Anda di halaman 1dari 8

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PQB7008

Tugasan Individu

TEKNOLOGI PENDIDIKAN FUTURISTIK

Disediakan Oleh:

NOR SHAHIDAH BTE ABDUL RAHMAN

(PQB180020)

Pensyarah:

DR. INTAN MARFARRINA BINTI OMAR


TEKNOLOGI FUTURISTIK DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955), pernah mengungkapkan bahawa


'imaginasi lebih utama berbanding pengetahuan' . Imaginasi atau pemikiran
futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan
sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi
yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang
hebat dan diluar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh
Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia
tanpa melakukan sebarang eksperimen di dalam makmal. Sehingga kini idea-
idea dan imaginasi Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains
teknologi serta kehidupan manusia moden pada masa kini. Teori-teori fizik yang
dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan
sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ianya telah
diperkenalkan lebih 100 tahun.
Teknologi futuristik bermaksud pengajian dan pembelajaran berdasarkan
khayalan yang akan direalisasikan bagi memenuhi teknologi pada masa
hadapan. Ianya termasuklah teknologi, keperluan sumber manusia serta
perubahan idealogi manusia.
Jika saya diberi peluang untuk menjadi sainstis tersohor pada tahun 2070,
saya akan mencipta sebuah alat yang diberi nama “ Wall Display Glass” di
setiap sekolah yang terdapat di Malaysia. Wall Display Glass ini merupakan
satu dinding kaca yang membolehkan guru mahupun pelajar mengakses internet
pada bila-bila masa tanpa perlu menggunakan komputer, komputer riba, tablet
atau telefon pintar. Malahan guru juga tidak perlu menggunakan alat teknologi
yang terdapat pada masa kini. Dengan adanya Wall Display Glass ini, sekolah
juga tidak perlu menggunakan papan putih lagi untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran seharian didalam kelas.
Wall Display Glass ini bersifat Augmented Reality (AR), merupakan suatu
istilah yang berkaitan dengan lingkungan yang menggabungkan dunia nyata dengan dunia
visual menjadikan batas antara keduanya menjadi sangat dekat. Sistem ini lebih mengarah
terhadap lingkungan secara nyata atau realiti. Dengan adanya teknologi Augmented Reality,
lingkungan nyata disekeliling kita boleh menjalankan inteaksi dalam bentuk digital. Ianya
bertujun untuk memberi gambaran dunia nyata sebagai dasar dalam penggabungan dari
pelbagai teknologi virtual dan menambahkan data konseptual supaya dapat memahami
manusia sebagai pengguna dan menjadi semakin jelas. Data konseptual terbabit boleh
dizahirkan dalam bentuk audio, data lokasi, mahupun konteks sejarah.
Informasi-informasi mengenai objek dan persekitar kita boleh ditambahkan dalam
sistem Augmented Reality yang selanjutnya informasi tersebut ditampilkan pada Wall
Display Glass secara semulajadi seolah-olah informasi tersebut adalah nyata dan hidup.
Dengan menggunakan teknologi Augmented Reality ini, pelajar akan lebih seronok untuk
belajar. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan pemahaman didalam sesuatu topik
pembelajaran yang akan dijalankan.

2.0 Kebaikan dalam menggunakan aplikasi teknologi tersebut

Terdapat kelebihan dalam penggunaan teknologi ini antaranya:


