Anda di halaman 1dari 3

Reka bentuk produk

Reka bentuk produk adalah salah satu peringkat yang penting dan juga merupakan
ciri yang asas dalam pengurusan perniagaan. Selain itu, reka produk ialah
pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.Dalam penyusunan bahan
itu seseorang pereka produk perlulah menentukan bahan, kaedah,konfigurasi asas,
toleransi dan melalui spesifikasi ini pereka perlulah menetapkan kos pengeluaran
yang minimum dalam mengikut urutan proses . Reka bentuk yang dihasilkan haruslah
berdaya saing dengan produk-produk yang sedia ada dalam pasaran serta tidak
mencemarkan alam sekitar.

Dalam menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti bagi sesebuah organisasi itu
reka bentuk yang memainkan peranan yang penting. Dalam peringkat ini, bukanlah
satu perkara yang mudah dan mesti sesebuah organisasi ini akan mengalami
kesukaran dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Sebelum produk yang bermutu dan berkualiti itu dihasilkan ada beberapa perkara
yang perlu sesebuah organisasi itu untuk membuat pertimbangan.
Masalah reka bentuk produk Lifesun Food Industries SDN.BHD.

Syarikat Lifesun Food Industries SDN.BHD dikelola dan diteraju secara professional dan
berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap
Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Syarikat ini telah mengeluarkan
produk yang berasaskan serbuk rempah yang diperbuat daripada bahan mentah. Produk
yang telah dihasilkan adalah seperti: serbuk bawang putih , serbuk bawang besar , serbuk

bawang merah , serbuk halia , serbuk lada hitam dan bawang putih(2 in 1). Bagi Syarikat
Lifesun dalam mereka bentuk produk ini perkara yang telah mereka menghadapi adalah
semasa menggunakan (CAM). Penghasilan produk adalah sepenuhnya menggunakan
peralatan mesin. Mesin yang digunakan oleh syarikat lifesun adalah mesin yang direka
bentuk khas daripada pembekal tempatan. Dengan itu, pembungkusan produk ini
menggunakan kaedah “Computer-aided Manufacturing”(CAM). Fungsi CAM ini adalah
untuk mengawal peralatan dan mesin dalam pembuatan produk. Dalam penggunaan CAM
ini masalah yang turut dihadapi oleh syarikat Lifesun dalam mengendalikan mesin ini ialah
melibatkan kos penyelenggaraan yang sangat tinggi . Hal ini kerana, mesin ini adalah
tempahan khas dalam mengeluakan produk mereka dan alat ganti bagi mesin ini juga sukar
untuk mendapat. Tambahan pula, mesin tempahan khas ini juga memerlukan jurutera yang
berkemahiran tinggi untuk memperbaiki dan juga akan memerlukan tempoh masa yang
agak lama untuk baiki. Oleh itu, untuk mengurangkan kos penyelenggaraan ini syarikat
akan menghantar pekerja yang tertentu dengan menghandiri kursus berkaitan dengan
mesin tersebut telah disediakan oleh syarikat. Selain itu, syarikat juga akan menjemput
pakar-pakar yang berkemahiran tinggi dalam penyelenggaraan mesin ini.
Carta Organisasi

Anda mungkin juga menyukai