suaminya menyatakan hasrat

untuk menerima permintaan abang iparnya untuk menggantikan tunang anaknya yang

menghilangkan diri di saat majlis kenduri kahwin sudah terlalu hampir untuk dilangsungkan.

Farisya senyap. Tak mungkin aku akan kahwin dengan Haziq… desis hatinya.

Radduan masih lagi menanti jawapan dari anaknya. “Abah bukan apa. Abah dah terlalu

banyak terhutang budi dengan pak long kamu. Kamulah satu-satunya harapan abah. Tapi kalau

kamu menolak, abah tak boleh buat apa-apa. Itu hak kamu.”
Suara Radduan sedikit layu. Dengan cara ini saja mereka sekeluarga dapat membalas

segala budi yang dihulurkan oleh abangnya. Tiada niat di hati untuk menggunakan Farisya

sebagai ganti. Dia yakin yang Farisya mampu menjadi seorang isteri dan menantu yang baik.

“Macam mana dengan kuliah? Sayang pulak kalau berhenti macam tu aje.”

Farisya cuba memancing simpati ayah tirinya. Hatinya menjerit memberontak untuk

membantah, namun tidak mampu untuk diucapkan.

“Kamu jangan risau. Pak long dah izinkan kamu untuk teruskan pelajaran kamu

walaupun selepas kamu menikah dengan Haziq.”

Farisya sedikit kecewa dengan jawapan ayah tirinya. Tiada lagi alasan untuk dirinya

menolak cadangan ayah tirinya. Wajah ibu ditatap mengharap bantuan. Namun hampa. Ibunya

diam membisu. Farisya mengeluh perlahan. “Suka hati abah la.”

Lambat-lambat dia memberi keputusan kepada ayah tirinya. Walaupun berat, terpaksa

diluah jua.

Marlia tidak mampu berbuat apa-apa. Faham benar akan sikap Farisya yang sukar untuk

menolak permintaan suaminya. Sayu mengenangkan nasib yang menimpa anak perempuannya.

Farisya tunduk. Mengakui akan kesusahan yang terpaksa mereka tempuhi selama ini.

Menjadi ringan dek pertolongan Dato‟ Razlan. Farisya terpaksa akur. Meniti hari yang bakal

mendatang dalam keterpaksaan. Farisya pasrah.

“ZIQ tak nak kahwin dengan dia! Papa tahu, kan dia tu budak kampung? Nanti apa kata kawan-

kawan Ziq.”
Dato‟ Razlan tenang melihat anak lelakinya memberontak. Kalau tidak kerana tunangan

anaknya membuat onar, sudah pasti semua ini tidak akan berlaku. Dia pula yang terpaksa

menahan malu meminta jasa baik adiknya, Radduan untuk menjadikan Farisya sebagai ganti.

Mengakui perbezaan di antara Irma Hasmiza dengan Farisya Hani terlalu jauh, namun mereka

tiada pilihan lain. Keputusan telah pun dibuat. Suka atau pun tidak, Haziq terpaksa menerima.

“Mama, tolong la mama. Ziq tak sanggup ma. Please....”

Haziq cuba meminta simpati dari mamanya, Datin Rosma. Dia pasti mama akan

memihak kepadanya.

Memang dari awal lagi Datin Rosma tidak berapa setuju dengan cadangan suaminya

namun dia juga tidak sanggup hendak menanggung malu. Berita yang disampaikan oleh Haziq

telah menggegarkan amarah suaminya. Berita tersebut betul-betul tidak disangka.

“Takde ke orang lain, pa? Kenapa anak Marlia tu yang abang nak jodohkan dengan anak

kita?” Datin Rosma bersuara lembut memujuk suaminya. Mungkin masih ada jalan lain selain

menjadikan Farisya menantu mereka.

“Mama ingat siapa lagi yang layak jadi menantu kita? Masa dah terlalu suntuk untuk kita

cari calon lain. Lagipun apa kurangnya budak Farisya tu? Saudara kita juga. Keputusan papa

muktamad!” Dato‟ Razlan bingkas bangun. Meninggalkan isteri dan anaknya. Namun

langkahnya berhenti. Berpaling ke arah dua beranak itu.

“Esok Farisya akan sampai dari kampung. Papa nak Ziq jemput dia. Tiada bantahan!”

Ucap Dato‟ Razlan tegas.

Haziq kematian akal. Termangu di sisi mamanya. Hatinya kecewa dengan keputusan

papa.
Sekeras mana hati Datin Rosma, namun tidak terlawan akan keputusan suaminya. Datin

Rosma bersimpati dengan anaknya. Dia juga terpaksa menerima Farisya Hani sebagai

menantunya sedangkan hatinya sedikit pun tidak berkenan.

HAZIQ tidak dapat melelapkan mata. Mengenangkan bagaimana nasibnya nanti. Wajah Irma

terbayang di ruang matanya. Tarikan aura yang dimiliki oleh Irma Hasmiza tidak mampu untuk

ditepis. Pernah dirinya berasa bangga apabila Irma bersetuju menjadi permaisuri hidupnya

sedangkan ramai lagi lelaki di luar sana yang masih mengejar cinta Irma. Kejelitaannya tidak

dapat ditandingi.

Liuk lintuk tubuhnya cukup menggetarkan hati seorang lelaki. Sentiasa mengikuti

perubahan fesyen dari semasa ke semasa dan sememangnya wajar dia digelar super top model

masa kini.

Ditambah pula bergandingan dengan Haziq. Masing-masing menjadi kegilaan ramai.

Wajah Haziq yang kelihatan seperti pelakon dari Latin, lebih mirip kepada wajah ibunya.

Wajarlah ramai yang makan hati apabila berita pertunangan mereka tersebar luas.

Lamunan Haziq terhenti. Jam dinding berganjak ke pukul satu pagi. Matanya liat sekali

untuk dilelapkan. Kecurangan Irma begitu menghiris hatinya. Mahu saja dirobek-robek kulit

wajah Irma yang mulus jika dia ada di depan matanya ketika ini. Api kemarahannya masih lagi

membara. Semakin bertambah pula dengan desakan papanya. Dia sendiri tidak tahu ke mana

hala tujunya selepas ini. Berkahwin dengan sepupu sendiri tidak pernah langsung terlintas di

dalam kamus hidupnya.


Bagaimana hendak melayari alam perkahwinan bersama dengan orang yang tidak

langsung menarik perhatiannya? Apatah lagi untuk mencintai. Selain budak kampung, Haziq

telah dimaklumkan oleh Dato‟ Razlan yang Farisya masih menuntut di universiti tempatan.

Haziq tidak dapat membayangkan bagaimanakah nanti bila dia berhadapan dengan Farisya. Pada

perkiraan Haziq mereka bertemu hanya sekali, itu pun ketika mereka di alam persekolahan.

“Argh!”

Haziq meramas-ramas kepalanya. Dirasakan terlalu berat masalah yang dihadapinya. Begitu

payah matanya untuk dipejamkan. Sudah puas berguling di atas katil yang besar, masih belum

mahu lelap. Dibiarkan saja matanya terkebil-kebil merenung kipas yang perlahan putarannya.

Merenung kosong sambil menanti malam berganti siang.

HIRUK-PIKUK suasana kota membuatkan Haziq semakin rimas. Kalau tidak

kerana atas arahan papa, tak mungkin dia memperbodohkan dirinya menunggu ketibaan Farisya.

Cuaca yang begitu panas ditambah pula dengan kesesakan para penumpang bas yang berada di

stesen itu membuatkan Haziq semakin geram. Sudah hampir dua jam bas yang ditunggu-tunggu

tidak kunjung tiba.


Alamak, mana pulak minah ni? Ni semua papa punya pasal la! bentak hatinya

menyalahkan papanya. Sesekali Haziq mengibar baju kemejanya bagi mengurangkan

kepanasan. Bajunya juga sudah basah bermandikan peluh. Terasa seluruh badannya melekit.

Diteguk air mineral yang hanya tinggal separuh bagi menghilangkan dahaga. Dan ketika itulah

seseorang telah melanggarnya. Kedua-dua mereka terjatuh.

“Macam mana awak jalan? Takde mata ke?!”

Terkebil-kebil gadis itu dimarahi oleh Haziq. Malu menerima herdikan Haziq

sedangkan kesalahan itu bukan dari pihaknya.

“Ma… maaf, encik. Saya tak sengaja. Ada orang tolak saya tadi.” Gadis itu cuba

membantu Haziq mengelap bajunya yang basah.

Matilah aku… macam mana boleh terlanggar ni… malunya, bisik hati gadis itu.

Semuanya menjadi kelam- kabut.

“Tak payah! Aku boleh buat sendiri,” kata Haziq. Tangan gadis itu ditepis kasar.

Gadis itu tidak dapat mengimbangi tolakan Haziq lalu terduduk semula.

Baru padan dengan muka cantik kau tu! Habis baju aku, sumpah Haziq di dalam hati.

Orang ramai yang lalu-lalang hanya memerhati. Tidak terdetik di hati mereka untuk

membantu. Kejadian seumpama itu sudah biasa berlaku di kota metropolitan itu.

Hantu betul! Kan aku dah minta maaf. Ni main tolak-tolak orang pulak, hati Farisya

mengomel geram. Dia menjeling tajam ke arah Haziq.

Perlahan-lahan Farisya cuba bangun. Dia berasa sedikit sengal di seluruh badannya.

Kalau tidak kerana sudah berjanji dengan Dato‟ Razlan, sudah pasti dia tidak akan bersusah
payah untuk datang ke Kuala Lumpur. Pemuda yang dilanggarnya tadi pun sudah pergi

meninggalkannya. Dia mengibas sedikit baju kurungnya.

Farisya berjalan menuju ke tempat duduk. Tidak sangka nasibnya pada hari itu begitu

malang sekali.

“Dah la aku baru baik demam. Naik bas tadi rosak pulak tengah jalan. Dah sampai,

terlanggar pulak mamat tiang lampu tu. Malang betul nasib badan,” rungut Farisya perlahan.

Jika tidak kerana kerosakan bas yang dinaikinya, sudah pasti dirinya telah pun sampai

di rumah Dato‟ Razlan.

Diseluk beg sandangnya mencari-cari telefon bimbit hadiah dari ibu. Dia hairan

mengapa beg sandangnya menjadi ringan. Jantungnya berdegup kencang. Pantas tangannya

membuka zip beg seluas-luasnya. Degupan jantungnya bagaikan terhenti. Dompet dan telefon

bimbitnya sudah hilang! Sah! Memang kerja penyeluk saku.

Ya Allah… macam mana ni? Duit aku... handphone aku....

Farisya tergamam. Semua dokumen penting ada di dalam dompetnya manakala nombor

telefon Dato‟ Razlan juga ada di dalamnya. Ni mesti mamat tiang lampu yang ambil! Aduh…

macam mana aku nak contact pak long ni? Cipan bin tapir betul la! Desis hatinya.

Farisya melangkah pantas sambil matanya tercari-cari pemuda tadi. Dia bingung kerana

sudah dua tiga kali dia bertawaf mengelilingi stesen bas berkenaan namun kelibat pemuda itu

gagal ditemui. Langkahnya diperlahankan. Hampa. Usahanya hanya sia-sia. Tiba-tiba…

Haziq keluar dari tandas awam lalu berjalan menuju ke pintu utama stesen bas

berkenaan. Dia tidak mengendahkan jelingan orang yang memerhatikannya. Ketika itu juga

dirinya disapa oleh seseorang. Dengan kasar Haziq menoleh.

“Awak yang ambil dompet saya, kan? Pulangkan balik!”


Haziq terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan. Ditenung gadis itu dari atas ke

bawah. Minah ni lagi! Takde orang lain ke? Dah la pakai baju kurung... tak panas ke? Aku

yang tengok pun rimas.

“Encik yang ambil dompet saya, kan?!”

Gadis itu meninggikan sedikit suaranya setelah pertanyaannya langsung tidak

diendahkan oleh pemuda itu.

“What?! Tolong cakap baik sikit. Saya tak pernah ambil dompet awak.”

“Jangan bohong. Tolong la encik. Bagilah balik dompet saya.” Farisya merayu. Lengan

Haziq sudah dicengkam erat. Hatinya merasa amat yakin, ini semua angkara jejaka di

hadapannya

“Woit! Kau pekak ke? Aku kata tak ambil tu, tak ambil la!” Haziq mendengus dengan

kasar. Cuba melepaskan pautan gadis itu.

“Dah tu siapa yang ambil? Awak yang langgar saya tadi, kan?” Farisya tidak mahu

mengalah. Geram dengan sikap Haziq.

“Ooo... kalau aku yang langgar kiranya aku yang ambil la?” Haziq semakin rimas.

Mereka kini sudah menjadi perhatian oleh orang sekeliling.

“Manalah saya tahu. Mungkin betul awak yang ambil.”

Haziq menjegilkan matanya. Ingin sahaja ditelan gadis di hadapannya itu hidup-hidup.

“Amboi sedapnya kau nak tuduh aku. Kau ingat aku ni sengkek sangat ke sampai nak ambil

duit orang.”

Haziq tersenyum sinis. Sengaja menambahkan lagi api kemarahan Farisya.

Farisya mati akal. Tidak tahu apa yang harus dibuat.


“Kenapa ni cik?” soal seorang pemandu teksi.

Haziq dan Farisya menoleh serentak.

“Dompet dan telefon saya hilang. Saya syak dia ni yang ambil.”

Pemandu teksi tersebut menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bertentang.

“Kenapa pandang saya? Bukan saya yang ambil.” Haziq membela dirinya. Dah la

orang yang ditunggu tak sampai, sekarang dituduh jadi penyeluk saku pula. Lain yang

ditunggu, lain pula yang dapat.

“Macam nilah. Apa kata kita sembang di balai saja.”

Pemandu teksi itu menarik tangan Haziq sambil memandang ke arah Farisya memberi

arahan supaya mengikuti mereka.

Haziq cuba melawan. Takkan mungkin dirinya akan ditipu oleh gadis itu. “Apa ni

encik? Jangan main kasar. Saya dah kata tak ambil, tak ambil la.”

Dia menjeling tajam ke arah gadis yang menuduhnya.

“Jangan melawan!” tegas pemandu teksi itu sambil menunjukkan kad kuasanya.

Haziq sedikit tergamam. Terpaksa jua kakinya diheret menuruti pemandu teksi itu.

Dalam waktu itu, jelingannya tidak lari dari gadis yang baru saja membuat dirinya kelihatan

seperti tahanan.

Muka aku yang hensem ni dia kata muka pencuri? Kau tunggu la nanti….

“MACAM MANA semua ni boleh jadi?”


Pelik dengan kejadian yang menimpa Haziq, dan yang paling mengejutkan Dato‟

Razlan, gadis yang menuduh Haziq adalah bakal isterinya sendiri. Masih dia ingat lagi

renungan Haziq yang tajam ketika melihat Farisya. Andai hanya mereka berdua saja yang

tinggal, sudah pasti Farisya telah diterkamnya.

Farisya hanya menunduk, tidak mampu menahan panahan mata Haziq yang tajam

merenungnya. Kalaulah mata Haziq tu ada kuasa x-ray, sudah tentu tembus hingga ke sum-sum

tulang.

Datin Rosma yang duduk di sebelah Haziq hanya memerhati. Dia meneliti setiap inci

tubuh gadis yang bakal menjadi isteri kepada anak kesayangannya nanti. Dalam diam, Datin

Rosma memuji kejelitaan semula jadi yang dimiliki oleh Farisya. Renungan matanya yang

redup, mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Mengakui akan kebenaran kata-

kata suaminya. Patutlah beria benar suaminya inginkan Farisya jadi pengganti Irma. Memang

manis walaupun tanpa make up.

“Sa… saya minta maaf,” jawab Farisya sedikit gugup apabila semua mata

memandangnya. Dia langsung tidak berani mengangkat mukanya.

“Senangnya kau minta maaf. Kau dah malukan aku depan orang ramai, senang-senang

aje kau nak minta maaf!”

Jerkahan Haziq membuatkan Farisya terkedu.

Dato‟ Razlan berdeham menunjukkan tanda protes di atas kelakuan Haziq. Tidak

sepatutnya kesalahan itu terbeban di bahu Farisya seorang. Lagipun, tiada guna mencari

kesilapan, sedangkan semua ini telah pun berlaku.

“Saya tahu saya salah. Maafkan saya. Saya tak sengaja,” tambah Farisya lembut.
“Kamu fikir Haziq orang macam tu ke?” Datin Rosma bersuara. Sengaja ingin

menduga reaksi bakal menantunya.

Farisya terdiam. Dirinya tidak mampu membalas serangan bertubi-tubi daripada Haziq.

Kini terpaksa pula berhadapan dengan serangan bakal ibu mentuanya.

Mana la aku tau dia tu Haziq? Sekarang ni orang nak buat jahat bukan kira muka baik

ke apa ke, hatinya berkata-kata.

“Ziq tak cam Farisya?”

Haziq hanya menggeleng. Matanya masih lagi memandang Farisya.

Datin Rosma sedar akan itu.

“Hai, Ziq. Kenapa kamu pandang Isya macam tu? Dah berkenan ke?” Datin Rosma

senyum.

Aiks... bila pulak mama suka kat budak ni? Mati la aku… confirm la aku kena kahwin

dengan dia ni. Cepat-cepat dialihkan pandangannya. Tidak jadi untuk merenung terus gadis

yang bakal bernikah dengannya.

“Hah, kenapa kau lambat sampai tadi? Kau sengaja nak mainkan aku, kan?!”

Farisya mendongak. Tuduhan Haziq yang tidak berasas membuatkan hatinya sedikit

panas. Main? Banyak la kau punya main, marah Farisya. Namun tidak mampu diucapkan.

“Haziq…” tegur Dato‟ Razlan.

Haziq tidak mengendahkan teguran papanya. “Aku tunggu macam orang gila kat sana,

tau tak? Dah la kau langgar aku, lepas tu kau tuduh aku curi dompet kau pulak.”

Farisya akui akan kesilapannya, tetapi tidak adil jika semua meletakkan kesalahan itu

di bahunya seorang. Tidak menyangka mereka akan bertemu dalam keadaan begini.
Woi, hantu! Tak payah la nak tengking aku depan pak long. Malu la aku. Nasib baik

aku nak minta maaf… kalau tak jangan harap la! Tak berhenti-henti Farisya merungut di dalam

hati.

“Maafkan saya.”

Sekali lagi Farisya memohon maaf. Tidak mahu memanjangkan perkara ini lagi.

“Lagi-lagi maaf!”

Farisya tersentak. Herdikan Haziq seakan sudah melampau. Jika kedua orang tua Haziq

tidak ada, mahu saja dipicit-picit mulut Haziq menjadi kecil. Baru puas hatinya.

“Haziq! Jaga kelakuan kamu.” Dato‟ Razlan bersuara tegas.

“Papa nak menangkan dia kenapa? Dia dah buat Ziq malu. Mana Ziq nak letak muka

Ziq ni, pa?”

Farisya menghela nafas lega kerana masih ada insan yang memihak kepadanya.

“Haziq Denial. Papa tak pernah ajar kamu cakap macam tu dan papa tak pernah hantar

kamu belajar jauh-jauh untuk tunjuk perangai kurang sopan kamu tu. Hormat sikit dengan

bakal isteri kamu.”

Amaran Dato‟ Razlan begitu lembut tetapi cukup tegas. Sengaja ditekankan perkataan

„bakal isteri‟ kepada Haziq.

“Dah la, Ziq. Mungkin Isya tak cam kamu. Mama pun pelik, macam mana kamu

berdua langsung tak cam antara satu sama lain?” Lembut suara Datin Rosma cuba memujuk

anak lelakinya.

Haziq dan Farisya berpandangan.


Haah la… apesal aku tak cam mamat tiang lampu ni? Farisya hanya tersenyum kelat.

Sedangkan wajah Haziq sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Mana nak cam mamanya, kalau setiap kali kita balik kampung dia tak pernahnya nak

ikut. Asyik nak berkepit dengan Si Irma tu saja. Tu yang boleh sampai tak cam saudara

sendiri….”

Kantoi. Sindiran Dato‟ Razlan cukup pedas.

“Ha… tu la. Kalau tunjuk muka kat saudara-mara, taklah sampai jadi macam ni. Ini

tidak, sampai bakal isteri sendiri pun tak cam,” bebel Datin Rosma lagi.

Haziq geram kerana mamanya tidak lagi berpihak kepadanya. “Tapi ma….”

Dia cuba meraih simpati.

“Sudah la. Farisya dah penat dah tu. Pergi tunjuk bilik tamu kat dia. Bibik dah

kemaskan tadi.” Dato‟ Razlan memotong kata-kata Haziq.

“Isya rehat la dulu. Nanti kita minum petang sama-sama.”

Farisya termangu di sisi Datin Rosma. La… macam mana aku nak masuk bilik? Aku

tak tahu bilik aku yang mana satu. Mamat tiang lampu ni bukan nak bangun... hei geramnya

aku. Digarunya kepala yang tidak gatal.

Haziq sedikit pun tidak mahu berganjak. Sengaja mahu menyeksa Farisya.

Aku nak tengok sampai bila kau boleh bertahan dengan aku… desis hatinya, geram.

Datin Rosma hairan. Farisya dan Haziq masih tidak berganjak dari tempat duduk

mereka. “Kenapa tak naik bilik lagi?”

Farisya tersengih menayangkan giginya kepada mama Haziq.

“Errr… Isya tak tahu bilik,” ujarnya perlahan. Seperti berbisik.


“Ziq, pergi la tunjukkan bilik Isya.” Datin Rosma menepuk lembut peha anak

kesayangannya. Merenung ke dalam anak mata Haziq.

Haziq seakan mengerti makna renungan mamanya. Akhirnya, mengeluh sambil

mengangkat punggungnya. Kalau bukan pasal mama pujuk aku, jangan harap aku nak buat

semua ni... keluh hatinya. Haziq bangun dengan malas. Belum pun sempat kakinya melangkah,

kedengaran suara papanya menegur.

“Bawak sekali beg Isya tu.”

Haziq terpanar. Beg pakaian milik Farisya yang besar dipandang kosong. Dengan hati

yang berat, Haziq tunduk lalu mengangkat beg pakaian yang boleh tahan beratnya itu.

“Mak ai beratnya… dia bawak batu ke?” Rungut Haziq sambil mengerutkan dahinya.

Farisya langsung tidak bersuara. Padan muka kau… mamat tiang lampu! He he he he.

Sempat juga hatinya mentertawakan bakal suaminya.

FARISYA termenung lagi setelah selesai membersihkan diri. Dia sendiri tidak

menyangka akan bertemu dengan bakal suaminya seperti itu. Dia tersenyum sendiri ketika

mengingatkan peristiwa yang berlaku tadi. Memang lucu.


Tok… tok….

Farisya terkejut. Tiba-tiba saja pintu biliknya diketuk. Dia meneliti penampilannya

sebelum membuka pintu. Dioles sedikit lip balm ke bibirnya.

Pintu bilik sekali lagi diketuk. Kali ini lebih kuat berbanding tadi.

Ni mesti mamat tiang lampu yang ketuk. Tercabut pulak pintu bilik aku ni.

“Mama ajak minum dekat laman.”

Mendatar saja suara Haziq sebaik saja Farisya membuka pintu.

Farisya malas nak layan perangai moody Haziq. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia berjalan

menuju ke laman diikuti oleh Haziq.

Dato‟ Razlan dan Datin Rosma sudah pun menikmati hidangan minum petang mereka.

Perbualan mereka terhenti apabila melihat kehadiran anak dan bakal menantu mereka.

Datin Rosma senyum sambil menarik sebuah kerusi di sebelahnya dan memberi isyarat

kepada Farisya.

Farisya membalas senyuman Datin Rosma.

“Emmm… Isya. Bila kamu nak balik ke kampus?”

Lembut sahaja suara Datin Rosma bertanya sambil menambah air kopi ke cawan

suaminya.

Haziq masih lagi membisu. Dari raut wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu. Apa

yang sedang dibualkan oleh mereka langsung tidak menarik perhatiannya.

“Errr… insya-Allah dua hari lepas kenduri, mak long.”

Datin Rosma terkejut.


Farisya tahu itu bukanlah satu jawapan yang diharapkan oleh bakal mentuanya. Dia

sendiri tidak pasti.

“Kenapa awal sangat kamu nak balik kampus? Kenapa tak tunggu lepas pergi

honeymoon?”

Tersedak Farisya mendengar usul yang dicadangkan oleh bakal ibu mentuanya.

Honeymoon dengan tiang lampu ni nak buat apa? Mengabehkan bogreh jo.

“Betul kata mama tu. Lagipun bukannya selalu. Lagi satu papa nak tegur, panggil aje

mama dengan papa. Papa lagi suka kamu panggil macam tu.”

Farisya tersenyum kelat sambil mengurut dadanya.

“Macam ni aje la papa, kita ikut dia orang pergi honeymoon macam mana?” usul Datin

Rosma.

Bunyi memang agak pelik. Mana ada orang pegi honeymoon bawak parents.

He he he… pergi honeymoon dengan parents. Lawaknya, gumam hati Farisya.

“Hmmm… bagus jugak. Kita pun dah lama tak pergi bercuti.”

Datin Rosma tersenyum mendengar jawapan suaminya. Beria-ia benar dia mengajak.

“Errr… sebenarnya mak long, ops silap. Mama, exam Isya nak dekat dah ni.”

Takut–takut Farisya bersuara.

“Ala... kita pergi bukan lama pun. Cuma dua tiga hari aje.” Datin Rosma masih

memujuk.

“Ikut aje la cadangan mama tu, Isya. Kalau kamu nak, papa boleh explain pada dekan

kamu nanti.”
Gulp! Nak bagitau dekan? Nak satu U tahu aku dah kahwin? Habis la aku! Desis hati

Farisya. Dia tersenyum pahit. “Errr… tak payah la papa. Isya ikut aje kata mama.”

Datin Rosma tersenyum puas. Segala-galanya akan berjalan dengan lancar. “Macam tu la

menantu mama. Eh, Haziq. Kenapa diam aje?”

Farisya menoleh ke arah Haziq. Asyik benar dia mengelamun. Air kopinya pun dah sejuk

agaknya.

Haziq mengeluh. Diambilnya cawan yang berisi air kopi lalu disuakan ke mulutnya.

Bur!!!

Haziq mengelap mulutnya dengan tangan. Dia mendongak, semua memandang ke

arahnya. Apesal pulak ni? Aku buat lawak ke? Eh, kalau aku buat lawak apesal dia orang tak

gelak? Hatinya menduga kerana hairan dirinya diperhatikan.

“What?” soal Haziq kepada mamanya.

“Apa yang kamu menungkan? Dah tu minum pun tak senonoh,” tegur mamanya.

“Tak sengaja la. Air panas sangat.”

Farisya tersenyum. Rupa-rupanya dia sudah tersilap ambil cawan. Patutlah air kopi yang

diminumnya tadi suam. Sorry la ek… aku terambil cawan kau la pulak. Mesti best, kan minum

air panas? He he he….

“Takkan panas lagi kut? Dari tadi mama tengok kamu asyik mengelamun aje,” sambung

Datin Rosma.

“Mana Ziq tahu.”

Dia pun hairan macam mana airnya boleh menjadi panas kembali. Haziq menoleh ke

arah Farisya. “Yang kau senyum sorang-sorang tu kenapa?”


Opocot! Farisya terkedu. Nasib baik la takde sakit jantung. Kalau tak, dah lama gol

(arwah). Hilang semangat aku. Senyumnya mati di situ.

“Haziq, cuba belajar cakap baik-baik dengan bakal isteri kamu tu,” tegur Dato‟ Razlan.

Haziq tunduk. Salahnya juga.

“Emmm… mama dulu honeymoon kat mana?”

Farisya memandang bakal ibu mentuanya. Sengaja mengubah tajuk. Dia tidak mahu

Haziq terus-terusan dipaksa untuk menerima dirinya. Secara tidak langsung akan membantu

dirinya juga.

Haziq merenung wajah Farisya. Dia tahu kenapa Farisya cepat-cepat mengubah tajuk

perbualan mereka. Dia ingin berterima kasih namun tidak terucap. Apa pun hari ni dia terselamat

dari leteran papa.

HAZIQ turun menuju ke meja makan.

Farisya langsung tidak sedar akan kehadiran Haziq kerana terlalu asyik mendengar

celoteh Datin Rosma. Sesekali Dato‟ Razlan ada juga menyampuk.

Haziq berasa seperti dirinya tidak wujud. Kehadiran Farisya telah mengubah segala-

galanya. Mama pun sudah kurang memberi perhatian kepadanya.

“Auuccchhhh!”

Tiba-tiba Farisya sudah berdiri di atas kerusi makan. Wajahnya pucat. Tubuhnya sedikit

menggigil.
Mereka semua terpinga-pinga.

Apesal la pulak minah ni? Pagi-pagi lagi dah buat kecoh, sungut hati Haziq. Habis baju

kerjanya terkena air Milo yang tertumpah.

“Woit! Kau ni apesal?!” jerkah Haziq.

Farisya menoleh ke arah Haziq. Terkejut dia melihat Haziq ada di sebelahnya dan sedang

memegang bajunya yang sudah kotor. Alamak… habis la aku kali ni! Macam mana ni?

“Kenapa Isya?” soal Datin Rosma hairan. Dia sendiri terkejut melihat aksi spontan

Farisya.

“Li… li... lipas mama.”

Tergagap-gagap dia menjawab. Masih ketakutan.

Dato‟ Razlan ketawa besar mendengar jawapan Farisya. Besar-besar begini pun masih

takutkan lipas.

Datin Rosma lega. Ingatkan apa la tadi yang membuatkan Farisya terkejut.

“Banyak la kau punya lipas. Kau nampak ni?” marah Haziq sambil jarinya ditunjukkan

ke bajunya.

Farisya hanya tersengih. “Sorry….”

Perlahan-lahan dia turun dari kerusi. Dia berlari ke dapur mengambil tuala kering di

dalam laci. Dia kembali ke meja makan lalu dilap perlahan baju Haziq yang sudah bertukar

warna.

“Ish! Kau ingat boleh hilang ke kesan air Milo tu kalau kau buat macam ni?” rungut

Haziq lagi. Dia merampas tuala dari tangan Farisya. Dia tahu Dato‟ Razlan tidak gemar melihat
dia melayan Farisya seperti itu. Tetapi susah untuk dia berbaik-baik dengan Farisya. Tiada

langsung tempat untuk Farisya di hatinya.

Farisya berasa bersalah. Baru saja dia ingin berlalu, dia terasa ada sesuatu di kakinya.

Apalagi, bergemalah ruang makan dengan jeritan Farisya. Entah macam mana dia langsung tidak

sedar dia sedang memeluk Haziq.

Haziq sendiri tergamam. Bagaikan satu kuasa elektrik sedang mengalir di badannya. Dia

dapat merasa tubuh Farisya menggigil.

Dato‟ Razlan dan Datin Rosma hanya tersenyum melihat adegan panas itu. Dibiarkan

saja Farisya memeluk anak bujangnya. Yang hairannya, tidak pula Haziq melenting. Pening

kepalanya memikirkan perangai Haziq.

“Ek hem… takkan tak sabar nak tunggu nikah kut,” sindir Dato‟ Razlan.

Mendengar sindiran papanya, cepat-cepat Haziq melepaskan tangan Farisya yang erat

melingkar pinggangnya. Macam mana boleh tak sedar ni? Mak oi… nak bagi aku mati lemas ke?

Kuatnya dia peluk aku.

Farisya berasa tangannya sakit akibat dicengkam. Matanya yang dipejam rapat dibuka perlahan-

lahan. Baru dia sedar dia sedang memeluk Haziq. Cepat-cepat dia menarik tangannya dari

melingkari pinggang Haziq. Serta-merta pipinya bertukar menjadi merah. Hu hu hu…

malangnya aku hari ni!


4

HAZIQ melangkah menuju ke biliknya. Diletakkan briefcasenya di atas meja.

Matanya terpandang gambar yang terletak elok di atas meja kerjanya. Gambar itu ditenung

dalam. Merenung wajah yang pernah menjadi pujaan hatinya.

Segala memori ketika dia bersama Irma bermain di ruang fikirannya. Semuanya indah

belaka. Namun itu dahulu.

Kini Irma sedang berbahagia bersama suaminya. Luluh hatinya ketika mendengar khabar

itu. Dia masih teringat lagi janji Irma yang mahu sehidup semati dengannya. Kesanggupan Irma

menghentikan segala aktiviti yang berkaitan dengan modeling setelah mereka berkahwin nanti.

