Anda di halaman 1dari 12

FACULTY OF OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER SEPTEMBER 2019

BBRC4103
RESEARCH METHODOLOGY

ASSIGNMENT 1

NO. MATRIK : 940405075060001

NO. KAD PENGENALAN : 940405-07-5060

NO. TELEFON : 010-3860462

EMAIL : hazrene.hashim@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PULAU PINANG LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ………………………………………………………………….…. 2

1.0 Pengenalan tentang Proses Penyelidikan ………………………………….………….... 3


2.0 Pengenalpastian dan Definisi Masalah ……………………………..………………….. 6
3.0 Fakta dan Rajah yang Menyokong Masalah yang Dikenalpasti Wujud ……………… 8
4.0 Senarai Soalan-Soalan Kajian & Objektif Kajian …………………………………..…. 9
5.0 Justifikasi untuk Menjalankan Penyelidikan ………………………………….….…… 10
6.0 Rujukan …………………………………………………………………………...….… 12

2
1.0 Pengenalan tentang Proses Penyelidikan

Setiap proses penyeledikan pasti bermula daripada sesuatu perisitiwa, keadaan dan objek
yang dapat menarik minat keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara. Penyelidikan merupakan
proses mengumpul maklumat yang diperlukan untuk menjawab persolan-persoalan yang tertentu
bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh organisasi, individu
mahupun masyarakat. Setiap maklumat yang diterima haruslah penting dan baik agar ianya
menjadi maklumat yang berfaedah. Untuk mendapatkan maklumat yang baik, proses untuk
mendapatkannya haruslah baik. Proses yang baik juga adalah proses saintifik atau proses yang
sistematik. Bagi mendapatkan maklumat yang baik, hendaklah mengikuti beberapa langkah
yang penting supaya proses penyelidikan berada pada landasan yang betul. Langkah-langkahnya
adalah seperti berikut :

a) Mengenal pasti masalah


Peringkat yang pertama dalam penyelidikan ialah mengenal pasti masalah dan juga isu-
isu untuk memberi justifikasi keperluan sesuatu penyelidikan. Hal ini kerana terdapat
banyak sumber permasalahan kajian seperti masalah sosial, pengalaman, minat, tren
dunia, pembangunan teknologi baru atau masyarakat.

b) Membangunkan persoalan kajian


Persoalan kajian adalah sangat penting untuk memastikan penyelidikan berada pada
landasan yang betul. Hal ini kerana persoalan kajian dapat memberi panduan kepada
penyelidik untuk mencari literatur, mengumpul data, menganalisis serta membuat
rumusan. Pada kebiasaannya, persoalan kajian lebih spesifik dalam kajian kuantitatif
berbanding dengan kajian kualitatif. Tambahan lagi, kita tidak boleh menjawab semua
persoalan kajian yang ada kerana kita perlu memilih persoalan kajian berdasarkan masa
serta kos yang diperlukan untuk sesuatu penyelidikan.

c) Sorotan literatur
Sokongan literatur mengandungi matlamat penyelidikan, strategi pencarian serta
perancangan bagaimana penyelidikan akan dijalankan. Sorotan literatur dapat
meningkatkan kefahaman teori serta dapat memberi perspektif terhadap penyelidikan

3
yang akan dilakukan serta dapat membantu menjelaskan latar belakang masalah yang
dikaji. Dengan adanya sorotan literatur, penyelidik akan mengetahui di mana dan bila
kajian penyelidikan harus dimulakan serta dapat mentafsir dapatan kajian dengan betul
dan tepat. Kelebihan daripada sorotan literatur adalah mendedahkan kaedah dan teknik
yang betul untuk mendapatkan jawapan serta penyelesaian masalah kajian, dan juga
mengelakkan diri dari mengulangi kelemahan yang telah dilakukan penyelidik yang
sebelumnya dan dapat mengekalkan kesinambungan dan meningkatkan teori bagi
memperkukuhkan sesuatu bidang ilmu.

