Anda di halaman 1dari 22

PENTADBIRAN ISLAM SEMASA (IXEH 3107)

TUGASAN 1

SOALAN 2: BERIKAN MATLAMAT DAN KEPENTINGAN UTAMA

PENTADBIRAN ISLAM BESERTA DALIL AL-QURAN DAN AL-HADITH

SITI SYAHIDAH MOHD SAMSUDIN IER110016

NORHARLINA BT A.RAZAK IER110007

NURUL AKMALILHUDA BT MOHD ALAMI IER110012

AISYAH BT MUSLAN IER110018

NURUL ASMA BT ABU BAKAR IER110020


PENDAHULUAN

Pentadbiran islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai pengolahan sumber (tenaga

manusia benda dan perkara yang berkaitan) supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam

sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan

keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”. Sesebuah

pentadbiran haruslah menjalani proses aktiviti untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan,

mempunyai unsur-unsur sumber seperti tenaga manusia yang terdiri daripada dua orang atau

lebih dan diorganisasikan, ada peralatan, kelengkapan termasuk waktu, tempat dan lain-lain dan

ianya adalah satu proses yang berterusan.

Allah berfirman dalam Al Quran mengenai pentadbiran iaitu:

َ‫سنَ ٍة ِم ِّما تَعُدِّون‬ َ َ ‫قدارهُ أ‬


َ ‫لف‬ ُ ‫وم كانَ ِم‬ ِ َ ‫ماء ِإلَى األ‬
ُ ‫رض ث ُ َّم َي‬
ٍ ‫عر ُج ِإلَي ِه فى َي‬ ِ ‫س‬ َ َ ‫ُُ دَ ِب ُِّر األ‬
َّ ‫مر ِمنَ ال‬

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan


segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada
pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya)
pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya
menurut hitungan masa kamu yang biasa.

(As-Sajdah: Ayat 5)
MATLAMAT

Pentadbiran Islam sememangnya memiliki matlamat yang besar apabila dengan

menjalankan proses pentadbiran maka objektif sesebuah organisasi dapat dicapai berdasarkan

kepada pengetahuan, kemahiran, nilai dan etika kerja Islam. Setiap individu memiliki tahap

keilmuan dan kemahiran yang berbeza dan ianya perlu dipupuk dan dikembangkan pada jalan

yang tepat agar ianya mampu memberi manfaat kepada individu itu sendiri dan orang lain.

Matlamat seterusnya adalah, memastikan kebajikan masyarakat dan terutamanya

kebajikan pelanggan tercapai melalui proses dan mekanisma yang tidak bertentangan dengan

hukum syarak. Apabila pentadbiran berlandaskan Islam dijalankan, ianya mampu memberi

maslahah kepada orang ramai yang menghadapi masalah tertentu. Sebagai contoh, permasalahan

pernikahan yang mempunyai prosedur tertentu yang perlu dipatuhi di Malaysia. Jika isu ini tidak

diuruskan dengan baik oleh pihak berwajib maka masyarakat akan menanggung beban yang

berat dan berpanjangan.

Ramai penganggur menjadikan alasan sukar mendapatkan perkerjaan yang benar- benar

halal kerana banyak organisasi yang tidak mengamalkan pentadbiran Islam, maka matlamat

pentadbiran Islam antara lainnya adalah menyediakan peluang pekerjaan yang halal dan

mengembangkan kemahiran anggota organisasi. Galakan yang baik serta dorongan mampu

meningkatkan motivasi serta kecekapan para pekerja dan seterusnya menaikkan mutu sesebuah

organisasi.