Kesungguhannya menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak membuatkan Haziq betul-betul

terharu. Hatinya sebak. Dia masih tidak dapat melupakan cinta Irma. Dia tidak kisah dengan

tohmahan yang dilemparkan terhadap Irma. Baginya, Irma adalah segala-galanya.

Malam semakin larut. Namun matanya tidak mahu lena. Semuanya tidak kena. Pusing

kiri, salah. Pusing kanan pun tak kena. Sudahnya dia telentang menghadap siling.

FARISYA terjaga dari tidur. Dia melihat sekeliling. Katilnya berselerak dengan buku-buku

kuliah. Dikerling jam di meja solek. Pukul dua pagi. Tekaknya terasa dahaga. Dia terus bangun
dari katil dengan niat untuk ke dapur. Farisya membuka pintu dengan perlahan, tidak mahu

mengejutkan sesiapa. Dia malas hendak membuka lampu. Kesamaran cahaya dari dapur

membantu dia berjalan di dalam gelap. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Telinga terdengar suara

orang seperti mengeluh. Dia menunggu lagi, mana tahu suara itu kedengaran lagi. Nasib baik tak

dengar suara tu lagi. Alahai… malam ni malam apa ek? Ah, lantak la! Takkan rumah besar

macam ni ada hantu, gumam hati Farisya.

Dengan perlahan dia menuruni tangga di dalam gelap. Tiba-tiba… “Opocot mak kau!”

Entah macam mana Farisya terlanggar sesuatu lalu terjatuh. Gedebuk!!! Bunyi sebijik

macam nangka busuk.

Dia dapat merasa ada sesuatu sedang menindihnya. Tubuhnya mengigil. Dia tidak sedar

yang menindihnya adalah Haziq. Dadanya sesak kerana tidak dapat menampung berat Haziq.

Ketakutan menguasai dirinya. “Argh, tolong!!!!”

“Hoit… yang kau jerit-jerit tu, kenapa?”

Dia tidak mengendahkan sergahan itu. “Argh… tolong!!!!”

Haziq terpinga-pinga apabila racau Farisya semakin menggila.

Ketika itu lampu telah pun terpasang. Jeritan Farisya telah membuat semua orang terjaga.

Racau Farisya terhenti apabila terpandang cahaya memenuhi ruang itu.

“Argh!” Farisya menjerit kerana terkejut apabila wajah Haziq betul-betul berada di depan

matanya. Cepat-cepat tangannya menolak tubuh Haziq yang menindihnya.

“Haziq, apa yang bising-bising ni?” tanya Dato‟ Razlan.

Dato‟ Razlan dan Datin Rosma menuruni tangga. Tidur mereka terganggu apabila

terdengar jeritan Farisya.


Haziq mengalihkan tubuhnya dari Farisya.

“Kenapa Farisya?” Dato‟ Razlan melihat wajah Farisya seperti sedang menahan sakit.

“Tak ada apa-apa, papa. Tadi Isya haus. Nak ke dapur tapi terlanggar dengan Haziq kat

tangga.”

Dato‟ Razlan menggelengkan kepalanya.

“Macam–macam la kamu berdua ni. Dari pagi sampai ke malam asyik nak accident

saja,” ngomel Datin Rosma.

Farisya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih.

“Dah, pegi masuk tidur. Dah lewat dah ni.” Dato‟ Razlan meredakan suasana yang agak

kecoh sedikit.

Bibik turut sama terjaga dari tidurnya.

“Kau tu jalan guna hidung ke? Menyusahkan,” rungut Haziq lalu bangun meninggalkan

Farisya termangu sendirian.

Apehal pulak aku yang kena marah? Dah dia tercongok kat tangga tu siapa suruh, rungut

Farisya di dalam hati. Akhirnya dia sendiri tidak jadi ke dapur.

Farisya masuk ke biliknya. Hatinya sakit bila terkenangkan segala incident yang berlaku

di antara dia dan Haziq. Hatinya sedikit resah. Bagaikan ada kuasa magnet mengalir ke dalam

tubuhnya ketika dia rapat dengan Haziq. Perasaan itu hanya hadir ketika dia bersama Aswad

dulu.

Tiba-tiba dia teringatkan Aswad. Kenapalah jodoh aku bukan dengan Aswad? Kenapalah

dengan mamat tiang lampu yang macam singa tu? Hatinya merintih sedih. Dia melihat nota yang
sering diberikan oleh Aswad. Kata-kata semangat sentiasa tertulis di setiap helaian nota Aswad

direnungnya. Memori lama menggamit jiwa….

“Faham?”

Farisya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menggeleng lalu tersengih. “Boleh

explain lagi sekali? He he he… please.”

Farisya merayu. Kedua belah tangannya disatukan memohon simpati buah hatinya.

Dengan sabar, Aswad menerangkan semula formula-formula bagi memudahkan dia

menghafal data-data penting.

Penat study Farisya cuba merenggangkan badannya. Cuba menghilangkan lenguh di

badannya.

“Han, awak sayang saya tak?”

Farisya sedikit terkejut dengan soalan Aswad. Sudah acap kali dia menyatakan kasih dan

cintanya untuk Aswad.

“Kenapa? Awak masih tak percayakan saya lagi?” soal Farisya kembali. Dia bangun

sambil berjalan menghampiri tasik. Diambil sebiji batu lalu dilontarkan ke arah tasik.

Aswad memerhati gelagat Farisya. Dia tersenyum. Faham benar dengan apa yang sedang

difikirkan oleh Farisya.

“Kenapa pandang saya macam tu? Betul la. Saya cuma sayang awak seorang aje, tau.”

Aswad masih merenungnya. Farisya berjalan menghampiri Aswad. Tangan Aswad

digenggam erat. Mengharap kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dari Aswad.

Aswad mengeluh. “Entah la, awak. Saya tak sedap hati la. Saya rasa macam awak akan

tinggalkan saya satu hari nanti.”


Farisya tersenyum. Kenapalah itu yang kau fikir, sayang? “Jangan la suka fikir macam

tu. Awak ni macam tak yakin aje dengan saya.”

“Bukan macam tu. Macam mana saya tak risau. Awak masih belum bagitau parents

awak, kan?”

Farisya buntu. Setiap kali perkara itu saja yang ditekankan oleh Aswad. Bukan niatnya

untuk merahsiakan hubungannya dengan Aswad dari kedua orang tuanya. Belum sampai

waktunya untuk dia memaklumkan berita itu.

“Sabar la, sayang. Tiba waktunya nanti saya cakap la. Please,” pujuk Farisya lagi.

Aswad mengeluh.

“Please… emmm… senyum la sikit.” Farisya menyentuh dagu Aswad sambil

menghadiahkan senyuman semanis mungkin.

Sekali lagi Aswad mengalah. Bibirnya mengukir senyuman dalam paksa.

Kenangan bersama Aswad menjelma lagi. Air matanya menitis lagi untuk kesekian

kalinya. Rasanya sudah puas dia menangis. Namun air matanya tidak pernah kering. Dia terpaksa

akur dengan semua ini. Disebabkan kedegilannya untuk berahsia akhirnya memakan diri sendiri.

Ditarik keluar sekeping gambar dari dompetnya. Wajah Aswad ditatap buat kali terakhir.

Rindu pada wajah itu membuatkan tangisannya semakin berlagu. Keceriaan wajahnya hanyalah

lakonan. Biarlah ditanggung luka itu sendiri. Tidak sanggup untuk menghampakan harapan

kedua orang tuanya.

Relakan aku pergi, sayang… anggaplah kehadiranku ini hanyalah mimpi di siang

harimu….
Bayangan serta memori ketika bersama Aswad dibuang jauh. Perlahan-lahan gambar

Aswad direnyuk lalu dibalingkan ke dalam tong sampah. Matanya dipejam rapat semoga

kesakitan yang dialaminya tidak akan berulang lagi. Dirinya pasrah dalam terpaksa.

“HAZIQ esok bawa Isya tengok baju wedding, ye. Mama dah arrange appointment,” pesan

Datin Rosma kepada Haziq.

Namun tiada jawapan.

“Kamu dengar tak? Yang lain mama dah siapkan. Cuma baju kamu dengan Isya aje

belum lagi.” Datin Rosma mengerling Haziq di hadapannya.

“Hmmm…” jawab Haziq pendek. Matanya masih leka dengan bacaannya.

Mendengar jawapan bersahaja Haziq, Datin Rosma tidak lagi mengajak anaknya berbual.

Tangannya lincah mengubah jambangan bunga untuk hari perkahwinan anaknya.

Haziq hairan kerana mamanya hanya seorang diri. Papa kalau hari cuti begini selalu di

padang golf. Bibik… jangan cakap la. Kerja dia tak pernah habis. Semenjak kehadiran Farisya,

dia tidak pernah lekang dengan mama. Ada saja yang mereka bualkan. Nak ambil hati mak

mentua la katakan.

“Assalamualaikum.”

Farisya melangkah menuju ke arah Datin Rosma.

Bacaan Haziq terhenti. Matanya menjeling ke arah gerangan empunya suara yang

memberi salam. Dia melihat Farisya melangkah menuju ke arah mamanya lalu mencium tangan

mamanya.
“Macam mana? Dah selesai ke urusan kamu?” soal Datin Rosma.

“Emmm... dah ma,” jawab Farisya sambil duduk di sebelah Datin Rosma.

Dia langsung tidak menoleh ke arah Haziq. Dia tidak sedar yang dirinya sedang

diperhatikan. Kalau boleh dia tidak mahu ada lagi incident yang berlaku di antara dia dan Haziq.

“Mana papa, sunyi aje?” soal Farisya sambil tangannya membantu Datin Rosma. Dia

bukan pandai sangat dengan bab-bab gubahan ni, tapi tak salah kalau nak mencuba.

“Papa tu… biasa la. Cuti macam ni di padang golf la.”

Hatinya senang dengan keramahan bakal menantunya.

“Ooo….” Farisya mengangguk mendengar jawapan Datin Rosma.

Haziq masih lagi memerhatikan Farisya. Langsung tidak menunjukkan sebarang protes

atas perkahwinan ini. Walaupun majlis perkahwinan itu dia yang merancang, tetapi tetap dalam

paksaan kerana pengantin perempuan telah berganti. Diperhatikan gelagat Farisya yang sentiasa

ceria. Dia keliru dengan tangisan yang didengarnya malam tadi. Hatinya memberontak untuk

mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.


5

“KAU nak minum apa?”

“Bagi akak Milo ais, ye. Kurang manis sikit ye dik,” jawab Farisya lembut kepada

pelayan itu. Dia langsung tidak menoleh ke arah Haziq.

“Okey, dik. Bagi Milo ais satu, oren jus satu. Emmm... kau nak makan apa-apa tak?”

Haziq masih lagi dapat mengawal emosinya walaupun Farisya buat endah tidak endah. Namun

dia bersyukur kerana Farisya tidak cuba membuat dirinya seperti tunggul di hadapan pelayan itu.

“Takpelah. Saya tak lapar,” balas Farisya pendek.

Pelayan itu seperti faham akan situasi yang dihadapi oleh Haziq dan Farisya lalu cepat-

cepat beredar dari situ.

Suasana sunyi seketika.

Farisya sibuk meneliti keadaan sekeliling. Dia amat tertarik dengan suasana restoran itu.

Cantik.

Haziq masih mendiamkan diri. Dia begitu asyik melihat gelagat Farisya. Dia ingin

mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh bakal isterinya itu.

Apesal pulak mamat ni asyik tengok aku aje ni? Eee… rimasnya aku! hati Farisya

membebel dalam keresahan. Sejak dari tadi Haziq asyik merenungnya. Dia menoleh ke arah
Haziq dan mereka bertentangan mata. Ingin mencari kepastian apa tujuan Haziq mengajaknya

keluar. Tapi dia kalah. Dia tidak mampu melawan panahan mata Haziq yang begitu tajam.

Hek eleh... tadi nampak macam kuat aje nak lawan mata dengan aku, cepatnya mengaku

kalah! Desis hati Haziq. Dia mentafsirkan Farisya sebagai seorang budak kampung yang kolot.

Namun dia silap dan dia juga lupa yang Farisya adalah bakal graduan tidak lama lagi, walaupun

bukan lulusan dari universiti luar negara.

“Apa tujuan awak?” tanya Farisya dengan suara yang sedikit getar.

Haziq membiarkan saja pertanyaan Farisya tidak berjawab. Air di hadapannya disedut

perlahan. Masih senyap seperti tadi. Seperti sedang menyusun ayat lagaknya.

Farisya semakin rimas dan Haziq sedar akan itu. Keresahan Farisya jelas terpancar di

wajahnya.

“Kenapa kau tak tolak lamaran papa aku?”

Farisya terkedu. Kenapa baru sekarang soalan itu diajukan kepadanya? Untuk apa?

Semuanya sudah berlalu. Farisya tunduk.

“Kenapa diam? Selalu aku tengok kalau dengan mama bukan main ramah lagi kau

bersembang. Kenapa dengan aku kau jadi bisu pulak?” sindir Haziq sengaja ingin menduga

Farisya.

Farisya masih diam tidak berkutik.

“Woit! Jawab la aku tanya. Ke kau memang dah syok gila dekat aku sampai sanggup

terima lamaran papa aku.”

Pantas Farisya mendongak. What?! Syok gila dekat kau? Malam sikit! Dia menarik nafas

panjang, cuba memadamkan api kemarahannya.


Farisya mencari kekuatan. Apa pun yang akan berlaku, cerita ketika bersama Aswad

adalah sejarah buat dirinya.

“Kenapa baru sekarang nak tahu?” soalnya lambat.

“Suka hati aku la. Sekarang ni aku tanya, kau jawab aje la,” marah Haziq.

“Saya malas nak bantah cakap abah. Lagipun abah dah banyak berjasa untuk saya,”

jawab Farisya. Tangannya memainkan hujung straw minuman.

“Kau sanggup pertaruhkan masa depan kau semata-mata nak balas jasa pak ngah dekat

kau? Mustahil budak U macam kau nak buat macam tu. Bukan pasal papa aku ada harta ke?”

tambah Haziq lagi.

Eh, apa kena dengan mamat ni? Kau ingat dengan harta bapak kau tu boleh beli semua

benda ke? Geram Farisya dengan tuduhan Haziq.

“Kalau awak tak setuju dengan perkahwinan ni, kenapa awak tak cakap aje dengan pak

long,” cabar Farisya. Sempat dia menjeling ke arah Haziq.

“Aku dah cakap, tapi papa tak dengar. Aku ingat nak suruh kau cakap.”

“What? Awak nak suruh saya cakap? Lepas tu nak bagi malu keluarga saya pulak. Saya

tak sanggup,” jelas Farisya. Banyak cantik muka kau, eee… geramnya! Hatinya semakin panas

dengan telatah Haziq. Tak mungkin dia akan bahagia bersama Haziq andai Haziq masih

berperangai seperti ini.

“Dah tu aku nak buat macam mana lagi? Aku tak boleh nak bahagiakan kau. Lagipun

aku tak cintakan kau,” terang Haziq dengan suara sedikit merayu.

“Habis tu awak ingat saya cintakan awak? Saya terima awak pun sebab abah, tu aje.”
Suara Farisya sudah sedikit tinggi tetapi masih dikawal. Kalau kau tak hendak, aku lagi

tak teringin, gumam hati Farisya.

“Please Isya, aku merayu kat kau. Tolong la aku,” rayu Haziq lagi.

“Sorry, saya tak dapat nak tolong awak,” tegas Farisya.

Wajah Haziq mencuka.

“Baik! Hari ni hari kau. Tapi jangan harap kau akan bahagia selagi kau hidup dengan

aku. Aku akan pastikan kau menyesal satu hari nanti!” bentak Haziq sambil bangun

meninggalkan Farisya.

Dia kalah dalam kata-kata. Luka di hatinya dengan perbuatan Irma belum pulih, kini

ditambah pula dengan sikap Farisya. Dia memang tertekan. Agak lama juga dia menunggu

Farisya di dalam kereta. Setelah selesai membayar harga minuman tadi, dia terus menuju ke

tempat letak kereta. Dia langsung tidak memaklumkan kepada Farisya.

“Hi.. mana minah ni? Takkan nak kena berjemput kut?” Hatinya semakin panas.

Farisya cuba berlagak biasa. Dia masih lagi memikirkan kata-kata Haziq. Mungkinkah

dirinya akan menyesal satu hari nanti? Dia sendiri pun tidak pasti. Ya Allah, Kau ampunkanlah

dosa aku. Kuatkanlah imanku, ya Allah. Ego Haziq begitu sukar untuk diruntuhkan.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Telefon pemberian Dato‟ Razlan menggantikan

telefonnya yang hilang. Dia mengamati nombor tersebut. Bukan dari kalangan kenalannya. Dia

menekan butang “yes” untuk menjawab. “Hel…”

Belum pun sempat Farisya menghabiskan kata-kata suara pemanggil sudah pun terdengar

di talian. “Woi, cik kak! Kau nak aku jemput kau masuk dalam kereta ke? Ke kau nak balik jalan

kaki?”
Haziq menghambur kemarahannya.

Farisya semakin geram dengan layanan Haziq. Dia tahu kenapa Haziq begitu marah

dengannya. “Tak payah. Saya boleh balik sendiri.”

Klik! Pantas Farisya memutuskan talian.

Haziq berang. Dia memandu keretanya dengan laju. Dia tidak menyangka Farisya begitu

keras hati orangnya.

HAZIQ melangkah masuk ke dalam rumahnya. Belum sempat dia menyambung langkahnya,

terdengar Dato‟ Razlan memanggilnya. Dengan langkah longlai Haziq menuju ke arah papanya.

“Mana Isya? Bukan ke kamu keluar berdua tadi.” Dato‟ Razlan seperti sudah menduga

sesuatu telah terjadi di antara anak dan bakal menantunya.

Haziq terkedu. “Errr… dia... aa… dia....”

“Assalamualaikum.”

Dua beranak itu menoleh.

Haziq berasa lega apabila Farisya yang memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Dato‟ Razlan tidak dapat meneka apa yang sebenarnya berlaku

kepada mereka. Tapi dia dapat mengagak ada sesuatu terjadi di antara mereka berdua. “Farisya

duduk sini sekejap. Papa nak cakap sikit.”

Farisya akur.

Haziq bangun untuk memberi laluan kepada Farisya.


“Kamu pun duduk Ziq. Papa nak cakap dengan kamu berdua.”

Haziq dan Farisya menoleh ke arah Dato‟ Razlan serentak.

Datin Rosma datang dari arah dapur sambil membawa dulang berisi minuman. Dia tahu

apa yang akan suaminya lakukan. Dia sendiri akan menjadi penyokong yang paling setia untuk

suaminya.

“Papa nak kamu berdua faham. Apa yang papa lakukan ini semua adalah untuk kebaikan

kamu.”

Haziq merenung ke arah papanya. Dia ingin membantah.

“Dengar dulu apa yang papa nak cakapkan ni. Papa bukan nak seksa anak-anak papa.

Papa nak kamu bahagia, itu saja. Papa buat ni semua ada sebab.” Dato‟ Razlan terlebih dahulu

dapat membaca reaksi Haziq.

Namun Haziq tidak mahu mengalah. “Papa yakin kami akan bahagia?”

Haziq menduga percaturan papanya. Dia ingin sekali menyatakan apa yang dirancangkan

oleh papanya tidak akan berhasil. Tidak mungkin dia akan hidup bahagia jika berkahwin dengan

Farisya.

“Papa yakin suatu hari nanti kamu akan bahagia.”

Farisya hanya mampu berdiam diri. Biarlah mereka selesaikan kekusutan ini. Dia hanya

menjadi mangsa keadaan sahaja. Namun untuk menghancurkan harapan kedua orang tuanya,

tidak sama sekali. Dia sanggup menelan segala kepahitan. Dia rela menanggungnya.

“Macam mana papa tahu kami akan bahagia? Kami yang akan melaluinya, bukan papa.”

Haziq masih lagi tidak mahu mengalah.


“Kamu yakin kamu akan bahagia kalau kahwin dengan Irma?” bidas Dato‟ Razlan.

Faham benar dia dengan sikap Haziq.

“Itu Ziq tak pasti. Tapi biarlah Ziq kahwin dengan orang yang Ziq cinta, pa.” Haziq

memohon pengertian papanya.

Suasana menjadi sedikit tegang.

“Cinta? Kalau cinta takkan dia sanggup lari ikut lelaki lain. Papa dapat tahu dia dah pun

berkahwin dengan lelaki tu. Itu yang kamu kata cinta?”

Haziq terpukul dengan kata-kata Dato‟ Razlan.

Farisya tidak mahu campur. Dia lebih rela menjadi penonton dan pendengar setia.

Datin Rosma mencari jalan supaya dua beranak itu tidak berterusan bertelagah.

“Ziq, mama yakin dengan keputusan papa. Cinta akan datang kalau Ziq sendiri yang

memupuknya. Lagipun tak salah kalau bercinta lepas kahwin. Macam mama dengan papa juga,”

pujuk Datin Rosma sambil melirik ke arah Farisya. Dielus lembut tangan anak kesayangannya.

Dia faham akan kehendak hati anaknya itu.

“Tapi ma….” Kata-kata Haziq terhenti apabila dia melihat Datin Rosma mengeleng.

Perangai Haziq tidak sama dengan kakak-kakaknya. Dia lebih suka dipujuk daripada memujuk.

Anak bongsu lelaki seorang la katakan.

“Mama suka kalau Ziq kahwin dengan Isya.”

Farisya tersentak apabila namanya disebut. Dia menoleh ke arah Haziq. Mata mereka

bersatu namun cepat-cepat Farisya beralih pandang. Dia tidak mahu menjadi mangsa mata Haziq

lagi. Sepatutnya aku yang bersedih sebab aku ni mangsa keadaan, bukan kau.
HARI yang ditunggu-tunggu pun tiba. Majlis yang berlangsung nampaknya meriah sekali.

Farisya telah sah menjadi isteri Haziq dengan hanya sekali lafaz. Semua hadirin tidak putus-

putus memuji pasangan pengantin. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. Dato‟ Razlan

dan Datin Rosma adalah orang yang paling gembira.

Farisya sibuk melayan para tetamu, begitu juga dengan Haziq. Haziq memperkenalkan

Farisya kepada teman-temannya. Farisya hanya menurut rentak Haziq. Dia tidak mahu mood

Haziq berubah di hari yang berbahagia ini.

“Emmm… kak long tengok korang ni bukan macam kahwin paksa pun. Dari tadi asyik

berkepit aje.”

Farisya tersentak dengan teguran kakak sulung Haziq. Yang lain-lain turut sama

memerhatikan gelagat mereka sambil tersenyum. Haziq langsung tidak mengendahkannya.

Namun dia tetap setia berada di sisi Farisya.

“Rasa macam nak kahwin balik aje kan, bang? Best aje,” tambah Hasni lagi sambil

mencuit suaminya.

“Aik... dulu Has jugak yang nak buat majlis kecik-kecik aje. Dah teringin la tu,” sindir

Azman kepada isterinya.

“Dulu kita lain la, bang. Kalau tak pasal kena pergi oversea, Has pun nak buat kenduri

besar macam ni. Meriah sangat, kan?”

“Tu la kak long. Teringat pulak masa kita kahwin dulu.” Hasrin menyampuk menyetujui

kata-kata kak longnya.


“Siap ada orang tu asyik kena perli aje, kan?” giat Hasni lagi memandang ke arah

Hidayat, suami Hasrin.

“Haah, naik lemas kami dibuatnya. Kan, bang,” tambah Hasrin sambil menyiku

suaminya.

Hidayat hanya tersengih. Pengalaman semasa majlis kenduri mereka tidak pernah

dilupakan.

“Lepas ni giliran dia orang la pulak, kan.”

Semua yang berada di ruang tamu itu memandang ke arah pasangan pengantin itu.

Farisya tersipu malu.

Haziq hanya tersenyum kelat.

“Sudah-sudah la kamu ni. Kesian mama tengok Si Isya. Dari tadi asyik kena buli aje

dengan kamu.”

“Bila lagi nak buli ma? Kami pun bukan selalu dapat jumpa. Lagipun masa ni la kami

nak beramah mesra,” jawab Hasni sambil memeluk bahu Farisya.

Mereka semua setuju dengan pilihan Dato‟ Razlan. Memang dari dulu lagi kakak-kakak

Haziq tidak berkenan dengan perangai Irma yang terlebih gedik tu.

“Betul tu kak long, kalau nak tunggu Si Haziq ni… sampai cucu cicit ada baru dia nak

bawak bini dia ke rumah kami,” sokong Hasrin, kakak Haziq yang kedua.

“Kalau macam tu, korang aje la yang balik ke sini,” cadang Datin Rosma.

“Okey juga tu. Boleh kami ajak Isya pergi window shopping. Biar orang lelaki pulak

duduk rumah jaga anak,” tambah Hasmin, kak lang Haziq sambil menjeling suaminya yang

sedang memangku anak mereka.


“Abang Zam okey aje.” Suami Hasmin memberi persetujuan sambil memandang ke arah

Azman dan Hidayat, kedua-dua birasnya.

“Tapi, kan... kak long takut ada orang yang tak tahan nak berjauhan dengan isteri

tercinta, pengantin baru la katakan.”

Semua ketawa mendengar kata-kata Hasni. Suasana menjadi gamat. Maklumlah, sudah

lama mereka tidak berkumpul beramai-ramai.

Habis merah wajah Farisya mendengar usikan iparnya.

“Ziq tak kisah la,” bidas Haziq. Menyembunyikan segala kekusutan yang semakin

tersimpul.

“Ye la tu. Jangan nanti kamu pulak yang merengek,” sindir Hasni lagi.

Haziq cuma mencebik kepada kak longnya.

“Hah Isya, lepas ni Isya kenalah jaga anak emas mama ni betul-betul. Dia ni pelik sikit,”

ujar Hasni.

Farisya tersenyum kelat. Jaga makan pakai sudah la, jaga bab lain sorry mem… I tak

ready, bisik Farisya di dalam hati.

Dato‟ Razlan dan Datin Rosma tersenyum. Di saat begini, mereka rasa cukup bahagia

kerana telah selesai segala tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Kini sudah tiba masanya

mereka berdua berehat.


6

FARISYA membaringkan tubuhnya di atas katil. Penat sungguh rasanya. Baru

saja dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Dia melihat Haziq sedang

melangkah ke bilik mandi. Haziq langsung tidak menoleh ke arahnya. Dia masih ingat lagi kata-

kata Haziq. Janji seorang lelaki yang akan membuat hidupnya merana kini telah sah menjadi

suaminya.

Walaupun lagak Haziq begitu mesra ketika di hadapan kakak-kakaknya, dia tidak rasa

yang Haziq ikhlas melakukan itu semua. Itu semua hanyalah mainan wayang ciptaan Haziq.

Malas dia hendak melayan kerenah Haziq yang menjengkelkan. Dirapatkan matanya kembali.

Haziq keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dia menuju ke almari baju. Dia

berlagak seperti biasa, seperti tidak ada apa pun yang berlaku atau dia lupa yang kini dia sudah

berkongsi bilik dengan Farisya. Dia hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Disisir rambutnya

dengan kemas. Dia ingin merehatkan badannya lalu menoleh ke arah katil. Dia terpandang

Farisya yang begitu pulas tidurnya. Direbahkan tubuhnya ke sofa sambil merenung seraut wajah

yang sedang lena di atas katil.

Wajah mulus Farisya tidak pernah diamatinya. Dia sendiri terkedu ketika upacara

membatalkan air sembahyang. Wajah yang paling dibenci nampak berbeza sekali. Dengan olesan

make up yang cukup sederhana, membuatkan wajah Farisya sungguh ayu. Patutlah semua orang

memujinya.
Ish... apesal aku asyik fikirkan dia? Tidak! Aku tak cintakan dia dan takkan mungkin

jatuh cinta dengan dia. Haziq membuang jauh perasaannya.

“ALLAHHUAKBAR, Allah….”

Farisya terjaga dari tidurnya apabila mendengar azan sedang berkumandang. Dia melihat

jam di tangan. Hampir terkeluar anak matanya melihat waktu sedang merangkak ke waktu isyak.

Ya Allah! Lamanya aku tidur, sampai terlajak solat maghrib. Dengan pantas Farisya mengambil

tuala dan baju lalu masuk ke bilik mandi. Dia tidak perasan kelibat Haziq yang masih lena di atas

sofa.

Cepat-cepat dia membersihkan diri. Badannya berasa sedikit segar. Setelah selesai

berwuduk, Farisya keluar dari bilik mandi. Entah macam mana ketika itu Haziq juga ingin

membuka pintu mandi. Belum pun sempat Haziq memegang tombol pintu, Farisya lebih dulu

menolaknya.

Dummm!!!

Haziq terdorong ke belakang sambil menekup hidungnya.

Farisya terkesima melihat darah mengalir dari hidung suaminya.

Haziq mengaduh kesakitan.

“Sorry, tak sengaja,” jelas Farisya. Dia cuba membantu Haziq namun dia ditolak kasar

lalu jatuh ke lantai. Hampir saja kepalanya mengenai birai katil. Kalau tidak, kepalanya juga

menerima nasib yang sama seperti Haziq.

Farisya berasa bersalah.


Haziq masih lagi menekup hidungnya. Dia selongkar laci almari mencari sesuatu.

Farisya bangun. Dia mengagak Haziq sedang mencari first aid. Farisya melihat sekeliling

lalu terpandang sebuah kotak berwarna putih di atas almari baju. Terjengket-jengket dia cuba

mengambil kotak putih itu. Ketinggiannya tidak dapat membantunya untuk mendapatkan kotak

putih itu.

Melihat Farisya sedang mencuba mengambil sesuatu, Haziq mendongak. Dia terlihat

kotak putih yang sedang cuba diambil oleh isterinya. Dengan pantas dia mengambil kotak itu dan

dibawanya ke atas katil.

Farisya mengikuti langkah Haziq.

Haziq cuba menahan darah dari terus mengalir dari hidungnya. Tiba-tiba dia merasa ada

seseorang sedang memegang kepalanya lalu membaringkanya di atas katil. Begitu lembut dan

teliti sekali. Haziq cuba menolak tangan Farisya namun ditahan keras.

“Diam!” bentak Farisya lalu mengalihkan tangan Haziq.

Haziq akur. Dia tidak mahu menambahkan sakitnya lagi.

Farisya memicit pangkal hidung Haziq bagi mengelakkan darah berterusan keluar.

Dibersihkan keliling hidung suaminya.

“Ish….” Haziq kembali menahan tangan Farisya.

“Sabar la… sikit aje lagi,” pujuk Farisya. Nasib kau la mamat tiang lampu… dari

mancung hidung kau tu dah penyek aku kerjakan.

Farisya bingkas bangun. Dibuka almari baju lalu dicapai sehelai t-shirt milik Haziq.

“Jom pergi klinik. Saya rasa hidung awak dah patah.”


Farisya membantu Haziq bangun dari katil. Darah masih lagi mengalir. Farisya

menghulurkan t-shirt kepada Haziq namun direntap kasar. Apabila terpandang Haziq hanya

bertuala, Farisya cepat-cepat mengambil kunci kereta Haziq di atas meja lalu turun ke bawah.

Dia tidak mahu melihat adegan yang tidak sepatutnya walaupun halal untuknya.

“Hai pengantin! Laju aje jalan. Tak nak makan ke?” tegur Hasni kepada satu-satunya

menantu perempuan mamanya.

Langkah Farisya terhenti.

“Kejap lagi la kak long. Isya nak bawak Haziq pergi klinik,” tolak Farisya dengan

lembut.

Semua yang ada di meja makan memandang ke arah Farisya dan segera beralih pandang

ke arah Haziq yang membuntuti Farisya.

“Mak su... Syafiq nak ikut?” rengek anak bongsu Hasni.

“Tak boleh sayang, mak su nak bawa pak su pergi klinik,” pujuk Farisya.

Memang dia sukakan budak-budak. Kebetulan semua anak buah Haziq cepat mesra

dengannya. Mereka takut dengan Haziq.

“Ala… mak su. Biar pak su pergi klinik sendiri la. Kan pak su dah besar.”

Farisya tersenyum melihat telatah Syafiq.

“Tak boleh sayang, pak su tak boleh nak drive sendiri,” tambah Farisya sambil

mengendong Syafiq dan melangkah ke meja makan.

“La... kenapa pulak tu?” tanya Hasrin apabila melihat Haziq sedang menekup hidungnya.

Farisya menoleh. Melihat Haziq sudah berada di pintu utama.

Hasni mengambil Syafiq dari Farisya.


“Ish... ganas betul dia orang ni, ye ngah. Sampai berdarah hidung dibuatnya,” sindir

Hasmin.

