Anda di halaman 1dari 3

Bebanan kerja guru yang berat

Pengahihan tugas yang tidak seimbang


Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan
sesebuah negara. Melalui pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan modal insan
minda kelas pertama yang mampu berfikir secara kritis, kreatif, dan berinovasi. Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia yang menekankan bahawa
pendidikan sebagai suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

Hasrat kerajaan ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
dan negara. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, amat jelas menggambarkan
bahawa tanggungjawab yang akan dipikul oleh seorang guru adalah semakin berat dan
memerlukan kewibaaan yang tinggi dalam mendidik anak murid agar lebih terserlah
dan berdaya saing. Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh setiap guru dalam menggalas
amanah yang telah diberikan agar dapat merealisasikan hasrat negara ini.

Berdasarkan hasyrat Pendidikan Malaysia ini, tanggngjawab yang dipikul oleh guru
adalah semakin berat untuk mengadaptasi dengan pelbagai perubahan dan pelaksanaan
dasar pendidikan yang baru. Ditambahkan lagi sistem pendidikan Malaysia yang
berbentuk autoriti yang mempunyai perubahan dari semasa ke semasa telah
menyebabkan kewujudan bebanan kerja guru yang melampau.

Isu bebanan tugas kerja guru bukan isu baru di Malaysia, namun ia tidak kelihatan
perubahan baik walaupun banyak strategi telah dipelaksanakan. Isu ini kembali
diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga
bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru
hidup dalam tekanan kerja.
Latar Belakang

Sistem Pendidikan Malaysia adalah diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


( KPM ), dibawah struktur organisasi KPM pula wujudnya banyak jabatan lain yang
menguruskan bidang masing-masing, contohnya Jabatan Pendidikan Negeri dan
Jabatan Pendidikan Daerah yang umum diketahui oleh semua. Sistem sebegini adalah
jenis sistem yang berautoriti kerana segala keputusan adalah dibuat oleh pihak atasan
bukannya oleh pihak sekolah sendiri.

Isu-isu yang mengakibatkan tekanan kerja guru menambah adalah berkaitan dengan
banyak pihak, contohnya dari KPM, pentadbir sekolah, persekitaran kerja ataupun guru
itu sendiri. Namun, laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah
mendapati bahawa guru-guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur adalah
‘guru terbeban’ memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu
untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan
kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara
ini dihabiskan untuk aktiviti kokurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2
peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus
daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus
masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk
pembangunan fizikal sekolah. Berdasarkan laporan ini, boleh kita dapati bahawa skop
tugasan guru adalah sangat luas dan ditambahkan lagi isu-isu lain yang akan
meruntuhkan badan guru.

Bebanan yang dipikul oleh guru untuk mendidik anak-anak murid supaya menjadi
seorang insan yang berguna kepada masyarakat telahpun sangat berat ditambah lagi
dengan faktor lain yang sering diabaikan oleh kita semua. Antaranya ialah tertimbul isu
stail kepimpinan guru besar ataupun pengetua yang bersifat hegemoni juga
menyumbang kepada timbulan perasaan tekanan guru. Guru besar yang terlalu
pentingkan kuasa dan tidak membawa perbincangan bersama guru sebelum membuat
sesuatu keputusan juga menyebabkan guru berasa tidak difahami. Terdapat golongan
guru besar yang hanya suka menunjukkan jari untuk menyuruh orang membuat sesuatu
tanpa bincangan dan sokongan menyebabkan guru berasa tidak adil dalam pengagihan
tugas. Guru besar yang berstail hegemoni kurang berinteraksi dengan staf bawahannya
sehingga tidak betul-betul memahami situasi yang dihadapi oleh mereka. Terdapat
banyak guru yang mengalami keadaan sebegini iaitu mereka sudah memikul banyak
tugas atas bahu tetapi guru besar masih melonggakkan tugas baru kepada mereka
malahan terdapat calon lain yang sesuai dengan tugas tersebut.

Guru boleh berasa tertekan kerana terpaksa menyelesaikan tugas yang berlebihan di
samping menjaga kualiti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga guru berasa
tertekan kerana dipaksa membuat sesuatu yang tidak mahir tanpa dipeluang memberi
pendedahan tentang kemahiran tersebut. Isu yang paling umum diketahui adalah guru
tidak diagihkan untuk mengajar subjek optionnya. Ini merupakan isu yang harus
diperbincangkan sedangkan setiap guru mempunyai option sendiri tetapi pula tidak
berpeluang mengajar subjek option tersebut.

Anda mungkin juga menyukai