d) Falsafah dan pendekatan penyelidikan


Kefahaman dalam falsafah dan pendekatan penyelidikan adalah sangat penting dalam
peringkat awal penyelidikan. Penyelidik boleh memilih untuk menggunapakai
pendekatan induktif berbanding pendekatan deduktif. Penyelidik juga boleh memilih
untuk menggunakan pendekatan kepada aspek kemanusiaan atau lebih memfokuskan
kepada sains tulen dalam kajian. Penggunaan dalam sesuatu pendekatan bergantung
kepada nilai dan kaca mata penyelidik apabila melihat dunia. Bukti pada awal kajian akan
menetapkan bagaimana sesuaut penyelidikan direka dan bagaimana data dikumpulkan
dan dianalisis serta bagaimana ianya disimpulkan.

e) Reka bentuk penyelidikan


Terdapat banyak kaedah penyelidikan yang boleh digunapakai bagi menjalankan kajian
penyelidikan. Pemilihan kaedah merangkumi kaedah kuantitatif serta kualitatif. Akan
tetapi, penggunaan kaedah penyelidikan bercampur kadangkala digalakkan.

f) Pengumpulan data
Sebelum data dikumpulkan, kaedah persampelan haruslah dirancang. Penyelidikan
kuantitatif biasanya menggunakan persampelan rawak atau bukan rawak manakala
penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah persampelan teoritikal. Penyelidik juga
harus memikir bagaimana data dapat diakses dan kaedah yang digunakan untuk
mengumpulnya. Penyelidik juga perlu memutuskan jenis data yang dikumpulkan seperti
data primer atau data sekunder. Tambahan lagi, terdapat beberapa cara untuk

4
mengumpulkan data seperti temu bual berstruktur atau separa struktur. Sebelum
pengumpulan data dilakukan, instrument kajian seperti boring soal selidik mesti
dilakukan.

g) Pemprosesan dan Analisa Data


Bagaimana untuk menyediakan data bagi analisa berbentuk kualitatif dan kuantitatif?
Data hendaklah disunting dan dikodkan untuk analisa seterusnya. Untuk data kuantitatif,
penggunaan pakej perisian komputer seperti SPSS amatlah digalakkan. Manakala analisa
data kualitatif adalah subjek dan kebiasaannya dilakukan secara manual. Penggunaan
pelbagai kaedah analisa kualitatif seperti analisa teks, padanan corak, teori dasar serta
analisa naratif adalah bergantung kepada jenis data. Walaubagaimanapun, terdapat juga
perisian komputer yang bersesuaian untuk menganalisis data kualitatif.

h) Rumusan dan Laporan


Laporan yang terakhir adalah membentangkan keseluruhan projek penyelidikan bermula
daripada isu kajian, sorotan literatur, metodologi penyelidikan, dapatan kajian, analisa
data dan rumusan. Laporan yang tidak mempunyai format yang konsisten dan penyelidik
hauslah membuat keputusan struktur, kandungan dan stail laporan yang akan digunakan.

Untuk memastikan sesuatu penyelidikan berjaya, penyelidik haruslah mendapatkan maklumat


yang terkini, mendapatkan maklumat dari mereka yang mempunyai maklumat yang banyak
berkaitan penyelidikan tersebut, mengenal pasti pengkaji lain yang membuat penyelidikan yang
sama dan juga mengenal pasti kejayaan dan kegagalan penyelidik yang lain dalam keadaan yang
sama.

5
2.0 Pengenalpastian dan Definisi Masalah

Pembaziran makanan kini menjadi fenomena global. Statistik mencadangkan kira-kira


satu pertiga makanan yang boleh dimakan untuk penggunaan manusia dibuang di seluruh dunia.
Ini terdiri kira-kira 1.3 bilion tan setiap tahun (FAO 2011). Di Amerika Syarikat sahaja, jumlah
sisa makanan pada tahun 2013 mencapai 37 juta tan, di mana hanya 5% daripada jumlah itu
(1.84 juta tan) telah pulih, manakala bakinya iaitu 35 juta tan sisa dihantar ke tempat
pembuangan sampah dan insinerator (EPA 2016). Parfit et al. (2010) menyatakan bahawa
kerugian makanan berlaku pada penghujung rantaian bekalan makanan akibat corak tingkah laku
oleh peruncit dan pengguna. Oleh itu, makanan dan bahagian makanan yang tidak boleh dimakan
tidak termasuk kerana sisa diukur oleh makanan yang berkaitan dengan penggunaan manusia.
Rajah 1 menunjukkan keseluruhan proses rantaian bekalan makanan.