Haziq menjeling tajam ke arah Hasmin. Kakak-kakak aku ni takde kerja lain ke? Asyik

nak sakitkan hati aku aje. Ni semua minah ni punya pasal la! Marah hatinya.

Masing-masing tersenyum melihat wajah Haziq yang sedang menahan sakit.

“Eh, bukan macam tu kak long. Hidung Haziq kena pintu bilik air,” terang Farisya.

Faham benar dengan senyuman ipar-iparnya. Serba salah dia dibuatnya.

“Akak makan la dulu. Nanti kami makan kemudian aje,” balas Farisya. Dia berlari

mendapatkan Haziq yang sudah berada di keretanya.

Haziq menghulurkan tangan kepada Farisya.

Farisya tahu yang Haziq sedang meminta kunci kereta darinya. “Biar saya aje yang

pandu kereta.”

Haziq membulatkan matanya. What? Nak bawak kereta aku? Entah ada lesen ke tidak.

Jangan harap! Desis hati Haziq. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Tangannya

masih lagi dihulurkan.

Malas Farisya hendak melayan orang degil macam Haziq. “Suka hati awak la.”

Diserahkan kunci kereta kepada Haziq lalu berjalan menuju ke tempat duduk

penumpang. Dihempaskan pintu kereta Haziq dengan kasar.

“Hermph!” Haziq menjegilkan matanya. Woit, minah! Kau nak bagi jahanam kereta aku

ke? Tercabut pintu kereta tu, kau lekatkan balik! Marah Haziq di dalam hati.

Farisya buat-buat tidak nampak reaksi Haziq. Suka hati aku la… aku bagi tercabut

sungguh kang, baru kau tau, omelnya di dalam hati. Dia membuang pandang ke luar tingkap.
Haziq terkial-kial memandu keretanya dengan menggunakan sebelah tangan. Sebelah

tangannya lagi sedang menekup hidungnya.

Farisya sesekali menjeling ke arah Haziq. Tu la berlagak lagi dengan aku… nak sangat

bawak kereta, rasakan! Jangan kau bagi aku masuk hospital sekali sudah, gumam hatinya.

Tiba-tiba ketika melalui satu selekoh, Haziq tidak dapat mengawal keretanya lalu

terbabas ke tepi jalan. Berdecit bunyi tayar bergeser di jalan apabila Haziq menekan brek secara

mendadak. Nasibnya baik kerana keretanya langsung tidak melanggar apa-apa.

Semua terjadi dengan pantas sekali. Dia bersyukur kerana dirinya tidak cedera. Dia

menoleh ke tempat duduk di sebelahnya. Melihat Farisya langsung tidak bergerak, Haziq

menjadi panik. Kesan daripada brek kecemasan yang dibuat telah menyebabkan kepala Farisya

terhentak.

Haziq menggoncang tubuh Farisya. Masih tiada jawapan. Dahi Farisya terluka dan

berdarah. Pipi Farisya ditampar lembut sambil memanggil namanya. Namun hampa. Farisya

tidak sedarkan diri.

Dengan segera, Haziq memandu keretanya menuju ke hospital yang kebetulan berada

berdekatan. Hatinya tidak keruan. Dia ingin segera sampai ke hospital. Sesekali dikerling Farisya

yang masih tidak sedarkan diri.

FARISYA membuka matanya. Cahaya terang membuat matanya sedikit silau. Dibuka

perlahan-lahan kelopak matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Ingin dipicit kepalanya yang


berdenyut namun tangannya dihalang. Dia merasakan dirinya sedang berada di tempat yang

asing sekali. Bila diamati, barulah dia sedar yang dia kini berada di hospital.

“Isya rasa macam mana? Okey dah ke?”

Farisya hanya membalas pertanyaan ibu mentuanya dengan senyuman. Dia cuba bangun

tetapi dihalang.

“Tak payah bangun Isya. Banyakkan rehat.”

Farisya akur.

“Kalau Isya nak apa-apa, bagitau aje mama,” tambah Datin Rosma lagi.

“Takpe la mama. Isya tak apa-apa,” terang Farisya.

Dia mencari kelibat Haziq. Mungkin dia sedang berehat. Seingat dia, mereka berada di

dalam kereta untuk ke klinik. Baru dia ingat yang kereta Haziq terbabas dan dia tidak sedarkan

diri. Perkara yang ingin dielakkan terjadi juga.

Hantu punya laki, betul-betul dia bagi aku masuk hospital. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Kalau tidak, dah lama aku cekik kau, marah Farisya di dalam hati.

Pintu bilik dibuka. Hasni dan Azman melangkah masuk.

Dari jauh lagi Farisya sudah faham akan maksud senyuman kakak iparnya.

Azman bersalam dengan Dato‟ Razlan.

“Macam mana dengan adik akak ni. Dah sihat?” tanya Hasni. Diletakkan bakul yang

berisi buah-buahan di atas meja.

“Dah okey dah. Sikit aje ni,” balas Farisya. Disambut salam yang dihulurkan oleh Hasni.
“Macam-macam la korang ni. Malam pertama sepatutnya romantik, bukan macam ni.

Ini tidak. Sorang patah hidung, yang sorang lagi berjahit kat dahi. Memang padan la kamu

berdua ni.”

Farisya tersenyum mendengar celoteh kakak iparnya.

Datin Rosma turut tersenyum.

Farisya sendiri tidak tahu kenapa begitu banyak incident yang berlaku di antara dirinya

dan Haziq. Disebabkan kemalangan kecil itu, dia tidak dibenarkan pulang dan terpaksa tinggal di

hospital untuk beberapa hari lagi. Dan selama dia tinggal di hospital, Haziq tidak pernah datang

melawatnya. Adakah ini satu petanda untuknya? Adakah ini petanda bahawa kehancuran

hidupnya sudah bermula?

“Jangan harap kau akan bahagia selagi kau hidup dengan aku. Aku akan pastikan yang

kau akan menyesal satu hari nanti!”

Terngiang-ngiang suara Haziq di telinganya. Farisya meraup wajahnya. Terlalu banyak

yang difikirkan. Fikirannya bercelaru. Sudahkah dirinya bersedia untuk menghadapi segala

cabaran yang mendatang? Tabahkah dirinya untuk mengharungi segala dugaan yang melanda?

Mampukah dirinya menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku? Dia sendiri tidak pasti.
7

FARISYA terpaksa berehat di rumah sahaja atas arahan Datin Rosma. Minggu

hadapan, mereka akan berangkat ke London untuk berbulan madu. Semua persediaan sudah

dibuat, hanya menanti hari untuk berlepas sahaja. Farisya turun ke dapur untuk menghilangkan

dahaga kerana seharian dia hanya duduk di dalam bilik.

“Hai Isha. Nak ikut mama ke mall tak? Mana la tau kalau Isya boring duduk kat rumah.”

Farisya tersentak mendengar teguran ibu mentuanya. “Boleh juga. Mama tunggu sekejap,

Isya nak tukar baju.”

“Okey. Tapi jangan lambat sangat, tau. Pak Karim dah lama tunggu dalam kereta,” pesan

Datin Rosma.

Farisya mengangguk lalu pantas naik semula ke biliknya. Dia hanya bersiap ala kadar.

Cepat-cepat dia turun ke bawah kerana bukan kebiasaannya membuat orang menunggu.

Datin Rosma tersenyum melihat kelibat Farisya di muka pintu sambil menyarungkan

sandalnya. “Lawanya anak mama….”

Farisya tersengih. “Takde la mama. Biasa-biasa aje.”

Pak Karim segera memandu kereta yang dinaiki mereka keluar dari banglo milik Dato‟

Razlan.
Macam-macam yang disembangkan oleh mereka. Sesekali, Pak Karim juga turut sama

bersembang.

“Isya pernah ke oversea sebelum ni?”

Farisya menggeleng. “Tak pernah lagi mama. Belum ada rezeki.”

“Takpe. Nanti mama akan bawa Isya bila mama ikut papa pergi out station.”

“Tak payah la mama. Buat susah aje. Lagipun siapa nak tengokkan Haziq?” Farisya

menolak dengan lembut. Dia sudah berasa cukup bertuah apabila mentuanya sanggup

membawanya ke kota London sebagai hadiah berbulan madu.

“Haziq? Isya tak panggil abang ke pada Haziq?”

Gulp! Alamak… kantoi lagi. Macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Matilah aku….

Farisya gelisah. Secara tidak sengaja menyebut nama Haziq.

“Errr... tak la, mama. Abang Haziq.” Farisya cuba membetulkan.

Datin Rosma tersenyum kerana dia sedar yang Farisya ragu-ragu untuk memanggil

Haziq dengan panggilan „abang‟.

“Kita sebagai isteri kena hormat suami walau macam mana pun suami kita. Mama faham

perasaan Isya dan mama yakin yang Isya mampu lembutkan hati Haziq untuk terima kehadiran

Isya.” Pujuk Datin Rosma.

Farisya diam membatu. Selama dia duduk sebilik dengan Haziq, tidak pernah mereka

tidur sekatil. Farisya lebih rela tidur di atas sofa kerana tidak mahu membuat Haziq tidak selesa

dengan kehadirannya.
FARISYA hanya menuruti langkah kaki ibu mentuanya. Dia memerhatikan sahaja Datin Rosma

sedang membuat panggilan kepada seseorang.

Selesai membuat panggilan, Datin Rosma mengajak Farisya memasuki sebuah restoran

eksklusif yang terdapat di dalam shopping complex tersebut.

“Isya nak minum apa?”

“Fresh orange dah la mama.”

“Makan?” soal Datin Rosma sambil menyelak helaian menu di hadapannya.

“Tak payah la mama. Isya tak lapar.” Farisya juga turut membelek menu di tangannya.

Melihat harga makanan di restoran tersebut membuatkan seleranya mati.

Tidak lama kemudian, Haziq tiba-tiba menyertai mereka. Haziq duduk di hadapan

Farisya membuatkan dirinya kaku. La... macam mana mamat ni boleh ada kat sini? Kacau betul

la! Omel Farisya di dalam hati.

“Ha Ziq, order la. Nak makan apa?” Datin Rosma menegur Haziq.

“Emmm... mama order macam biasa la. Ziq malas la nak pilih-pilih.”

“Mama orderkan untuk Isya sekali ye. Cuba rasa makanan kat sini. Favourite Haziq tau.”

Farisya terpaksa akur kerana Datin Rosma sudah pun membuat pesanan untuk tiga orang.

“Banyak kerja hari ni?” tanya Datin Rosma.

“Boleh la tahan. Nasib baik mama call. Kalau tak, Ziq dah mati kutu dekat dalam pejabat

papa,” balas Haziq sambil berkerut dahi.

“Kenapa pulak? Takkan tak selesai lagi masalah dengan pelanggan dari Jepun tu?”
Haziq mengeluh. “Belum. Sekarang ni, dia orang nak minta bayaran ganti rugi dari kita.

Papa memang tak mahu bayar sebab bukan polisi kita untuk bayar ganti rugi kepada pelanggan.

Dah memang bukan salah pihak kita tapi pihak Jepun tetap mahu bawa masalah ni ke court.”

Sesekali Farisya sempat menjeling wajah Haziq. Di kala itu mata mereka bertembung.

Apesal mamat ni tenung aku semacam aje? Macam la tak pernah tengok aku, gumam Farisya di

dalam hati. Dia mengalihkan pandangannya kepada Datin Rosma.

“Insya-Allah. Mama yakin semua ni akan selesai dengan cara baik. Kalau betul pihak

kita tak bersalah, kita tak perlu takut untuk hadapinya.”

Walaupun Datin Rosma seorang suri rumah, dia tetap mengikuti perkembangan syarikat

suaminya.

“Dah ready nak pergi honeymoon?” tanyanya lagi.

Haziq mengangguk lemah.

“Hai… macam kena paksa aje. Orang kalau nak pergi honeymoon seronok. Bukan

macam kamu ni,” sambung Datin Rosma apabila melihat Haziq mengangguk lemah.

Farisya hanya tunduk membisu.

“Kenapa diam aje ni, Isya? Borak la dengan Haziq. Macam mana kamu berdua nak cepat

mesra kalau yang satu macam tu, yang satu lagi macam ni. Kamu berdua kena bertolak ansur.”

Datin Rosma sudah mula bersyarah.

Farisya hanya tersenyum kelat mendengar teguran ibu mentuanya. Namun senyumannya

mati apabila terpandang wajah serius Haziq.

“Kan manis kalau kau senyum….”


Farisya tersentak. Apalagi la yang kau buat ni? Jangan la nak bagi aku malu depan

mama, rungut hati Farisya.

“Emmm... mama, nanti boleh tak Isya singgah kedai buku? Isya ingat nak beli buku sikit

la.” Farisya cuba menghilangkan getaran di hatinya.

“Kenapa ajak mama pulak? Ziq kan ada. Lagipun mama ada hal lain ni. Isya balik

dengan Haziq aje nanti.”

Farisya ingin membantah tetapi cepat-cepat dibatalkan niatnya itu. Mak… boleh percaya

ke balik dengan dia? Silap-silap dia suruh aku balik naik teksi. Menyampah!

“Apesal muka masam aje. Ada masalah ke?”

Farisya tersentak mendengar soalan Haziq. “Tak ada apa-apa la. Saya okey aje. Nanti

temankan saya pergi beli buku ye.”

Datin Rosma merasa lucu kerana Farisya seperti takut-takut untuk berbicara dengan

Haziq.

“Kalau nak abang temankan, senyum sikit.”

Bergetar jiwa raga Farisya. Ya Allah… apa kena dengan mamat ni? Sejak bila dia

bahasakan diri dia abang? Nak berlakon pun jangan la over sangat pak cik oi… aku jugak yang

susah karang.

“Ha… kan manis macam tu. Cinta kalau kita tak cari atau pupuk, benda tu takkan

datang. Dia takkan datang secara sendiri kalau tak kita yang kena ikhtiar. Bagi peluang pada diri

masing-masing untuk terima antara satu sama lain. Jangan cuba nak menidakkan hak masing-

masing. Faham apa yang mama cakap?” terang Datin Rosma dengan panjang lebar. Mungkin

mereka masih belum faham lagi tentang tanggungjawab sebagai orang yang sudah berumah

tangga.
Farisya dan Haziq saling berpandangan.

“Mama lepas ni nak ke mana?” Haziq cuba mengalihkan perhatian mamanya. Dia rimas

apabila sering dihujani syarahan tentang hubungannya dengan Farisya. Padanya, biarlah masa

yang menentukan.

“Mama nak jumpa Datin Sofea. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Saja aje. Ingat kami balik lewat sikit kut.”

Farisya segera menoleh ke arah Haziq.

“Okey... tapi jangan lewat sangat. Isya pun baru baik. Dia kena banyak berehat,” pesan

Datin Rosma.

Farisya kehilangan kata-kata. Fikirannya masih lagi memikirkan agenda yang akan

dilakukan oleh suaminya.

Mereka menikmati hidangan bersama-sama.

Haziq lebih banyak bersembang dengan mamanya berbanding Farisya.

Hanya sesekali sahaja Farisya turut tersenyum mendengar perbualan mereka.

Kenapa la lambat sangat masa ni berjalan? Aku dah boring ni... Farisya merintih di

dalam hati.

“Eh Isya, kenapa tak habiskan makanan tu? Tak sedap ke?” tegur Datin Rosma.

“Tak la mama. Sedap… sedap sangat. Tapi Isya dah kenyang. Tak boleh nak masuk

dah,” bohong Farisya.

Dia sendiri tidak biasa dengan makanan ala Barat seperti yang dihidangkan. Tekaknya

tidak dapat menerima walaupun dipaksa. Dia tersenyum pahit.


“Ye ke? Tapi mama tengok dari pagi Isya asyik terperap je dalam bilik. Macam tu pun

boleh kenyang?”

Farisya tersengih malu.

“Mana tak kenyang. Asyik menghadap buku aje.”

Haziq menyampuk kata-kata mamanya sambil menjamah sisa hidangan yang masih

banyak berbaki di pinggan Farisya. Dia dapat merasakan ada yang tidak kena dengan isterinya.

“Buku tu memang la kena baca, tapi jangan la sampai tak makan. Nanti orang kata mama

tak bagi anak menantu mama makan pulak.”

Haziq masih lagi mengunyah makanan sambil memerhati wajah Farisya. “Dia takkan

makan kalau tak disuap ma.”

Farisya terkejut tatkala melihat Haziq menyuakan makanan kepadanya. Nak tak nak,

Farisya terpaksa menerima suapan daripada Haziq. Hatinya geram melihat senyuman Haziq yang

seakan menyindirnya.

Perlahan dikunyah daging yang sedikit liat di dalam mulutnya. Sedaya upaya

disembunyikan wajahnya yang kurang senang dengan tindakan Haziq. Aku benci kau. Aku benci

kau, Haziq. Aku benci! Sumpah Farisya di dalam hati.


8

FARISYA begitu asyik membelek sebuah novel hasil nukilan seorang penulis

muda. Dia tidak sedar gelagatnya sedang diperhatikan oleh Haziq.

Haziq memang bukan jenis ulat buku sebab itu dia tidak langsung mahu melihat buku-

buku yang dipamerkan. “Woit! Cepat la. Kau nak beli ke nak baca? Aku ada kerja lagi ni. Kau

tak nampak ke papan tanda tu DILARANG MEMBACA.”

Haziq merapati Farisya. Dia tidak mahu ada sesiapa mendengar perbualan mereka.

“Suka hati sayalah. Kalau awak nak cepat, awak balik la dulu. Saya nak tengok-tengok

lagi,” jawab Farisya acuh tak acuh.

Haziq geram. Memang kalau di hadapan mamanya, Farisya tidak akan berkelakuan

begini. Dia sendiri terpaksa berlakon di hadapan mamanya.

“Aku kan dah janji dengan mama. Kau sengaja nak bagi aku kena marah ke?” rungut

Haziq.

Farisya menoleh ke arah Haziq. “Kalau macam tu, tunggu aje la. Jangan nak bising-

bising pulak.”

Haziq menjegilkan matanya namun tidak meninggalkan sebarang kesan di hati Farisya.

Farisya sengaja ingin membalas dendam di atas perbuatan Haziq tadi. Kalau tidak kerana Datin

Rosma, sudah lama dia berperang dengan Haziq.

“Kau ni, cepat la sikit.” Haziq masih lagi mengekori langkah Farisya.
“Ye la... ye la. Lain kali jangan nak memandai-mandai berjanji depan mama.”

Haziq tersenyum melihat langkah isterinya ke kaunter pembayaran. Nasib baik kau ikut

cakap aku. Kau tunggu… kau sengaja nak mainkan aku, kan? Haziq sudah merancang sesuatu

untuk Farisya.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta. Masing-masing senyap.

Tiba-tiba langkah Farisya terhenti. Dia berasa tidak selesa kerana perutnya sedikit

memulas.

“Kenapa kau berhenti?” tanya Haziq apabila menyedari ketiadaan Farisya di sisinya.

Melihat wajah Farisya sedikit berkerut seperti sedang menahan sakit dihampirinya.

“Apesal ni?” soal Haziq lagi apabila pertanyaannya tadi tidak berjawab.

“Sakit perut la. Rasa macam nak muntah.”

Muntah? Sakit perut? Takkan mengandung kut? Eh, aku tak buat apa-apa pun dekat dia.

Hati Haziq mula bersoal jawab. “Kau nak malukan aku ke? Kau buat dengan siapa ni? Baik kau

cakap!”

Farisya menoleh kepada Haziq yang tiba-tiba meninggikan suaranya. Dah gila kut mamat

ni! Dah la kau paksa aku makan daging yang macam tak masak, sekarang nak bising-bising

pulak, rungut Farisya di dalam hati.

“Apa yang awak merepek ni? Saya buat apa?” soal Farisya.

“Buat-buat tanya pulak. Kau mengandung, kan?!” jerkah Haziq lagi.

Erk! Mengandung? Wa ka ka! Farisya terus ketawa sambil menekan-nekan perutnya.


Haziq terpinga-pinga melihat Farisya ketawa. Apesal pulak minah ni? Takkan aku jerkah

sikit pun dah jadi tak betul? Sawan ke apa ni? Aku tak mahu jadi pak sanggup! “Yang kau gelak

tu apesal? Kau ingat aku ni buat lawak ke?”

Haziq menarik Farisya sedikit kasar.

Ketawa Farisya terhenti kerana tangannya dicengkam kuat oleh Haziq. “Lepas la... sakit,

tau tak?”

Farisya cuba merentap pegangan Haziq namun tidak berjaya.

“Baik kau cakap betul-betul dengan aku. Siapa bapak budak tu?” Haziq sudah hilang

pertimbangan. Farisya langsung tidak mahu menjawab pertanyaannya malah mentertawakannya.

“Awak ni nama aje belajar tinggi-tinggi, tapi bodoh. Awak ingat saya ni perempuan jenis

apa? Awak jangan ingat saya ni bodoh sampai tak tahu nak bezakan dosa dengan pahala. Kalau

nak cakap pun gunalah otak tu sikit. Jangan nak main sembur aje.”

Haziq terkedu mendengar amarah Farisya. “Dah tu, yang kau nak muntah-muntah tu,

kenapa?”

Haziq masih lagi tidak berpuas hati.

“Dah awak sumbat mulut saya dengan makanan yang tekak saya tak boleh terima tu

apesal? Awak ingat saya ni macam awak ke? Perut awak tu lain la dah selalu sangat makan

benda-benda macam tu. Daging pun macam tak masak aje saya tengok. Eee... geli, tau tak!”

Haziq melepaskan cengkamannya. “Betul ni?”

Farisya mengerutkan dahinya. Kenapa Haziq begitu mengambil kisah tentang dirinya?

Belum pun sempat dia membalas, secara tidak sengaja habis terhambur segala isi perutnya di

dada Haziq.
“Woit, baju aku!!!!”

TAK habis-habis Haziq membebel kepada Farisya. Kalau tidak kerana Farisya muntah di

dadanya, rancangannya mungkin gagal. Nasibnya baik kerana dia sentiasa membawa baju

spare di dalam kereta. Baju yang terkena muntah Farisya segera dibuang.

Berkali-kali Farisya memohon maaf.

Memang lucu keadaan mereka. Farisya berpaling apabila Haziq membuka baju di

hadapannya. Cepat-cepat dibuang fikirannya yang bukan-bukan.

“Lain kali muntah la dulu. Baru jawab soalan aku,” sindir Haziq.

Farisya hanya menjeling. “Kan saya dah minta maaf. Dah awak tuduh saya yang bukan-

bukan. Ingat saya nak duduk diam aje ke?”

“Dah… dah... jom masuk,” arah Haziq. Haziq membukakan pintu untuk Farisya. Dia

tidak mahu pintu keretanya rosak dikerjakan Farisya.

“Nak pergi mana pulak ni?” soal Farisya. Dia enggan masuk ke dalam kereta.

“Masuk aje la. Banyak cakap pulak.”

Haziq mendorong tubuh Farisya ke dalam kereta lalu menutup pintu. Dia bergegas ke

tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin keretanya. Haziq memanjangkan tangannya

untuk membuka dashboard.

Farisya memberi sedikit ruang namun tubuh mereka tetap bersentuhan. Farisya gugup

walaupun Haziq langsung tidak bersuara.


Haziq mengambil sebotol minyak wangi lalu disemburkan ke bajunya.

Bau wangian itu menusuk ke rongga hidung Farisya. Farisya menutup hidungnya kerana

tidak tahan dengan bauan yang cukup kuat itu.

Haziq perasan akan jelingan Farisya namun dibiarkan saja. Dia memandu keretanya ke

suatu tempat yang belum pernah Farisya kunjungi. Haziq menghentikan keretanya di hadapan

sebuah rumah banglo yang tersergam indah.

“Jom la turun. Takkan nak duduk aje dalam kereta,” kata Haziq. Dia mematikan enjin

kereta sambil tangannya sibuk mengambil sesuatu di tempat duduk belakang.

“Rumah siapa ni? Kita nak buat apa kat sini?”

“Nanti kau akan tahu.”

Haziq sengaja membuat diri Farisya tertanya-tanya.

Dia nak buat lawak lagi ke? Rumah siapa pulak ni? Agaknya rumah girlfriend dia kut.

Hati Farisya membuat andaian. Dia tunduk melihat penampilan dirinya.

“Apa tunggu lagi? Dah lewat dah ni.”

Farisya masih membatukan diri.

Haziq beralih ke sisi Farisya. Baru kau tahu… tadi mainkan aku sangat, kan? Sekarang,

rasakan! Hua hua hua, gelak Haziq di dalam hati.

“Apa awak nak buat dekat saya ni,” rayu Farisya.

“Buat apa pulak? Aku ada buat apa-apa dekat kau ke? Aku cuma suruh kau turun, kan?”

Haziq masih lagi ingin mendera perasaan Farisya.

“Tapi….” Bicara Farisya terhenti apabila Haziq sudah pun membukakan pintu untuknya.

“Jom. Kau nak aku dukung kau ke dalam?”


Farisya menggeleng. Pantas dia melangkah keluar.

Haziq memeluk mesra pinggang Farisya rapat di sisinya sambil melangkah masuk ke

rumah banglo itu.

Hati Farisya berdegup kencang. Untuk pertama kalinya dia begitu hampir dengan Haziq.

Mereka menjadi tumpuan kepada tetamu yang hadir ketika melangkah masuk. Hampir-hampir

dia melatah apabila Haziq mencuit pinggangnya.

“Senyum la sikit, sayang. Nak takut apa?” arah Haziq.

Farisya mengukir senyuman terpaksa.

Haziq melepaskan rangkulannya sambil bersalam dengan seseorang.

“Aku ingat kau tak datang tadi. Masuk la, mama kau pun ada sama. Dia datang dengan

Datin Sofea.” Zakuan menyambut hadiah yang dihulurkan oleh Haziq.

“Mana boleh aku tak datang. Aku dah janji, kan? Apa pun aku ucapkan tahniah.”

Farisya masih lagi bingung dengan majlis yang dihadirinya.

“Wife kau kerja ke?”

Haziq menoleh ke arah Farisya. “Tak la. Wife aku masih study kat UPM. Final year.”

“La… aku ingat dah kerja. Muda lagi la wife kau ni. Sorry la aku tak sempat nak tanya

dulu.”

Farisya hanya tersenyum.

“Muda la jugak. Masa dia keluar tengok dunia, aku dah masuk tadika,” seloroh Haziq.

Mereka sama-sama ketawa.

“Eh, jemput la makan. Orang rumah aku ada dekat dalam. Kau tahu aje la orang

perempuan kalau bersiap,” rungut Zakuan.


“Biasa la tu. Adat.” Haziq bersetuju dengan pendapat Zakuan manakala Farisya hanya

mampu tersenyum.

“Ha tu pun dia. Tasha!” Zakuan memanggil isterinya ke arah mereka.

Dengan lenggok seperti gaya seorang model memperagakan pakaian, Farisya melihat

seseorang yang melangkah ke arah mereka.

Haziq meninggalkan Farisya berbual bersama Tasha. Di samping itu dia mahu

membincangkan hal-hal pejabat.

Peluang itu digunakan sebaik-baiknya oleh Tasha.

FARISYA menahan sabar terhadap kata-kata yang keluar dari mulut

Tasha. Kalau tidak memikirkan maruah suaminya, sudah lama dia meninggalkan majlis itu.

Hatinya menjadi panas. Walaupun dapat mempertahankan diri, sedikit sebanyak hatinya

tercalar.

Farisya lega apabila mendengar Haziq meminta izin dari Zakuan untuk pulang. Dia tidak

perlu lagi berpura-pura di hadapan semua.


Selepas bersalaman, Haziq dan Farisya melangkah keluar dari pekarangan banglo mewah

itu.

Haziq sedikit hairan dengan kelakuan Farisya. Dia lebih banyak membisu selepas

berbual dengan isteri Zakuan. “Apa yang kau bualkan dengan Tasha?”

Farisya menoleh. Pandangannya tajam seperti ingin ditelan Haziq hidup-hidup. “What do

you expect?”

“Maksud kau?” Haziq tidak faham dengan soalan Farisya.

“Jangan nak buat-buat bodoh pulak. Apa tujuan awak bawak saya ke sana?”

“Tujuan apa pulak ni? Zakuan tukan kawan aku. Salah ke aku bawa kau sekali?” Haziq

sedar akan senyuman Farisya yang kelihatan sedikit sinis.

“Oh, ye ke? Bukan untuk tunjukkan saya pada Tasha, bestfriend tunang kesayangan

awak tu?”

Haziq kehilangan kata-kata. Dia langsung tidak teringat yang Tasha adalah teman rapat

pada Irma. “Aku takde niat pun nak buat kau macam tu. Aku tengok dia okey aje layan kau. Kau

pun banyak senyum masa berborak dengan dia. Macam takde masalah aje.”

“Yang kita nampak tak sama dengan apa yang kita dengar. Jangan ingat saya diam sebab

saya kalah. Kesabaran saya ada batasnya. Lepas ni awak tak payah nak susahkan diri nak bawa

saya ke mana-mana majlis pun. Saya tak berminat,” tegas Farisya.

“Kenapa?” Haziq memperlahankan kelajuan keretanya.

“Awak tak payah tahu kenapa. Dan satu lagi, jangan nak samakan saya dengan mana-

mana kawan perempuan awak yang lain. I’m Farisya Hani and that’s who I am.”

Perbualan mereka mati di situ sehingga tiba di rumah.


Tanpa menunggu, Farisya terus saja melangkah meninggalkan Haziq yang masih berada

di dalam kereta. Farisya langsung saja ke bilik walaupun berselisih dengan kedua mentuanya.

Datin Rosma dan Dato‟ Razlan sedikit hairan. Selama ini, Farisya tidak pernah

berkelakuan demikian. Farisya tidak pernah mengendahkan mereka ketika bertembung.

Dato‟ Razlan melirik ke arah Haziq yang baru saja melangkah masuk.

Haziq cukup faham dengan maksud renungan tajam papanya itu.

“Kenapa dengan Farisya?”

Haziq duduk di sofa sambil meletakkan briefcasenya di sisi.

“Tak tahu la. Tadi masa dekat rumah Zakuan, Ziq tengok okey aje,” dalih Haziq.

Sebenarnya dia tidak mahu papa dan mama dapat menghidu mengapa sikap Farisya berubah.

“Ada kamu bergaduh dengan dia?”

Haziq hanya menggeleng.

“Kamu tak pujuk dia ke Ziq? Jangan buat dia macam tu Ziq, walau macam mana pun dia

tetap isteri kamu. Ingat tu. Tanggungjawab kamu untuk ambil tahu,” leter Datin Rosma. Dia

seperti dapat mengagak apa yang dirasai oleh Farisya.

“Kalau dia yang tak nak cakap, Ziq nak buat apa? Takkan Ziq nak paksa dia,” keluh

Haziq.

“Kamu dah cuba ke?”

“Dah… masa dalam kereta tadi. Biar la. Nanti dia okey la tu. Dia pun bukan budak kecik

lagi.” Haziq tidak mahu memberatkan kepalanya dengan masalah Farisya.

“Sebab dia bukan budak kecil la kita kena ambil tahu. Kalau budak kecil, mama sendiri

pun tak kisah. Jangan dah jadi sesuatu nanti baru kamu nak menyesal.”
“Ziq tahu la mama. Nanti la Ziq tanya dia.” Haziq menjawab malas.

FARISYA mengurung dirinya di dalam bilik mandi. Dibuka pili air sehabis mungkin. Air

matanya jatuh tidak tertahan. Tangisannya tenggelam bersama pancuran air yang mengalir

deras memenuhi tab mandi.

“Oh... rupa-rupanya you la Farisya.”

Masih terngiang-ngiang suara Tasha di telinganya. Tasha melirik ke arahnya dari atas ke

bawah. Farisya sedar akan tindakan Tasha.

“Hmmm… yup! It’s me.” Farisya tersenyum kelat. Tahu akan maksud dan tujuan Tasha

meliriknya sedemikian.

“I ingatkan wife Ziq lebih bergaya dari Irma. Ops… do you know Irma?”

“Actually I tak kenal, cuma pernah dengar nama dia aje. I dengar dia model iklan, kan?”

“Haah. Top model lagi tu,” jawab Tasha bangga.

“Betul la tu. I pun ada dengar yang dia dah kahwin dekat oversea kan?”

“I pun tak sangka yang dia akan tinggalkan Ziq sebab dia orang ni loving couple, tau.

Memang sesuai.”

Farisya senyum lagi. “Sesuai pun tak guna juga kalau tak setia, tak gitu Cik Tasha....”

Berubah air muka Tasha. Dia tidak sangka yang Farisya bijak mematahkan serangannya.