1. Lebih bersifat realiti
Pengunaan teknologi yang akan dicipta ini lebih bersifat realiti. Hal ini kerana, Wall
Display Glass menggunakan teknologi Augmented Reality yang akan menampilkan
informasi yang bersifat realiti. Sebagai contoh pelajar pada tahun 2070 tidak dapat
merasa suasana Malaysia dijajah. Dengan adanya Wall Display Glass guru boleh
memberi pelajar merasai suasana ketika Malaysia dijajah. Ini akan memberi peluang
pelajar menerokai dunia tanpa sepadan. Selain itu juga, pelajar boleh memberikan
penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Membolehkan
guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar. Ianya juga dapat
meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
2. Dapat menarik minat pelajar
Selain itu juga, dengan adanya teknologi Wall Display Glass ini dapat menarik minat
pelajar untuk meneruskan PdP. Hal ini demikian kerana, pelajr pada tahun tersebut
didedahkan dengan penggunakan teknologi dalam kehidupan seharian seperti
komputer dan telefon pintar. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru, mereka haruslah
sentiasa perlu dengan perkembangan yang akan berlaku. Penggunaan Wall Display
Glass dalam bilik darjah akan mewujudkan lagi suasana pembelajaran yang lebih
aktif dan menyeronokkan. Hal ini demikian kerana murid-murid akan tertarik dengan
penggunaan yang canggih, bunyi-bunyi yang boleh dihasilkan melalui perisian yang
canggih dan sebagainya didalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Pelajar juga tidak
akan mudah jemu dalam sesi pembelajaran kerana bahan yang digunakan bersifat
realiti. Dengan adanya pelajar boleh mempelajari dengan mudah dan dapat
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
3. Menjimatkan masa
Penggunaan teknologi Wall Display Glass dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di sekolah banyak memberi kesan yang baik kepada pelajar tidak kiralah pelajar di
sekolah rendah atau pun di sekolah menengah. Hal ini demikian kerana terdapat
pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada penggunaan teknologi ini seperti
menjimatkan masa, menjadikan pengajaran lebih menarik, memudahkan pencarian
maklumat, melahirkan generasi yang celik IT, meningkatkan kemahiran guru dalam
bidang teknologi dan sebagainya. Pengajaran berasaskan teknologi Wall Display
Glass membolehkan guru mahupun pelajar terus mengakses untuk mendapatkan
maklumat. Guru juga tidak perlu untuk tulis dipapan putih untuk memberi penerangan
mahupun maklumat kepada pelajar tesebut.
4. Tidak perlu membawa buku teks
Pada tahun 2070, pelajar tidak perlu menggunakan buku teks sebagai bahan rujukan.
Hal ini kerana, dengan adanya Wall Display Glass pelajar akan menggunakan
teknologi ini dalam pembelajaran. Gaya pembelajaran pada masa tersebut juga akan
berubah kepada penggunan teknologi ICT seratus peratus. Segala bentuk
pembelajaran adalah berpandukan “online” guru akan membimbing pelajar agar
pelajar tersebut dapat mencari ilmu pengetahuan yang lebih luas. Oleh yang demikian,
dengan menggunakan teknologi ini, pelajar tidak lagi dibebani buku teks yang berat
untuk dibawa ke sekolah.
5. Pembelajaran tanpa batas / pembelajaran sepanjang hayat
Penggunaan teknologi Wall Display Glass dalam PdP juga membolehkan seseorang
guru dan pelajar mempelajari tanpa batas. Hal ini kerana untuk mendapatkan apa-apa
maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran guru mahupun pelajar boleh terus
menggunakan Wall Display Glass tersebut. Hal ini demikian kerana melalui
kemudahan Wall-Format Display Glass, guru dan pelajar boleh membuat pencarian
dihujung jari sahaja dan maklumat tersebut akan terpapar pada Wall Display Glass
dalam masa yang singkat sahaja. Guru dan pelajar tidak perlu lagi mencari akhbar-
akhbar lama untuk mengutip maklumat, namun begitu kaedah ini masih boleh
digunakan tetapi teknologi Wall Display Glass yang ada pada masa tersebut lebih
memudahkan guru serta menjimatkan masa guru itu sendiri.
6. Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Hasil Pembelajaran
Penggunaan Wall Display Glass dapat membantu guru untuk membuat persiapan
pengajaran dengan lebih cepat dan berkesan. Hal ini demikian kerana kemudahan
teknologi dapat memudahkan pencarian maklumat berkaitan topik pembelajaran yang
diperlukan oleh guru-guru untuk diajar di kelas. Selain itu, guru-guru juga dapat
menyampaikan PdP dengan lebih berkesan kerana melalui penggunaan Wall Display
Glass sebagai alat bantu mengajar, guru boleh menggunakan powerpoint, video, flash,
visual dan sebagainya ketika proses PdP berlangsung. Kaedah pengajaran ini bukan
sahaja menarik, malah mampu memberi penerangan yang lebih jelas terhadap pelajar.

3.0 Keburukan dalam menggunakan aplikasi teknologi tersebut

Setiap teknologi baru yang akan dicipta akan mempunyai keburukan begitu juga dengan Wall
Display Glass. Antaranya ialah:
1. Kos yang tinggi untuk menghasilkan teknologi
Setiap teknologi yang dihasilkan mempunyai perbelanjaan yang tinggi. Begitu juga
dengan Wall Display Glass untuk menghasilkan dinding kaca, kerajan memerlukan
dana yang tinggi untuk merialisasikan impian ini. Hal ini kerana kos yang tinggi akan
membebankan kerajaan. Selain itu juga, perisian yang digunakan didalam teknologi
ini juga memerlukan kos yang tinggi untuk mengemas kini. Jika Wall Display Glass
ini mengalami kerosakan, kerajaan haruslah menggeluarkan bajet yang tinggi untuk
membaikinya.
2. Kena selalu kemas kini perisian terkini
Selain itu juga, perisian yang digunakan haruslah sentiasa kemas kini dari semasa
kesemasa. Ini kerana untuk menggunakan Wall Display Glass kebanyakan perisian
harus sentiasa dikemas kini agar ianya tidak ketingalan zaman. Antara perisian yang
sentiasa dikemas kini adalah:
 ArToolkit
ArToolkit merupakan perisian library untuk menciptakan Augmented Reality.
Aplikasi ini merupakan aplikasi yang akan menjadikan overlay penciptaan
virtual ke dunia nyata.
 Blender
Blender merupakan perangka lunak atau perisian terbuka atau open source
grafika komputer 3D. Perangkat ini dipakai untuk pembuatan film animasi,
efek visual, model cetak 3D, penteksturan, penyunting gambar bitmap,
penulangan, simulasi cairan dan asap, simulasi partikel, animasi, penyunting
video, dan pemahat digital.
 Marker
Marker merupakan pola yang diciptakan dalam bentuk gambar yang sudah
dicetak dengan printer yang akan ditayangkan oleh kamera. Marker pada
ArToolkit adalah gambar yang tersusun atas border, outline dan pattern
images.