Selain itu, matlamat pentadbiran Islam ialah mewujudkan kesejahteraan dan

menghindarkan kemudaratan dalam perlaksanaan sistem pemyampaian dimana perkhidmatan

yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik dan mampu memberi kepuasan maksimum
dan matlamat yang lain ialah, menjadi salah satu entiti yang mampu menyumbang kearah

pembangunan negara yang mapan iaitu melalui kerjasama antara pentadbiran dengan kerajaan,

badan bukan kerajaan dan masyarakat seperti mana juga apabila sesebuah organisasi yang

menjalankan pentadbiran Islam memberi teladan yang baik kepada rakan niaganya atau

sebagainya dan yang paling penting, pentadbiran Islam mampu menjaga keperluan yang lima

iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Kesimpulannya, Syariat Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjaga atau

menjamin kelima-lima perkara di atas dalam kehidupan manusia. Kelima-lima perkara tersebut

iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi

dalam diri setiap individu yang harus dipatuhi. Bagi menentukan bahawa kehidupan semua

individu seimbang, syariah Islam telah menetapkan semua keperluan ini diberi penarafan melalui

maslahah Dharuriyyat, maslahah Hajiyat, dan juga maslahah Tahsiniyat. Pengamalan

pentadbiran Islam dalam sesebuah organisasi akan melahirkan kesan yang baik dari segi dalaman

dan luaran dimana kakitangan dan masyarakat mendapat manfaat. Pentadbiran Islam perlu

diterapkan dalam semua organisasi bagi mencapai matlamat Islam dilaksanakan dengan kaedah,

sebab dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar budaya korupsi dalam dibasmi.

Sesungguhnya dunia dijadikan tidak sia-sia tetapi mempunyai matlamat yang jelas iaitu memberi

manfaatkepada manusia. Urusan di dunia turut mempunyai hubungan dan implikasi di akhirat

kelak.

Kepentingan Pentadbiran Islam

Antara perkara utama yang wujud dalam pentadbiran Islam sudah pasti adalah

kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian kerana, setiap perkara mempunyai
kepentingannya tersendiri. Oleh itu, dalam pentadbiran islam, kepentingannya adalah untuk

menjaga kemaslahatan manusia itu sendiri yang mana ianya merangkumi 5 perkara utama seperti

memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara

harta.

Memelihara Agama

Memelihara agama merupakan perkara utama yang ditegaskan dalam Islam. Hal ini

demikian kerana, setiap manusia yang beragama Islam perlu menyebarkan serta memelihara

agama daripada anasir-anasir luar dan ancaman musuh. Firman Allah s.w.t dalam surah al

baqarah ayat 217:

  


     
      
  
  
    
  
   
   
    
    
   
  
  
    
 
Maksudnya: ‘mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram.
Katakanlah, “berperang dalam bulan itu adalah (dosa) besar. Tetapi menghalangi (orang) dari
jalan Allah, ingkar kepadaNya (menghalangi orang masuk) ke masjidil Haram, dan mengusir
penduduk dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) dalampandangan Allah. Sedangkan fitnah lebih
kejam dari pembunuhan. Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad
(keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup. Siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya,
lalu dia mati dalam kekafiran, maka amal mereka di dunia dan di akhirat sia-sia, dan mereka
itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.’

Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t amat mementingkan pemeliharaan

agama kerana apabila seseorang itu mati dalam keadaan bukan beragama Islam, semua amalan

baik yang telah dilaksanakannya adalah sia-sia kerana ianya tidak diambil kira oleh Allah s.w.t.

Namun, dalam konteks pentadbiran Islam, bukanlah hanya kerana seseorang itu murtad, tetapi

dalam konteks pentadbiran islam adalah lebih luas daripada itu. Hal ini demikian kerana, sebagai

seorang yang beragama Islam, sudah tentu kita terdedah dengan pentadbiran bersama mereka

yang tidak beragama Islam. Oleh itu, sebagai pekerja yang beragama Islam yang mana

menjalankan urusan bersama mereka yang tidak beragama Islam perlulah menunjukkan contoh

tauladan yang baik dengan mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia agar rakan sekerja dapat

melihat keindahan islam melalui akhlak kita dan seterusnya kita dapat memelihara agama Islam

daripada terus difitnah kerana hasad daripada musuh-musuh Islam.