Masih berbekas di hatinya ketika melihat Haziq berjalan sambil memeluk pinggang Farisya.
“Tapi I yakin yang dia akan kembali semula kepada Ziq. They still love each other.”

Tasha sengaja membuat Farisya berasa cemburu.

“Oh, really? I tak tahu pulak yang tu. Kalau masih saling menyayangi, kenapa sanggup

lari dengan lelaki lain? Atau api cinta sudah tak sehangat dulu?”

Tasha terkejut mendengar kata-kata Farisya. Farisya memang bukan orang sembarangan.

“What do you mean?”

“Cinta sudah beralih arah. Atau pun mungkin Irma dah jumpa orang yang lebih baik dari

Haziq. Who knows.”

“Sebenarnya, orang macam you ni langsung tak sesuai kalau digandingkan dengan

Haziq. You tengok la cara you berpakaian. Macam orang kampung aje. Haziq boleh dapat lagi

bagus dari you.”

“Sesuai atau tak, Haziq dah jadi suami I pun. I ni bukan apa, malas nak tayang body I kat

orang. Buat apa I nak tambah dosa suami I. Kesian kat husband you, kan? Dapat wife macam

you yang suka pakai baju yang tak cukup kain ni,” sindir Farisya. Puas hatinya melihat wajah

Tasha bertukar merah menahan marah.

“You jangan nak berlagak dengan I. Haziq terima you pun sebab Irma yang tinggalkan

dia. Lagipun I tahu parents dia yang paksa you kahwin dengan dia. I yakin yang you takkan

bahagia dengan Haziq sebab Haziq masih cintakan Irma.” Tasha cuba mengawal emosinya.

“Maybe? Kalau betul Irma sayangkan my hubby, dia takkan tinggalkan Haziq. I tak

rampas dia dari sesiapa, Irma yang tinggalkan dia. Lagipun you tak patut tanya I, you patut tanya

Haziq atau pun parents dia sendiri.” Farisya membalas setiap patah perkataan Tasha. Tak

mungkin dia akan berdiam diri.


“I tahu yang you terima Haziq sebab harta dia, kan? Jangan ingat I tak tahu asal usul you.

Orang miskin macam you ni la yang selalu gunakan anak-anak orang kaya macam kami untuk

dijadikan mangsa. You gunakan papa Haziq untuk jodohkan you dengan dia. Lepas tu, boleh la

you bolot semua harta dia.” Tasha tidak berpuas hati.

What! This is too much beb… too much! Desis hati Farisya.

“You’re wrong, Cik Tasha. I sikit pun tak hairan dengan harta dia. Lagipun bukan dia

yang kaya, papa dia yang kaya. Kalau setakat harta, I boleh dapat lebih dari tu. Jangan jadi

bodoh, Cik Tasha. I tak akan kahwin dengan orang tu semata-mata kerana harta, lain la kalau

orang yang macam you….”

Tasha merasa tercabar.

Riak wajah Farisya langsung tidak berubah. Dia masih tenang sambil tersenyum.

“You tengok la nanti. Ziq masih hak Irma.” Tasha tidak mahu mengaku kalah.

“Hak? Hak apa yang dia ada? Isteri? Tunang? Girlfriend? For your information, I ada

hak yang lebih kuat dari dia,” bisik Farisya kepada Tasha sambil tersenyum sinis. “Hak I sebagai

isterinya yang sah. You faham, kan?”

Tasha terkedu. Dia kehilangan kata-kata. “You!”

Tasha meninggalkan Farisya dengan wajah mencuka.

Pengorbanan yang dilakukan terlalu perit untuk dilalui. Air mata tidak berhenti mengalir.

Sendu yang berlagu dibiarkan berlalu. Dia tekad, biar guruh berdentum memecah bumi

sekalipun, dia tetap takkan tunduk mengalah!


10

FARISYA menyingkap daun tingkap di sebalik langsir tebal. Tatkala daun

tingkap terbuka, hembusan angin yang dingin menerobos masuk melalui ruang yang terbuka.

Farisya berasa sejuk dengan hembusan angin namun ditahan. Pertama kali menjejakkan kaki ke

kota London membuatkan hatinya begitu teruja. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk

menjejakkan kaki ke kota London.

Selalunya dia hanya mendapat informasi di Internet mahupun bahan bacaan. Sungguh

berbeza jika dibandingkan apabila dapat merasainya sendiri. Dia mengerling ke arah katil di

mana Haziq masih lagi berbungkus dengan selimutnya. Mungkin Haziq sudah biasa dengan

tempat seperti ini, tidak seperti dirinya.

Farisya menyingkap kain langsir yang tebal lebih luas. Cahaya matahari memenuhi ruang

yang tadi sedikit malap. Tiba-tiba telefon kamarnya berbunyi.

“Helo Isya, dah bangun?”

Terdengar suara Datin Rosma di hujung talian.

“Dah mama. Dari tadi lagi.” Farisya berbahasa.

“Farisya siap cepat, nanti kita pergi sarapan sama-sama. Haziq mana?”

Farisya menoleh ke arah Haziq. “Masih tidur lagi, ma. Nak kejutkan ke?”
Kalau diikutkan hati, dia langsung tidak mahu menghampiri Haziq. Sama ada di rumah

mahupun di bilik hotel, mereka masih lagi tidur berasingan. Cuma bezanya, Farisya terpaksa

tidur di bawah memandangkan pihak hotel tidak menyediakan sofa di biliknya.

Atas arahan ibu mentuanya, Farisya terpaksa mengejutkan Haziq. Ditarik selimut tebal

yang menyelubungi tubuh Haziq lalu dijatuhkan ke lantai.

“Sejuk la. Bagi la balik comforter tu,” rengek Haziq dengan mata yang masih terpejam

rapat. Tubuhnya mengerekot menahan sejuk.

“Cepat mandi, mama ajak breakfast,” arah Farisya. Dia menuju ke almari solek untuk

bersiap.

“Cakap dengan mama, aku malas nak pergi. Bagi balik comforter tu.”

Farisya mencebik. Tak habis-habis nak buat perangai. Melampau betul! “Awak cakap

sendiri dengan mama.”

Haziq membuka kelopak matanya. Farisya begitu tegas dengannya sejak pulang dari

majlis di rumah Zakuan. “Susah sangat ke nak cakap dengan mama? Bukan aku suruh kau pergi

sorang pun.”

Dia duduk sambil menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

“Bukan susah, tapi malas kalau nak cakap sendiri,” bantah Farisya langsung tidak

menghiraukan jelingan tajam Haziq. Kau ingat aku nak layan kau macam dulu? Sorry! Keadaan

dah berubah, okey!

Haziq bangun lalu mengambil tuala di bangku solek yang diduduki oleh Farisya.

“Ni tuala saya. Awak ambil yang kat dalam.” Farisya cuba menahan tangan Haziq dari

terus menarik tuala di belakangnya.


“Suka hati aku la nak guna tuala yang mana pun.”

Farisya geram kerana Haziq berjaya mendapatkan tuala yang sudah digunakannya. Dia

mengeluh kasar. Farisya duduk di birai katil sambil menanti Haziq bersiap. Ketika Haziq keluar

dari kamar mandi, Farisya sedang leka menonton rancangan kartun di kaca televisyen.

Haziq mengambil baju yang telah disediakan oleh Farisya. Jaket denim disarungkan ke

tubuhnya bagi mengurangkan kesejukan. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Farisya.

Farisya berasa tidak selesa lalu cuba bangun.

“Duduk, aku tak suruh kau bangun pun.”

Farisya terduduk kembali apabila Haziq menariknya.

“Suka hati sayalah.” Farisya cuba bangun kembali. Haziq menarik tangan Farisya

kembali. Farisya tersentak kerana hampir sahaja tubuhnya jatuh di atas Haziq.

“Hey, lepas la!” Farisya menjerit kecil.

Haziq tidak mempedulikan amarah Farisya. Dia tetap dengan wajahnya yang bersahaja.

Tahu kau takut… aku nak tengok sampai bila kau nak jauhkan diri dari aku.

“Cepat la. Mama dah lama tunggu.” Farisya berusaha melepaskan diri dari cengkaman

Haziq.

“Yang kau takut sangat kenapa? Biar la mama tunggu. Aku pun boleh bawa kau turun

breakfast.”

“Cepat la. Saya dah janji dengan mama.” Rayu Farisya.

Haziq melepaskan tangan Farisya apabila melihat wajah mulus itu berubah mendung.

Farisya lantas bangun selepas tangannya dilepaskan.

Haziq memerhati langkah Farisya keluar dari bilik.


FARISYA berasa teruja melihat keindahan kota London. Haziq sentiasa berada di sisinya.

Sesekali dia cuba melarikan diri dari terus didekati oleh Haziq. Seharian berjalan di kota

London membuatkan diri Farisya letih sekali. Selesai menunaikan solat, dia cuba merebahkan

tubuhnya di atas katil.

“Cepat siap.”

Farisya tidak jadi melelapkan matanya apabila terdengar suara Haziq yang baru

memasuki bilik mereka.

“Kita nak ke mana?” soal Farisya.

“Siap aje la. Mama ajak kita dinner. Mama dengan papa dah tunggu dekat sana. Lagi

satu, mama suruh kau pakai baju ni.”

Haziq mencampakkan sebuah bungkusan yang dibalut kemas di atas katil sambil berlalu

ke bilik mandi meninggalkan Farisya termangu sendirian.

Farisya mengambil bungkusan tersebut. Dibuka perlahan bungkusan tersebut. Farisya

terlopong melihat sepasang dress berwarna hitam yang begitu cantik berserta sepasang kasut

tumit tinggi berjenama di tangannya.

Nak aku pakai baju ni? Biar betul! Seksi sangat la pulak. Kasut tumit tinggi lagi… nak

bagi patah kaki aku ke? Macam mana ni? hati Farisya berbolak-balik. Dia menggaru kepalanya.

Haziq terkejut melihat Farisya masih lagi duduk di atas katil bersama baju di tangannya.

Dia sudah dapat mengagak kenapa Farisya masih lagi memegang pakaian tersebut.

“Kenapa tak siap lagi? Mama dengan papa dah lama tunggu. Cepat la siap,” arah Haziq.
“Kalau saya pakai baju lain tak boleh ke? Saya tak muat la pakai baju ni,” dalih Farisya.

Haziq sibuk menyiapkan dirinya. Dia kelihatan begitu segak ketika mengenakan

sepasang tuxedo. “Takkan tak muat kut? Mama kata ni memang saiz kau.”

Farisya buntu. “Errr… kalau saya pakai jeans dengan blouse tak boleh ke? Kita nak

pergi dinner aje, kan?”

“Ingat kita nak dinner kat kedai mamak ke? Cepat la siap. Nanti mama bising la!”

Dengan wajah terpaksa, Farisya melangkah masuk ke bilik mandi untuk menyalin

pakaian.

FARISYA masih lagi membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Haziq telah pun

menunggunya di lobi hotel. Farisya bersolek ala kadar sambil mengenakan seutas rantai leher

pemberian ibunya. Untuk mengelakkan dari terlalu terdedah, Farisya mengenakan sepasang

selendang berwarna hitam, sedondon dengan dress labuh yang dipakainya. Apabila yakin dengan

penampilannya, barulah Farisya turun ke lobi hotel.

Haziq menanti kehadiran Farisya dengan sabar. Sengaja dia menggunakan nama

mamanya untuk mengumpan Farisya keluar dinner bersamanya. Haziq mengambil senaskhah

majalah bagi menghilangkan bosan menunggu Farisya.

Haziq mendongak ketika terasa ada seseorang berdiri di hadapannya. Buntang matanya

melihat kejelitaan isterinya yang kelihatan begitu anggun. Hatinya berdegup kencang. Adakah

ini Farisya Hani yang dinikahinya sebulan yang lalu?

“Cepat la. Kata mama dah tunggu lama.”


Haziq tersentak mendengar suara Farisya yang sedikit keras. Dia melihat Farisya yang

tidak selesa, mungkin tidak biasa dengan pakaian yang dipakai. Akan tetapi, diam-diam dia

memuji cara Farisya menyembunyikan tubuhnya yang terdedah. “Hah, mama? Ops, lupa pulak.

Jom la.”

Dia segera bangkit sambil menggenggam tangan Farisya. Nasib tak bocor rahsia… kalau

tak, mahunya Si Farisya ni mengamuk!

Ketika tiba di restoran, Haziq menyatakan sesuatu kepada pelayan.

Farisya tidak mempedulikan Haziq. Hatinya masih tertanya-tanya di mana kelibat kedua

orang mentuanya. “Mana mama dengan papa? Tadi awak kata mama dengan papa tunggu kat

sini.”

Haziq masih tidak puas menatap wajah Farisya. Keayuan Farisya sungguh luar biasa

pada malam ini.

“Mama dengan papa tak jadi ikut sebab papa tak berapa sihat. Mama suruh kita pergi

berdua saja,” jawab Haziq selamba.

Farisya mengerutkan dahinya. Biar betul mamat ni. Macam ada yang tak kena aje ni. Ni

mesti mama dah berkomplot dengan dia! Duga hati Farisya.

“Kalau macam tu, kita dinner dekat bilik aje la. Saya tak selesa la makan dekat sini,”

putus Farisya.

Haziq tersenyum mendengar luahan Farisya. “Takkan nak balik. Kita baru aje sampai.

Kalau ye pun, makan la dulu.”

“Makan? Awak nak saya muntah macam dulu ke? Saya tak boleh masuk la makanan

macam ni. Semua macam daging tak masak aje,” rungut Farisya.
“Takpe. Nanti aku orderkan kau yang lain. Sure kau suka punya.”

Farisya menjeling. “Mana awak tahu saya suka? Awak nak orderkan saya nasi ke?”

“Restoran ni mana ada nasi. Kalau tak makan nasi tak boleh ke? Jangan la kolot sangat,”

sindir Haziq.

“Memang saya kolot pun. Nak buat macam mana,” keluh Farisya.

“Dah la. Jangan la nak buat muka sedih pulak kat sini. Kalau macam tadi kan manis.”

Pujuk Haziq.

“Benci la cakap dengan awak!”

Haziq senyum melihat rajuk Farisya.

SELESAI makan, Haziq membawa Farisya berjalan-jalan untuk melihat suasana kota London

pada waktu malam. Mereka berjalan menyusuri sebuah taman.

“Mana kita nak pergi ni? Kaki saya dah sakit la pakai kasut ni.”

Farisya berdengkot-dengkot menahan kepedihan. Kakinya melecet kerana kasut yang

dipakainya terlalu ketat.

“Jalan-jalan. Boring jugak kalau duduk dalam bilik aje.”

Farisya duduk di atas sebuah bangku di taman itu. Dia membuka kasut yang dipakainya.

“Kenapa ni?” Haziq duduk di sebelah Farisya.

“Kulit kaki saya dah melecet la. Jom la kita balik. Saya dah tak larat nak berjalan ni.”
Haziq melihat kulit kaki Farisya yang melecet. Ternampak kulit yang melecet itu

kemerah-merahan. “Sakit sangat ke? Hotel jauh lagi ni. Kau boleh jalan tak?”

Farisya mengangguk.

“Kau tunggu sini kejap. Aku cari teksi.”

“Takkan nak tinggalkan saya kat sini sorang-sorang?”

“Sekejap aje.”

“Tak payah. Kita jalan kaki aje. Saya masih boleh tahan.”

Farisya sudah pun mendahului Haziq. Farisya berjalan dengan hanya berkaki ayam.

Haziq mengekori langkah Farisya. Mereka kembali menikmati suasana yang romantik

bertemankan bintang-bintang yang bersinar di dada langit. Di tengah perjalanan, hujan rintik

turun secara tiba-tiba. Mereka berlari-lari anak mencari tempat berteduh.

Farisya menggigil menahan kesejukan. Haziq bersimpati lalu menyarungkan kot ke

tubuh Farisya. Mata mereka bertentangan. Satu perasaan yang cukup aneh mula menyerang

benak masing-masing. Lalu….


11

FARISYA sudah siap berkemas untuk pulang semula ke kampus. Dia tidak

mahu menangguhkan lagi kuliahnya. Sudah puas Datin Rosma memujuknya tetapi dia menolak

dengan lembut. Masih terlalu banyak kerja yang tertangguh. Dia tidak mahu terus ketinggalan.

Diletakkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Haziq.

“Study elok-elok. Jaga diri baik-baik, tau. Lagi satu mama nak pesan. Isya dah jadi isteri

Haziq, kena tahu batas-batas seorang isteri,” pesan Datin Rosma. Dielus lembut kepala Farisya

ketika bersalam dengannya.

“Baik ma. Isya ingat pesan mama.”

Dicium tangan kedua-dua mentuanya. Begitu juga dengan kakak-kakak iparnya.

Walaupun berasal dari kampung, dia tidak pernah disisihkan. Apatah lagi dibeza-bezakan.

“Ingat pesan papa dan mama. Selalu-selalu la call kalau ada masa. Insya-Allah nanti

papa bawa mama melawat Isya.”

Farisya sedih dan terharu dengan kata-kata bapa mentuanya. “Tak payah la papa, buat

susah papa aje.”

“Susah apanya? Bukan jauh sangat pun. Kalau nak balik tiap-tiap minggu pun boleh.

Biar papa suruh Haziq ambil.”

Farisya menoleh ke arah Haziq.


“Kenapa? Risau nak tinggalkan Haziq. Sabar la sikit.”

Farisya tersipu malu. Bukan itu maksudnya. “Eh, tak la mama. Tak risau pun. Mama kan

ada.”

Datin Rosma dan Dato‟ Razlan tersenyum senang.

Dia melangkah menuju ke kereta suaminya. Haziq sudah lama menunggu di dalam

kereta. Dilambaikan tangan sehingga bayangan kedua orang tua Haziq tidak lagi kelihatan.

Di sepanjang perjalanan, Haziq dan Farisya lebih rela menyepikan diri. Sejak peristiwa

yang tak disangka-sangka di kota London, mereka bagaikan kehilangan kata-kata.

Kereta Haziq memasuki kawasan universiti.

Farisya senyap. Sengaja dia membatukan diri.

Sudah dua kali kereta Haziq melalui kawasan yang sama. Dia sudah tidak larat untuk

memandu lagi lalu diberhentikan keretanya di hadapan kafe.

“Eh, kenapa berhenti dekat sini?” tanya Farisya seraya menoleh ke kiri dan kanan. Dia

tidak mahu ada sesiapa ternampak dia bersama Haziq.

“Kau tak cakap pun nak turun dekat mana. Dah dua kali aku tawaf.”

Erk… ye ke? Tak perasan pun… ke mamat ni sengaja nak tipu aku? “Tak cakap ke?”

“Mana ada kau cakap. Dari tadi asyik senyap aje. Ingatkan dah bisu.”

Amboi… sedapnya mulut kalau bercakap. Cili karang, baru tahu! marah hati Farisya.

“Cakap tu main sedap mulut aje. Nak sangat ke saya ni bisu?” marahnya.

“Dah kau tu senyap aje. Lain kali ringan-ringankan mulut tu sikit. Faham!”

Farisya mendengus. Dia membuka pintu kereta.

“Nak ke mana pulak tu?” soal Haziq.


“Nak turun la! Dah tu, nak duduk dalam kereta dengan awak sampai malam?” Farisya

terus keluar dan menutup pintu kereta Haziq dengan kuat.

Haziq tidak sempat menahan. Pintu keretanya sudah pun tertutup. Minah ni memang

sengaja nak cari pasal! Kalau naik kereta dengan papa… boleh pulak dia tutup pintu kereta slow-

slow, marah Haziq di dalam hati.

Farisya sudah berada di belakang kereta Haziq.

Namun Haziq tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar atau mahu membuka pintu

bonet keretanya. Sengaja dia membuat Farisya tertunggu-tunggu di tengah panas.

Ketika itu kelihatan seorang lelaki datang menghampiri Farisya.

Haziq memerhati dari cermin sisi. Wajah Farisya berubah ketika bersua muka dengan

lelaki itu. Dia dapat melihat Farisya berkata sesuatu kepada lelaki itu bersama wajah yang kelat.

“Siapa pula tu? Boyfriend dia ke? Boleh tahan juga.” Haziq berkata sendirian. Merasa

dirinya tercabar, dia melangkah keluar.

Farisya serba salah.

“Kenapa ni?” soal Haziq apabila dia berdiri di sisi Farisya.

“Errr... takde apa-apa. Cuma bincang pasal tugasan,” bohong Farisya.

Aswad merenung Farisya.

Haziq berasa tercabar apabila Aswad terus-terusan merenung isterinya. “Kenapa kau

tengok dia macam tu?”

Farisya gugup. Dia takut seandainya mereka berdua bergaduh di tempat umum. Apatah

lagi nada suara Haziq sudah berubah tegang.


Aswad menoleh ke arah Haziq. Mereka bertentangan mata. “Siapa dia ni Han? Awak

takde abang, kan?”

Farisya terkedu. Nak buat macam mana ni? Maunya kalau dia orang ni bertumbuk dekat

sini, malu aku! Akal Farisya ligat mencari ikhtiar.

Hati Haziq membara mendengar lelaki di hadapannya itu memangil lembut nama

isterinya dengan panggilan manja. Mana mungkin dirinya mampu berdiam diri.

“Errr… se... sebenarnya, dia... dia... abang sepupu Han.” Terketar-ketar Farisya

menjawab.

Haziq membulatkan matanya kepada Farisya.

Farisya terkedu menerima jelingan daripada mereka berdua serentak. Dirinya terasa

kerdil direnung sebegitu.

“Ya, aku abang sepupu dia merangkap suami dia!”

Aswad seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

Farisya tertunduk.

“Apa maksud kau?” Aswad mahukan kepastian.

“Dia sekarang dah jadi milik aku. Dia dah kahwin dengan aku sebulan yang lalu. Aku tak

peduli apa hubungan kau dengan dia. Yang aku tahu aku tak mahu kau berhubung lagi dengan

dia. Faham!” Tegas suara Haziq memberi amaran.

Aswad terkedu. Suara Haziq bagaikan halilintar membunuh ketenangan jiwanya.

“Han? Betul ke Han? Jangan buat As macam ni Han,” rayu Aswad. Dia cuba menyentuh

tangan Farisya tetapi dihalang oleh Haziq.


“Kau tak faham bahasa Melayu ke? Kau tak dengar apa aku cakap tadi?!” jerkah Haziq.

Hatinya panas apabila Aswad tidak menghiraukan kata-katanya.

“Please Han… As nak dengar dari mulut Han sendiri,” rayu Aswad.

Farisya tidak dapat menahan air matanya. “Maafkan Han. Memang dia suami Han. Kami

dah menikah sebulan yang lalu. Lepas ni As tak perlu cari Han lagi.”

Aswad terpanar. Hatinya hancur mendengar khabaran tentang perkahwinan kekasih

hatinya. Kesetiaannya selama ini dibalas dengan pengkhianatan.

Haziq pantas menarik tangan Farisya masuk semula ke dalam kereta.

Aswad tidak mampu berbuat apa-apa. Kekuatannya runtuh. Tiada apa lagi yang tinggal.

Dirinya hanya mampu mendoakan kebahagiaan akan menjadi milik Farisya.

Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti bersama hati yang panas

membara.

“Siapa dia?” soal Haziq.

Senyap.

“Jawab bila aku tanya!”

Jerkahan Haziq sedikit pun tidak dihiraukan.

“Kau pekak ke hah?!” Suara Haziq semakin meninggi.

Farisya memandang Haziq dengan linangan air mata di pipinya. Kalau bukan kerana

kebodohan tunang kau, aku tak perlu berdepan dengan semua ni.

“Buat apa awak nak tahu? Kalau tak kerana awak, saya tak akan lalui semua ni, faham!”

jerit Farisya.

“Kenapa kau nak salahkan aku pulak?”


“Memang salah awak. Salah awak sebab tunang awak lari tinggalkan awak.”

Haziq berasa tersindir. Farisya meletakkan dirinya sebagai punca kepada segala

permasalahan mereka. “Hei, kau jangan cuba nak kaitkan Irma dalam hal ni.”

Haziq memberhentikan keretanya di bahu jalan. Entah kenapa hatinya berasa panas.

“Kenapa pulak saya tak boleh kaitkan dia? Ini semua salah dia. Salah dia!” jerit Farisya.

“Cukup, Isya. Cukup!” herdik Haziq. Hatinya masih terikat dengan kasih sayang Irma.

Walaupun dirinya berasa cukup bahagia ketika berbulan madu dengan Farisya, namun tidak

mampu menandingi kenangan manis yang Irma berikan selama mereka bercinta.

“Apa yang cukup? Kenapa masih nak bela dia? Kenapa awak tak ikut sekali lari dengan

dia? Kenapa nak susahkan hidup saya?”

Farisya berlari setelah keluar dari kereta Haziq.

Haziq pantas mengejar larian Farisya. “Kau nak ke mana?”

Lengan Farisya disambar lalu dicengkam.

“Lepaskan… lepaskan saya!” Farisya meronta-ronta. Dia seperti sudah hilang

pertimbangan diri.

“Hei, kenapa dengan kau ni?” Haziq menggoncang tubuh Farisya.

“Saya benci awak… saya benci awak!”

Pang!

Satu tamparan melekat di wajah Farisya. Tubuh Farisya yang lesu terduduk di atas jalan.

Sendunya saja yang masih belum berhenti.

Haziq sudah tidak ada jalan lain untuk menenangkan Farisya. Dengan perasaan bersalah,

bola matanya sayu merenung kulit pipi Farisya yang kemerahan. Semakin tersentuh hatinya
apabila terlihat darah di bibir isterinya. Langsung tak terniat di hatinya untuk mengasari Farisya.

“Maafkan aku.”

Haziq tunduk lalu menarik tubuh Farisya rapat ke dadanya, membiarkan Farisya

melepaskan tangisan di dalam dakapannya. Tubuhnya turut terhenjut-henjut mengikut rentak

tangisan Farisya.

Hatinya masih tidak dapat menerima api cinta yang menjengah. Segala perasaan yang

datang dibuang sejauh mungkin. Pintu hatinya terpaksa ditutup untuk menerima Farisya.

Sedangkan wanita itu turut berasa terseksa disebabkan ikatan ini.

FARISYA duduk di birai katil. Masih terasa kehangatan tamparan Haziq di pipinya. Dia

mengeluh panjang.

“Aku tengokkan, sejak kau cuti ni, asyik termenung aje. Apa lagi masalah kau ni?” tanya

Anisa sambil melabuhkan punggungnya di sisi Farisya.

“Aku sendiri pun tak tahu. Susah aku nak cakap. Kalau aku cerita, belum tentu kau nak

percaya,” keluh Farisya lagi.

“Nampak macam berat aje masalah kau ni. Cuba la cerita, mungkin aku boleh tolong.”

Farisya tersenyum hambar. Mampukah temannya itu membantu? Soalan itu dibiarkan

berlalu. “Tak ada siapa yang boleh tolong aku.”

Anisa hairan. “Apesal kau cakap macam tu? Aku tak faham.”

“Kau masih ingat lagi lelaki yang hantar aku balik hari tu?”
Anisa mengangguk. Mana mungkin dirinya dapat melupakan. Wajah Haziq terlalu kacak

untuk dilupakan. “Kenapa?”

“Kau percaya tak kalau aku cakap yang dia tu sebenarnya suami aku.”

Anisa ternganga.

Farisya tersenyum tawar. Dirinya sudah menjangkakan reaksi dari temannya.

Anisa tidak menyangka yang dirinya memuja suami teman baiknya. Cepat-cepat semua

itu dipadamkan di dalam kotak fikirannya. “Kau biar betul, Isya.Tak percayalah aku.”

Anisa masih menganggap yang Farisya bergurau. Tetapi apabila Farisya menghulurkan

sekeping gambar barulah dia percaya. “Siapa nama suami kau ni? Macam mana boleh jadi

sampai macam ni? Kau dengan Aswad macam mana pulak?”

Farisya tunduk. Mendengar nama Aswad membuat dirinya berasa lemah. Andai dulu

nama itu yang menjadi kekuatannya. Kini, tidak lagi. “Nama dia Haziq Denial. Panjang

ceritanya, Nisa. Aku pun tak pernah sangka benda ni akan jadi pada aku.”

“Aswad dah tahu?”

Farisya mengangguk lemah.

“Apa dia kata?” Anisa menyoal lagi. Hatinya menjerit ingin tahu.

“Sebenarnya dia dengar dari mulut suami aku sendiri. Lepas tu dia minta kepastian dari

aku. Aku dah hancurkan harapan dia. Aku sendiri tak sanggup nak hadapinya.”

Farisya tunduk. Menyembunyikan kolam matanya yang mula digenangi air.

“Sabar la, Isya. Mungkin ada hikmahnya benda ni berlaku pada kau. Kalau kau nak tahu,

ada orang yang lebih teruk dari kau.”

Anisa cuba menyabarkan temannya. Simpati menggunung di hati.


“Entah la. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Nak lawan pun suami aku. Nak bantah

karang berdosa besar pula. Aku memang tak sehaluan dengan dia. Kami ni macam langit dengan

bumi.”

“Ish, kau ni. Macam mana pun kau cakap, dia dah jadi suami kau pun. Itu yang kau kena

jaga. Jangan sampai orang cakap kau ni isteri derhaka pula.”

Farisya termenung memikirkan kata-kata Anisa. Memang benar kata-katanya itu.

“Bila aku nak dapat anak buah?” Seloroh Anisa. Tidak mahu temannya terus bersedih

mengenangkan nasib diri.

“Banyak la anak buah kau. Takde maknanya!”

Mereka sama-sama tertawa. Sekurang-kurangnya Farisya dapat melupakan sedikit

kedukaan di hatinya.

12
HAZIQ merenung kosong mejanya yang sedikit berselerak. Terlalu banyak

yang difikirkan sehingga tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada kerjaya. Walaupun

peristiwa itu sudah lama berlaku namun masih tetap segar di kotak fikirannya. Dia sendiri

keliru dengan perasaannya sekarang.


Takkan aku dah suka dekat dia? Ish… takkan la kut. Tapi apesal masa dia cakap dengan

budak lelaki tu aku dah mula nak marah? Aku jealous ke? Parah ni… parah….

“Kenapa ni Ziq? Aku tengok kau lain macam aje ni. Apa lagi yang tak kena? Macam

kucing hilang anak dah aku tengok,” tegur Zakuan. Dia duduk di hadapan Haziq.

Entah bila sahabat baiknya masuk ke bilik, dia sendiri tidak menyedarinya. Fikirannya

berat. Sarat dengan bermacam persoalan. “Entah la. Aku pun dah bingung.”

Haziq menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

“Apa yang kau fikir sekarang ni? Kau dah dapat cari Irma?”

Haziq terlupa hal itu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku di antara dirinya dan

Farisya. Sedikit sebanyak semua itu memberi kesan pada dirinya. “Belum lagi. Buat masa ni aku

tak mahu fikir pasal Irma.”

Wajah Zakuan berubah. Mengapa Haziq menangguhkan perkara itu sedangkan sebelum

ini, bersungguh-sungguh benar hasrat hatinya untuk merebut kembali cinta Irma. Sampai

sanggup untuk menjejaki wanita itu di luar negara. Kini, lain pula jadinya.

“Apa maksud kau? Kau nak lepaskan Irma macam tu aje? Bukan ke dulu kau yang

bersumpah depan aku yang kau akan dapatkan Irma walau dengan cara apa sekalipun. Kenapa?

Kau dah give up?” soalnya bertalu-talu.

Haziq tunduk. Putus asa? Bukankah perkataan itu langsung tiada di dalam kamus

hidupnya? Macam mana pula dengan janji-janjinya? Yang kononnya akan menidakkan sebarang

hak Farisya sebagai isterinya. Dan menghalang terus dirinya untuk mempunyai perasaan pada

wanita itu walaupun sebesar kuman.


“Aku tahu Zack. Aku pun tak faham dengan perasaan aku sendiri. Dah macam-macam

benda terjadi antara aku dengan bini aku. Lagipun aku tak boleh nak tinggalkan dia macam tu aje

sebab papa aku dah letak nama dia separuh dari syer aku.”

Zakuan tersenyum. Memang sudah dijangkakan sedari awal lagi. Bukannya Zakuan tidak

pernah menasihatkan Haziq, hampir juga mereka tidak bertegur sapa. Haziq terlalu degil untuk

menerima pendapat orang lain. Terlalu keras hati.

“Kau tak boleh tinggalkan dia sebab syer ke atau sebab kau dah mula rasa sayang dekat

dia? Aku rasa kau patut fikir masak-masak pasal hal ni Ziq. Kahwin ni bukan boleh dibuat main-

main. Tak salah kalau kau bagi peluang dekat dia.”