Rajah 1 : Proses Rantaian Bekalan Makanan

Malaysia juga tidak terkecuali dari masalah pembaziran makanan. Menurut RMK 11,
purata penghasilan sisa pepejal oleh rakyat Malaysia telah meningkat daripada 0.9 kg sehari pada
tahun 2005, kepada 1.2 kg sehari pada 2012. Hal ini berdasarkan daripada hasil kaji selidik oleh
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara pada 2012 yang menunjukkan bahawa sisa makanan
merupakan jumlah terbesar daripada keseluruhan sisa pepejal isi rumah, iaitu sebanyak 44%.
Secara kiraan kasar, rakyat Malaysia membuang sebanyak 8,492 tan metrik makanan setiap hari.

6
Walaubagaimanapun, jika dibandingkan antara isi rumah di luar bandar dan di bandar, isi
rumah yang berada di bandar membuang lebih banyak sisa makanan iaitu sejumlah 7,436 tan
metrik sehari. Manakala isi rumah yang tinggal diluar bandar pula membuang sebanyak 2,180
tan metrik sisa makanan sehari. Pada setiap peringkat pengunaan pembaziran boleh juga terjadi.
Hasil tani yang segar, seperti sayur-sayuran serta buah-buahan selalunya akan melalui proses
penggredan. Proses penggredan bukan sahaja melihat kepada saiz tetapi juga kualiti serta rupa
bentuk. Akibat daripada hasil tani yang tidak memenuhi kriteria ini mungkin akan dibuang.
Pengguna yang beradadi negara maju terutamanya amat prihatin akan kesemua kriteria ini. Jadi,
tidak hairanlah apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam analisisnya
menganggarkan sebanyak 17% daripada hasil tanah di utara benua Amerika dibuang kerana tidak
memenuhi standard dan saiz yang dikehendaki oleh pasaran.

Selain itu, pembaziran makanan juga berlaku kerana kekurangan kecekapan semasa
proses pengendalian makanan. Sayur-sayuran serta buah-buahan contohnya mempunyai hayat
simpan yang sangat pendek. Oleh itu, penghantaran sayur-sayuran serta buah-buahan ke pasaran
akan mengambil masa yang lama kerana sistem pengangkutan serta logistik yang lemah.
Akibatnya, sayuran dan buahan ini hanya akan mampu bertahan dalam tempoh masa yang
singkat apabila sampai ke pasaran. Dalam pemprosesan makanan, bukan semua bahagian sesuatu
makanan itu akan digunakan. Contohnya, berdasarkan diet serta citarasa telah melihat kepada
penjualan ayam hanya pada bahagian tertentu sahaja. Bagi pengguna, ini merupakan penjimatan
daripada pembaziran bahagian-bahagian ayam yang tidak dimakan atau tidak disukai.
Pembaziran makanan bukan sahaja melibatkan isu pembaziran perbelanjaan harian individu dan
isi rumah, malah juga melibatkan kos kepada negara. Hal ini kerana makanan yang dibuang,
haruslah diproses untuk dilupuskan. Sebanyak 296 tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia
yang wujud pada masa kini. Tambahan lagi, kerajaan telah memperuntukkan belanjawan 2017
untuk kos pengurusan sisa pepejal melebihi RM2b. Kos perbelanjaan sebanyak RM1.3b setiap
tahun pula diperlukan untuk pengurusan sisa pepejal di beberapa negeri yang terdapat di
Malaysia.

Dari aspek alam sekitar pula, pembuangan sampah yang kemudiannya pula diikuti
dengan pereputan sisa makanan menyumbang kepada penghasilan Greenhouse Gas (GHG) yang
menyumbang kepada pemanasan global, iaitu sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan

7
penghasilan GHG di Malaysia. Tapak pelupusan sisa sampah juga adalah menyumbang kepada
punca utama pelepasan gas metana di Malaysia, gas perosak lapisan ozon yang utama.

3.0 Fakta dan Rajah yang Menyokong Masalah yang Dikenalpasti Wujud

Terdapat beberapa fakta dan rajah yang dapat membuktikan bahawa masalah pembaziran
makanan ini benar-benar wujud. Antaranya ialah :

i. Menurut daripada Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) iaitu Azrina Sobian berkata isi rumah merupakan penyumbang yang
terbesar kepada keseluruhan 16,650 tan pembuangan sisa makanan di negara ini setiap
hari. Beliau berkata lagi, isi rumah telah menghasilkan sisa makanan yang paling tinggi
iaitu sebanyak 38% berbanding pasar basah iaitu sebanyak 24%, manakala restoran
sebanyak 23% dan Hotel pula hanya 7%. Hampir 1kg makanan yang dibazirkan oleh 4
orang dalam satu keluarga setiap hari.

Selain itu, beliau juga berkata ketika membentangkan kertas kerja ‘Kerangka Islami
Dalam Usaha Pengurangan Sisa Makanan’ pada Persidangan Meja Bulat Pengurangan
Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama anjuran IKIM, trend pmbuangan
sisa makanan telah kian meningkat 15% sehingga 20% pada musim perayaan dan
Ramadan.

ii. Menurut perangkaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia


(MARDI), negara kehilangan 28.5% padi bernilai RM918 juta sebelum ia sampai kepada
pengguna. Kira-kira satu pertiga hasil padi hilang sebelum ia sampai kepada pengguna,
manakala hampir separuh sayur-sayuran dan buah-buahan dibuang begitu sahaja. Ini juga
termasuk kehilangan padi daripada peringkat penuaian, pengangkutan sehinggalah ke
kilang. Jumlah kehilangan padi ini sahaja boleh memberi makan kepada 5.8 juta orang.
Selain itu, dianggarkan 30 hingga 50 peratus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran di
Malaysia juga tidak sampai kepada pengguna dan dibuang atas pelbagai sebab.(Tan Su
Lin,2016).

8
iii. Mengikut daripada hasil kajian Ketua Setiausaha MySaveFood iaitu Dr Ainu Husna
MS Suhaimi, beliau berkata “Food waste not only refers to the edibles disposed of by
consumers but also the post-harvest loss at farms and plantations”.

MySafeFood adalah sebuah projek yang dimulakan pada tahun 2016 oleh Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dengan kerjasama Pertubuhan
Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di bawah inisiatif
SaveFood global untuk mengurangkan sisa makanan.

iv. Menurut daripada akbar Berita Harian Online, Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, Akta Pembaziran Makanan bagi mengawal selia
dan menangani tabiat rakyat yang suka membazir seperti diumumkan pada Disember
2018 wajar digubal secepat mungkin. Hal ini ekoran daripada sikap kalangan masyarakat
negara kita yang mempunyai sifat suka membazir makanan yang semakin sebati dalam
diri setiap individu termasuklah generasi muda.

4.0 Senarai Soalan-Soalan Kajian & Objektif Kajian

4.1 Soalan Kajian

Adakah sikap pengguna, pengilang dan peruncit punca berlakunya pembaziran makanan?

4.2 Objektif Kajian

Untuk mengkaji samada sikap pengguna, pengilang dan peruncit yang menyumbang
kepada berlakunya pembaziran makanan.

9
5.0 Justifikasi untuk Menjalankan Penyelidikan

Dalam ilmu penyelidikan, justifikasi untuk menjalankan penyelidikan disebut sebagai signifikasi
menjalankan penyelidikan. Kebiasaannya, sumbangan kajian boleh dibahagikan kepada dua,
iaitu sumbangan teoritis dan sumbangan praktikal. Huraian bagi setiap sumbangan ini adalah
seperti yang berikut :

i) Sumbangan Teoritis (Theoretical contribution)


Sumbangan teoritis adalah proses yang berdasarkan teori perkembangan dan kemajuan
teori sedia ada dengan beberapa logika dan fakta. Kajian ini memberi tumpuan kepada
beberapa soalan yang berkaitan dengan sumbangan teori dan jawapannya menerusi kajian
literatur naratif. Jawapan untuk soalan-soalan ini semasa kajian teori akan meningkatkan
kesan kertas dan juga meningkatkan peluang penerbitan. Kajian ini juga mencadangkan
bagaimana konsep teoritis dapat dilaksanakan secara praktikal dalam masyarakat dan
organisasi untuk meningkatkan prestasi organisasi dan mengesahkan teori.

Bagi sumbangan teoritis untuk kajian saya ialah saya ingin memperkenalkan kaedah baru
untuk mengelakkan pembaziran makanan di mana setiap individu mendapat inspirasi
untuk mengamalkan kaedah ini. Seperti yang kita ketahui, proses rantaian makanan
adalah berperingkat-peringkat sebelum ia sampai pada tangan pengguna akhir. Justeru
itu, kaedahnya ialah peruncit hendaklah melakukan pesanan di kilang mengikut kuantiti
yang sepatutnya. Sebagai contoh, peruncit perlu membeli sayur-sayuran atau buah-
buahan mengikut kekerapan pelanggan membeli barang tersebut. Jika pelanggan kurang
membeli barang timun contohnya, peruncit perlu mengurangkan pesanan timun untuk
pembelian yang seterusnya. Selain itu, peruncit juga hendaklah mengelak dari membeli
barang yang jauh jarak penghantarannya. Hal ini kerana ianya akan menyebabkan
barangan itu mudah cepat rosak semasa proses penghantarannya.

ii. Sumbangan praktikal (Practical Contribution)


Salah satu sumbangan praktikal penyelidikan ini ialah untuk membantu syarikat-syarikat
yang berkaitan untuk bersama-sama merealisasikan kaedah bagi mengelakkan
pembaziran makanan berlaku. Terkadang, tanpa kita sedarpunca pembaziran berlaku

10
berlaku daripada sikap pengilang sendiri. Jika pihak pengurusan syarikat-syarikat atau
kilang-kilang menggunakan kaedah yang baru diperkenalakan ini, sudah tentu Negara
kita dapat mengurangkan isu pembaziran makanan ini.

11
6.0 Rujukan

Pembaziran Makanan Di Malaysia Sangat Tinggi. (2016, Mei 30). Retrieved from MStar:
https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2016/05/30/pembaziran-makanan/

16,650 tan sisa makanan dibuang setiap hari. (2019, April 15). Retrieved from My Metro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445042/16650-tan-sisa-makanan-
dibuang-setiap-hari

Aris, N. A. (2019, January 30). FMT News. Retrieved from Focus on reducing food waste,
Putrajaya told: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/30/focus-
on-reducing-food-waste-putrajaya-told/

Dan. (2015, Mei 11). The Environmental Impact of Food Waste. Retrieved from Move For
Hunger: https://www.moveforhunger.org/the-environmental-impact-of-food-waste/

Kushairi, A. (2018, August 25). New Straits Times. Retrieved from Food for thought:
https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2018/08/404704/food-thought

Online, T. S. ( 2018, October 15). Malaysians throwing away food at alarming rate. Retrieved
from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/15/malaysians-throwing-away-
food-at-alarming-rate

Raaf, A. R. (2019, Mei 7). Segerakan Akta Pembaziran Makanan. Retrieved from BH Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/05/561043/segerakan-akta-
pembaziran-makanan

Syahirah Abd Razak*, Siti Wahidah Abd Ghafar**, Nur Aida Mohd Padzil*, Aniadila. (2018).
Household food wastage prevention in Malaysia: An Issue Processes. pp. 51-62.

12