Memelihara nyawa

Wujudnya syariat Islam juga adalah untuk menjaga keselamatan nyawa dan anggota

tubuh badan manusia. Oleh itu, setiap individu wajib menjaga keselamatan diri masing-masing

daripada segala macam ancaman. Hal ini demikian kerana, Islam melarang keras perbuatan-
perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa sendiri mahupun keselamatan masyarakat

lain umumnya. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 32:

    


    
     
   
  
  
   
   
    
  

Maksudnya: ‘oleh itu, kami tetapkan (suatu hokum) kepada bani Israel bahawa barangsiapa
yang membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau bukan kerana
berbuat kerosakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semuamanusia. Barangsiapa
yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara
kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul kami telah datang kepada mereka dengan
(membawa) keterangan-keterangan yang jelas. Tetapi kemudian banyak di antara mereka
setelah itu melampai batas di bumi.’

Dalam ayat ini jelas menunjukkan kepentingan memelihara nyawa yang mana Allah telah

menjanjikan hukuman yang berat kepada individu yang tidak menjaga agama. Dalam konteks

pentadbiran Islam, memelihara nyawa adalah dengan menjalankan perkhidmatan dengan baik

tanpa mengganggu gugat keselamatan dan menjamin nyawa masyarakat umum yang lain. Hal ini

demikian kerana, Islam menegah pentadbiran yang melibatkan nyawa seseorang.


Memelihara akal

Maqasid syar’yyah juga menekakan berkaitan memelihara akal yang dikurniakan oleh

Allah dengan sebaik-baiknya. Hal ini demikian kerana, tidak semua makhluk ciptaannya yang

dikurniakan akal fikiran. Malahan hanya manusialah yang mempunyai akal fikiran menjadiakn

manusia sebagai individu yang teristimewa daripada makhluk ciptaannya yang lain. Oleh itu,

memelihara akal adalah menjadi tanggungjawab yang penting kepada setiap individu. Allah s.w.t

telah berfieman dalam surah al-Ma’idah ayat 90:

  

  

  

  

  



Maksunya: ‘wahai orang-orang yang beriman! sesungguhnya minuman keras, berjudi,


(berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan
termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.’

Dalam ayat ini, Allah s.w.t telah melarang seseorang individu muslim melakukan sesuatu

yang boleh merosakkan akal fikiran. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang merosakkan

serta menghilangkan akal akan menyebabkan timbul perkara yang boleh memudaratkan kepada

individu tersebut. Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan tersebut. Dalam konteks pentadbiran
Islam, menghilangkan akal adalah satu perbuatan yang terkutuk. Hal ini demikian kerana,

apabila seseorang individu Muslim membuat perjanjian dengan individu bukan muslim atas

urusan kerja, individu muslim perlu menunjukkan akhlak yang baik yang mana menjaga

kewarasan akal sepanjang perjumpaan tersebut.

Memelihara keturunan

Kemuliaan dan keperibadian seseorang individu amat penting dalam kehidupan. Hal ini

berkait rapat dengan menjaga kehormatan diri bagi setiap individu muslim lebih-lebih lagi

seorang wanita. Hal ini demikian kerana, Islam sendiri dibina di atas akhlak yang mulia. Oleh

itu, Islam amat tegas dalam perkara yang berkaitan memelihara keturunan sepertimana firman

Allah s.w.t dalam surah al-Isra’ ayat 32:

    


    

Maksudnya: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan
suatu jalan yang buruk.’

Ayat diatas jelas menceritakan bahawa zina itu satu perbuatan yang keji dalam Islam.

Dalam konteks pentadbiran Islam, memelihara keturunan adalah untuk memelihara maruah diri

yang mana seseorang individu muslim menjaga adab dan pergaulan di tempat kerja. Selain itu,

seorang pekerja yang taat pada syariah sudah tentu akan menjaga perilaku agar ianya seiring

dengan akhlak-akhlak islam.


Memelihara harta

Allah s.w.t sebenarnya telah menyediakan segala-galanya di alam ini untuk kemudahan

manusia mentadbir dan memakmurkan alamnya yang mana salah satu antaranya ialah harta.

Manusia disuruh untuk mendapatkan harta yang halal dan memakmurkan harta tersebut di jalan

Allah untuk mendapat keredhaannya.

