Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pensel

Aku sebatang pensel. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang membuat alat tulis.
Tubuhku diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi dengan warna kuning keemasan
bercampur hitam. Aku dinamakan Stabilo.
Selepas siap dibuat, aku dibawa bersama kawan-kawan saya ke sebuah kedai alat
tulis. Kami dipamerkan di sana. Aku dan kawan-kawan dilabelkan dengan pelbagai
jenama mengikut kehendak pelanggan dan harga yang berbeza.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang gadis dengan harga RM0.80. Tuan aku
seorang gadis yang cantik, namanya Lily. Tuan aku menggunakan aku untuk menyiapkan
kerja rumahnya. Selain itu, tuan aku juga menggunakan aku untuk melukis. Lukisan beliau
cantik sekali.

Setiap kali selepas aku digunakan, tuan saya akan menyimpan aku di dalam bekas
penselnya. Beliau menjaga aku dengan baik. Walaupun tubuhku semakin lama semakin
pende, namun aku masih berasa gembira kerana dapat berbakti kepada tuan aku.

Anda mungkin juga menyukai