Anda di halaman 1dari 19

Appendix 1: KEMAHIRAN PENGAJARAN BAHASA ARAB

ADSL3103
KEMAHIRAN PENGAJARAN BAHASA ARAB

TAJUK TUGASAN: MENGUJI KEMAMPUAN PELAJAR MENGANALISIS


KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN MEMBACA DALAM PENGAJARAN
BAHASA ARAB.

NAMA: NUR AMALINA BT ONYUN @ AZIZAN


NO. MATRIK: 930725065516001
NRIC: 930725-06-5516
NO. TELEFON: 012- 9012752
ALAMAT EMAIL : nuramalina31@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

Semester MEI 2019

1
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ………………………….. 2 - 6

DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB …………………. 7 - 8

JENIS DAN KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA


ARAB ………………………………… 9 - 12

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHAN MENGUASAI KEMAHIRAN


MEMBACA BAHASA ARAB ………………………………. 13 - 14

KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB YANG


BERKESAN ……………………………… 15 - 17

JURNAL REFLEKSI PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB ……… 18

KESIMPULAN ……………………… 19

2
PENGENALAN
Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting dan mempunyai kedudukan
yang tinggi di sisi agama Islam. Bahasa Arab juga merupakan bahasa Al-Quran yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk memberi petunjuk dan
hidayat kepada manusia sejagat.

Firman Allah SWT: ‫﴿ و كذلك أنزلناه قرآنا عربيا‬.... ﴾)al-Qur’an, Taha 20: 113)

Maksudnya: Dan demikianlah Kami menurunkan al-Qur’an dalam bahasa arab.


Selain itu, Allah SWT berfirman yang berMaksud: Dan demikianlah Kami telah menurunkan
al-Qur’an itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab.

Pada hari ini, penutur bahasa Arab dianggarkan melebihi 422 juta di seluruh dunia.
Populasi penutur bahasa ini, perkembangannya dan peredaran masa telah meletakkan bahasa
Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia. Malaysia juga telah mengorak langkah
memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pendidikan termasuk di
peringkat pengajian tinggi. Ia telah dijadikan salah satu subjek elektif universiti di samping
sebagai subjek wajib di beberapa fakulti. Namun, usaha ini tampak pincang bila melihat
pencapaian dan penguasaan pelajar dalam bahasa ini. Ia sudah menjadi rahsia umum bahawa
penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa amat mendukacitakan. Kesalahan dan
kesilapan berbahasa masih berleluasa (Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012).

Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya ada empat kemahiran yang


dipentingkan, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.. Oleh itu, pengajaran bahasa Arab di Malaysia telah meletakkan
matlamat membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

3
LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari


bahasa . Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran ini dengan baik, kebiasaannya, dapat
memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang telah didengarinya. Nik Mohd
Rahimi (2005) berpendapat latihan kemahiran mendengar hendaklah dijadikan asas
penggabung jalinan antara satu kemahiran dengan kemahiran berbahasa yang lain. Namun,
berdasarkan kajian beliau, teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab inilah yang
sering diabaikan dan tidak ditekankan dalam konteks pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa
kedua di Malaysia. Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran
mendengar merupakan salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini
kerana kemahiran mendengar yang berjaya memerlukan masa dan penumpuan serta latihan
yang banyak. Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting.
Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul
dan jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan
pertuturan yang baik.

Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya


melalui suara guru di dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas
dalam proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar .

Kajian Mohd Ja’afar et al. (2006) mendapati kebanyakan guru bahasa Arab
tidak menekankan teknik latihan kemahiran mendengar pada teks dengan betul. Kajian beliau
mendapati pelajar tidak dilatih mendengar petikan dialog dan jenis naratif secara berasingan
atau tanpa melihat teks. Guru bahasa Arab lebih cenderung melatih kemahiran mendengar
dan menyebut huruf dan perkataan sahaja. Kemahiran mendengar perlu diajar secara
sistematik supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan seterusnya
dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan


yang amat penting, sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting

4
bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan lazimnya
membawa maksud tertentu. Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu dapat
mempercepatkan pemahaman pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi
interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang
sesuai terutama apabila berhadapan dengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti
keperluan bagi mempelajari bahasa pertama ataupun bahasa kedua .