3. Keselamatan mudah digodam pihak luar (Jenayah)

Memandangkan Wall Display Glass merupakan teknologi yang baru ianya juga akan
terdedah kepada keburukan terutamanya keselamatan teknologi Wall Display Glass
jenayah siber, ianya sepertikecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus,
penggodam, pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Memandangkan
kecanggihan teknologi akan mengakibatkan salahgunaan oleh pihak-pihak tertentu
bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Penggodaman adalah isu yang
serius dan benar-benar boleh menjadi salah satu masalah yang besar. Penggodam pada
dasarnya mempunyai keupayaan dan pengetahuan untuk mengakses data sulit dan ini
boleh digunakan dalam beberapa cara yang tidak dapat dibayangkan. Jika
keselamatan teknologi ini mudah digodam, ini akan menyebabkan maklumat peribadi
atau makumat rasmi sekolah boleh digunakan untuk menentang dan ini boleh menjadi
amat berbahaya kepada imej sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana semua
maklumat yang ada di luar sana dalam World Wide Web (WWW) boleh digodam oleh
penggodam yang tidak bertanggungjawab.

4. Beban guru untuk mempelajari penggunaan teknologi


Bagi guru yang kurang berpengetahuan dengan teknologi pada masa tersebut, ini akan
menjadi bebanan kepada guru. Guru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang
penggunaan teknologi Wall Display Glass diharuskan mengambil kelas khas yang
akan memberi latihan dan tunjuk ajar kepada guru tersebut sehinggalah guru tersebut
mahir menggunakan teknologi ini. Hal ini akan menjadi bebanan kepada guru tersebut
kerana masa yang terluang akan digunakan untuk menghadiri kelas tersebut.
5. Penapisan maklumat siber yang sukar
Dalam zaman yang serba canggih, muncul pelbagai perantaraan yang boleh menjadi
ejen baru untuk penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, penapisan terhadap teknologi
maklumat, terutama internet bukanlah suatu yang mudah memandangkan
pertumbuhan bilangan pengguna yang menyertai industri ini setiap hari. Bukan
itu sahaja, internet juga tidak mempunyai badan-badan penapis yang rasmi. Dalam hal
ini, penapis utama ialah hati nurani pengguna itu sendiri. Walaupun usaha-usaha telah
diambil untuk menapis medium ini, namun nampaknya usaha ini masih menemui
jalan buntu apabila tiada undang-undang yang berkaitan yang boleh mendakwa pihak
yang menyalahgunakan medium ini.

4.0 Bagaimana aplikasi teknologi/ICT tersebut digunapakai dalam proses pengajaran


dan pembelajaran?

Pada tahun 2070, sekolah di Malaysia akan dibekalkan Wall Display Glass. oleh yang
demikian, sekolah haruslah mengunapakai Wall Display Glass ini didalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui Wall Display Glass ini, guru akan mengunakan teknologi ini
untuk menyampikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran seperti menyampaikan maklumat kepada
pelajar, demonstrasi sesuatu fenomena, latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem.
Secara umum perisian berasaskan pembelajaran menggunakan Wall Display Glass ini
mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbing serta memberi latihan. Guru juga
dapat membuat penilai pencapaian pelajarnya.

Selain itu juga, penggunan Wall Display Glass ini, digunakan sebagai medium untuk
mengakses atau mencari maklumat daripada internet, mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang boleh dikawal. Dalam kaedah ini
pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini
sesuai digunakan dalam situasi berikut seperti pembelajaran berbentuk penemuan,
penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan kajian masa depan dan aktiviti
pembelajaran berbentuk simulasi.

Wall Display Glass juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pelajar
melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, membina graf atau
jadual, serta melakar gambar. Ianya juga dapat membantu pelajar serta guru untuk
mendapatkan maklumat yang terkini dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu juga, ianya
boleh digunakan sebagai alat pemudah komunikasi. Dalam kaedah ini ianya diguna untuk
membolehkan guru dan pelajar berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik,
audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi
melaksanakan pembelajaran seperti pembelajaran kolaboratif, dapat meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pembelajaran, dapat melibatkan pakar didalam dan luar
negara dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai