Anda di halaman 1dari 9

Bab 3

Bendalir Hidraulik
Secara prinsipnya, sebarang cecair boleh digunakan untuk memindahkan tenaga
bertekanan. Walaubagaimanapun, dalam pemasangan hidraulik, bendalir
hidraulik memerlukan beberapa ciri, maka jenis bendalir yang sesuai adalah
dihadkan. Dalam bendalir hidraulik, air boleh menyebabkan beberapa masalah
yang berkaitan seperti karat, takat didih, takat beku dan kelikatan yang rendah.

Minyak hidraulik yang berasaskan minyak galian – juga dikenali sebagai minyak
hidraulik – memenuhi kebanyakan keperluan umum (cth untuk mesin). Ia
digunakan secara meluas.

Bendalir hidraulik dengan keupayaan untuk terbakar yang rendah di perlukan


untuk system hidraulik yang mempunyai risiko bakar yang tinggi seperti contoh:

 “hard coal mining”


 Mesin “die cast”.
 “forging presses
 Unit kawalan bagi stesen janakuasa turbin
 Industri berasakan besi

Untuk semua aplikasi diatas, bendalir hidraulik yang berasaskan minyak galian
boleh terbakar apabila bahagian besi yang panas tertumpu pada minyak
hidraulik.Untuk mengatasi masalah ini bendalir hidraulik yang terdiri daripada
campuran air atau minyak sintetik digunakan bagi mengantikan minyak galian.

Tugas Bendalir Hidraulik

Bendalir hidraulik yang digunakan dalam pemasangan hidraulik mestilah boleh


melaksanakan beberapa tugas:-

 Pemindahan tekanan
 Sebagai pelincir pada bahagian yang bergerak
 Penyejuk
 Sebagai penyerap hentak hasil daripada tekanan yang tidak sekata.
 Pelindung kepada karat
 Memindahkan bendasing
 Memindahkan isyarat

Jenis Bendalir Hidraulik


Dalam dua kumpulan ini – minyak hidraulik dan bendalir hidraulik dengan
keupayaan untuk terbakar yang rendah - ada pelbagai jenis bendalir dengan
pelbagai ciri. Ciri ciri ini boleh ditentukan dengan bendalir asas dan sedikit bahan
tambah.

Minyak hidraulik
Minyak hidraulik jenis DIN 51524 dan 51525 diklasifikasikan mengikut ciri dan
campuran kepada tiga kelas:

 Minyak hidraulik HL
 Minyak Hidraulik HLP
 Minyak Hidraulik HV

Klasifikasi yang diberikan kepada minyak hidraulik adalah terdiri daripada


gabungan abjad H untuk minyak hidraulik dan abjad tambahan bagi mewakili
bahan tambah. Kod huruf ini disediakan oleh kod kelikatan seperti dinyatakan
dalam DIN 51517( ISO Kelas-kelad kelikatan)

Abjad Ciri-ciri khas Persekitaran aplikasi


HL Menambah perlindungan Sistem dimana memerlukan suhu yang
terhadap kesan kakisan tinggi atau hakisan disebabkan oleh
dan kestabilan terhadap terendam di dalam air.
tempoh minyak digunakan
HLP Perlindungan terhadap Sama seperti minyak HL, digunakan
kehausan dalam system dimana geseran berlaku
disebabkan oleh rekabentuk atau faktor
operasi.
HV Ciri ciri suhu – kelikatan Sama seperti minyak HLP, digunakan
ditambahbaiki. secara meluas dalam suhu yang tidak
stabil dan suhu ambient yang rendah.

HLP 68 H : Minyak hidraulik


L : dengan bahan tambah untuk menambah perlindungan
terhadap karat dan / atau kestabilan terhadap tempoh
minyak
P : dengan bahan tambah untuk mengurang atau menambah
keupayaan mengangkat beban.
68 : Kod kelikatan seperti dinyatakan pada DIN 51517

Minyak hidraulik dengan keupayaan untuk terbakar yang rendah

Berkenaan dengan minyak hidraulik jenis ini, satu perbezaan antara bendalir
hidraulik sintetik iaitu jenis “hydrous” dan “anhydrous”. Minyak hidraulik
sintetik dihasilkan dengan pencampuran beberapa bahan kimia supaya wap
yang dihasilkan tidak mudah terbakar.

Jadual berikut membekalkan maklumat sepintas lalu bendalir hidraulik dengan


keupayaan untuk terbakar yang rendah (bendalir HF). Ia juga dijelaskan dalam
piawaian VDMA helaian 24317 dan 24320.
Kode Singkatan Piawaian VDMA Campuran Kandungan air
helaian no dalam %
HFA 24 320 Emulsi minyak – 80………..98
air
HFB 24 317 Emulsi air – 40
minyak
HFC 24 317 Larutan hydrous, 35………55
contoh air-glycol
HFD 24 317 Bendalir 0…….0.1
anhydrous contoh
phosphate ether

Ciri Ciri dan Keperluan

Untuk membolehkan minyak hidraulik boleh memenuhi segala keperluan seperti


di atas, ia mestilah memaparkan beberapa kualiti dibawah situasi operasi yang
releven. Beberapa kualiti adalah seperti berikut:

 Density paling minima


 Kebolehmampatan yang minima
 Kelikatan tidak terlalu rendah
 Ciri ciri kelikatan – suhu yang baik
 Ciri ciri kelikatan – tekanan yang baik
 Kestabilan terhadap tempoh penggunaan
 Keupayaan untuk terbakar yang rendah
 Tidak memberi kesan terhadap bahan atau benda lain

Tambahan, minyak hidraulik mestilah memenuhi keperluan berikut juga:

 Mudah untuk bebaskan udara


 Tidak berbuih
 Rintangan terhadap beku
 Perlindungan terhadap haus dan karat
 Boleh mengasingkan air

Ciri yang paling penting bagi hidraulik ialah kelikatan.

Kelikatan

Perkataan “kelikatan” boleh di definasikan sebagai “rintangan terhadap aliran”.


Kelikatan sesuatu cecair menunjukkan geseran dalaman, dimana rintangan
yang perlu diatasi untuk mengerakan dua lapisan cecair secara “adjacent“ antara
satu sama lain.. Oleh sebab itu, kelikatan ialah ukuran, berapa mudahkah
sesuatu cecair boleh dituang.

Sistem piawaian antarabangsa mendefinasikan kelikatan sebagai “kinematik


viscosity” dan unitnya ialah dalam (mm2/s).

Ia ditentukan dengan prosedur standard yang piawai. Contoh

DIN 51562 : Ubbelohde viscometer;


DIN 51561 : Vogel-Ossag viscometer.

Viscometer jenis bola juga boleh digunakan untuk menentukan kelikatan


kinematik. Ia boleh digunakan untuk mengukur nilai kelikatan secara tepat pada
raung yang lebar. Ukuran dibuat adalah untuk menentukan kelajuan sesuatu
objek tengelam dalam cecair dibawah tarikan gravity. Untuk mencari kelikatan
kinematik, adalah perlu untuk membahagikan nilai yang ditentukan
menggunakan viscometer bola dengan kepekatan cecair.

Satu kaedah penting dalam mengenalpasti minyak hidraulik ialah spesifikasi


kelas kelikatan. Piawaian ISO dan drat baru DIN 51524 menerangkan bahawa
kelas kelikatan berada di antara kelikatan minima dan maksima minyak hidraulik
pada 40 O C.

ISO Kelas Kelikatan Kelikatan kinematik (mm2/s) pada suhu 40 O C

Max min
ISO VG 10 9.0 11.0
ISO VG 22 19.8 24.2
ISO VG 32 28.8 35.2
ISO VG 46 41.4 50.6
ISO VG 68 61.2 74.8
ISO VG 100 90.0 110.0
Kelas Kelikatan (DIN 51502)

Terdapat enam kelikatan yang berbeza untuk pelbagai jenis minyak hidraulik HL,
HLP dan HV. Jadual dibawah menentukan dimana minyak hidraulik pelbagai
kelas kelikatan boleh diaplikasi. Adalah penting untuk mengaitkan kelas kelikatan
kepada suhu ambient.

Untuk tujuan penyimpanan, minyak pelincir motor kelas tinggi atau minyak
pelincir gear juga boleh diguna pakai dalam pemasangan hidraulik. Untuk tujuan
ini, klasifikasi kelikatan SAE juga disenaraikan dalam jadual dibawah.
Walaubagaimapaun klasifikasi ini membenarkan satu zone julat yang lebih lebar
sepertimana boleh dilihat daripada perbandingan antara dua kaedah klasifikasi.
SAE ISO -VG Area of application
classes

30 100 Instalasi tetap pada ruang yang tertutup dengan


suhu yang tinggi

20,20W 68

10W 46 Pada suhu normal

5W 32

22 Untuk aplikasi pada ruang yang terbuka –


hidraulik bergerak

(15) Pada persekitaran yang sejuk

10

SAE klasifikasi kelikatan

Secara praktikal margin kelikatan memainkan peranan yang penting:

Apabila kelikatan adalah terlalu rendah (terlalu cair), banyak kebocoran akan
berlaku. Lapisan pelinciran akan menjadi nipis, lalu berpecah dengan mudah dan
mengakibatkan pengurangan terhadap perlindungan terhadap kahausan.
Disamping fakta ini, bendalir minyak yang diperlukan mestilan likat walaupun
akan berlaku edikit kehilangan tekanan dan kuasa disebabkan oleh geseran
yang rendah. Bila kelikatan meningkat, geseran dalaman cecair bertambah dan
dengan itu tekanan dan kehilangan kuasa yang disebabkan oleh haba juga
bertambah.

Kelikatan yang tinggi menyebabkan geseran meningkat yang mana akan


menyebabkan kehilangan tekanan dan pemanasan berlaku terutama sekali
pada bahagian “throttle points”. Ini menyebabkan permulaan yang sejuk dan
pengasingan udara adalah sukar dan menyebabkan berlaku “cavitation”.

Kinematic viscosity
Had Bawah 10 mm2/s
Julat Kelikatan yang Ideal 15 to 100 mm2 / s
Had Atas 750 mm2/s
Had kelikatan

Apabila mengunakan bendalir hidraulik, adalah penting mengambil kira ciri-ciri


kelikatan-suhu, dimana kelikatan bendalir hidraulik berubah dengan perubahan
suhu. Ciri ini ditunjukkan pada gambarajah Ubbelohde’s kelikatan-suhu.

Index kelikatan (VI) digunakan sebagai nilai rujukan bagi ciri kelikatan-suhu.
Ia dikira mengikut piawaian DIN ISO 2909. Lebih tinggi index kelikatan bendalir
hidraulik, maka perubahan kelikatan adalah rendah atau lebih besar julat suhu
dimana minyak hidraulik ini boleh digunakan.

Minyak galian dengan index kelikatan tinggi juga dirujuk sebagai “multi grade
oil” (minyak pelbagai gred). Ia boleh digunakan dimana sahaja walaupun
perubahan suhu operasi yang cepat berlaku. Seperti hidraulik bergerak, contoh
dimana minyak dengan index kelikatan rendah , perbezaan perlu dibuat antara
minyak musim panas dan minyak musim sejuk.

Minyak musim panas(Summer Oil) : dengan kelikatan tinggi supaya minyak


tidak menjadi terlalu cair menyebabkan lapisan pelinciran tidak pecah.

Minyak musim sejuk(Winter Oil): dengan kelikatan yang rendah supaya minyak
tidak menjadi terlalu likat dan boleh melakukan “cold start”.

Ciri ciri kelikatan - tekanan minyak hidraulik adalah penting dimana kelikatan
minyak hidraulik bertambah dengan bertambahnya tekanan. Ciri ini adalah perlu
diambil perhatian khusus dalam kes dimana tekanan dari p iaitu pada 200 bar.
Pada sekitar 350 hingga 400 bar kelikatan secara umumnya berganda daripada
0 bar.

Jika ciri minyak hidraulik yang telah diterangkan dalam bab ini boleh disimpulkan,
maka kita akan memporeh beberapa keputusan tentang kelebihan dan
kelemahan minyak hidraulik dengan keupayaan untuk terbakar rendah
berbanding dengan minyak hidraulik yang berasaskan galian.

Kelebihan dan kekurangan minyak hidraulik dengan keupayaan bakar


rendah.

Kelebihan Kelemahan
Kepekatan tinggi Susah untuk pump
menghisap
Kebolehmampatan Minyak hidraulik kurang Tekanan tinggi boleh
rendah bendalir diperolehi

Ciri membebaskan udara Tempoh masa minyak


yang tidak baik hidraulik yang menghuni
dalam tangki
dipanjangkan dengan
mengunakan tangki yang
lebih besar.
Had suhu operasi Tidak boleh melebihi
50C, kalau tidak, boleh
menyebabkan wap air
bertambah
Ciri kelikatan-suhu yang Dalam kes cecair jenis Dalam kes bendalir HFD,
sesuai HFC, kelikatan tidak kelikatan berubah
berubah dengan cepat dengan perubahan pada
walaupun suhu tidak suhu
stabil.
Ciri kehausan Bendalir jenis HFD boleh
menyebabkan kakisan
pada “bunan seal”
,”diaphragms
accumulator” dan hose.
Harga Ciri bendalir HFD akan Bendalir HFD lebih mahal
bertindakbalas dengan daripada minyak
minyak hidraulik apabila hidraulik.
peralatan penyejuk dan
pemanas yang sesuai
diguna bersama.