Sebahagian besar pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya dalam


aliran pendidikan Islam masih belum mampu menguasai kemahiran bertutur walaupun telah
dapat pendedahan yang luas dalam bahasa Arab sejak berada di sekolah menengah . Kajian
Abd. Halim (2009) juga mendapati faktor-faktor yang menghalang pelajar-pelajar bertutur di
dalam bahasa Arab ialah malu bertutur dalam bahasa Arab, merasa rendah diri, tidak yakin
pada diri sendiri, takut ditertawakan rakan, takut disindir rakan, tidak bersemangat
berkomunikasi dalam bahasa Arab dan takut melakukan kesilapan ketika menggunakan
bahasa Arab.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas


pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami
teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca. Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu
memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan
maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa,
gaya kognitif, dan pengalaman membaca.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan


juga kepintaran otak. Ia terbahagi kepada tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Tulisan mekanis

5
hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja, sedangkan tulisan kreatif memerlukan
pelahiran buah fikiran oleh penulis. Kemahiran menulis ini boleh dibahagikan kepada tiga
bidang utama, iaitu tulisan huruf, khat atau menulis perkataan dan karangan. Mempelajari
tulisan huruf boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama tulisan secara pindah,
iaitu pelajar diajar menulis huruf bahasa Arab yang diberi petikannya kepada mereka.
Berdasarkan kepada keratan petikan ini pelajar menyalin semula ayat yang terdapat dalam
petikan tersebut.

6
DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA
BAHASA ARAB
Kebolehan membaca merupakan salah satu daripada perkara asas yang perlu
ada pada setiap individu yang ingin menguasai sesuatu bahasa. Mempelajari bahasa Arab
memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu dan kemahiran membaca adalah salah satu
kemahiran yang perlu dikuasai selain kemahiran bercakap atau lisan, kemahiran menulis dan
kemahiran mendengar.

Tajuk ini membincangkan kemahiran membaca sebagai salah satu kemahiran


yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mempelajari bahasa Arab. Beberapa aspek utama
tentang kemahiran ini diketengahkan bagi melihat kepentingan kemahiran ini khususnya
dalam pembelajaran bahasa Arab.

Antara yang dibincangkan ialah tujuan membaca, ciri-ciri pembaca yang baik,
jenis bacaan, dan peringkat membaca. Juga dinyatakan langkah pengajaran tahap rendah,
pertengahan, dan lanjutan; masalah penguasaan bacaan bahasa Arab dan gaya pembelajaran,
serta pengenalan bentuk bacaan intensif dan ekstensif.

Kemahiran membaca dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah


masih berada pada tahap lemah kerana pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa ini
disebabkan kurang berminat terhadap bahasa Arab di samping kurang penggunaan bahasa ini
dalam interaksi seharian. Pelajar hanya mempelajari bahasa ini di sekolah dengan masa yang
terhad dan kurang kesedaran tentang kepentingan bahasa ini menjadikan pembelajaran bahasa
ini berada di tahap yang masih lemah.

Aktiviti pengajaran berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai


penyampai ilmu. Keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada kejayaan guru dalam

7
mencapai objektif pengajarannya untuk membantu pelajar. Kedua-dua peranan tersebut
amat penting dalam usaha meningkatkan keinginan pelajar untuk terus menerokai
pengetahuan baru yang kadangkala menjangkaui batasan keupayaan seseorang pelajar.
Selain dapat membantu pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
mudah, guru juga perlu prihatin terhadap perkembangan dan keperluan semasa pelajar

Oleh yang demikian, aktiviti membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang
penting untuk dikuasai samada dalam bahasa ibunda atau bahasa kedua. Tidak lengkap
mempelajari sesuatu bahasa itu melainkan ia dapat menguasai kemahiran membaca bahasa
yang dipelajarinya. Malah dalam konteks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing
atau kedua di Malaysia, kemahiran membaca adalah objektif utama yang perlu
dikuasai memandangkan kemahiran-kemahiran lain kurang dipraktikkan secara meluas.
Keperluan dan situasi sebenar dalam mempelajari bahasa dalam kalangan masyarakat
Malaysia dilihat lebih memerlukan tumpuan kepada kemahiran membaca.

8
JENIS DAN KEPENTINGAN
MENGUASAI KEMAHIRAN BAHASA
ARAB.

1) Kemahiran Membaca Nyaring


 Kemahiran membaca secara nyaring memerlukan pembaca memberi tafsiran
terhadap bahan yang dibaca. Pembacaan secara nyaring merangkumi membaca
suatu petikan untuk diperdengarkan kepada orang lain atau menyampaikan pidato
untuk mempengaruhi para pendengar dengan idea yang disampaikan. Selain itu,
pembacaan secara nyaring termasuk juga memberi syarahan kepada para pelajar
di dalam dewan kuliah, perbicaraan di mahkamah , pertunjukkan puisi dan pantun
atau sesuatu nyanyian yang disampaikan untuk diperdengarkan kepada khalayak
ramai dan pembacaan secara nyaring kepada kanak-kanak akan merangsang
minat , perkembangan emosi, imaginasi dan bahasa kepada mereka.

2) Kemahiran Membaca Secara Senyap


 Bacaan secara senyap pula ialah pelajar membaca teks dengan hanya
menggunakan akal dan menggerakkan mata tanpa mengeluarkan suara. Bacaan
senyap juga dikatakan sebagai bacaan mata . Kemahiran bacaan senyap lebih
kerap digunakan oleh kebanyakan pelajar. Kemahiran bacaan senyap meliputi
bacaan akhbar , jurnal, majalah , buku akademik , buku cerita dan juga maklumat
semasa yang berkaitan dengan isu politik , ekonomi dan kemasyarakatan.
Kemahiran bacaan senyap juga merangkumi pembacaan di perpustakaan dan
pembacaan mutlak untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini.

3) Kemahiran Membaca Secara Kritikal

9
 Kemahiran membaca secara kritikal ini adalah perlu apabila pelajar membaca
untuk memahami konsep , istilah ,logik dan sebagainya. Dengan menggunakan
pendekatan ini, pelajar akan merasa lebih seronok dan tidak bosan. Minat terhadap
bahan bacaan mula terbit apabila pelajar mula memahami isi kandungan yang
dibaca.

4) Kemahiran Membaca Dengan Pantas


 Pembaca yang mahir mampu membaca dengan kadar yang lebih cepat daripada
pembaca yang lain. Pelajar yang dapat membaca dengan pantas , dapat
menjimatkan masa dan tenaga untuk melakukan aktiviti lain. Dengan pembacaan
yang pantas, pelajar dapat mengikuti sesuatu bahan bacaan itu dengan cepat
disamping dapat memahami perkara yang hendak disampaikan. Pelajar yang
menguasai kemahiran membaca dengan pantas dapat menangani pelbagai tugas
harian dengan efisyen dan lebih meyakinkan. Pelajar dapat menyempurnakan
sesuatu tugas dengan baik mengikut masa yang ditetapkan. Membaca secara
pantas dapat menyegarkan minda pelajar. Semasa membaca, minda pelajar akan
bergerak aktif untuk mentafsir makna demi makna , data demi data, maklumat
demi maklumat dan hujah demi hujah. Pengaktifan minda ini akan menjadikan
seseorang pembaca itu memiliki tahap pemikiran yang mantap dan segar.

Kepentingan Kemahiran Membaca Bahasa Arab

 Pendapatan Sampingan

Banyak cara untuk menambah pendapatan tambahan dengan bahasa Arab. Contohnya
dengan menterjemahkan pelbagai jenis dokumen dalam bahasa Arab ke dalam bahasa
Melayu. Bahkan juga boleh menjadi jurubahasa atau interpreter kepada orang kenamaan dari
negara Arab di majlis-majlis rasmi, majlis-majlis di kedutaan asing, majlis tandatangan
kontrak perniagaan/pelaburan, lawatan kerja dan berbagai lagi. Di samping itu, boleh
menjadi penulis/kolumnis sambilan dalam majalah/akhbar bahasa Arab. Selain itu, boleh
menjadi tutor atau menjalankan kelas-kelas tuisyen di kawasan kejiranan.serta dapat
menambah duit poket, juga dapat pengalaman baru.

10
 Peluang Sambung Belajar

Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab, inilah masanya


mengasah kemahiran berbahasa Arab sebelum terbang ke sana. Kuasai sepenuhnya cabang-
cabang ilmu dalam bahasa Arab. Selain itu juga, melatih diri menjadi lebih berdisiplin dan
berani untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab misalnya seperti pidato dan debat. Jika
menyambung pelajaran ke negara Arab, tidak semestinya harus memilih bahasa Arab. Di
Jordan misalnya, boleh mengambil jurusan perubatan dan pergigian di sana. Di Mesir pula, a
berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Tahfiz dan Qiraat. Bahasa Arab ialah bahasa
al-Quran al-Kari:m. Dengan bahasa tersebut setiap muslim dapat membaca dan memahami isi
kandungan al-Quran yang mengandungi perintah-perintah suruhan dan larangan serta hukum-
hukum syarak.