Haziq merenung sahabatnya. Perlukah dirinya berterus terang? Sedangkan dirinya sendiri

berperang. Memikirkan mana satu yang harus diutamakan.

“Aku memang takde rasa apa-apa dekat dia. Tapi bila dia cakap dengan bekas kekasih

dia, aku jadi marah. Aku sendiri pun rasa pelik. Selama ni kasih aku masih pada Irma. Tak

mungkin kasih aku boleh beralih arah secepat ni,” bohong Haziq.

Sengaja menyembunyikan perasaannya terhadap Farisya.

Zakuan tersenyum. Faham benar akan perangai Haziq yang sukar untuk berterus terang.

Lagi-lagi perihal yang berkaitan hati dan perasaan. Memang sukar untuk diduga.

“Hati ni kita tak boleh nak jangka Ziq. Hari ni kau kata tak suka. Esok lusa mana kau

tahu? Kau masih belum terlambat untuk dapatkan hak kau. Aku tengok pun dia bukan la teruk

sangat. Pada aku, dia mempunyai aura yang tersendiri. Aura seorang wanita sejati. Macam

perempuan Melayu terakhirlah senang cerita,” terang Zakuan dalam nada gurauan.

“Mana kau tahu semua tu? Kau kenal dia ke?” Haziq tidak puas hati dengan telahan

Zakuan.
Zakuan dapat menangkap pandangan serong Haziq.

Dalam keadaan begini, Haziq tidak dapat berfikir dengan jelas. Segala-galanya kelihatan

kabur. Macam mana kau boleh tahu semua tu? Pelik.... Jarinya bermain-main di atas bibir.

“Kau jangan salah faham pulak. Pada aku, Irma dan Tasha tak jauh bezanya. Dia orang

datang dari latar belakang yang sama. Berbeza dengan bini kau. Pemikiran mereka juga berbeza.

Kau kena buka mata hati kau untuk menilai dirinya, Ziq.”

Berkerut dahi Haziq memahami kata-kata Zakuan. “Apa maksud kau? Bukan perempuan

tu semuanya sama ke?”

Zakuan tersenyum. “Mungkin sama tapi tak serupa. Kau kena faham tu. Aku tengok

Farisya ni lebih suka merendahkan diri dari menunjuk-nunjuk. Tak macam Irma atau Tasha.

Kalau boleh dia orang aje yang nak lebih.”

“Macam mana kau tahu semua ni? Jangan-jangan kau ada hati dekat dia tak? Kau biar

betul Zack. Bini aku tu!”

Wajah Haziq berubah mendengar Zakuan ketawa. Serta-merta api kemarahan terpadam.

Tertanya mengapa temannya itu ketawa.

“Cemburu juga kau ni ya. Bini kau tu sebenarnya roommate adik sepupu aku. Dia yang

bagitau aku bila dengar nama kau,” terang Zakuan.

Mendengar kenyataan itu, Haziq menghembus nafas lega. “Bukan cemburu tapi jaga

nama baik. Aku ingat kau ada hati dengan dia.”

Zakuan menggeleng. Mana mungkin dirinya dapat merampas Farisya walaupun hatinya

sedikit tergugat sewaktu kali pertama bersua muka.


“Mana aku nak letak Si Tasha tu? Kau bukan tak tahu perangai dia macam mana.”

Zakuan ketawa.

Haziq angguk lemah. Sedikit sebanyak, dirinya mengetahui akan perihal Farisya

walaupun dari mulut orang lain.

HAZIQ menyudahkan suapan yang terakhir. Sejak kebelakangan ini, seleranya kurang.

Datin Rosma sedar akan perubahan anak lelakinya. Dato‟ Razlan juga ada mengadu

dengannya akan perangai Haziq ketika di pejabat. Dia sering termenung walaupun sedang

menghadiri mesyuarat. Beberapa staf juga mengadu masalah yang sama. Andai ada yang tidak

kena, pasti mereka akan dihambur oleh Haziq. Pendek kata api kemarahannya tidak kena pada

tempatnya.

“Ziq, tak tambah lagi ke? Kenapa makan sikit sangat?”

“Dah kenyang la mama.” Haziq berselindung. Tidak mahu berkongsi apa-apa dengan

mamanya. Tidak mahu mengecewakan hasrat mamanya. Pasti Datin Rosma akan berkecil hati

apabila mengetahui yang dirinya ingin kembali bersama Irma.

“Tak sedap ke mama masak lauk ni?” Kendur saja suara Datin Rosma bertanya.

“Eh, tak la mama. Ziq dah kenyang.” Haziq meyakinkan mamanya.

“Mama tengok sekarang ni Ziq dah banyak berubah. Papa pun dah complaint dengan

mama. Ziq ada masalah ke? Ada masalah dengan Isya?” Datin Rosma cuba mencungkil rahsia.
Erk… papa dah complaint dekat mama yang payah ni. Takkan nampak sangat? Biar

betul…. Haziq menggaru kepala yang tidak gatal. Rambutnya dikemaskan kembali. “Mana ada,

mama. Ziq biasa aje. Tak ada apa-apalah, ma. Papa saja aje tu.”

“Esok mama nak Ziq jemput Isya balik rumah ye. Dah lama benar dia dekat kampus.

Ada dia call Ziq?”

Mendengar nama Farisya membuatkan hatinya tiba-tiba berbunga ceria. Susah untuk

menghuraikan apa yang terkandung di dalam fikirannya. Apa yang difikirkan tidak sama dengan

apa yang dirasai.

“Dia ada call sekali aje. Katanya sibuk dengan projek untuk exam.” Haziq menjawab

pertanyaan mamanya.

“Sekali aje? Kenapa dia call mama seminggu sekali?”

What?! Dia call mama seminggu sekali? Tak boleh jadi ni! Sengaja nak kenakan aku la

tu. Kau tunggu la, hati Haziq membara. Bunga ceria sudah pun terbang melayang.

“Ziq naik dulu la mama. Ada kerja sikit nak disiapkan.” Haziq meminta diri dari

mamanya.

Datin Rosma runsing memikirkan perhubungan di antara Haziq dan Farisya. Sampai

bilakah mereka akan sentiasa begini? Datin Rosma mengeluh berat.

Haziq merenung gambar perkahwinannya bersama Farisya. Masih terlalu awal untuk dia

menerima kehadiran Farisya di sisinya. Namun dia tidak menafikan yang dia sudah merasakan

bahang-bahang asmara ketika bersama dengan Farisya. Kenangan ketika di kota London

menjengah kembali….

“Habis basah. Kalau kau tak tahan aku cari teksi tadi, mesti dah sampai hotel.”
Haziq mengibas kotnya yang sedikit basah terkena air hujan.

Farisya menggigil menahan sejuk.

“Salahkan saya pulak. Dah awak tu yang nak sangat kita balik jalan kaki. Nak ambil

angin malam konon,” cebik Farisya.

Haziq melihat Farisya meniup tapak tangan. Anak rambut yang berjuntai di dahi dikuis

lembut.

Farisya terkedu tatkala mata mereka bertemu. Sepantas kilat dirinya membuang pandang

ke arah lain.

Tanpa sepatah kata, Haziq menyarungkan kotnya kepada Farisya sebelum menarik tubuh

itu rapat ke dadanya untuk memanaskan tubuh Farisya.

Farisya yang mulanya meronta, diam apabila Haziq terus mendakap dirinya dengan erat.

Wajah mereka begitu hampir. Wangian Farisya sungguh lembut, hingga mampu

menggegarkan naluri kelelakian Haziq. Keadaan mereka kelihatan romantik sekali.

Gelora nafsu hadir tanpa dipinta. Wajah Farisya direnung mesra sebelum dielus lembut.

Jantung Farisya berdegup kencang apabila wajah mereka semakin rapat. Nafasnya

seakan terhenti.

Haziq tidak dapat menahan gelora di jiwanya. Dia lupa akan janji-janjinya. Haziq

merapatkan bibirnya lalu memagut mesra bibir Farisya yang basah.

Farisya tergamam. Pelukan Haziq semakin erat diiringi cumbuan hangat. Farisya mencari

kekuatan namun hampa. Dirinya seakan-akan merelakan apa yang dilakukan oleh Haziq.

Dan kerana tiada bantahan membuatkan Haziq terlalu asyik.


Bulat mata Farisya tatkala terdengar beberapa rakyat tempatan yang turut sama berteduh

berdeham. Masing-masing tersenyum simpul melihat mereka. Farisya cuba menarik tangan

Haziq dari terus mendakapnya.

Haziq tersentak lalu tersedar. Ciuman hangat itu terhenti. Terkebil-kebil dia melihat

wajah Farisya yang merah menahan malu. Pantas pelukannya terlerai.

Macam mana aku boleh tak sedar ni? Mesti dia ingat yang aku ni gila seks. Kalau mama

dengan papa tahu, lagi malu! Desis hatinya. Haziq meraup wajahnya. Kehangatan bibir Farisya

jelas terasa. Sedangkan wanita itu telah pun memalingkan tubuhnya ke arah lain.

Begitulah mereka sehingga hujan berhenti membasahi bumi.

Haziq merindui saat manis ketika itu. Ingin dirasainya sekali lagi. Dia tersenyum

sendirian.

FARISYA ingin menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Dia tidak mahu tertanguh lagi.

Hampir tiga jam dia duduk di bangku perpustakan seorang diri. Tiba-tiba datang seorang junior

menegurnya.

“Kak Farisya, kan? Tadi ada orang cari akak. Kak Nisa yang suruh saya pass note ni

pada akak.”

Farisya menyambut huluran nota daripada pelajar junior tersebut.

Balik cepat. Haziq dah dua jam tunggu kau dekat bawah.

Aku keluar dengan Sharul.


Kami nak beli barang untuk tesis aku.

~ Nisa

Farisya melipat kembali nota yang dikirim oleh Anisa. Di fikirannya terbayang wajah

Haziq yang dingin. Lambat-lambat dikemas buku-bukunya. Apa lagi yang diinginkan lelaki itu

darinya?

“Apa lagi la yang dia nak ni? Tak habis-habis nak ganggu hidup aku,” rungut Farisya

perlahan.

Dari jauh lagi Haziq dapat melihat Farisya berjalan ke arahnya. Terubat sedikit rindu di

hatinya. Namun senyumnya tidak lama apabila terlihat kelibat Aswad berjalan di belakang

Farisya. Tiba-tiba perasaan cemburu menguasai mindanya. Tiada lagi rasa rindu yang

menggamit jiwa.

“Ada apa nak jumpa?” Farisya berdiri di hadapan Haziq. Tiada terdetik di hati untuk

menatap wajah lelaki itu.

“Kau ke mana tadi? Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau dekat sini. Kau ingat aku

ni tunggul ke?” marah Haziq membuat Farisya tersentak. Bukan pujuk rayu yang diucapkan,

hanya amarah yang tak berkesudahan.

“Yang awak nak marah saya ni kenapa? Kenapa tak call dulu sebelum datang? Sengaja

nak susahkan diri tu buat apa? Takde siapa suruh pun,” balas Farisya. Geram dengan sikap Haziq

yang masih tidak berubah.

“Kau jumpa budak tu lagi, kan?”


Farisya menjeling tajam. „Budak‟ yang dimaksudkan oleh Haziq pastilah Aswad. Tak

semena-mena pula bertanyakan soal itu. Atas dasar apa pula Haziq bertanyakan tentang Aswad?

“Budak mana pulak ni? Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan,” bidas Farisya

selamba.

“Jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Ingat! Aku tak mahu kau ada apa-apa hubungan

pun dengan lelaki lain. Tolong jaga nama baik aku sama,” tegas Haziq. Mungkinkah dirinya

terlupa bahawa Farisya dan Aswad belajar di fakulti yang sama.

“Hubungan apa pulak ni? Jangan nak main-main la. Saya tak ada masa nak dengar awak

cakap benda merapu. Ada apa sebenarnya ni?”

Haziq merenung Farisya. Kemarahannya masih belum reda. “Kenapa kau call mama

selalu? Kau nak mengadu pasal aku ke?”

Farisya mengerutkan dahinya. Sudahlah fikirannya berserabut dengan assignment yang

tak pernah habis, kini ditambah pula dengan soalan yang bukan-bukan dari suaminya. Makin

saratlah kotak fikirannya. Entah yang mana patut diberi lebih perhatian. Dirinya buntu. “Tak ada

makna saya nak mengadu pasal awak kat mama. Mama yang suruh call selalu. Yang awak nak

sibuk ni kenapa?”

“Aku bukan nak sibuk. Tanya aje. Dah, masuk,” arah Haziq. Suaranya tidak setinggi

tadi.

“Nak ke mana?” soal Farisya pendek.

“Balik rumah la. Nak ke mana pulak? Mama asyik tanya pasal kau. Lemas aku

dibuatnya.”

Farisya tersenyum. Baru dirinya tahu akan tujuan lelaki itu berada di hadapannya.
“Okey, kalau macam tu saya nak balik bilik sekejap. Nak ambil barang sikit.” Farisya

meminta izin.

“Tak payah. Baju dekat rumah kan ada. Nak ambil apa lagi?”

Bantahan Haziq membuatkan Farisya geram. Ada saja yang tidak kena dengan lelaki ni.

“Saya nak ambil pencuci muka la. Saya ada satu aje,” jelasnya.

“Jangan nak mengada-ada. Beli je yang lain,” arah Haziq yang sudah pun berada di

dalam perut kereta.

What?! Mengada-ada? Dia cakap aku mengada-ada? Dengan wajah mencuka Farisya

masuk ke dalam kereta Haziq. Benci kerana dirinya sering didesak. Walhal, perkara itu boleh

dibincangkan. “Kenapa tak call aje? Saya boleh balik sendiri. Tak payah nak datang sini jemput

saya.”

Haziq menghidupkan enjin keretanya. “Kalau tak dijemput, maunya kau nak balik?

Mama pun dah bising sebab selalu sangat kau berdalih.”

Farisya terkedu kerana terperangkap. Kantoi…. Memang dirinya selalu memberi helah.

Helahnya untuk tidak bertemu mata dengan suaminya. Hatinya lebih aman ketika berada di

hostel. Hati tak geram, mata pun tak sakit. “Mana ada? Awak sengaja nak buat cerita, kan?”

Suara manja Farisya bagaikan salji serentak membuat hatinya menjadi sejuk. Haziq

mengulum senyumnya. “Aku cakap benda yang betul. Lagi satu, bila last exam?”

Haziq menumpukan perhatian ketika memandu. Jalan raya ketika itu sedikit sesak

dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar dari pusat bandar.

“Lagi dua bulan. Lepas tu kena buat praktikal. Kenapa?”

“Lepas habis aje exam, aku nak kau buat praktikal dekat syarikat papa.”
Farisya mengerling suaminya. Nampaknya masih ada lagi perkara yang harus dituruti.

Tak habis-habis lagi ke laki sorang ni nak gunakan kuasa veto dia? Meluat betul la! “Kenapa

dekat syarikat papa? Tak nak la. Saya tak nak orang cakap saya ambil kesempatan pulak.”

“Aku tak suka kau bantah cakap aku.” Haziq menekankan suaranya. Dia ingin mengawal

pergerakan Farisya. Tidak mahu Farisya menjauhinya. Itulah misi utamanya.

“Saya tak nak. Saya pun tak suka orang paksa-paksa saya.”

“Jangan degil boleh tak? Kenapa kau suka sangat bantah cakap aku? Kau tahu apa

hukumnya seorang isteri yang membantah cakap suaminya?”

Farisya mencebik. Watak Haziq sering berubah-ubah. Sekejap penyayang. Sekejap

pemarah. Sekejap pula terlalu mengambil berat. Pening Farisya dibuatnya. Tu aje la modal kau…

asyik nak ugut aku aje. Bengang betul, marah hati Farisya. “Benci awak….”

Akhirnya Farisya mengunci bibirnya dari berkata-kata.

Haziq tahu yang Farisya tidak akan membantah arahannya. Kemenangan berpihak

kepadanya. Dirinya tersenyum puas.


13

DATIN ROSMA yang paling gembira malam itu. Semua anak menantunya

pulang ke rumah. Suasana menjadi riuh-rendah dengan suara cucu-cucunya. Berlari-lari

mengejar di antara satu sama lain.

Farisya dan kakak-kakak iparnya berserta ibu mentua sedang bersembang di dapur.

Yang lelaki semuanya berbual-bual di ruang tamu.

“Macam mana dengan study? Cepat-cepat la habiskan. Lepas tu jadi macam kami ni,”

usul Hasmin. Dia dan Hasrin sama-sama tersenyum.

Datin Rosma turut tersenyum.

“Jadi apa pulak kak?” tanya Farisya yang masih tidak dapat menangkap maksud kakak

iparnya.

“Jadi seorang ibu la, Isya. Mama pun teringin nak tengok kamu ada anak macam kakak-

kakak kamu ni.”

Farisya malu. Apa yang harus dijawabkan? Mendekati Haziq samalah seperti mendekati

seekor singa. Tanpa sebarang isyarat, terus menerkam mangsanya dengan rakus.

“Kami nak honeymoon lagi la, mama. Lagipun Ziq bukan tua sangat pun. Banyak masa

lagi,” celah Haziq yang bersandar di pintu dapur. Entah sejak bila dia berada di situ. Menjadi

pemerhati.
Setidak-tidaknya, Farisya terselamat dari menjawab soalan yang dirinya sendiri tidak

pasti apa jawapannya.

“Kalau ada baby awal pun tak salah. Lagi best, tau?” Hasmin menambah cadangan

mamanya.

“Macam mana sayang? Mama request baby from us.”

Habis tersembur air yang baru diminumnya. Farisya terbatuk-batuk kecil. Tadi siang

bukan main lagi dirinya dimarahi. Sekarang ini bermanja-manja pula. Bertambah pening Farisya

dibuatnya. Manakan ingin menjawab soalan ipar duainya, gelagat suaminya lagi.

Datin Rosma mengurut belakang menantunya.

Kut ye pun kau nak cakap, tunggu la aku habis minum dulu. Sakit tekak aku siot! Desis

hati Farisya.

“Belum rezeki lagi kut, mama.” Farisya bersuara. Jawapannya ikhlas. Tidak mahu semua

pihak terlalu mengharap.

“Ye la. Mama faham. Tapi jangan lambat sangat. Elok bersalin waktu muda ni,” nasihat

Datin Rosma.

Haziq suka melihat wajah Farisya yang cemas.

“Betul cakap mama tu, Isya. Kakak dulu pun takut juga. Tapi bila dah rasa macam mana

nikmatnya mengandung ni, kakak jadi berani. Kekuatan tu datang dengan sendiri,” tambah

Hasmi sambil menyuap kuih lapis ke mulut Syafiq.

“Mama, mak su ada baby ye?”

Soalan Syafiq mengejutkan Farisya. Anak kecil itu turut mengharapkannya.

“Belum lagi sayang. Coming soon.” Haziq menjawab pertanyaan Syafiq.


“Baby girl ke baby boy pak su?”

Semua tersenyum mendengar pertanyaan Syafiq.

“Pak su nak dua-dua!”

Farisya merasakan yang Haziq sudah keterlaluan. Disimpan semuanya di dalam hati.

Nampaknya, Haziq telah bermain dengan kata-kata.

HAZIQ melihat Farisya mengambil sebiji bantal dan sehelai selimut menuju ke sofa. Dia

membuka komputer riba bersama beberapa buah buku. Haziq merasakan Farisya seperti cuba

menjauhkan diri darinya. Apa yang bermain di fikiran isterinya tidak dapat dirungkai.

“Banyak lagi assignment ke?” Haziq cuba mengajak Farisya berbicara. Terlalu asing

andai tinggal sebilik tetapi tidak bertegur sapa.

“Banyak la juga. Kenapa?” soal Farisya kembali.

“Nak aku tolong?” pelawa Haziq sambil merapati Farisya. Cuba menimbulkan mood

yang baik.

“Boleh ke awak tolong? Jangan bagi saya lagi serabut, sudah.” Farisya menolak

komputer ribanya menghadap Haziq.

Mereka sama-sama menyiapkan assignment Farisya. Banyak yang dibincangkan oleh

mereka. Secara tidak langsung keadaan itu merapatkan mereka. Haziq senang ketika bersama

Farisya. Ada kala mereka bertekak untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Mata Farisya semakin berat selang beberapa jam. Sudah berkali-kali dia menguap.
“Mengantuk?” tanya Haziq.

Farisya pantas menggeleng. Cuba menumpukan sepenuh perhatian. Walhal matanya

memang sudah tidak larat untuk dibuka. Semakin lama semakin berat.

“Bila kau kena hantar assignment ni?”

“Lagi dua minggu. Ada maklumat penting yang masih belum dapat lagi,” terang Farisya.

“Mari sini.” Haziq menarik tubuh Farisya supaya berbaring di pangkuannya namun

ditolak oleh Farisya.

Farisya berasa tidak selesa. Berdua-duaan dengan Haziq menyesakkan jiwanya. “Takpe

la. Saya boleh tahan lagi. Awak pergi la tidur dulu. Biar saya siapkan sendiri.”

Terketar suaranya menahan getaran.

“Kenapa? Kau takut?” soal Haziq. Sedar akan kekalutan Farisya. Sedangkan dirinya juga

merasakan perkara yang sama.

“Tak la. Buat apa saya nak takut?” Farisya cuba mengawal perasaan. Dia masih lagi

teringat akan kata-kata Haziq suatu ketika dulu membuatkan dirinya sentiasa berwaspada.

Seperkara lagi perangai Haziq memang sukar dijangka.

“Kau masih berhubung dengan budak tu?” Tiba-tiba Haziq bertanya.

“Budak mana?”

Farisya sengaja mencari helah. Dia tidak mahu perkara itu diungkit kembali. Dirinya

tahu Haziq sedang berbicara mengenai Aswad. Sejak kejadian itu, Aswad tidak pernah

menghampirinya. Mungkin telah berjauh hati. Tambahan pula tidak manis jika Aswad terus

mendekati diriya.

“Aswad.”
Farisya terkesima. Dia hairan dari mana Haziq mengetahui nama Aswad. Bibirnya tidak

pernah menyebut nama itu di hadapan Haziq. “Dari mana awak dapat tahu nama tu? Awak intip

saya?”

Haziq merenung lembut wajah Farisya. Dia tidak mahu mengundang kemarahan Farisya

walaupun hatinya kecewa dengan penolakan Farisya. “Aku dapat tahu dari budak satu kampus

dengan kau juga. Dah lama kau kenal dia?”

Farisya tidak faham tujuan Haziq bertanyakan tentang Aswad. Mengapa tiba-tiba Haziq

ingin mengambil tahu? Untuk apa? Hatinya tertanya-tanya. “Yang saya tahu, dia dah mati dalam

kamus hidup saya. Awak la pembunuhnya.”

Haziq kelu. Dia merasakan tuduhan Farisya terlalu berat. Namun itulah hakikatnya.

Siapa yang menjadi mangsa sebenarnya?

“Kau sayangkan dia?” duga Haziq.

Soalan Haziq lebih kepada soalan perangkap untuk Farisya.

“Saya tak nak dengar lagi pasal benda ni. Saya pun tak pernah tanya awak tentang Irma.

So, tak perlulah awak nak ungkit cerita-cerita lama,” rayu Farisya.

“Irma adalah sejarah dalam hidup aku. Tak mungkin aku akan berpaling lagi. Kau pun

tahu, kan?” Haziq mengelus lembut tangan Farisya.

“Sudah la. Saya tak mahu kita jadi terlalu rapat. Saya masih belum bersedia dengan

semua ini. Terlalu banyak telah saya korbankan. Saya tak mahu kecewa lagi. Tolong la jangan

bagi apa-apa harapan pada mama. Saya tak mungkin dapat lakukannya.”

Haziq kecewa dengan jawapan Farisya. Begitu sukar untuk melembutkan sekeping hati

milik Farisya.
“Kau marahkan aku?” Haziq cuba memujuk.

“Kalau saya marah sekalipun, ia tak akan merubah keadaan. Saya tetap hak awak dan

saya tak mampu nak buang hak tu.”

Suara Farisya sudah mengendur, tidak setegang tadi. Terpaksa akur akan ketentuan yang

telah ditakdirkan untuknya.

“Kau tak yakin aku akan berubah?”

Farisya mengeluh. Untuk memberi Haziq peluang, tidak pernah terlintas di fikirannya.

Biarlah mereka begini saja. Bercakap hanya pada perkara yang perlu saja.

“Berubah atau tidak ia tak bermakna akan menjamin masa depan saya. Saya tahu yang

awak masih sayangkan Irma. Saya tak kisah. Sebab saya tahu memang dari mula lagi awak

bukan milik saya. Saya pun bukan jenis materialistic atau pun perampas. Saya tak rela maruah

saya diperkotak-katikkan semata-mata nak menjaga nama baik awak. Awak fikir la sendiri.”

Farisya bangun meninggalkan Haziq bersama kata-kata yang cukup berbisa.

Haziq tidak tahu dari mana Farisya mendapat tahu semua cerita tentangnya. Dia tidak

dapat membalas segala tohmahan Farisya kerana semuanya benar belaka. Namun jauh di sudut

hati, perasaannya kini sudah mula tertumpu kepada Farisya, isteri yang dinikahinya. Ingin cuba

dipujuk namun tidak berdaya kerana hati Farisya sudah tidak selembut dulu.

Haziq bagaikan kehilangan arah. Wajah Irma tidak lagi bermain di fikirannya kecuali

wajah Farisya yang sering menguntum senyuman suatu ketika dulu. Sakit ketika ditinggalkan

oleh Irma tidak seperit penolakan Farisya. Haziq termangu sendirian.


“KAU takkan lupakan aku, kan?”

Dikesat air mata yang masih berbaki. Terlalu banyak yang telah dikongsi bersama

sahabat baiknya itu.

“Woi mak cik, kita nak balik pun sekejap aje la. Tak mungkin aku akan lupa. Kau la satu-

satunya kawan aku yang kahwin tak jemput kawan-kawan,” sindir Anisa.

Farisya ketawa mendengarnya. Bukan tak mahu tapi sengaja mahu merahsiakan status

perkahwinannya. Tiga bulan merupakan saat yang dirasakan begitu panjang di dalam hidupnya.

“Aku janji. Kalau aku kahwin lagi sekali, kau la orang yang pertama sekali aku jemput.”

“Haah… dah buang tabiat. Mana kau nak campak laki kau yang sorang tu?”

Mereka ketawa lagi.

“Pergilah. Aku tengok muka laki kau pun dah nak tukar jadi hijau dah.”

Farisya menoleh ke arah Haziq. Melihat wajah Haziq yang masam mencuka

membuatkan hati Farisya bertambah pilu. Episod dirinya menjadi isteri Haziq secara mutlak

akan bermula. Walaupun dalam tempoh tiga bulan. Tidak tertanggung rasanya. Kalau dulu dia

masih boleh mengelak dengan alasan untuk tinggal di kampus. Kini dia tidak dapat lari dari

kenyataan itu lagi.

“Dah, jangan sedih-sedih. Aku akan doakan kebahagiaan kau,” pujuk Anisa.

“Thanks, kau la kawan aku dunia akhirat.”

“Kalau ada apa-apa, just call me okay. Day or night.”

Farisya tersenyum pahit. Terlalu banyak cerita tentang Haziq telah diketahuinya daripada

Anisa. Kadangkala Farisya tidak segan silu menangis di hadapan Anisa.


Sebagai sahabat, Anisa tidak mampu untuk membantu kerana Farisya adalah

tanggungjawab suaminya. Namun dia sering memberi kekuatan kepada Farisya serta berpesan

agar sering memanjatkan doa kepada yang Maha Esa. Itulah sebaik-baiknya.

Selesai menyimpan beg di dalam kereta, Farisya melangkah menuju ke tempat duduk di

sebelah pemandu. Sedang dia membuka pintu kereta, matanya terpandang seraut wajah yang

pernah dirinduinya.

Haziq dapat melihat pandangan sayu Farisya.

Maafkan aku As, bisik hati Farisya lalu dia meloloskan dirinya ke dalam kereta.

“Apa yang kau pandang?” soal Haziq.

Farisya senyap. Langsung tidak mengendahkan pertanyaan suaminya.

Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti. Kereta dipandu perlahan.

“Woit! Aku tanya la.”

Farisya menjeling tajam Haziq yang berada di sebelahnya. “Apesal awak nak tahu?”

“Aku tanya, kau pandang siapa tadi?” ulang Haziq. Suaranya sedikit meninggi.

“Suka hati saya la nak pandang siapa pun. Awak peduli apa?” Farisya melawan. Setelah

mendengar cerita yang disampaikan oleh Anisa, Farisya menjadi benci. Dirinya tidak ubah

seperti patung yang bernyawa. Yang hanya mampu menurut.

“Ooo… dah pandai menjawab,” serang Haziq dengan sinis.

“Awak yang suruh saya jawab tadi, kan? Ni nak marah-marah pulak. Kalau dah benci

sangat, lepaskan saya!” balas Farisya. Dihambur segala kemarahannya.

“Ada aku ikat kau ke?” soal Haziq perlahan. Hatinya tersentak mendengar kata-kata

Farisya.
“Ha ha ha… very funny,” ejek Farisya. Geram dengan perangai Haziq yang suka

membulinya.

“Dah betul, apa.”

Haziq masih lagi tersengih. Rindunya kian terubat. Malu untuk meluahkan secara

terangan.

“Malas nak cakap dengan orang miring macam awak.”

Akhirnya Farisya melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

“Apa kau panggil aku? Miring? Miring-miring pun kau dah jadi hak aku. So, aku ada hak

nak buat apa yang aku suka. Faham!” tegas Haziq.

Farisya tidak lagi membalas kata-kata Haziq. Tidak mahu perbalahan ini berpanjangan.

Terdetik di fikiran Haziq akan kata-kata Farisya tadi.

“Lepaskan saya.”

Dia tidak menjangka perkataan itu yang terkeluar dari bibir Farisya. Dia tidak akan

melepaskan Farisya sebegitu mudah. Farisya akan tetap menjadi miliknya sampai bila-bila.

“Betul kau nak berpisah dengan aku?” soal Haziq lembut. Memecah kebuntuan.

Farisya menoleh. Merenung wajah Haziq yang sedang memandu. Wajah tenang Haziq

ditatap lama. Mengakui dirinya turut merindui akan wajah itu. Wajah yang sering bermain di

fikirannya. Mengapa wajah itu yang sering hadir? Sedangkan lelaki itu jarang melayaninya

dengan baik.

“Kenapa? Bukan dulu awak yang nak sangat, kan?” sindirnya.

“Aku tanya kau bukan suruh tanya aku balik.”


“Saya tak kisah. Lagi senang hidup saya.” Farisya berterus terang walaupun dia sedar

akan akibatnya nanti. Akan bergegarlah tiang Arash apabila dirinya meminta cerai. Walaupun

dihalalkan, tetap dimurkai oleh Allah.

“Kau tak pernah sayangkan aku?”

Farisya mengetap bibir. Soalan Haziq bermain di mindanya. Dia akui sudah puas dicuba

untuk membuang wajah Haziq dari terus menguasai dirinya, namun wajah itu tetap akan

menemaninya tanpa jemu. Cintakah itu?

“Kenapa kau diam?” Dia ingin tahu perasaaan Farisya padanya kini. Dia tidak

menghiraukan penolakan Farisya dulu.

“Untuk apa awak nak tahu? Tak penting pun,” balas Farisya acuh tak acuh.

“Kenapa kau nak berpisah dengan aku? Kau yakin aku akan lepaskan kau?”

Farisya berpaling. Dikerutkan dahinya. “Apesal pulak?”

“Itu kau tak perlu tahu.”

Farisya terkedu melihat Haziq tersenyum sinis.

“Awak nak buat apa?” soal Farisya sedikit cuak. Seraya tangannya melekap di dada.

Bersilang. Melindungi sesuatu.

“Kenapa? Kau takut?” Haziq sengaja membuat Farisya semakin gelisah. Tawanya

akhirnya pecah melihat gelagat Farisya yang sedang melindungi dirinya.

“Buat apa saya nak takut? Negara ni ada undang-undang. Kalau awak berani sangat,

cubalah,” ugut Farisya. Suaranya sedikit getar. Tangannya pantas dijatuhkan. Menggenggam erat

hujung baju kebarung yang dipakainya.

“Kau cabar aku?” soal Haziq. Sesekali dia menoleh ke arah Farisya.
Senyap tiada jawapan.

Farisya melarikan wajahnya dari terus ditatap oleh Haziq. Teringat nasihat Anisa supaya

jangan sekali-kali mencabar keegoan seorang lelaki.

