Anda di halaman 1dari 3

4.

0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
TAKRIFAN KESELAMATAN
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan selamat ataupun terhindar
daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan
kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemaangan. Seperti yang
dinyatakan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT1994) iaitu pihak majikan
bertanggungjawab menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta
kemudahan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.
a. Aspek Keselamatan dan Penggunaan Elektrik
 Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;
 Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;
 Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;
 Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;
 Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah
rosak.
 Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;
 Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;
 Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;
 Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag;
 Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;
 Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa
dengan bahan kering atau bahan bukan logam.

b. Cara Penggunaan Alatan Kecemasan

Cara menggunakan alat pemadam api :


 Keluarkan pin picu
 Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api
 Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat
disembur.
c. Kotak Pertolongan Cemas

Kotak pertolongan cemas perlu disediakan di dalam bengkel untuk merawat


kecederaan. Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti
iodine, ubat antiseptik, kapas, gunting, plaster, pin dan pembalut luka.

d. Etika dan Budaya Kerja dalam Bengkel

Etika
Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap seseorang terhadap kerja yang dibuat seperti
menepati waktu, bertanggungjawab, amanah dan mematuhi arahan.

Menepati waktu
Menghadiri bengkel dan menghantar projek mengikut masa yang telah ditetapkan.

Bertanggungjawab
Menyimpan alatan di tempat yang sesuai selepas digunakan, menjalankan tugas
mengikut jadual dan menjaga keselamatan bengkel, alatan serta diri.

Budaya kerja
Budaya kerja pula bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua individu
dalam sesebuah organisasi seperti memasuki bengkel dengan senyap, duduk di
tempat khas, mematuhi arahan setiap masa dan menjalankan tugas mengikut jadual.

Anda mungkin juga menyukai