 Pemudah Cara

Oleh kerana ramai warga negara Arab di Malaysia yang bekerja, membangunkan bisnes
sendiri, mahupun menyambung pelajaran, rata-ratanya mereka masih belum dapat mengusai
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik.. Mereka berbesar hati sekiranya ada orang
yang pandai berbahasa Arab sudi membantu dalam urusan-urusan mereka. Contohnya urusan
kontrak perniagaan, urusan sewa rumah/kereta dan sebagainya. Bahasa Arab ialah bahasa
solat. Setiap muslim yang menunaikan solat mesti mengguna pakai bahasa Arab. Bahasa
Arab juga merupakan bahasa yang berkait dengan rukun asasi dalam Islam. Justeru itu,
pembelajaran Bahasa Arab adalah wajib ke atas setiap muslim. Bahasa Arab juga ialah
bahasa hadith. Maka itu, setiap muslim yang ingin membaca hadith dan menguasai isi
kandungannya hendaklah mengetahui bahasa Arab.

 Peluang Pekerjaan

Bahasa Arab merupakan nadi penghubung dalam kebanyakan hal lebih-lebih lagi apabila
melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Jika berkebolehan dalam berbahasa Arab,
akan diberi kepercayaan oleh bos untuk menguruskan banyak perkara yang berkaitan.
Contoh mudah seperti petugas haji dan mutawif umrah selain boleh merebut peluang
pekerjaan dengan memohon berbagai jawatan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat

11
utama. Bahasa Arab ialah suatu bahasa yang mempunyai status ekonomi bagi negara Arab,
kerana mereka mempunyai kekayaan sumber minyak dan galian. Oleh itu, bahasa Arab
menjadi medium yang penting bagi sesiapa yang ingin berurusan dengan negara-negara Arab
dari segi ekonomi mahupun politik. Bahasa Arab diguna pakai sebagai bahasa pertama oleh
22 buah negara Arab dan bahasa kedua di kebanyakan negara Islam. Ini menunjukkan 1/7
penduduk dunia menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertama. Di samping itu, banyak
penutur natif bahasa Arab mempelajarinya kerana didorong oleh ajaran Islam.

12
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHAN MENGUASAI
KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA
ARAB
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Pengajaran Guru bahasa Arab seharusnya meningkatkan kualiti pengajarannya dengan


menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran terkini seperti penggunaan komputer di
samping menerapkan nilai-nilai murni semasa pengajaran seiring dengan seruan kerajaan
untuk melahirkan anak didik yang berwawasan dan berdisiplin tinggi. Berhubung dengan
perkara itu, guru perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perancangan teknologi
yang telah digubal di peringkat sekolah berjaya dilaksanakan. Pengintegrasian teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara
berterusan dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi melibatkan semua
peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan
penilaian selepas pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam membuat perancangan
yang teliti akan merugikan murid dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
kurang berkesan.

Peranan Ibu Bapa

Memberi galakan kepada anak-anak untuk mempertingkatkan lagi usaha mereka dalam

mempelajaran bahasa Arab. Ibu bapa juga boleh menyediakan alatan permainan

berbentuk pembelajaran dalam bahasa Arab kepada anak-anak. Ibu bapa yang

berkemampuan juga digalakkan untuk menghantar anak-anak ke sekolah KAFA bagi

tujuan menambah pengetahuan dan merangsang minat mereka terhadap pembelajaran


13
bahasa Arab. Ini kerana waktu pengajaran dua kali seminggu tidak mencukupi untuk

murid belajar keempat-empat kemahiran bahasa Arab yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Menyediakan peralatan permainan bahasa yang mencukupi untuk setiap sekolah.

Peralatan permainan tersebut haruslah bersesuaian dengan kurikulum yang telah

disediakan. Menganjurkan lebih banyak kursus sama ada jangka panjang atau pendek untuk

memantapkan lagi kemahiran pengajaran guru-guru bahasa Arab. Kesemua guru harus

diberi peluang untuk menyertai kursus tesrebut sama ada secara serentak atau bergilir - gilir.