Kehidupan yang sempurna bagi seorang manusia amat berkait rapat dengan harta. Hal ini

demikian kerana, Islam sendiri mengakui pemilikan harta terhadap individu. Oleh itu, Islam amat

melarang seseorang individumendapatkan harta dengan cara yang tidak diredhainya seperti mana

firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 188:

   


  
  
   
  


Maksudnya: ‘Dan janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan
janganlah kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu
dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.’

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan bahawa harta yang diperolehi tidak boleh

disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Olehitu, bagi memastikan harta diperolehi dan

diuruskan dengan baik, Islam telah mengajar umatnya untuk menguruskan garta tersebut dengan

cara memberi panduan mencari rezeki yang halal. Selain itu, Islam juga mengajar cara-cara
untuk mewakafkan harta pada jalan yang diredhaiNya selain melarang dari memakan harta yang

batil.

DALIL PENTADBIRAN ISLAM DALAM AL-QURAN

1) Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah an-Nisa, ayat 58:

‫اس أَن ت َ ْح ُك ُمواْ ِبا ْل َع ْد ِل‬ِ َّ‫ت ِإلَى أ َ ْه ِل َها َو ِإذَا َحك َْمتُم َب ْي َن الن‬ِ ‫ّللاَ َيأ ْ ُم ُر ُك ْم أَن تُؤدُّواْ األ َ َمانَا‬
‫إ َّن ه‬
‫يرا‬
ً ‫س ِميعًا بَ ِص‬ َ ‫َان‬ َ ‫ّللاَ ك‬
َّ ‫ظكُم ِبه ِإ َّن‬ ُ ‫ّللاَ نِ ِع َّما يَ ِع‬
‫ِإ َّن ه‬
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-
Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
mendengar, lagi sentiasa melihat.

Ayat ini menerangkan konsep amanah. Pemimpin pula sering dikaitkan dengan amanah

dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, pada

zahirnya ayat ini memfokuskan kepada golongan pemerintah kerana mereka banyak terlibat

dengan menjatuhkan sesuatu keputusan yang berkaitan dengan kebajikan rakyat marhaen.

Amanah atau keadilan dalam konteks ini bermaksud bahawa para pemerintah mestilah

menjalankan segala tanggungjawab yang mereka pikul dengan penuh amanah dan

tanggungjawab sekaligus keadilan mestilah sampai kepada setiap rakyat jelata tanpa mengira

kedudukan mereka.
Menurut Abdul Hadi Awang (2011), kekuasaan dan kedaulatan adalah milik Allah dan

manusia hanya merupakan pemegang amanah untuk menguruskan negara. Beberapa peringkat

pembahagian kuasa iaitu khalifah, Majlis Syura dan ulil al-Amri. Khalifah bertanggungjawab

dalam perlaksanaan undang-undang (eksekutif) manakala Majlis Syura bertanggungjawab dalam

penggubalan undang-undang (legislatif) serta Ulil al-Amri (Qadi) bertanggungjawab dalam

penguatkuasaan undang-undang.

Melalui petikan surah ini, kerajaan mestilah mengambil semua iktibar daripada apa tuntutan

yang Allah tegaskan terhadap pemimpin dalam membentuk kerajaan yang adil dan saksama. Hal

ini diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Kepemimpinan itu satu

amanah yang berat yang pada hari kiamat nanti, ia adalah satu penyesalan dan kehinaan

melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan dengan amanah dan adil kepada rakyat

bawahannya.” (Riwayat Abu Hanifah).

2) Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Qasas, ayat 26:

ُّ ‫ستَأ ْ َج ْرتَ ا ْلقَ ِو‬


‫ي ْاأل َ ِمين‬ ْ ‫ستَأ ْ ِج ْرهُ إِ َّن َخ ْي َر َم ِن ا‬ ِ َ‫قَالَتْ إِ ْحدَا ُه َما يَا أَب‬
ْ ‫تا‬
Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata : Wahai ayahku, ambillah dia sebagai orang
upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah orang yang kuat lagi
amanah.

Ayat di atas menyatakan mengenai sumber manusia. Sumber Manusia merupakan aspek

yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Ianya merupakan satu jabatan yang menguruskan
tentang ambilan pekerja serta bertanggungjawab memastikan supaya pekerja sentiasa

bermotivasi.