Melihat Farisya yang masih membisu, Haziq pantas menggenggam tangan Farisya

dengan kemas. Dia tidak mempedulikan rontaan Farisya. Hatinya puas mendengar Farisya

mengalah lalu membiarkan saja tangannya digenggam erat. Senyumnya makin melebar.

14

KERETA Haziq memasuki pekarangan sebuah banglo dua tingkat. Banglo

yang tersergam indah dihiasi sebuah taman kecil berhampiran halaman. Sungguh indah. Rumah

yang telah siap diubah suai menjadi sangat cantik. Seolah-olah berada di satu kawasan

perkampungan. Keluasan tanah di kiri kanan rumah mendatangkan idea untuk membuat sebuah

taman. Cukup dengan sebuah pondok gazebo beratapkan daun nipah.

Rumah siapa pulak ni? Apa yang mamat ni nak buat? Farisya tertanya-tanya di hati.

Haziq sempat melihat riak wajah Farisya. Sengaja dia membiarkan isterinya bingung

sendirian. Dia membuka pintu untuk Farisya.


“Rumah siapa ni? Kenapa tak pergi rumah mama?”

Haziq senyum. Hatinya puas melihat wajah Farisya yang pucat. “Rumah siapa pulak?

Rumah aku la.”

Farisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bila pulak mamat ni beli rumah? Apesal

tak cakap dengan aku? Farisya tertanya-tanya sendirian. Hatinya merasa ragu-ragu untuk

melangkah turun. “Bila awak beli rumah ni? Awak tak cakap kat saya pun.”

“Saja. Nak buat surprise.”

Wajah Farisya berubah. Dirinya menjadi gelisah.

“Kau nak masuk ke tak nak? Ke kau nak tidur dalam kereta, hah?!” jerkah Haziq.

“Jom la pergi rumah mama. Please,” rayu Farisya.

Haziq tergelak besar. Cepat betul mood Farisya berubah. “Kenapa? Kau takut ke duduk

dengan aku?”

Farisya tersengih. “Maybe.”

“Aku bukan makan orang pun. Kenapa kau nak takut dengan aku?”

“Depan orang memang awak tak makan. Mana nak tahu kalau awak buat belakang

orang.”

Farisya tidak dapat membayangkan akan kejadian yang bakal berlaku nanti.

“Jangan nak cari pasal. Dah, turun,” arah Haziq.

Dengan wajah mencuka, Farisya turun dari kereta dan menuruti langkah Haziq.

Farisya melangkah masuk ke dalam banglo itu. Kagum dengan hiasan dalaman rumah

itu. Luar dan dalam dihias cantik. Memang diakui yang Haziq pandai memilih. Segala perhiasan
yang terdapat di dalam rumah itu kena dengan coraknya. Tak pernah dia impikan untuk tinggal

di rumah sebesar ini.

Haziq melabuhkan punggungnya di sofa. Melihat gelagat Farisya. Kadang-kadang

seronok jugak aku mainkan minah ni....

“Berapa orang duduk dalam rumah ni?” soal Farisya.

Haziq diam. Dia leka melihat telatah Farisya.

Farisya menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bertemu tapi tidak lama. Farisya terlebih

dahulu mengalihkan pandangannya. Hatinya menjadi tidak keruan. Takut untuk terus bertentang

mata.

Rindunya aku dekat minah ni… kalau tak… mandi tak basah la aku jawabnya.

“Berapa orang duduk dalam rumah ni?” ulangnya.

“Hah…apa dia?” Haziq tersentak. Lamunannya terhenti.

Farisya berhenti melangkah. Apalah yang mamat ni fikirkan? Aku tanya pun tak dengar.

Bukan jauh pun… ni mesti fikir yang bukan-bukan! Eee… otak kuning!

“Saya tanya, berapa orang duduk dalam rumah ni,” ulangnya lagi.

“Kita dua aje la. Siapa lagi?”

Haziq membuka butang baju kemeja yang dipakainya.

“Hah? Kita dua aje ke?” Farisya terkejut. Maknanya, Haziq berhak melakukan apa saja.

Farisya terkedu. Kecut perut dibuatnya.

“Ye la… dah tu nak duduk berapa ramai?”

Farisya dapat menangkap tujuan Haziq berpindah dari rumah mamanya. Dia perlu

berhati-hati. “Takde la. Kenapa awak nak sangat duduk asing dengan mama?”
“Saja. Nak berdikari. Lagipun aku tak mahu kena leter dengan mama aje pasal kau.”

“Kenapa? Rimas? Dah tu kalau duduk dekat sini tak rimas?” soal Farisya tidak senang.

“Sekurang-kurangnya takde la nak dengar mama berleter dua puluh empat jam. Kan

lebih privacy. Senang sikit kalau nak buat apa pun….”

Farisya tersentak.

Haziq tersenyum melihat wajah Farisya berubah cemas.

Ah, sudah! Buat apa pulak ni? Mamat ni dah kemaruk sangat ke? Mak… tolong!!!!

“Mana bilik saya?” tanya Farisya.

“Kau kena duduk sebilik dengan aku.”

Lemah kepala lutut Farisya mendengar jawapan Haziq. Hu hu hu... matilah aku kali ni,

rintih hati Farisya.

“Kan banyak lagi bilik dalam rumah ni? Kenapa kena kongsi pulak?” Farisya ingin

mengelak.

“Suka atau tak kau kena duduk sebilik dengan aku,” putus Haziq sambil mendaki anak

tangga menuju ke bilik.

Farisya masih termangu.

“Satu lagi. Malam nanti baru kita balik rumah mama.”

Wajah Farisya sedikit pun tidak berubah. Masih cemberut seperti tadi. “Kita stay kat

rumah mama ke?”

“Tak. Kita makan malam aje dekat sana.”

“Tapi…..”

Langkah Haziq terhenti. “Apa dia lagi?!”


“Kita stay dekat rumah mama, boleh? Dah lama tak jumpa mama,” pujuk Farisya.

“Jangan nak mengada-ada! Lepas aje makan malam kita balik sini.”

“Awak…”

“Kau tak faham bahasa ke?”

Farisya terdiam lama. Melayan perasaan tidak puas hati dengan arahan Haziq yang tak

keruan itu.

“Hah! Apesal diam?”

Wajah lelaki itu dijeling tajam. Rasa ingin saja dipicit-picit lelaki itu menjadi kecil.

“Orang faham la. Bagi la kunci kereta,” bentaknya. Geram kerana Haziq sedikit pun

mahu bertolak ansur dengannya.

Apesal minah ni? Nak lari dari rumah ke? Duga hati Haziq. “Kau nak buat apa dengan

kunci kereta aku? Kau nak lari ke?”

Farisya mencebik. Aku lari betul karang, baru kau tau, rungutnya di dalam hati. “Nak ke

saya lari? Kalau boleh sekarang juga saya nak buat.”

“Dah tu, apa kau nak buat dengan kunci kereta aku?”

“Berlambak lagi barang saya dalam bonet kereta awak tu. Jangan nak fikir yang bukan-

bukan.”

Mendengar kata Farisya, Haziq malu sendiri. Dicampakkan kunci kereta lalu disambut

oleh Farisya.

Dalam tak sedar, dapat juga dirinya mengenakan Haziq!


TERKIAL-KIAL Farisya membawa masuk semua barang-barangnya.

“Bukan nak tolong. Heee… apa punya laki entah,” omelnya sendirian.

Selepas selesai mengangkat kesemua barang-barangnya, Farisya duduk di sofa untuk

menghilangkan lelah.

Ketika itu Haziq sudah pun berada di dalam bilik mandi. Terdengar deruman air

menghempas ke lantai.

Farisya membuka sebuah beg pakaiannya sambil membongkok. Dua tiga helai baju

dikeluarkan. Dia perlukan masa yang banyak untuk mengemas semuanya di dalam almari.

Farisya membuka pintu almari pakaian. Almari tersebut sudah pun penuh dengan baju-

baju milik Haziq. Farisya bercekak pinggang. Mana aku nak letak baju aku ni? Baju dia pun dah

penuh satu almari. Ish, leceh la!

Farisya tunduk. Di bahagian bawah juga penuh dengan pelbagai jenis seluar milik Haziq.

Dia berpaling ke belakang dan ketika itulah tubuhnya melanggar tubuh Haziq yang berdiri di

belakangnya.

“Ops… sorry!”

Terkedu Farisya melihat tubuh Haziq yang tidak berbaju. Dia melepaskan tangannya

yang sempat berpaut pada tubuh Haziq. Pandangannya ditundukkan.

“Kau cari apa?”

Farisya berasa gugup. “Tak cari apa-apa.”


Haziq mengulum senyum. Hai malu nampak… tadi bukan main lagi kau peluk aku. “Dah

tu kau buat apa buka almari baju aku?”

“Saya nak susun baju dalam almari tapi dah penuh dengan baju awak,” terang Farisya

sambil beralih ke sofa. Bajunya yang masih belum disusun dimasukkan semula ke dalam beg.

Dia tidak mahu bilik Haziq bersepah dengan baju-bajunya.

“Aku lupa nak beli almari baju kau. Esok kita ke kedai perabot.” Haziq mengambil

sehelai jeans dan t-shirt.

Farisya tidak menjawab hanya mengangguk.

“Tapi apesal muka kau merah semacam aje aku tengok. Kenapa?” sindir Haziq.

Farisya memegang pipinya. Alamak! Dia perasan ke? Mak, malunya!

Haziq ketawa besar. Lucu melihat gelagat Farisya. Lawak betul minah ni. Macam la tak

pernah tengok lelaki tak pakai baju, gumam hatinya.

Apalagi, laju saja Farisya melangkah masuk ke bilik mandi bersama deraian tawa Haziq.

Haziq lucu dengan telatah Farisya. Dalam keras-keras hati Farisya, ada lembutnya. Dia

yakin suatu hari nanti dia akan memiliki walaupun secebis kasih daripada Farisya.
15

MEREKA berkumpul di ruang tamu sambil menjamah pencuci mulut.

Dalam duduk bersembang, Haziq sempat melirik ke arah Farisya. Dia seronok melihat

wajah itu menjadi ceria. Dalam diam-diam, Haziq telah pun menerima kehadiran Farisya di

dalam hidupnya. Jauh di sudut hati, kasihnya perlahan-lahan telah dicuri oleh Farisya tanpa dia

sedari.

Wajah itulah yang selalu menemaninya ketika tidur, makan atau apa saja. Perasaan itu

timbul dengan sendirinya. Dia sendiri tidak menyangka akan menjadi secepat ini. Dia termakan

dengan sumpahnya kini.

Janji-janjinya terhadap Irma dibiarkan berlalu. Untuk apa lagi dirinya mengejar kilauan

kaca sedangkan intan permata telah pun berada di dalam genggamannya.

“Hai Ziq, kak long tengok kau asyik tenung Isya aje kenapa? Takkan tak sabar kut?”

Haziq tersentak. Matanya bertemu dengan mata Farisya.

Farisya tunduk, tidak mahu terus-menerus ditenung Haziq. Panahan mata Haziq terlalu

tajam. Tidak senang duduk dibuatnya.

“Ala kak long ni. Macam tak faham pulak.” Hasrin menyindir.

Semua tergelak mendengar sindiran Hasrin.


Haziq membiarkan saja sindiran kakaknya. Kalau dulu, bukan main lagi dia membantah.

Tetapi kini dia lebih banyak berdiam seperti mengiyakan apa saja tanggapan kakak-kakaknya.

“Apa yang kamu nak buat lepas ni, Isya? Nak sambung study lagi ke?” soal Hasni.

“Tak la, kak long. Isya cuma buat praktikal aje ni.”

“Kamu buat praktikal di mana?”

Wajah Haziq ditoleh. Inginkan kepastian. Kalau tidak kerana Haziq, dia sudah pun

mendapat tawaran dari syarikat lain untuk menjalani praktikal.

“Di company kita papa. Ziq dah arrange dengan Miss Liew untuk letakkan Isya di

bahagian pemasaran.”

Farisya kecewa. Dia menyangka yang Haziq akan terlupa dengan janjinya dulu. Merasa

dirinya tidak bebas. Terkurung oleh penjara ciptaan Haziq.

“Nanti kalau lepas belajar, Isya boleh terus kerja dengan syarikat papa. Boleh papa

tengok-tengokkan,” usul Datin Rosma. Memandangkan kesemua anak perempuannya tidak

gemar bernaung di bawah syarikat suaminya, tidak salah seandainya Farisya menjadi ganti.

“Tapi, ma. Isya ingat nak cari pengalaman dulu. Tak la memalukan papa nanti,” bantah

Farisya. Masih terlalu awal untuk itu. Sengaja dia menjeling ke arah Haziq. Menunjukkan tanda

protes di hadapan semua. Dengan itu, Haziq mungkin tidak akan memarahinya.

“Nak malukan apanya Isya? Siapa yang berani nak lawan? Kalau ada masalah, bagitau

aje dengan papa,” tambah Datin Rosma.

“Tu yang Isya takut, mama. Nanti orang cakap Isya ni besar kepala pula. Tak lama pun

Isya kerja dekat syarikat lain. Dalam dua tiga tahun aje. Baru Isya rasa selesa nak kerja dengan

papa.”
Datin Rosma terpaksa akur. Kata-kata Farisya ada benarnya. Lagipun dirinya tidak

mempunyai hak untuk mendesak Farisya. Tapi dirinya yakin, Farisya pandai menjaga diri.

HAMPIR pukul dua belas malam baru Haziq dan Farisya pulang ke rumah mereka. Jika tidak

kerana Farisya begitu asyik berbual dengan mamanya, mungkin sudah lama mereka pulang.

Haziq mengubah penghawa dingin ke tahap minimum apabila melihat Farisya memeluk

tubuhnya. Mungkin kesejukan. Di dada langit tiada satu pun bintang berkelipan, hanya awan

mendung yang pekat menyelubungi langit di kala itu. Tiupan angin juga lebih kuat daripada

biasa. Menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa saja.

“Kenapa tak nak kerja dengan papa?” soalnya. Matanya masih lagi tertumpu di jalan

raya.

“Saja. Lagipun saya tak nak malukan papa,” jawab Farisya sejujurnya. Dalam waktu

yang sama tidak mahu berada begitu dekat dengan Haziq.

“Maksud kau?” Haziq kurang jelas.

“Saya belum cukup pengalaman lagi nak bekerja di syarikat papa yang besar tu.”

“Apa yang susahnya? Kau kan buat praktikal kat sana? Nak risau apa lagi?”

Farisya sudah dapat mengagak soalan Haziq. “Kalau saya kerja dekat tempat lain pun tak

salah. Lagipun saya tak mahu papa serba salah bila keputusan yang saya pilih tu tak memuaskan

hati papa.”

“Sebelum kau bentangkan, kau rujuk la dekat papa dulu. Baru kau buat keputusan. ”
“Tapi sampai bila nak rujuk dekat papa? Malu la saya. Nanti papa ingat saya tak pandai

nak buat keputusan. Apa guna saya belajar bertahun-tahun dekat U,” bantah Farisya.

“Kalau kau malu nak rujuk dekat papa, kau boleh rujuk dekat aku,” cadang Haziq.

Erk! Rujuk dekat kau? Malam sikit la labu… jangan harap! Lucu mendengar cadangan

suaminya. “Dengan awak lagilah saya malas.”

“Apesal pulak?”

Haziq tidak puas hati dengan jawapan Farisya. Apa yang tak kena dengan dirinya?

Bermacam-macam alasan yang diberikan untuk terus mengelak. Farisya tidak pernah mahu

mengalah.

“Nanti awak selalu buli saya. Tak nak la.”

Haziq tersenyum kecil.

“Bukan kau suka kena buli dengan aku ke?” sindir Haziq.

“Banyak la awak punya suka. Kalau boleh, saya nak lari jauh-jauh dari awak,” luah

Farisya.

Haziq terdiam. Alamak! Aku dah separuh mati asyik rindu dekat dia, dia pulak nak lari

dari aku. Mama… tolong!!! hatinya berlagu pilu.

“Kalau aku kata kau tak ada pilihan, macam mana?” Ingin menduga hati isterinya.

Suaranya sedikit kendur.

“Jangan la macam tu. Please… bagilah saya kerja tempat lain dulu. Tak lama. Awak

bagi saya dua tahun aje. Lepas tu saya kerja la dengan papa,” rayu Farisya.

“Kalau aku tak benarkan juga, kau nak buat apa?”


Farisya geram dengan jawapan Haziq. Benci, benci, benci! Aku benci! jerit Farisya di

dalam hati.

“Buat bodoh aje la,” jawabnya pendek lalu memalingkan wajahnya ke tingkap.

Haziq senyum lagi. Dia gemar membuat Farisya merajuk dengannya. Namun hatinya

masih terusik dengan kata-kata Farisya.

Haziq menghentikan keretanya di luar pagar. Pagar rumah terbuka secara automatik.

Farisya hairan kenapa Haziq tidak terus memandu keretanya ke garaj.

“Kau turun dulu. Aku nak pergi jumpa kawan sekejap. Ada hal.”

Cepat-cepat Farisya keluar dari kereta Haziq. Dia memulas tombol pintu rumah tetapi

berkunci. Rupa-rupanya dia terlupa mengambil kunci rumah dari Haziq. Dengan pantas dia

berpaling melihat kalau-kalau Haziq masih belum beredar tetapi hampa.

Argh… tensionnya aku! Farisya melangut di hadapan pintu. Nampak gayanya

terpaksalah dia menanti sehingga Haziq pulang.

Hatinya geram kerana ditinggalkan seorang diri. Cuaca di luar dingin sekali. Mungkin

hujan akan turun bila-bila masa saja. Sesekali guruh berdentum membuatkan Farisya terjerit

kecil. Air matanya tumpah tanpa diminta. Ketika itu jugalah rintik hujan mulai turun. Semakin

lama semakin lebat berselang-seli dengan dentuman guruh. Farisya berdoa agar Haziq cepat

pulang.

Farisya duduk di penjuru dinding rumah untuk mengelak daripada terkena tempias hujan.

Angin yang bertiup seakan bisikan halus yang mendodoinya. Semakin lama matanya semakin

berat. Tanpa mempedulikan hujan yang mengganas menyimbah bumi, dirinya terlena di dalam

tangisan.
HAZIQ memarkirkan keretanya di dalam garaj. Dia ingin cepat masuk ke dalam rumah

kerana bimbang meninggalkan Farisya sendirian. Ketika ingin memasuki rumah, Haziq

terpanar melihat tubuh Farisya yang sedang mengerekot menahan sejuk di penjuru dinding

rumah. Haziq merapati isterinya dengan diselubungi perasaan bersalah. Begitu tega dirinya

membiarkan tubuh itu berada di dalam kesejukan. Dikuis rambut Farisya yang bermain di

dahi tatkala ditiup angin lembut. Dilihatnya tubuh Farisya menggigil kesejukan. Air mata

yang berbekas di pipi disapu perlahan.

Dengan berhati-hati, dicempung tubuh Farisya menuju ke bilik. Diletakkan perlahan-

lahan Farisya di atas katil lalu diselimutinya. Haziq merenung wajah mulus isterinya. Maafkan

aku sayang… hatinya berlagu hiba. Dikucup dahi Farisya dengan penuh kasih.

Selesai mandi, Haziq duduk termenung di birai katil. Dia sedar dengan perubahan

dirinya. Dia tidak kuat untuk mengatakan perasaan cintanya kepada Farisya. Dia malu.

Direbahkan tubuhnya di sisi Farisya perlahan-lahan. Tubuhnya diherengkan ke kiri untuk

menatap wajah yang sering dirinduinya itu. Matanya terpejam rapat bersama senyuman terukir di

bibir.

HAZIQ terjaga dari lenanya apabila terasa dadanya seperti ditindih sesuatu. Dia membuka mata.

Kelihatan kepala Farisya terlentok di dadanya sambil mendakap dirinya erat. Dia tersenyum

bahagia. Lasak juga bini aku ni tidur. Siap naik-naik kaki lagi.
Haziq terus merenung wajah Farisya tanpa jemu. Sehinggalah Farisya terjaga dari

lenanya. “Puas tidur?”

Farisya masih belum sedar sepenuhnya. Dia mengangkat kepalanya tetapi tidak lama.

Diletakkan kembali di atas dada Haziq. “Hmmm….”

Manja sekali kedengaran suaranya membalas soalan Haziq.

Macam mana aku boleh dengar suara mamat ni? Aku mimpi ke? Tapi dengar macam

real aje…. Ah, lantak la! Gumam hatinya.

“Ehem!”

Haziq berdeham lantas membuatkan Farisya terjaga serta-merta. Dia melihat tangannya

memeluk tubuh Haziq dengan erat.

“Arghhh!!!!”

Farisya menjerit lalu pelukannya terlepas. Hampir saja dirinya terjatuh dari katil. “Apa

awak dah buat kat saya?”

Farisya menyilangkan tangannya di dada.

“Buat apa pulak ni? Aku tak buat apa pun.”

Farisya curiga dengan jawapan Haziq. Mana mungkin lelaki itu tidak melakukan apa-

apa. Takkan ada buaya yang menolak bangkai. “Dah tu, macam mana kita boleh tidur sekatil?

Awak ceroboh bilik saya, kan?”

Haziq ketawa. Farisya terlupa yang dia kini berkongsi bilik bersama Haziq. “Sejak bila

kau ada bilik sendiri? Kau dah lupa apa yang aku cakap semalam?”

Farisya cuba mengingati. Melihat sekeliling bilik yang agak asing baginya. “Tapi... awak

tak buat apa-apa dekat saya, kan?”


Hati Farisya berdebar-debar.

“Kalau buat pun, aku tak salah. Kau hak aku.”

Sengaja dia mempermainkan Farisya.

Farisya tercengang. Uwaaaa…. Habis la aku! Aku dah ternoda! Hatinya menjerit pilu.

“Tapi…”

“Tapi apa?!” jerkah Haziq.

Farisya terkedu. “Awak tak patut buat tanpa persetujuan saya.”

Haziq ingin ketawa namun ditahan. Seronok melihat wajah Farisya yang sedikit terpinga-

pinga. “Apa pulak? Kau yang peluk aku dulu.”

Gulp! What?! Biar betul. Boleh percaya ke? Farisya terkedu. Jiwanya mati. Tiada apa

lagi yang dapat dipertahankan. Farisya cuba mengingat kembali punca mengapa semua ini boleh

berlaku. “Tipulah! Takkan saya yang mula dulu? Seingat saya, malam tadi….”

Haziq menahan tawanya. Berkerut-kerut dahinya.

“Hah! Apesal malam tadi tak bagi saya kunci rumah? Awak tahu tak saya terpaksa duduk

dekat luar. Dah la lama, hujan pulak tu,” marah Farisya tiba-tiba.

Baru dia teringat bagaimana semua ini bermula. Lelaki itu yang membiarkan dirinya

berada di luar sewaktu hujan turun direnung tajam.

“Sorry. Aku tak sengaja. Aku lupa nak bagi kunci pendua rumah ni pada kau,” jelas

Haziq sambil tersenyum.

Baru kali ini dia dapat melihat wajah Farisya baru bangun dari tidur. Selama ini dia

hanya menatap wajah Farisya selepas siap membersihkan diri. Kini tidak lagi.
“Kenapa awak senyum? Saya tak buat lawak la!” Farisya duduk di sofa. Masih terasa

kehangatan tubuh Haziq melekat di jiwanya.

“Saja. Tak boleh?”

Semakin lebar senyuman Haziq.

Farisya tidak tahan melihat senyuman Haziq yang seakan-akan memerlinya. Dia bangun

lalu mencapai tualanya.

“Nak ke mana pulak tu?” tegur Haziq apabila melihat Farisya melangkah ke bilik air.

“Nak mandi. Subuh nak habis,” jawab Farisya dengan selamba.

“Subuh memang dah habis pun….”

Langkah Farisya terhenti dan dia menjeling jam di dinding. Jarum jam sudah pun

menunjukkan angka lapan.

“Arghhh!!!!” Jerit Farisya geram. Dia menghempas pintu bilik mandi dengan kuat tanda

protes.

Haziq terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah Farisya yang kelam kabut itu. Mungkin

kerana terlalu gugup ketika bersama Haziq.


16

USAI bersiap, Farisya turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia

membuka peti sejuk melihat kalau ada bahan-bahan yang boleh dimasak. Semuanya kosong.

Yang ada hanyalah dua botol air mineral.

“Dapur punya la besar, tapi satu apa pun takde. Apa aku nak makan ni?” rungut Farisya

sambil memegang perutnya yang berkeroncong.

Dia menanti Haziq di ruang tamu. Diambil senaskhah majalah hiburan tempatan lalu

diselak helaian demi helaian. Terlalu banyak gosip yang dipaparkan. Konflik rumah tangga juga

tidak terkecuali menjadi tatapan peminat. Sudah berkali-kali dia menguap. Matahari semakin

terang menyinarkan cahayanya namun kelibat Haziq masih belum juga muncul.

Dia melangkah longlai menuju ke bilik. Ingin diketuk pintu tetapi tangannya terhenti.

Dia teringat kejadian semalam. Macam mana ni? Perut aku dah start bawak lagu hip hop dah ni,

keluh hatinya.

Farisya masih lagi tercegat di hadapan bilik. Ah, aku tak kira! Aku dah tak tahan dah ni!

Tangannya pantas mengetuk pintu bilik. Namun tiada jawapan.

Ala… jangan la macam ni. Aku dah tak larat dah ni, desis hatinya. Dia mencuba sekali

lagi. Diketuk pintu itu bertalu-talu. Habis tangannya merah.


Dipulas tombol pintu yang tidak berkunci perlahan-lahan. Matanya meninjau keadaan

sekeliling. Takut ternampak adegan yang tidak sepatutnya dan pandangan matanya beralih ke

arah katil. Tidur lagi mamat ni. Aku ingat dah pergi mandi, omel hati Farisya.

Farisya menggeleng melihat seluruh tubuh Haziq diselubungi dengan comforter. “Awak,

jom keluar. Saya lapar la.”

Farisya mencuit-cuit comforter yang digunakan oleh Haziq.

Tiada jawapan.

“Awak… bangun la. Tak kerja ke hari ni?” Farisya menggoncang comforter tersebut.

Aik apesal ringan aje badan dia?

Wajah Farisya bertukar pucat tak berdarah. Apa yang telah berlaku? Dadanya berdebar-

debar. Perlahan-lahan comforter itu ditarik.

“Apa yang kau buat tu?”

Hampir tercabut jantung Farisya mendengar suara Haziq menegurnya.

Haziq menyandarkan tubuhnya di dinding. Dia sudah siap memakai seluar pendek sambil

mengesat rambutnya yang basah.

Nasib baik aku tak mati. Gila punya laki! Aku ingat dia tidur lagi. Tapi apesal aku tak

dengar bunyi air kalau dia tengah mandi? Farisya mengurut dada. Kus semangat! “Errr… takde

apa-apa.”

Kerana terperanjat dengan jerkahan Haziq, Farisya terduduk di sisi katil.

“Kau ingat aku dah mati ke?” sindir Haziq. Dia melangkah ke meja solek. Menyisir

rambutnya sambil melirik kepada Farisya.

Farisya tunduk apabila sedar Haziq sedang merenungnya di sebalik cermin.


“Kenapa diam pulak? Tadi bukan main kuat lagi kau menjerit panggil aku.”

Haziq duduk di sofa. Matanya masih merenung Farisya.

Farisya kaku dengan panahan mata Haziq yang galak merenungnya.

“Woit…dah jadi bisu ke?!” jerkah Haziq.

Suka-suka aje nak jerkah aku, rungut Farisya di dalam hati. Hatinya tidak keruan melihat

tubuh Haziq yang terdedah. Atau pun lelaki itu sengaja ingin menguji tahap kesabarannya.

“Saya nak buat sarapan tapi kat dapur tu kosong. Bukannya ada apa pun. Dapur aje

cantik tapi satu apa pun takde. Awak tak masak ke sebelum ni?”

Farisya bangun. Diambil comforter di atas katil lalu dilipatnya.

Haziq tersenyum melihat Farisya memuncungkan mulutnya. Dapat juga ia mengalihkan

perhatian. “Kau nak suruh aku masak? Aku sorang aje yang makan, membazir kalau masak. Baik

aku makan dekat rumah mama.”

“Eiii… pemalas!”

“Bukan malas. Tak nak membazir. Lain la kalau kau duduk dengan aku.”

Haziq tahu Farisya tidak selesa bersamanya. Ingin diusik Farisya. Sengaja dia

menayangkan tubuhnya kepada Farisya.

“Cepat la. Saya lapar ni.” Farisya geram kerana Haziq masih tidak mahu berganjak.

“Nak ke mana pulak tu?”

Terbantut langkah Farisya. Haziq memandangnya dengan wajah serius. Suka hati aku la

nak pergi mana pun. Daripada aku cakap dengan mamat tiang lampu ni, baik aku blah.

“Duduk!” arah Haziq namun tidak diendahkan.

Farisya berjalan pantas ingin cepat keluar.


Haziq bangun dari sofa apabila melihat Farisya sudah menghampiri pintu.

Farisya terkejut ketika Haziq merentap pergelangan tangannya.

Dengan sekali kilas, Farisya sudah berada di dalam dakapannya. Memori ketika di kota

London bertaut kembali. Farisya meronta minta dilepaskan. Suasana menjadi sunyi. Farisya

kaku. Fikirannya tidak dapat mencari akal untuk mengelak.

“Kau nak lari ke mana? Aku takkan benarkan kau pergi jauh dari aku. Kau faham tu?”

Haziq berbisik di telinga Farisya.

Farisya terpaku.

Haziq tersenyum apabila tiada penolakan daripada Farisya. Perlahan tangannya

menyentuh dagu Farisya lalu didongakkan. Mata mereka bersatu. Farisya gugup. Situasi begini

membuatkan dirinya seperti hendak pitam. Ditambah pula dengan keadaan perut yang kosong

membuatkan dirinya semakin lemah.

Tetapi padangannya tertancap kepada suatu objek yang melekat di helaian langsir.

Dan….

“Arghhh!!!!”

Haziq terpinga-pinga dengan jeritan isterinya. Malah pelukan Farisya semakin erat.

Suasana menjadi kelam- kabut. Jeritan Farisya membingitkan.

FARISYA menyuap perlahan burger di tangannya. Matanya diarah ke tempat lain. Tidak

sanggup dia menatap lelaki di hadapannya. Malu dengan kejadian yang tak disangka-sangka

membuatkan Farisya lebih rela mendiamkan diri. Dia melihat Haziq begitu berselera menikmati
hidangannya. Dikuis kentang goreng yang masih berbaki. Seleranya mati. Serba tidak kena

dibuatnya.

“Kenapa tak habiskan?” soal Haziq.

Lucu mengingatkan kembali peristiwa ketika di rumah membuatkan senyuman masih

terukir di bibir. Adegan yang sepatutnya menjadi romantik bertukar menjadi haru-biru apabila

Farisya menjerit ketakutan kerana terlihat seekor lipas yang merayap di helaian langsir.

“Dah kenyang,” jawab Farisya pendek. Geram dengan senyuman Haziq yang nyata

bersifat sindiran.

Haziq mengangkat keningnya. “Bila nak start buat praktikal?”

Farisya mengambil sehelai tisu lalu dikesat bibirnya yang mungil itu. “Praktikal start

minggu depan. Kenapa?”

“Saja. Ada barang yang kau nak beli untuk pratikal nanti?”

Farisya menggeleng. Semuanya sudah disiapkan lebih awal. Dia bukannya orang yang

melakukan kerja di saat terakhir.

“Emmm… saya nak minta izin dari awak. Saya ingat nak balik kampung. Dah lama saya

tak jenguk ibu. Rindu pula rasanya.”

Farisya tunduk. Kerinduan di hati terhadap ibu tercinta mengundang sebak namun masih

mampu ditahan. Malu andainya Haziq dapat melihat air matanya yang bergenang.

“Berapa lama?”

Haziq menyandarkan tubuhnya. Keriuhan di dalam restoran tersebut membuatkan dia

kembali menegakkan tubuhnya. Dengan cara itu, dia lebih dekat dengan Farisya.
“Dua tiga hari aje. Lagipun saya nak prepare untuk praktikal awal sikit,” cadang

Farisya. Dirinya berharap Haziq membenarkannya untuk pulang ke kampung. Ini bermakna,

dirinya akan berjauhan dengan suaminya.

“Boleh. Tapi dengan syarat.”

Farisya menanti sambungan ayat Haziq.

“Kau kena balik dengan aku. And one more thing, kau kena layan aku as your husband.”

Senyuman Haziq melebar apabila melihat wajah terkejut Farisya.