14
KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN
MEMBACA BAHASA ARAB YANG
BERKESAN.

a) Kaedah al-ikhbariah: Salah satu kaedah pengajaran yang digunakan sejak zaman
purba sehingga masa kini. Kaedah ini asalnya daripada zaman Yunani purba dan
khususnya ketika kemunculan falsafah pemikiran. Pada masa itu tidak mempunyai
buku seterusnya mereka telah memikirkan untuk membuat percetakan. Satu-satunya
orang yang mempunyai manuskrip pada zaman tersebut adalah guru sahaja.
Kaedah pengajaran secara kuliah ini terhad kepada frasa lisan mahupun soalan-
soalan yang disertakan mahupun perbincangan, dan tanpa menggunakan cara
ilustrasi khusus selain sebuah papan hitam dan kapur.

b) Kaedah al-hiwariyah (Komunikatif): Kaedah ini adalah kaedah secara perbualan di


antara guru dan pelajar. Kaedah ini sangat mementingkan komunikasi dua hala di
mana pelajar dan guru saling berkomunikasi. Kaedah ini paling lama dan popular
digunakan dalam pendidikan. Kaedah ini berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid-murid secara berkesan. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi
tindak balas yang sewajarnya. Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya guru
memberikan beberapa masalah kepada pelajar yang perlu dirungkaikan dan
diselesaikan akan tetapi secara teknik berbual dalam menyelesaikan masalah
tersebut. Tambahan lagi, guru tersebut akan mengambil kira masalah yang timbul
daripada pelajar-pelajarnya seterusnya menyelesaikannya. Semasa guru menggunakan
kaedah ini, guru tersebut mestilah menggunakan bahasa yang betul tanpa terlalu

15
menggunakan teknik penterjemahan dalam bahasa ibunda. Ini kerana, kaedah ini akan
melatih pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan lebih baik. Kaedah
Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)

c) Kaedah ejaan atau imla’i ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran
ilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Ia
merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam
perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan
menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka. Dalam sejarah
Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan
pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing. Proses ini agak
merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para
ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan
mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan pandangan
mazhab mereka. Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali
mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam
hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh
Murtadha al Zubaidy

d) Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah) :- Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan
praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses
pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan
murid, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima
kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan
sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.Walau bagaimanapun ,
setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks
perbualan dan kesesuaian penggunaannya.

f) Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah) :- Kaedah latih tubi ini juga adalah
bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada
proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara

16
bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi
Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad
dapat menyebutnya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran
berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan
dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya
menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa
yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia
penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

17
‫‪JURNAL REFLEKSI‬‬

‫مجلة تأمالت في تدريس اللغة العربية‬

‫في األسبوع الماضي ‪ ،‬قمت بتدريس اللغة العربية لطالب السنة األولى‬
‫على الحروف الهجائية‪ .‬أليف با تا أثناء الغناء‪ .‬لقد الحظت أن هناك‬
‫بعض الطالب الذين يمكنهم متابعة الحروف الهجائية‬
‫جيد‬

‫يستوعب التالميذ جميع المستويات التعليمية و التعلمية *إن عملية التعليم والتعلم قد تحققت الهدف المنشود *‬

‫يستوعب التالميذ مهارات التعليمية ال ُمركزة *يستوعب التالميذ جميع المهارات المدروسة*‬

‫خمسة من ثالثين التالميذ ال يستوعبون علي نتاج التعلم *يستوعب التالميذ المستوى األول و الثاني من نتاج التعلم *‬

‫‪18‬‬
KESIMPULAN
Bahasa Arab merupakan bahasa kedua kepada pelajar-pelajar. Dengan itu mereka susah
untuk berfikir, bercakap, melahirkan idea dan berinteraksi dalam bahasa ini. Banyak faktor
yang perlu diambil kira seperti teknik dan cara penyampaian guru, persekitaran, minat pelajar
dan sebagainya. Faktor-faktor ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam menggugat
prestasi pengusaan bahasa Arab pelajar-pelajar berkenaan. Sesungguhnya kepelbagaian
teknik dan kaedah pengajaran Bahasa Arab perlu didedahkan kepada para pengajar dan bakal
pengajar Bahasa Arab agar mereka menggunakan pedagogi yang betul semasa mengajar
kemahiran asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
kepada pelajar.

19

Anda mungkin juga menyukai