Dengan itu, ayat ini sangat bersesuaian dalam menerangkan mengenai aspek sumber

manusia. Pengurusan sumber manusia juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh

semua pengurus organisasi. Ini adalah kerana pekerja merupakan elemen yang penting dan

berharga untuk mencapai keberkesanan organisasi. Fungsi sumber manusia seperti pampasan,

perancangan dan perekrutan sumber manusia, pemilihan dan sosialisasi, latihan dan perhubungan

industri merupakan aspek yang membantu mencapai keberkesanan pengurusan sumber manusia

dalam sesebuah organisasi.

Bagi pekerja pula hendaklah melakukan kerja dengan acuan Allah bukan terapan manusia

akan melahirkan pekerja yang punya prestasi kerja yang tinggi. Terdapat tiga elemen sebagai

neraca kerja yang terbaik. Pertama; capai kualiti dengan input yang sedikit menghasilkan output

yang banyak, kedua; kuantiti yang lebih baik dan ketiga; akhlak, etika serta adab yang terpuji

yang membangun jati diri, sahsiah dan peribadi seorang mukmin. Malah, perlulah

menggabungkan ciri-ciri dari sudut al-quwwah; iaitu kekuatan serta kemampuan bukan sekadar

fizikal tetapi juga ilmu dan kemahiran dan al-amanah; punya amanah, ketelusan serta kasih

sayang dalam melaksanakan tugasan.1

3) Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Maidah, ayat 1:

‫ذين آ َمنُوا أ َ ْوفُوا ِبا ْلعُقُود‬


َ َّ‫يا أَيُّ َها ال‬
“Wahai orang-orang beriman! Penuhi serta sempurnakan perjanjian.”

1
http://ikimfm.my/v2/memberi-kebaikan-yang-terbaik/ (14hb November 2014: 3.25pm)
Mafhumnya, ayat ini sangat berkait rapat dengan Asas Ikatan Perjanjian (Kontrak) Dan

Tanggungjawab Memenuhi. Apabila seseorang individu diterima bekerja di sesebuah organisasi,

perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu tersebut ialah mengisi borang perjanjian atau

pun surat tawaran bekerja. Di dalam surat tersebut terkandung syarat-syarat yang perlu dipatuhi

sebelum memulakan kerja.

Contohnya, apabila seorang pekerja telah menandatangani suatu kontrak untuk bekerja

dalam sesebuah organisasi selama dua tahun, maka ia perlu menunaikan janjinya, iaitu

menghabiskan kerjanya selama dua tahun. Jika ia tidak menepati perjanjian seperti di dalam

kontrak tersebut, ia dikira melanggar kontrak atau perjanjian, dan boleh dikenakan hukuman.

Tetapi, jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit, kematian dan

sebagainya, ianya boleh dibawa berunding. Semuanya bergantung kepada organisasi tersebut.

Begitu juga dengan pelanggaran kontrak oleh pihak organisasi sendiri, di mana jika ia pula yang

melanggar kontrak maka akan berlaku hal yang sama.

4) Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 201:

َ ‫سنَةً َوقِنَا‬
َ َ‫عذ‬
‫اب النَّار‬ َ ‫سنَةً َوفِي ْاْل ِخ َر ِة َح‬
َ ‫ِم ْن ُه ْم َم ْن يَقُو ُل َربَّنَا آتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
Dan di antara mereka ada pula yang berdoa dengan berkata: Wahai tuhan kami!
Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari api
neraka.

Mafhumnya, ayat ini sangat berkaitan dengan penentuan matlamat dalam pentadbiran Islam dan

nilai yang jelas yang wajib diikuti.


Matlamat umum pentadbiran Islam itu sendiri adalah mendekatkan manusia kepada

kebaikan dan menjauhkan manusia daripada keburukan. Begitu juga, ianya dalam mencapai lima

maqasid syariah yang telah diketahui. Dengan kata lain pentadbiran Islam bertujuan untuk

mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan

Sunnah.

Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah penyempurnaan

amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia, dengan

mengerjakan amal salih secara syura (perundingan dan kerjasama) dalam organisasi.2

5) Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Nisa’, ayat 86:

‫علَى ُك ِ هل ش َْيءٍ َحسِيبًا‬ َّ ‫س َن ِم ْن َها أ َ ْو ُر ُّدو َها ۗ إِ َّن‬


َ ‫ّللاَ ك‬
َ ‫َان‬ َ ‫إِذَا ُح ِيهيت ُ ْم ِبت َ ِحيَّ ٍة فَ َحيُّوا ِبأ َ ْح‬
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah
penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara sama.
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.

Mafhumnya, ayat ini berkaitan mengenai asas berkomunikasi dalam organisasi.

Komunikasi merupakan antara perkara yang penting dalam organisasi. Komunikasi akan

menyebabkan sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan kepada

pekerjanya. Tanpa komunikasi boleh menyebabkan sesebuah syarikat akan gagal dalam

mencapai matlamatnya. Berikut adalah ayat yang menjelaskan kepentingan organisasi.

2
Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan, (1991), Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan
Dalam Islam, Kuala Lumpur: Institut tadbiran Awam Negara.
Komunikasi dalam sesebuah organisasi dikatakan suatu proses kerana setiap organisasi

mempunyai sistem yang dinamik dan terbuka. Hubungan dalam organisasi dan pertukaran mesej

antara individu sering berlaku (Muhd Mansur, 1998). Mesej yang disalurkan mungkin melalui,

bahasa, bunyi, isyarat, gerak badan dan lain-lain dan mesej ini mesti dapat dikongsi bersama

sama oleh ahli-ahli dalam organisasi tersebut.Perhubungan manusia dalam organisasi adalah

sangat penting kerana ia melibatkan pemindahan maklumat di antara individu, individu dengan

kumpulan atau kumpulan dengan kumpulan. Dalam konteks organisasi sama ada kerajaan atau

swasta, setiap kakitangan dalam organisasi tersebut terpaksa berhubung antara satu sama lain

bagi mencapai matlamat organisasi tersebut. Komunikasi yang berlaku dalam organisasi sedikit

banyak memberi kesan terhadap prestasi dan kepuasan kerja.3

6) Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Najm, ayat 39:

َ ‫ان ِإ ََّّل َما‬


‫س َعى‬ ِ ‫س‬َ ‫ْلن‬ َ ‫َوأَن لَّ ْي‬
ِ ْ ‫س ِل‬
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang
diusahakannya.

Bagi ayat ini pula berkaitan dengan asas pemberian ganjaran. Pemberian ganjaran yang

dimaksudkan adalah upah daripada majikan terhadap pekerja bagi hasil kerja atau khidmat yang

dilakukan.

3
Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan, dan Kalthom Husain, Kesan Komunikasi Dalam Organisasi Ke
Atas Kepuasan Kerja Staf Sokongan Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Vol. 4, No. 2: July-Dec 2011.
Sesebuah organisasi yang mengambil individu sebagai pekerjanya, diwajibkan memberi

ganjaran kepada individu tersebut di atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tersebut

tidak memberi ganjaran kepada pekerja tersebut maka menjadi satu kesalahan sama ada di sisi

undang-undang dunia atau pun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran

kepada pekerja yang berkhidmat untuk organisasi kita.

Menurut Sheikh Ibnul Qayyim, surah an-Najm ayat 39 itu menunjukkan bahawa Allah

SWT tidak akan memberikan balasan pahala melainkan dengan amal dan usahanya sendiri. Hal

ini sekaligus membuktikan keadilan Allah SWT. Dengan itu, kita sebagai hamba wajib

mengamalkan konsep keadilan dalam kehidupan kita. Para majikan perlu memberi kadar upah

yang sepatut dan selayaknya kepada pekerjanya atas khidmat dan kerja yang telah diberikan.