Matilah aku kali ni. I’m trapped!

“Setuju atau tak terpulang pada kau.” Haziq memberi kata dua pada Farisya untuk

membuat pilihan.

Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Itulah yang dirasainya ketika itu.

“Awak memang nak kenakan saya, kan? Takpe. Saya terima. Jaga awak!” Farisya

memberi kemenangan kepada Haziq.

Haziq hanya tersenyum. Sudah berkali-kali Farisya terpaksa mengalah dengannya.

“Jom. Aku nak beli barang. Banyak benda yang kena beli untuk rumah tu. Nanti ingatkan

aku untuk singgah di kedai perabot. Lagi satu aku nak tanya. Kau ni pandai masak ke?”

Eleh, belum rasa belum tau la. Aku gerenti siap jilat jari kau nanti. Tunggu la…. “Apa,

awak ingat saya ni koman sangat ke? Tak guna la saya jadi orang perempuan kalau tak tahu

masak.”

Haziq senyum dengan jawapan Farisya. Haziq bangun dan diikuti Farisya. Mereka

berjalan beriringan. Haziq menggenggam erat jemari Farisya. Farisya hanya membiarkan kerana
tidak mahu menjatuhkan air muka suaminya. Dalam hati, dirinya terasa senang. Senang dimanjai

oleh lelaki itu.

FARISYA sudah tidak larat hendak melangkah. Haziq masih lagi belum puas dengan apa yang

dibelinya. Tiba di satu butik eksklusif pakaian untuk wanita, Haziq menarik tangan Farisya.

Haziq mengambil sepasang blouse dan dihulurkan kepada Farisya. Farisya mengangkat

keningnya.

“Pergi cuba baju ni,” arah Haziq.

Farisya membelek baju yang dihulurkan. Terbeliak matanya melihat potongan leher

blouse tersebut terlalu luas. Andai Farisya memakai blouse ini, sudah pasti apa yang

disembunyikan selama ini akan terpampang. Cukup seksi. Farisya menghulurkan kembali kepada

Haziq. Gila! Ada ke dia bagi baju aku macam tak cukup kain ni? Dia ingat aku ni apa? Marah

Farisya di dalam hati.

“Apa yang tak kena? Pergilah,” tegas Haziq.

Farisya menggeleng laju. “Seksi sangat. Awak nak bagi semua orang tengok apa yang

sepatutnya untuk tatapan awak ke? Saya ni bukannya kolot sangat tapi nak berfesyen pun kena la

jaga nama baik suami sama.”

Haziq tertarik dengan jawapan isterinya. Dia akui dengan kata-kata Zakuan mengenai

isterinya. Farisya memang istimewa. “Untuk tatapan aku?”

Farisya mengemam bibirnya. Dia tahu dia telah tersilap kata.


Haziq tersenyum nakal. Dia sendiri tidak pernah melihat Farisya berpakaian seksi. Tidak

seperti Irma yang sering mengenakan pakaian yang menjolok mata. Itu yang membezakan di

antara mereka berdua. Diletakkan semula blouse itu dan beralih ke rekaan blouse yang lain. Satu

per satu diajukan kepada Farisya tetapi tiada satu pun yang menarik minat Farisya. Tangannya

juga sudah lenguh. Wajahnya berubah. Mengapa tiada satu pun blouse yang mampu menarik

minat Farisya?

Farisya memberi isyarat kepada Haziq supaya berhenti. Tidak sampai hatinya melihat

wajah Haziq begitu. Seperti kecewa lagaknya. Dia berjalan ke satu sudut dan kembali bersama

sepasang blouse yang kasual.

Jauh di sudut hati, Haziq memuji cita rasa isterinya. Boleh tahan taste minah ni. Aku

ingat tak tahu langsung.

Blouse itu tidak menampakkan ciri-ciri yang seksi namun masih mampu membuatkan si

pemakai kelihatan anggun dan menawan. Farisya tahu serba sedikit tentang dunia fesyen yang

sesuai untuk wanita seperti dirinya dari majalah-majalah.

Farisya melangkah keluar dari bilik persalinan. Diangkat keningnya sambil tersenyum.

Dia menggayakan blouse yang dipilihnya di hadapan Haziq.

Haziq memeluk tubuh sambil mengangguk. Mengakui akan keayuan Farisya memang

nampak sesuai dengan apa saja yang dipakainya.

“Not bad.”

Farisya mengibarkan rambutnya dan kembali ke bilik persalinan.

“Baru kau tahu siapa aku. He he he… acah aje tu….” Farisya ketawa sendirian apabila

teringatkan pandangan mata Haziq yang kagum melihatnya. Hatinya berbunga riang.
17

FARISYA memeluk erat ibunya sebaik saja tiba ke kampung halaman. Sejak

menjadi isteri kepada Haziq, baru kali ini dia dapat melawat keluarganya di kampung. Jadual

waktu yang padat membataskan untuk dia pulang ke kampung dengan lebih kerap.

“Kamu sihat, Isya?” Marlia bertanya. Dia terlalu kasih dengan Farisya kerana

ketaatannya.

“Sihat bu, adik macam mana? Isya banyak kerja la bu, tak sempat nak lawat ibu selalu,”

jawab Farisya sambil berjalan mengiringi ibunya. Beg pakaiannya diseret sekali.

“Ibu faham. Isya kan dah jadi isteri orang, walau apa pun Isya kena utamakan suami

Isya.”

Farisya mengangguk. Pesanan ibu tak pernah dilupakan dan sebab itulah dia tidak pernah

bertindak di luar batasan terhadap Haziq.


Haziq mengekori langkah mereka bersama bapa mentuanya. Ini kali kedua dia

melangkah masuk ke rumah orang tua Farisya. Buat kali pertama, mungkin dia berasa kekok.

Namun kini dia terpaksa membiasakan dirinya untuk tinggal di rumah kedua ibu bapa Farisya.

“Pergilah layan suami kamu tu. Ibu tengok dia macam tak biasa dengan rumah

kampung,” arah ibu Farisya.

“Biar la, dulu bu. Tak tahu, kenalah belajar.”

Farisya mengangkat cerek untuk menjerang air. Dia membantu ibunya membuat

minuman petang. Dia juga sempat singgah membeli beberapa jenis kuih buat minum petang

mereka sekeluarga.

“Isya, dengar tak cakap ibu?”

Mendengar suara ibunya yang sedikit tegas, Farisya dengan malas melangkah ke ruang

tamu di mana Haziq masih duduk di atas kerusi rotan. Tidak berani hendak membantah. “Awak

nak mandi ke?”

Haziq menoleh. Melihat wajah Farisya sedikit masam. Pasti telah dipaksa oleh ibunya.

Haziq tersenyum.

“Ehem!”

Mendengar ibunya berdeham membuat Farisya terkedu. Rumah kedua orang tua Farisya

tidak begitu besar makanya apa yang dibualkan mudah didengari hingga ke dapur.

“Abang nak mandi? Saya siapkan baju.” Farisya berkata lembut namun wajahnya masam

mencuka.

Haziq tersenyum lagi. Hatinya lucu melihat memek muka Farisya.


Mamat ni tak habis-habis nak senyum! Seronok la tu, menyampah betul! Geramnya!

Dijelingnya Haziq.

“Boleh jugak. Tapi „abang‟ nak mandi air perigi, boleh?”

Farisya terkejut. Mengada betul la laki aku ni. Mentang-mentang la ibu ada, saja aje nak

kenakan aku. Eee… geramnya!

“Kan ke ada air paip? Kenapa nak mandi air perigi pulak? Dah lama kami tak gunakan

perigi tu. Takut airnya kotor. Nanti awak tak biasa pulak.”

Farisya sengaja memberi alasan. Sebenarnya dia malas hendak ke perigi. Lebih-lebih lagi

hanya mereka berdua saja.

“Aku nak merasa mandi air perigi. Cuba kau tanya ibu,” arah Haziq.

Farisya mengeluh. Terpaksa melayan kerenah suaminya.

“Kenapa?” Ibu Farisya bertanya.

“Menantu kesayangan ibu tu nak mandi air perigi. Dia teringin. Air perigi tu elok lagi ke

bu?”

Farisya membuka tudung saji. Dia mencubit isi ikan masin yang sudah dibakar, baki lauk

untuk santapan keluarga Farisya tengah hari tadi.

Begitulah mereka. Cukup sederhana. Farisya ingat akan pesan arwah ayahnya, tidak

perlu membazir dalam makanan. Biar makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Farisya

pegang kata-kata itu sehingga dirinya dewasa. Tidak hanya pada makanan, malah semua barang

akan Farisya gunakan selagi boleh. Lebih jimat.

“Apa yang tak eloknya? Abah kamu selalu mandi air perigi. Dia sendiri tak biasa nak

mandi air paip. Lebih puas katanya. Pergi la bawa suami kamu tu,” suruh Marlia.
Dia melihat Farisya masih mencubit isi ikan masin bakar. Memang dari kecil lagi, itulah

makanan kegemarannya. Selalunya, ikan masin bakar akan dimakan bersama ubi rebus atau pun

pulut kukus.

“Isya.”

Farisya mendongak. Melihat anak mata ibunya yang galak menjelingnya. “Ye la. Ye la.

Isya pergi la ni.”

Farisya masuk ke bilik, menyiapkan baju dan tuala untuk Haziq mandi di perigi. Entah

apa angin Haziq hendak mandi di perigi pula. Farisya terpaksa melayani kehendak Haziq, itu

sudah termaktub dalam syarat yang telah dijanjikan.

“Kau selalu mandi air perigi?” tanya Haziq sambil mengekori langkah Farisya. Meredah

sebuah lorong yang dipagari semak dan lalang. Haziq yang hanya berseluar pendek terasa

kakinya miang terlibas daun-daun lalang.

“Tak juga. Lepas rumah ada air paip, saya terus tak mandi air perigi. Lagipun dah besar

panjang macam ni tak molek kalau mandi di perigi. Takut ada yang menghendap,” terang

Farisya.

Walaupun dirinya belum pernah menjadi mangsa, tetapi satu kampungnya heboh. Teman

sekampungnya ada juga yang menjadi mangsa. Tetapi tidak pernah pula orang kampung

membuat tangkapan.

“Ye ke? Ada lagi orang yang nak menghendap zaman sekarang ni?” Haziq seakan

terkejut.

“Zaman aje berubah. Mentaliti orang tetap sama. Orang kampung la katakan, kolot sikit,”

balas Farisya.
Dia menyangkut tuala dan baju untuk dipakai selepas Haziq mandi nanti. Keliling

kawasan perigi sudah berdindingkan zink. Jadi, agak sukar untuk orang lain menghendap.

Haziq membuka t-shirt yang dipakainya lalu dihulurkan kepada Farisya.

Dengan wajah yang merona kemerahan, Farisya menyambut huluran Haziq.

Cuaca yang agak panas memang sesuai andai mandi di perigi. Air perigi memang agak

dingin berbanding air yang mengalir dari paip.

“Macam mana nak ambil air perigi ni?” soal Haziq. Dia kebingungan.

“Mari saya tunjukkan.”

Farisya mengambil baldi kecil yang telah tersedia terikat dengan tali. Dicampakkan baldi

itu ke bawah. Dalam beberapa saat, Farisya menarik semula tali yang diikat pada baldi. Baldi

yang dinaikkan Farisya penuh dengan air. Dituangkan air itu ke dalam besen. “Nah. Awak cuba

pulak.”

Haziq mengambil baldi di tangan Farisya. Cuba mengulangi apa yang dilakukan oleh

Farisya sebentar tadi. Terkial-kial dia melakukan perkara yang baru bagi dirinya. Saat dia

menarik baldi itu naik ke atas, air yang terisi di dalamnya sedikit sahaja.

Farisya ketawa kelucuan.

Namun Haziq tidak mengalah. Dia mencuba sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama.

Tangannya sudah lenguh. Air di besen tidak juga penuh. Dia membiarkan Farisya

mentertawakannya.

“Marilah saya buatkan. Awak gunalah air dalam besen tu.”

Baldi bertukar tangan. Tidak sampai hati melihat Haziq bersusah payah mengambil air

dari perigi.
Haziq mandi dengan puas sekali. Kesejukan air perigi membuatkan dirinya merasa

begitu segar. “Kau tak mandi sama?”

“Tak nak la. Saya mandi dekat rumah aje nanti. Tak selesa.”

Ditolak lembut pelawaan suaminya. Mana mungkin mereka mandi bersama di kawasan

yang agak terbuka.

“Kenapa tak selesa pulak? Bukan kau pernah mandi air perigi nikan? Cepatnya berubah.

Lupa diri la tu….” Haziq melumurkan syampu di kepalanya. Buih syampu sudah terlalu banyak

memenuhi kepalanya.

Amboi sedapnya mulut tu bercakap. Tolong sikit, ek! Desis hati Farisya. “Helo… nak

mengata tu agak-agak la. Saya tak selesa bukan sebab lupa diri, tapi sebab awak. Faham?”

Farisya meletakkan baldi kecil itu di bawah apabila besen di hadapan Haziq sudah

dipenuhi air. Dia sedikit mengah. Sudah terlalu lama dirinya meninggalkan tabiat itu.

“Ye la tu. Boleh percaya ke?” Haziq menduga.

“Tak percaya, sudah. Saya tak paksa.”

Haziq tersenyum. Tiba-tiba dia memejam matanya dengan rapat. Diraba-raba gayung

yang entah hilang ke mana. Buih syampu telah masuk ke matanya.

Farisya hanya memerhati Haziq di dalam dunia gelapnya.

“Tolong ambilkan gayung. Mata aku pedih ni.”

Farisya sengaja mendiamkan diri. Padan muka kau! Asyik aku aje yang kena… biar kali

ni kau pula yang rasa! Hatinya mengomel puas.

“Woi! Kau dengar tak? Isya… kau dah pergi ke?”


Haziq terpinga-pinga dalam kegelapan. Matanya semakin pedih dirasakan. Haziq bangun

untuk mencari gayung. Dalam teraba-raba itu, dia telah menghampiri perigi.

Farisya tersentak apabila melihat kaki Haziq begitu hampir dengan lubang perigi. Dia

bangun dengan pantas untuk menghalang Haziq dari terjatuh ke dalam perigi. Namun malang

nasib mereka.

“Awak, pegang kuat-kuat!” Farisya cuba menarik tubuh Haziq tetapi gagal disebabkan

tubuh Haziq dilumuri sabun dan syampu ia menjadi licin.

“Arrggghhhhh!!!” Mereka sama-sama menjerit.

Farisya gagal menahan Haziq dari terjatuh ke dalam perigi. Malah, dirinya turut sama

terjatuh.

Burrrr!!!

“Kau pergi mana tadi, hah? Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang?” Haziq meraup

wajahnya.

“Mana ada? Saya tak bergerak ke mana pun,” jawab Farisya. Disebabkan niat jahatnya,

dia terpaksa menerima akibatnya.

“Dah tu, kenapa kau tak menyahut masa aku panggil kau? Kau sengaja nak kenakan aku,

kan?”

Farisya diam. Dia tahu dirinya bersalah. Air perigi itu terlalu sejuk dirasakannya. Dia

menggigil kesejukan. Wajahnya pucat menahan sejuk.

Haziq mendongak ke atas. Keadaan perigi yang sedikit dalam menyukarkan dirinya

untuk panjat ke atas. Dia mencuba beberapa kali untuk ke atas tetapi gagal.
“Ini semua salah awak! Kalau awak tak beria sangat nak mandi air perigi, kita dah tentu

tak jadi macam ni,” marah Farisya. Tanganya dibawa ke dada.

“Apesal pulak salah aku? Yang kau tak menyahut masa aku panggil tu, siapa suruh? Nak

tolong orang tapi dia sendiri pun jatuh.”

Farisya menjuihkan bibirnya. “Nasib baik orang nak tolong, tau!”

Haziq ketawa. “Ye la. Tolong sangat la ni. Dua-dua kena tidur dalam perigi ni sampai

orang datang cari. Baru padan muka kita.”

Farisya mengalah. Cakap Haziq ada betulnya. Memang salahnya sendiri.

“Pernah jadi macam ni?”

Farisya mengangguk.

“Berapa lama terperangkap dalam ni?”

Farisya menunjukkan isyarat satu menggunakan jarinya.

“Satu jam?” Haziq menarik nafas lega. Nasib baik.

“Tak. Satu hari,” jawab Farisya perlahan.

Haziq terkedu. Nampaknya, terpaksalah mereka duduk di situ sehingga ada sesiapa yang

menyedari akan kehilangan mereka.

Farisya sudah tidak dapat menahan sejuk. Sudah beberapa kali dirinya bersin.

Haziq merapati Farisya.

Farisya cuba mengelak. Keluasan perigi tidaklah sebesar mana. Takkan mungkin Farisya

dapat melarikan diri dari Haziq. Farisya mengangkat tangan untuk menyapu wajah dari kotoran

yang melekat ketika mereka terjatuh tadi. Habis keruh air perigi. Tatkala tangannya berada di

hadapan mata, Farisya menjerit secara tiba-tiba. “Arghhh!!!!”


Dia mengibas-ngibaskan tangannya.

“Apesal?” tanya Haziq apabila melihat Farisya menjadi tidak keruan.

“Pacat!”

Farisya masih lagi mengibaskan tangannya ke dalam air. Habis air terpercik merata-rata.

Haziq menangkap tangan isterinya untuk membuang pacat yang terlekat tetapi tiada.

“Mana ada pacat? Kau ni penakut sangat la.”

“Eh, ye ke? Tadi ada. Betul saya tak tipu.”

Farisya tersengih. Wajahnya dirasakan begitu tebal menahan malu. Apabila yakin

tangannya tidak mempunyai apa-apa barulah diraup wajahnya. Rambutnya yang panjang ditolak

ke belakang. Dia sempat melirik ke arah Haziq dan ketika itu mulutnya ternganga. Sambil

menekup mulutnya untuk menahan menjerit, Farisya menunjukkan sesuatu kepada Haziq.

Haziq perlahan menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Farisya. Melihat sahaja pacat

terlekat di bahunya, Haziq yang terperanjat terjerit kecil sambil menguis pacat yang belum

sempat menghisap darahnya.

Apalagi, terkekeh-kekeh Farisya mentertawakan suaminya. Eleh, tadi cakap orang… dia

sendiri pun takut jugak!

“Apa yang kau gelak? Aku tak takut, cuma geli aje,” dalih Haziq.

Farisya masih lagi ketawa. Semakin lama semakin kuat tawanya.

Haziq bengang mendengar ketawa Farisya. Dia mendapat akal. “Apa tu?”

Haziq menunjukkan sesuatu ke arah Farisya yang sedang ketawa.

Spontan Farisya menjerit seraya memeluk tubuh Haziq di hadapannya.

“Ha… lain kali jangan gelakkan orang. Kan dah kena,” bisik Haziq.
Farisya tunduk. Tawanya mati di situ bersama pelukan hangat dari Haziq. Langsung

tidak mahu dilepas.

Sementara itu di rumah orang tua Farisya, Marlia berasa sedikit gusar. “Iman. Kamu

cuba pergi tengok kakak kamu dekat perigi. Dari tadi mandi takkan tak sudah-sudah lagi. Dah

nak masuk senja dah ni.”

“Kakak balik ke, bu? Patut la Iman nampak ada kereta besar dekat luar. Iman ingat

kereta cikgu Iman.” Iman duduk bersimpuh di sisi abahnya. Cucur udang di hadapan disuap ke

mulut. Memang perutnya terasa lapar.

“Apa lagi yang kamu tunggu ni? Tak dengar apa yang ibu cakap tadi?”

Marlia mengingatkan Iman. Satu-satu anak lelakinya. Marlia bersyukur kerana

dikurniakan sepasang anak yang mendengar kata. Mampu berdikari dan tidak pernah merungut

akan kesusahan mereka. Walaupun Farisya dan Iman berlainan bapa, tetapi mereka cukup akrab.

“Ye la. Iman nak pergi la ni. Kan air paip dah ada. Kenapa nak mandi air perigi lagi?”

Iman mengomel sendirian.

“Abang ipar kamu tu tak pernah mandi air perigi. Dia teringin nak rasa,” terang Marlia.

Iman hanya mengangguk. Pantas dia melakukan seperti apa yang diarahkan oleh ibunya.

“Dah lama ke mereka pergi?” soal Radduan sambil tangannya ligat melipat rokok daun

lalu diselitkan ke mulutnya.

“Ada la dalam tiga, empat jam. Saya takut jadi apa-apa aje dekat dia orang tu. Menantu

kita tu bukannya biasa dengan suasana kampung ni,” kata Marlia sambil menambah air kopi ke

cawan suaminya.
“Dia orang tu dah besar panjang. Dah kahwin pun. Nak risau apanya?” balas Radduan,

menenangkan kegelisahan yang melanda jiwa isterinya.

Tiba-tiba Marlia tersentak apabila terdengar sayup-sayup suara Iman memanggilnya.

Jantungnya berdegup kencang.

“Ibu! Ibu!”

Sampai saja di hadapan ibunya, Iman sudah tercungap-cungap kepenatan akibat berlari

sekuat hati.

“Apa kena kamu ni Iman? Mana kakak kamu?” Marlia bertanya.

Iman membongkok untuk mengambil nafas. “Kakak dengan abang jatuh perigi.”

Marlia terkesima. Pantas kakinya melangkah ke perigi dengan hanya berkaki ayam.

“Abang! Cepat! Anak kita jatuh perigi. Ya Allah….”

Sempat juga Marlia memanggil suaminya.

Radduan turut sama terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Iman.

Marlia dan Iman sudah pun meninggalkan Radduan yang baru berlari-lari anak menuju

ke perigi.
18

“OKEY Shida, aku balik dulu ye,” pesannya kepada Shida.

“Eh, kau nak balik naik apa? Kalau tak silap aku, hubby kau ada meeting, kan?” Shida

mengingatkan Farisya.

“Alamak, aku terlupa la. Emmm… aku tunggu kat bilik dia la. Kalau kau balik lambat

takpe la juga. Nak duduk sorang-sorang kat sini, takut aku.”

“Apa yang kau nak takut? Budak akaun dengan shipping kan selalu balik lambat.”

Farisya tidak mahu mengambil risiko. Dia tidak mahu duduk bersendirian di mejanya.

“Takpelah Shida. Mana tahu dia dah habis meeting ke. Boleh aku balik awal. Asyik balik

lambat aje,” luah Farisya. Tangannya ligat mengemas mejanya.

“Selama ni pukul berapa kau sampai rumah?”

“Kalau jarum jam belum tunjuk pukul sepuluh, jangan harap la aku nak ada kat rumah.”

“Dah tu kau buat masa tunggu suami kau?” Shida menekan suis off di komputernya.

“Buat la apa yang patut. Boring tau,” adu Farisya.

“Dah nasib kau, Isya. Terima aje la. Aku ingat kahwin dengan anak orang kaya ni

senang. Lagi susah ek?” Shida turut sama mengemas mejanya.

“Siapa cakap senang? Tengok nasib juga la.”


Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Sejak ditempatkan bersama dengan Shida,

mereka menjadi akrab. Ke mana saja mereka pergi, tetap berdua.

Farisya membuka pintu bilik pejabat suaminya. Bilik itu sudah tidak asing lagi baginya.

Dia mengintai di sebalik pintu. Kosong. Dia mengambil beberapa fail milik pelanggan untuk

disemak. Dia melabuhkan punggung di atas sofa yang diimport sambil menanti Haziq dengan

sabar. Dia menyelak beberapa fail yang mengandungi kontrak-kontrak milik pelanggan.

Waktu berganjak dari siang ke malam. Farisya sudah pun terlena. Fail di hadapannya

masih lagi terbuka.

Haziq melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia tidak sedar akan Farisya yang

terlena di biliknya. Dia terus menuju ke meja.

Fail di tangannya dihempas kasar. Perebutan untuk mendapatkan kontrak anjuran

kerajaan tidak berjaya diperolehi. Proposal yang disediakan hampir sama dengan proposal pihak

Melati Berhad. Yang membezakan proposal itu hanyalah sebut harga yang ditawarkan oleh

Haziq sedikit tinggi berbanding Melati Berhad.

Walaupun Dato‟ Razlan tidak menyalahkannya namun, dia merasakan ada musuh di

dalam selimut. Haziq meneliti skrin komputer. Membuka semua fail berkaitan dengan kertas

kerja yang dibentangkan ketika mesyuarat tadi. Cuba mengesan di mana silapnya yang telah

menyebabkan mereka terlepas projek yang berharga jutaan ringgit itu.

Ketika itu juga, matanya tertancap susuk tubuh Farisya yang tersandar lesu. Haziq

tersenyum. Dirinya turut simpati kerana Farisya terpaksa menunggunya. Disebabkan dirinya

yang terlalu sibuk, memang menjadi kebiasaannya untuk pulang lewat. Pantas tangannya

menekan alat tetikus di hadapannya agar kerjanya dapat cepat disiapkan. Hatinya berbunga
kembali. Api cintanya membara menjadi pendorong untuk dia lebih kuat berusaha. Haziq

menyiapkan kerjanya dalam senyuman.

Farisya merasakan ada seseorang menggoncang bahunya. Matanya dibuka perlahan.

Wajah Haziq di hadapannya ditatap lesu. Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepadanya.

Namun dibiar tanpa balasan. Dirinya masih lagi mamai.

“Kat mana ni?” soal Farisya.

“Kat mana pulak? Kat ofis aku la. Kau nak balik tak?” Haziq sudah pun berdiri bersama

kot dan briefcasenya.

“Emmm.…”

Farisya tersentak. Dia tidak mahu Haziq meninggalkannya. Pantas dicapai tas tangan dan

fail-fail yang bersepah di atas meja.

Haziq menutup suis lampu. Menggeleng dia melihat gelagat Farisya yang kadang-kadang

kelihatan cemerkap. “Sekarang ni aku tengok kau selalu bawak balik kerja ke rumah. Kau cukup

masa ke nak rehat?”

Farisya tersenyum. Tidak sangka Haziq begitu mengambil berat walaupun dalam hal

sekecil itu.

“Dah kawan awak tu bagi saya banyak kerja, kenalah saya buat. Awak yang nak sangat,

kan?” balas Farisya berbau sindiran.

Wajah lelaki itu dikerling. Dalam tak sedar, dirinya turut memuji kekacakan yang

dimiliki oleh Haziq. Kadangkala wajah itu kelihatan tenang. Sejuk hatinya memandang.

“Manalah aku tahu dia nak bagi kau kerja sampai banyak macam ni.”

“Dah tu, awak nak suruh saya buat apa?” soal Farisya.
“Esok aku bagitau Malik,” cadang Haziq.

“Eh, tak payah la. Nanti dia cakap saya mengadu pulak. Lagipun saya kan masih

praktikal lagi. Banyak lagi yang saya kena belajar,” pujuk Farisya. Tidak mahu menggunakan

kuasa yang ada pada suaminya untuk kepentingan diri sendiri.

“Kau lapar tak?”

Farisya mengangguk. Memang perutnya menjerit-jerit minta diisi. Jam di tangan sudah

melangkau ke angka dua belas.

Haziq tidak terus pulang ke rumah. Dia membawa Farisya ke sebuah restoran Melayu

untuk makan malam.

Farisya menurut tanpa banyak soal.

Setelah membuat pesanan, Haziq begitu asyik melihat telatah anak kecil di sebelah

mejanya. Terdetik di hatinya untuk memiliki cahaya matanya sendiri. Namun sebelum itu,

dirinya harus merebut cinta milik Farisya terlebih dulu. Biarlah hatinya bersabar. Bersabar

mencari cahaya cinta.

HARI minggu begini memang seronok andai dapat bersantai bersama keluarga. Farisya

bangun sedikit awal untuk menyediakan sarapan. Sengaja tidak dikejutkan Haziq. Jika

tidak sudah tentu dia sukar melakukan kerja-kerja rumah. Seperti minggu-minggu yang

lepas, Haziq selalu mengganggunya. Dalam mengganggu, ada juga suaminya mem bantu.

Jus oren dituang ke dalam gelas lalu diteguk perlahan. Duduk melepaskan lelah

mengemas sambil melihat ke bahagian belakang rumah. Kelihatan seorang anak kecil sedang
leka memerhati si ibu sedang menyiapkan kerjanya. Belum tentu dirinya dapat merasa apa yang

dilihatnya tadi.

Sejak kebelakangan ini, Farisya sedar akan perubahan diri Haziq. Memang agak berbeza

dari dahulu. Cahaya untuk mereka berbaik masih lagi samar-samar walaupun kadangkala

layanan Haziq mendamaikan hatinya. Lelaki itu tidak kering akal untuk merebut cintanya.

Namun, tidak pernah pula mengucapkan kata-kata cinta secara terang-terangan. Dirinya juga

turut kaku untuk mengaku sedangkan perasaan itu semakin menular ke segenap ruang hatinya.

Farisya mengeluh panjang. Dia menghabiskan minumannya lalu menoleh sebelah.

“Argh!!!!”

Farisya terkejut melihat Haziq yang sedang menikmati sarapan di meja makan. Entah

bila Haziq turun, langsung dia tidak sedar. Gelas yang dipegang terlepas. Kaca bertaburan

memenuhi lantai. Farisya panik.

“Kau ni kalau tak menjerit sehari boleh demam agaknya,” sindir Haziq.

Suapannya terhenti ketika mendengar jeritan Farisya berserta deraian kaca. Tiada niat di

hatinya hendak membuat Farisya terkejut. Tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya yang

sedang asyik mengelamun.

“Sorry. Saya tak dengar awak turun,” ujar Farisya.

Dia yang muncul macam hantu, nak sindir orang pulak, desis hatinya. Wajahnya

ditundukkan. Mencari ruang untuk bergerak kerana di hadapannya sudah dipenuhi dengan

serpihan kaca.

“Mana nak dengar kalau asyik mengelamun.”

Farisya melangkah setapak untuk mengambil penyapu.


“Tunggu!” jerit Haziq

“Auucchhh!”

Farisya tersilap mengatur langkah lalu serpihan kaca tertusuk ke tapak kakinya. Darah

merah mula menitis. Farisya berdiri di tempat yang sama. Dia tidak dapat bergerak kerana kaca

masih berselerak di merata tempat. Dia merasakan kakinya berdenyut-denyut dan ngilu.

Haziq pantas menyambar penyapu di tangan Farisya. Dia dapat mengagak luka di kaki

Farisya agak dalam kerana banyak darah yang mengalir keluar. Selepas memastikan tiada lagi

kaca di atas lantai, Haziq membantu Farisya untuk duduk di atas kerusi. Dia tunduk melihat luka

di kaki Farisya. “Kau sayangkan aku tak?”

Farisya terkejut. Gila ke apa mamat ni? Aku dah sakit gila ni, dia boleh tanya aku soalan

„cepumas‟ tu? Dah makin miring kut laki aku ni, gumam Farisya di dalam hati. “Dah tak ada

waktu lain ke awak nak tanya?”

Farisya menahan sakit. Pertanyan Haziq dirasakan kurang tepat. Mana mungkin dalam

keadaan sakit, dirinya boleh bersikap romantis.

“Kau pernah jatuh cinta dengan aku tak?” soal Haziq lagi. Tidak menghiraukan rungutan

Farisya. Wajah Farisya direnungnya.

Mata mereka bertemu.

“Apesal awak nak tahu? Kalau saya sayang ke, cinta ke tak mendatangkan sebarang

faedah pada awak, kan?” bentak Farisya yang berasa tidak selesa.

“Siapa kata?”

“Saya la.” Farisya menepis tangan Haziq. Adakah lelaki itu sengaja ingin

mempermainkan perasaannya?
“Mana kau tahu? Kau boleh baca hati orang ke?”

Farisya hairan dengan kelakuan Haziq. Dalam dia ingin menjawab, Haziq telah pun

menarik serpihan kaca yang tertusuk di tapak kakinya.

“Argh!” jerit Farisya. Bahu Haziq dicengkam kuat. Matanya terpejam rapat. Darah

semakin banyak mengalir selepas serpihan kaca ditarik.

Haziq sengaja mengalihkan perhatiannya supaya dia tidak merasa terlalu sakit ketika

serpihan kaca ditarik keluar. Persoalan tentang hati tidak lagi timbul. Haziq mengambil sehelai

tuala kecil dari laci dapur. Dibalutnya kaki Farisya untuk mengurangkan pendarahan. Walau

bagaimanapun, Farisya harus dikejarkan ke klinik agar lukanya tidak dijangkiti kuman.

“Kau tunggu sini kejap,” arahnya.

Farisya mengangguk. Berkerut dahinya menahan sakit.

Haziq berlari ke tingkat atas. Dia kembali mendapatkan Farisya selepas mengambil

dokumen penting milik Farisya dan dirinya.

Farisya tidak pula membantah apabila Haziq mencempung tubuhnya ke dalam kereta.

Tuala putih sudah lencun dibasahi darah. Haziq memandu keretanya dengan laju. Sesekali

Farisya yang semakin pucat dikerling. Sempat bibirnya menitip doa agar luka di kaki Farisya

tidak membahayakan.

“KAU nak apa-apa?” tanya Haziq.

Farisya menggeleng.
Haziq memapah tubuh Farisya yang masih lemah ke sofa. Disebabkan luka di kaki

Farisya agak dalam, ia terpaksa dijahit.

“Apa kita nak makan tengah hari ni? Siapa nak masak?” Haziq menyoal Farisya.

“Awak la. Takkan saya pulak. Kalau tak reti mari saya ajarkan,” usul Farisya.

Mana tahu rezekinya hari ini dapat merasa masakan dari air tangan suaminya. Bibir

tersenyum manja. Rasa sayang lelaki itu jelas terpancar. Dalam diam hatinya berasa senang.

“Hah? Aku mana tahu masak. Makan tu terror la.”

Haziq duduk di sisi Farisya. Tangan kanannya dilingkarkan di tengkuk Farisya. Senang

dengan kedudukan begitu.

“Senang aje. Saya potong-potongkan bahan, lepas tu awak masak la.”

Haziq meneliti Farisya dari atas ke bawah. Boleh ke bini aku ni? Nanti kalau pengsan kat

dapur, tak ke susah?

“Tak payah la. Aku beli lauk dekat luar aje. Lagipun aku tengok badan kau lemah lagi,”

bantah Haziq. Kepala digeleng perlahan. Tidak mahu perkara lain pula yang akan terjadi.

“Tak la. Saya okey. Kaki saya aje yang luka bukannya tangan. Saya dah okey la.”

Farisya meyakinkan suaminya. Tidak mahu membuat Haziq bertambah risau. Farisya

mengangkat kening. Dilihat wajah Haziq berkerut memikirkan cadangannya.

“Boleh ke?”

Farisya tersengih. Kesakitan yang dirasai disembunyikan.

“Boleh punya,” gelak Farisya.

Haziq seperti tidak percaya yang Farisya boleh ketawa dalam kesakitan. “Yang kau

tergelak sakan ni kenapa? Kaki kau dah tak sakit ke?”


Farisya senyap tetapi masih lagi tersenyum.

“Sakit la. Tapi saya tak sabar nak rasa masakan awak,” sindir Farisya. Dalam sakit-sakit

sempat juga dia mengenakan suaminya.

“Kalau macam tu baik tak payah. Kalau makan kat luar pun selamat dari kena komen

dengan kau,” putus Haziq.

Senyuman Farisya terhenti. Cepat betul suaminya mengalah.

“Apesal pulak? Okey, okey… saya tak gelakkan awak.” Farisya berjanji.

“Betul ni?”

“Betul la.”

Haziq memapah Farisya berjalan menuju ke dapur. Disebabkan luka itu, langkah Farisya

menjadi perlahan. Haziq tidak dapat menahan kesabaran lalu mencempung tubuh Farisya.

Diletakkan Farisya di atas sebuah kerusi di meja makan. Setelah itu, peti sejuk dibuka luas.

“Nak masak apa?” Haziq menggaru kepalanya sambil bercekak pinggang. Isi kandungan

di dalam peti sejuk direnungnya. Dia kebingungan.

“Kita masak tomyam la,” cadang Farisya.

Terjengket-jengket dia berjalan menghampiri peti sejuk lalu mengeluarkan bakul yang

penuh dengan sayur-sayuran. Dikeluarkan juga ayam dan udang yang tersimpan di tempat

pendingin beku. Dia mula menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak oleh Haziq.

Haziq turut sama membantu isterinya. Farisya mengajarnya bagaimana cara mengupas

kulit udang, menyiang sotong, memotong ayam dan macam-macam lagi. Walaupun masih baru

tetapi Haziq cepat belajar.


“Bawang ni nak potong macam mana?” Haziq memegang sebiji bawang besar lalu

ditunjukkan kepada Farisya.

“Awak potong macam biasa la,” arah Farisya.

“Biasa tu macam mana? Mana aku tahu.”

Farisya berhenti memotong sayur. Sayur kubis bunga diletakkan ke bawah. “Lain kali,

rajin-rajin la tolong mama masak kat dapur. Tak salah pun kalau awak tolong.”

“Apa guna aku kahwin dengan engkau kalau aku yang kena masak?”

“Bukan selalu pun. Manalah tahu kalau saya sakit ke? Demam ke? Time tu la awak kena

tunjukkan skil memasak awak,” bebel Farisya sambil tangannya ligat memotong bawang dan

diperhatikan oleh Haziq.

“Kalau kau sakit, aku import la mama ke sini.” Haziq membalas sambil ketawa.

Tangannya terkial-kial memotong bawang besar sambil matanya tidak lari dari meneroka wajah

Farisya.

“Auch!”

Haziq menarik jarinya pantas. Kerana terleka melihat wajah isterinya, tanpa dia sedar

jarinya telah terhiris. Mujur lukanya tidak berapa dalam.

“Kenapa?” soal Farisya apabila melihat darah di jari manis Haziq.

“Tu la. Asyik berangan aje. Bukan kecil sangat bawang tu,” bebel Farisya sambil

mengesat jari Haziq menggunakan kain bersih yang berada di sebelahnya.

Darah masih lagi keluar. Tiada cara lain, Farisya membawa jari Haziq ke mulutnya.

Haziq hanya membiarkan walaupun sedikit tergamam.


Farisya mengeluarkan kembali jari manis Haziq. Tiada lagi darah yang keluar. “Dah

okey dah.”

Farisya mendongak. Pandangan mereka bersatu. Wajah Farisya berubah warna

kemerahan. Mungkin Haziq akan menyatakan dirinya kolot.

“Siapa ajar kau buat macam tu?” soalnya apabila Farisya sudah pun menyambung

kerjanya kembali.

“Ibu,” jawabnya pendek. Malu untuk menatap wajah kacak suaminya.

Haziq mengambil plaster di atas peti sejuk lalu ditampalkan pada lukanya.

Mereka kembali melakukan kerja masing-masing.

Haziq memulakan masakan dengan arahan Farisya. Dia menjadi sedikit kalut. Kelam-

kabut dibuatnya.

Farisya memberi arahan dengan berhati-hati. Melihat gelagat Haziq yang tidak pernah

memasak mencuit hatinya. Agak lucu tatkala wajah itu berkerut-kerut menahan bahang panas.

Akhirnya Haziq berjaya menyediakan hidangan makan tengah hari untuk mereka.

“Kalau tak sedap jangan complaint.”

Haziq menanti reaksi Farisya untuk merasa masakannya. Untuk pertama kali memasak

membuatkan dirinya merasa teruja.

Dengan perlahan, Farisya menghirup kuah tomyam. “Slurp!”

Farisya mendongak. Wajahnya kelat. Uwekkk! Apa laki aku masak ni? Apesal lain

macam aje rasanya? Masin sangat pulak tu. Susah payah Farisya cuba menelannya. Geli geleman

tekaknya. Dia terbatuk-batuk kecil. “Apesal masin sangat? Tadikan saya cakap satu sudu kecil

garam aje. Berapa sudu garam awak letak?”


Haziq dengan pantas mencapai sudu di tangan Farisya. Dihirup kuah tomyam dengan

rakus.

“Burrrr!!!”

Lebihan kuah tomyam menitis di bibir. Haziq mengelapnya dengan tangan. Tidak

sanggup rasanya hendak menelan kuah tomyam yang begitu masin mengalahkan air laut!

Wajahnya yang turut kelat diarahkan ke Farisya.

Mereka saling berpandangan sebelum sama-sama meledakkan tawa….

19

FARISYA kembali ke pejabat seperti biasa. Waktu yang diperuntukkan

untuk menjalani praktikal hampir tamat. Dia sekali lagi terpaksa berjauhan dengan Haziq.

“Menung jauh nampak. Kau ingatkan hubby kau ke?” Shida menepuk bahu Farisya

perlahan.

Asyik benar dia mengelamun. Perasaannya dicengkam rindu. Tinggal bersama

membuatkan diri mereka menjadi terlalu rapat.

“Kenapa muka kau muram aje? Kau masih ingatkan pasal semalam ke?” duga Shida.
Farisya hampir terlupa peristiwa yang berlaku semalam. Dia melepaskan satu keluhan

yang berat.

“Kau masih marahkan dia?”

Farisya mengangguk. Mana mungkin dirinya dapat melupakan sandiwara yang berlaku

di hadapan matanya. “Aku pun tak tahu nak buat apa.”

Kejadian semalam masih segar bermain di fikirannya.

“Aku rasa dia sengaja nak duga hati kau aje Isya. Kau jangan la fikir yang bukan-bukan.

Setahu aku, dia tak pernah nak buat macam tu,” pujuk Shida. Tidak mahu melihat rakan barunya

bersusah hati.

“Harap-harap macam tu la. Tapi dia buat depan staf yang lain. Mana aku nak letak muka

aku ni?”

Shida simpati dengan nasib Farisya.

“Kalau tak silap aku, orang marketing dari Uda Holding tu memang macam tu. Dato‟

Razlan pun pernah kena benda yang sama. Kecoh juga la waktu tu,” cerita Shida sedikit

sebanyak melegakan hatinya.

Interkom di meja Farisya berbunyi. Shida dan Farisya saling berpandangan. Dengan hati

yang berat, Farisya menjawab panggilan itu.

“Naik bilik aku sekarang.”

Farisya mendengar suara Haziq di hujung talian.

“Awak nak apa? Saya ada kerja la,” bohong Farisya. Malas hendak menghadap wajah

Haziq. Cara layanan Haziq terhadap staf marketing dari Uda Holding begitu menyesakkan

jiwanya.
“Aku suruh naik tu, naik aje la. Jangan banyak soal pula,” arah Haziq tetapi tidak sekeras

tadi.

“Awak tunggu la sampai saya naik. Saya nak siapkan kerja ni dulu.”

Haziq dapat merasakan perubahan nada suara isterinya sejak kejadian semalam.

Mungkinkah isterinya cemburu? Persoalan itu masih lagi berlegar di kotak fikirannya.

“Farisya Hani! Naik sekarang,” arah Haziq tegas. Talian dimatikan tanpa menanti

jawapan.

Farisya mendengus geram.

Shida hanya mampu memandang.

Farisya melangkah malas menuju ke bilik Haziq di tingkat atas.

Masing-masing sudah sedia maklum dengan status Farisya menyapa hormat.

“Kak Sal, bos „kesayangan‟ akak ada kat dalam?” Farisya bertanya kepada PA Haziq.

“Ada. Kalau tak silap akak dia takde appointment hari ni. Kenapa Isya tanya?” Kak Sal

menyelak jadual harian milik suaminya.

“Saja aje tanya. Nak ajak dia date la kak,” canda Farisya sambil mengenyitkan matanya.

“Go ahead. Jangan berperang, sudah….”

Farisya menunjukkan isyarat okey kepada PA Haziq. Mereka memang sudah rapat sejak

Farisya mula menjalani latihan praktikal di syarikat itu.

Farisya mengetuk pintu bilik Haziq. Tiada jawapan. Dia membuka pintu bilik Haziq

tanpa menunggu jawapan Haziq. Tetapi kelihatan bilik itu kosong tidak berpenghuni. Farisya

mencari kelibat Haziq namun tidak ada. Dia menutup kembali pintu bilik itu dengan perlahan.
Dia melangkah ke arah meja. Pada waktu yang sama, Haziq merangkul tubuh Farisya

dari belakang membuatkan isterinya terjerit kecil. Sengaja dirinya menyorok di belakang pintu

supaya dapat mengejutkan Farisya. Dia merasa rindu.

“Lepas la. Apa yang awak buat ni? Malu la kalau orang lain nampak,” marah Farisya

sambil cuba melepaskan rangkulan Haziq.

“Siapa yang boleh nampak? Kan kau dah tutup pintu tadi.”

Farisya masih lagi memegang tangan Haziq yang memeluk pinggangnya erat. “Lepas la.

Nikan kat pejabat.”

“Kalau dekat rumah boleh ke?” Haziq menduga.

Farisya terperangkap. Apa yang membuat Haziq tiba-tiba berubah? Dirinya

mengharapkan penjelasan malam tadi. Tetapi kenapa baru sekarang Haziq memanggilnya?

“Ish… lepas la, awak. Saya ada banyak kerja kat bawah tu. Nanti dia orang kata apa

pulak.” Farisya bersuara lembut, memujuk. Harap-harap Haziq akan melepaskannya.

“Sayang marah,” bisik Haziq. Suaranya cukup menggoda.

Farisya lemah. Suara romantis Haziq mampu membuatkan segala tulangnya menjadi

longlai.

“Marah apa pulak ni?” Farisya cuba mengelak dari bercakap tentang perkara yang

menyakitkan hatinya.

“Pasal semalam. Abang tengok sayang macam cemburu aje.”

“Mana ada? Sikit pun saya tak kisah.”

Ahhh… begitu payah untuk memaksa isterinya meluahkan kata-kata cinta. Dirinya

terseksa dengan rindu yang semakin menyesakkan jiwanya.


“Betul tak kisah? Tapi kenapa abang tengok muka sayang asyik masam aje? Siap boleh

hentak-hentak kaki lagi depan papa.”

Hah? Ada ke aku buat macam tu depan papa? Alamak, malunya! Farisya tunduk.

Panggilan Haziq kepada dirinya masih berbekas di hati. Kalau dulu Haziq hanya melakukannya

ketika mereka berada di kalangan ahli keluarga, namun kini tanpa ada sesiapa, Haziq telah

membahasakan dirinya dengan panggilan manja itu.

“Apa yang sayang fikirkan?” tanya Haziq sambil memalingkan tubuh Farisya untuk

berhadapan dengannya. Wajah itulah yang mampu membuat dirinya terlupa dengan segala-

galanya.

“Mungkin dah terlewat untuk abang mengucapkan semua ni. Tapi abang berharap sangat

kalau kita dapat menjalinkan satu hubungan yang lebih erat. Sudikah kiranya sayang menerima

cinta abang setulus hati?” sambungnya lagi.

Farisya terkedu. Haruskah pintu hatinya dibuka untuk insan bernama Haziq? “Kenapa

awak errr... tiba-tiba berubah? Saya tak pernah pun paksa awak untuk terima saya. Begitu juga

sebaliknya…”

Haziq pantas meletakkan jarinya di bibir Farisya.

“Syyy… tiada siapa yang paksa abang untuk menerima diri sayang. Sayang sendiri telah

memecahkan tembok batu yang terbina di pintu hati abang. Abang tertarik dengan pendirian

sayang yang tak pernah berlakon untuk menjadi orang lain. Abang akui kesilapan abang selama

ni yang suka memaksa sayang. Sudah terlalu banyak masa yang kita sia-siakan. Berilah abang

peluang.”

Biarlah keegoannya runtuh andai cinta dan kasih sayang Farisya dapat dia miliki.
Farisya terkesima apabila Haziq mengucup lembut bibirnya. Ya Allah ya tuhanku,

andainya ini suratan-Mu buatku… aku pasrah untuk menerimanya. Dan andai ini ujian-Mu

buatku… aku reda mengharunginya, hati Farisya berbisik.

Perlahan-lahan, tangannya turut sama memaut pinggang Haziq erat.

Haziq yakin kini bahawa Farisya telah menjadi miliknya mutlak.

Mereka hanyut dibuai arus keindahan yang tidak berbelah bahagi.

FARISYA menjeling jam di sisinya. Sudah hampir pagi. Tangan Haziq masih lagi

melingkari pinggangnya. Tidurnya kini berbantalkan tubuh Haziq. Mengingatkan dirinya

belum lagi menunaikan solat subuh, dia cuba mengalihkan tangan Haziq dari terus

memeluknya.

“Hmmm…” rengek Haziq persis kanak-kanak kecil.

Baru dia akui akan kata-kata kakak Haziq. Haziq memang seorang yang manja.

“Jom solat. Waktu nak habis dah ni,” pujuk Farisya.

Haziq tetap tidak mahu melepaskan isterinya.

“Abang….” Lembut saja bicara Farisya mengejutkan Haziq dari lenanya. Dia mendapat

akal. Digeletek tubuh Haziq yang masih berselimut.

Apa lagi… terlompat Haziq dibuatnya. Sedar dirinya telah bebas dari rangkulan Haziq,

Farisya cepat-cepat turun dari katil. Haziq turut sama turun dari katil lalu menghampiri Farisya.

Pandangannya tajam seakan ingin menerkam mangsa di hadapannya. Farisya mengundur

selangkah demi selangkah. Senyumannya mati.


Haziq berjaya menangkap kedua tangan Farisya. “Mana sayang nak lari? Oh... sekarang

dah pandai geletek abang ye.”

Farisya tersengih. “Mana ada. Isya cuma nak suruh abang bangun aje. Isya minta ampun

bang.”

“Abang tak kira. Sayang mesti kena dengan abang.”

Farisya cuba lari. Namun tangan Haziq lebih dulu menjamah tubuhnya. Habis dia

digeletek oleh Haziq. Terjerit-jerit Farisya meminta Haziq menghentikannya. Riuh-rendah

dibuatnya. Mujur mereka tinggal berasingan dengan keluarga.

Mereka sama-sama terdampar di atas katil keletihan.

Haziq tersenyum bahagia.

Farisya termengah-mengah kepenatan. Dia bangun sambil mengerling Haziq di sisinya.

“Jom solat. Dah lewat ni. Isya nak abang imamkan solat kita.”

Haziq hanya memberi jawapan dengan senyuman.


20

FARISYA meletakkan beg sandangnya di atas katil. Anisa masih belum

pulang dari kuliah. Mungkin juga sedang menelaah bersama buah hati tercinta. Tinggallah

Farisya keseorangan, hanya bertemankan telefon bimbitnya.

Sudah masuk tiga minggu Farisya terpaksa berjauhan dengan suaminya. Semakin hari

cinta mereka semakin mendalam. Kalau dulu begitu susah untuk mereka berbicara, namun kini

mereka boleh berbual berjam-jam lamanya.

Telefon bimbit dibelek mencari nombor yang selalu dihubungi. Ketika itu juga

telefonnya berdering. Tertera perkataan „My love‟ di skrin telefon membuatkan senyumannya

bertambah lebar. Punat yes ditekan.

“Hai, sayang. Tengah buat apa tu?”

Hati Farisya berbunga ceria. Suara yang dinanti-nantikan berada di hujung talian. “Hai.

Tak buat apa-apa pun. Baru aje balik dari kelas.”

Haziq menyandarkan tubuh di kerusi kerjanya. “Dah makan belum? Kenapa sunyi aje,

Anisa mana?”

Farisya membuka laptop. Terhias di skrin gambar mereka ketika bercuti singkat di Pulau

Langkawi. Di situlah kenangan yang paling manis buat Farisya bermula. “Belum lagi. Ingat nak

makan dengan Anisa tapi dia tak balik lagi. Emmm… abang sibuk ke?”
“Tak juga. Tadi pagi aje abang ada meeting dengan Uda Holding.”

Mendengar perkataan Uda Holding membuatkan hati Farisya diburu perasaan cemburu.

Tidak semena-mena kisah ketika terlihat Haziq mengiringi seorang gadis keluar dari bangunan

pejabat bertaut kembali. Mereka kelihatan mesra sekali. Sakit mata Farisya melihatnya. “Apa

yang abang meetingkan? Takkan tak settle lagi? Apa aja budak tu nak kat abang?”

Haziq tersenyum mendengar luahan Farisya yang berbau cemburu itu. “Kenapa nak

marah-marah ni? Abang bincang pasal kerja la. Sayang cemburu ke?”

Farisya menggigit bibirnya. “Entah la. Kalau abang dekat tempat Isya macam mana?

Abang marah tak?”

Farisya memulangkan kembali soalan itu kepada suaminya.

“Kalau abang, mestilah cemburu. Takkan abang nak biarkan isteri kesayangan abang ni

kena peluk dengan lelaki lain.”

“Dah tu, kenapa abang buat juga? Sengaja nak bagi hati orang ni sakit.”

Mendengar suara Haziq ketawa membuatkan Farisya tidak jadi marah.

“Jangan la merajuk sayang. Tak lena tidur abang malam ni nanti,” pujuk Haziq.

“Biar padan dengan muka abang tu.”

“Okey, abang janji. Takde lagi lepas ni. Dalam hati abang ni cuma ada sayang sorang

aje.”

Farisya bahagia mendengar kata-kata Haziq itu. Tangannya membuka folder yang

mempunyai gambar kenangan mereka berdua. Bibirnya menguntum senyum melihat wajah-

wajah mereka berdua. Saat manis menghabiskan masa bersama memberi satu fenomena baru

untuk Farisya.
“Kau dah kena sawan ke?”

Farisya terkejut. Ish minah ni… bagi la salam dulu, desis hatinya. “Lambat kau balik?”

Farisya menatap kembali laptopnya. Talian bersama Haziq telah lama dimatikan.

“Kau tahu aje la kalau kelas Miss Ng tu. Memang selalu lambat habis punya.” Anisa

menanggalkan tudung yang sentiasa menutupi kepalanya.

“Kau dah makan?”

“Belum lagi. Kenapa? Kau tunggu aku ke?” Anisa duduk di atas katil sambil membuka

sekeping sampul surat yang diterima.

“Iye la. Selalu aku makan dengan siapa? Eh, surat apa tu?” Farisya membiarkan

laptopnya lalu beralih kepada Anisa.

Anisa membaca isi kandungan surat yang baru diterimanya. Wajahnya tidak seceria tadi.

Farisya dapat menduga ada sesuatu yang tak elok sedang mengganggu perasaan teman

baiknya.

“Apa dia? Bagitau la kat aku,” desak Farisya.

Anisa berat hati untuk berkongsi dengan Farisya. Dipendamkan saja rahsia di hatinya.

“Tak ada apa-apalah. Surat dari mak aku,” dalih Anisa.

“Betul ni? Cuba cerita dengan aku betul-betul. Aku bukan kenal kau sehari dua, Nisa.

Aku dah anggap kau macam kakak aku.”

Anisa menggeleng. Masalahnya tiada kena-mengena dengan Farisya. “Betul. Tadi kau

kata nak makan, kan? Jom aku temankan.”

Anisa menyarungkan kembali tudung yang baru saja dibuka.


Farisya hampa kerana dia masih dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan dari

pengetahuannya. Wajah Anisa masih mendung.

Setelah memenuhkan perut masing-masing, mereka berjalan beriringan ke bilik sambil

berbual. Tiba-tiba seseorang sudah menunggu di hadapan pintu bilik mereka bersama sejambak

mawar merah. Farisya dan Anisa saling berpandangan.

“Akak ni, Farisya kan?”

Farisya angguk. Siapa pula yang bagi bunga ni? Haziq kut… teka Farisya di dalam hati.

“Tadi ada orang suruh saya sampaikan ini pada akak.”

Farisya teragak-agak hendak menyambut huluran pelajar itu. Hatinya berasa serba tidak

kena.

“Saya cuma sampaikan amanah orang aje,” sambung pelajar itu apabila Farisya masih

lagi membisu.

“Errr... siapa orang tu, dik?” soal Anisa apabila melihat Farisya masih lagi terkejut.

“Tak tahu la kak. Saya pun tak pernah nampak dia kat sini.”

Farisya menoleh ke arah Anisa sambil mengangkat kening.

“Cepat la kak. Saya ada hal lain lagi ni.”

Dengan berat hati, Farisya menyambut huluran sejambak mawar merah tanpa

mengetahui siapa pengirimnya. Dalam pada itu, telefon bimbitnya berbunyi. Farisya melihat

skrin telefon baru saja menerima SMS dari seseorang.

Cintaku tak pernah berubah.


Berkerut dahi Farisya membaca mesej tersebut. Sambil menggelengkan kepala, dia terus

masuk ke dalam bilik setelah Anisa mendahuluinya.

“Siapa pula yang bagi ni? Musykil la,” luah Anisa sambil merebahkan diri di atas katil.

Minda Farisya masih ligat berfikir. Sebelum ini belum pernah dia menerima sebarang

hadiah misteri seperti ini. “Kau ada terfikir tak apa yang aku fikir?”

Farisya meletakkan bunga itu di atas meja study.

“Manalah aku tahu. Kau ni….”

Farisya tersengih. Sempat juga dia bergurau.

“Agaknya salah orang tak? Manalah tahu ada orang yang muka mirip macam aku,”

duganya.

“Takkan la kut. Ayat yang dia bagi macam dia pernah ada hubungan dengan kau aje,”

kata Anisa.

Farisya cuba mengingat kembali siapakah gerangannya.

Farisya dan Anisa saling berpandangan.

“Aswad!” jawab mereka serentak.

Hanya Aswad dan Haziq saja yang pernah bertakhta di hatinya.

“Apa kes tiba-tiba dia bagi bunga kat aku pulak?”

Anisa mengangkat bahu. “Dia kan tahu kau dah kahwin. Takkan dia nak rampas kau dari

Haziq? Dan yang pasti kau mesti takkan layan dia sebab kau dah sayang gila kat hubby kau,

kan?”

Farisya tersenyum bangga. “Itu sememangnya la. Tapi kenapa baru sekarang dia timbul

semula?”
Takkan mungkin cintanya akan berpaling semula. Hatinya kini milik Haziq.

“Aku pun hairan. Lama juga aku tak dengar cerita pasal dia. Kalau dulu Sharul selalu

juga sembang-sembang. Tu pun masa kau masih kawan dengan dia la,” terang Anisa.

“Apa yang kau sembangkan?” Farisya ingin tahu.

“Aswad kan rapat dengan Sharul? Kalau korang ada masalah, selalu dia lepaskan pada

Sharul. Banyak juga yang dia adukan. Salah satunya kenapa kau tak pernah nak bagitau family

kau pasal hubungan korang.”

Farisya faham. Memang selama ini bibirnya berat untuk memaklumkan kepada

keluarganya tentang perhubungan mereka. Mungkin itu adalah satu petanda bahawa mereka

bukan ditakdirkan untuk bersama.

“Maknanya selama ni korang berdua tahu la jalan cerita antara aku dengan Aswad.”

Tiada lagi getaran di hatinya tatkala menyebut nama Aswad di bibirnya. Tiada secebis

pun rasa kasihnya untuk Aswad. Semuanya telah dikaburi oleh api cinta milik Haziq.

Anisa mengangguk. “Bukan itu aje. Masa kau jealous dengan Ayu tu pun kami tahu.”

Farisya teringat akan kisah yang pernah cuba dibuang dulu. Kemesraan Ayu dan Aswad

menjentik tangkai hatinya.

“Dah la. Lagi kau fikir, lagi pening kepala kau. Sekarang ni kau concentrate dengan

study kau, sudah.” Nasihat Anisa.

Farisya turut sama bersetuju. Jambangan mawar merah dibiarkan layu.


FARISYA cuba menumpukan perhatian pada pelajarannya. Atas dorongan dan sokongan dari

Haziq menjadikan dirinya lebih bersemangat, walaupun sering diganggu dengan kehadiran

kad-kad cinta tanpa mengetahui siapa penghantarnya. Perkara itu tidak dimaklumkan kepada

Haziq kerana tidak mahu Haziq mencurigainya.

Lagu Aku Dibius Cinta dendangan Yusry dan Melly penyanyi dari seberang kedengaran

dari telefon bimbitnya. Lagu yang sering bermain di bibirnya disetkan sebagai ringtone untuk

pesanan ringkas.

Sayang… miss u so much! Bila nak blik?

Farisya membalas sambil tersenyum. Ayat-ayat cinta dari Haziq sering menemaninya.

Andai ada kesempatan, Farisya turut sama menghadiahkan kata-kata hikmat buat Haziq. Mereka

sedang mabuk dilambung ombak asmara.

Kalau hujung minggu ni free, kita keluar nak? Abang ambil sayang.

Abang tak bz ker? Isya tak kisah… tapi kita nak ke mana?

Mana pun takpe. Abang dah rindu sangat nak jumpa sayang.

Actually Isya pun rindu dengan abang. Kalau kampus ni dekat, lama dah Isya balik.
Bukan jauh mana pun… abang boleh hantar sayang tiap-tiap hari ke kampus. Abang

tak kisah.

Takpe la… Isya tak nak susahkan abang. Nanti lewat pula abang nak ke ofis.

Isya sayangkan abang tak?

Mesti la sayang… kenapa abang tanya?

Saja nak check. Ermmm... ok la sayang. Esok abang nak bangun awal, kan ke jam

loceng abang jauh... kena la bangun sendiri.

Ok la, Isya nak study lagi. Banyak lagi nak kena buat research. Sweet dream!

Sayang pun sama, jangan study sampai lewat sangat. Love you sayang.…

Farisya mencongak, menanti hari yang ditunggu untuk bertemu dengan suami tercinta.

Tidak sabar rasanya untuk menatap wajah yang dulu pernah dibencinya. Kini wajah itu jua yang

menemaninya ke mana saja kakinya melangkah.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Farisya dengan hati yang berbunga membaca pesanan

ringkas yang baru diterima. Sangkanya Haziq yang membalas namun dahinya berkerut apabila

nombor misteri yang terpapar.


Kenangan takkan berubah… aku seperti yang dulu…. You look sweet in pink dress.

Serta-merta mindanya terkunci dengan ayat yang baru dibacanya tadi. Penghantar mesej

misteri ini adalah orang yang sentiasa berada di sekelilingnya. Hendak diajukan kepada Anisa,

tidak sampai hati untuk dikejutkan temannya pada dinihari begini. Nyenyak benar tidurnya.

Message itu dibiarkan tidak berbalas. Farisya menghadap kembali laptop yang telah lama

dibiarkan. Konsentrasinya terganggu. Fikirannya tidak dapat menolak pelbagai andaian yang

timbul di benaknya.

Farisya berdoa agar persoalan yang bermain di fikirannya segera hilang. Buku-buku

disusun rapi di sebelah laptopnya. Tidak ada gunanya dia bersengkang mata seandainya tiada

satu pun yang dibacanya bisa melekat di ingatan.

Direbahkan tubuhnya. Menoleh ke arah Anisa yang sudah lama dibuai mimpi. Matanya

belum memberat lagi. Dia inginkan teman bicara. Waktu dinihari begini sudah pasti suaminya

sedang lena bersama bayangannya.

Farisya masih memikirkan motif penghantar mesej misteri itu sering menghadiahkan

kad-kad cinta kepadanya. Dia merasakan setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan. Ayat-ayat

cinta yang diluahkan tidak pernah berbekas di hatinya. Semakin lama semakin banyak persoalan

yang timbul. Akhirnya Farisya terlena bersama tanda tanya yang masih belum berjawab.
Judul : Penjara Rindu
Penulis : Nia Arissa
Harga Semenanjung : RM21
Harga Sabah / Sarawak : RM24
Penerbit : Kaki Novel (KN)

SINOPSIS :
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada
maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di
saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan
dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang
mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di
pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang
ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq
Denial.
Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya.
Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah
peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-
lamanya?

"Awak yang ambil dompet saya, kan? Pulangkan balik!"

Haziq terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan. Ditenung gadis itu dari atas ke
bawah. Minah ni lagi! Takde orang lain ke? Dah la pakai baju kurung... tak panas ke?
Aku yang tengok pun rimas.

"Encik yang ambil dompet saya, kan?!"

Gadis itu meninggikan sedikit suaranya setelah pertanyaannya langsung tidak


diendahkan oleh pemuda itu.

"What?! Tolong cakap baik sikit. Saya tak pernah ambil dompet awak."

"Jangan bohong. Tolong la encik. Bagilah balik dompet saya."

Farisya merayu. Lengan Haziq sudah dicengkam erat. Hatinya merasa amat yakin, ini
semua angkara jejaka di hadapannya

"Woit! Kau pekak ke? Aku kata tak ambil tu, tak ambil la!" Haziq mendengus
dengan kasar. Cuba melepaskan pautan gadis itu.

"Dah tu siapa yang ambil? Awak yang langgar saya tadi, kan?" Farisya tidak mahu
mengalah. Geram dengan sikap Haziq.

"Ooo... kalau aku yang langgar kiranya aku yang ambil la?" Haziq semakin rimas.

Untuk mengetahui sambungan dan kisah selanjutnya, dapatkan novel PENJARA RINDU
di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- http://www.kakinovel.com atau
untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:-
KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D‟Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096


No. Faks:- 03-4149 1196
Admin@kakinovel.com

Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my