DALIL HADITH

Rasulullah SAW bersabda:

‫سئ ُو ٌل ع َْن‬ ِ َّ‫علَى الن‬


ْ ‫اس َراعٍ َو َم‬ ُ ‫سئ ُو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه فَ ْاأل َ ِم‬
َ ‫ير الَّذِي‬ ْ ‫ُكلُّ ُك ْم َراعٍ َو ُكلُّ ُك ْم َم‬

‫َر ِعيَّتِ ِه‬


“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan

kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah

pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)
Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas Rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam

menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati,

dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a (Wafat: 728H) berkata, Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya kamu keluar di dalam perjalanan (safar) seramai tiga orang, maka hendaklah kamu

lantik salah seorang di antara kamu sebagai ketua.” Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu

Sa’id dan Abu Hurairah.

Melalui hadis ini, Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan supaya dilantik seorang ketua mengetuai

satu-satu kumpulan tertentu bagi sebuah perjalanan. Perintah ini juga dilaksanakan bagi apa jua

bentuk organisasi yang manusia berhimpun padanya. Wajib diketahui bahawa melantik

pemimpin bagi urusan masyarakat adalah kewajiban agama yang besar. Urusan keduniaan

mereka tidak dapat ditegakkan tanpa ada pemerintahan (pemimpin). Kemaslahatan bani Adam

tidak dapat dicapai melainkan dengan berhimpunnya mereka (masyarakat) di bawah seorang

pemimpin, yang mana di antara mereka saling memerlukan di antara satu dengan yang lainnya.

Dalam sebuah hadith lain:

‫كانت بنو إسرائيل تسوسهم األنبياء‬


Maksudnya: “Bani Israel telah ditadbir (tasusuhum (mereka disiyasahkan)) oleh para nabi.”

‫أي تتولَى أمورهم كما تفعل األمراء والوَّلة بالرعية‬


Maksudnya: “Nabi-nabi menguruskan hal-ehwal mereka sebagaimana yang dilaksanakan oleh

para pemerintah yang menguruskan hal-ehwal rakyatnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ّللاُ َر ِعيَّةً فَلَ ْم يَ ُح ْط َها بِنَ ِصي َح ٍة ِإ ََّّل لَ ْم يَ ِج ْد َرائِ َحةَ ا ْل َجنَّ ِة‬
َّ ‫ست َ ْرعَا ُه‬ َ ‫َما ِم ْن‬
ْ ‫ع ْب ٍد ا‬
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba yang diangkat oleh Allah sebagai pemimpin ke atas

orang-orang yang dipimpinnya, kemudian ia tidak menjaga mereka dengan nasihatnya,

melainkan ia tidak akan mencium aroma (wanginya) Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,

22/62, no. 6617)

Para pemimpin bertanggungjawab menjaga hal-ehwal keselamatan, perundangan

(termasuk perlaksanaan syari’at hudud), menjaga ekonomi negara, dan keperluan rakyatnya yang

bersesuaian dengan agama. Termasuk dalam urusan pemimpin adalah memerangi orang-orang

yang menentang Islam dan ahli bid’ah. Semua ini selain menjadi tanggungjawab utama para

pemimpin, ia perlu dibantu pula oleh para ulama (para ilmuan) dalam bidangnya masing-masing

bagi memperkukuhkan kebaikan-kebaikan demi kepentingan bersama dan bagi meraih

keredhaan Allah SWT.

Dengan selesainya persoalan asas-asas agama, masyarakat akan lebih mudah untuk

dibentuk dan mengikuti arahan. Maka, perpaduan dan pentadbiran negara akan dapat berjalan

dengan lebih lancar dan sempurna. Selain itu, urusan-urusan utama dalam agama seperti solat

berjama’ah, hari-raya, penyebaran ilmu yang benar, zakat, urusan haji serta yang selainnya perlu

disemarakkan dan dimakmurkan.


Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram juga nyata, di antara

kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Sesiapa yang

meninggalkan perkara syubhah dia menyelamatkan tubuh badannya. Sesiapa yang melakukan

syubhah sama seperti seorang penggembala yang menggembala ternakan di tepi kawasan

larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut,

sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadanya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara

yang haram. (Riwayat al-Bukhari)

Kesesuaian Sistem Dengan Matlamat Organisasi

Sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi hendaklah melalui cara yang betul dan

dibenarkan oleh agama. Kita tidak dibenarkan mengunakan cara yang salah untuk mencapai

matlamat ini kerana agama Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat

Sabda Rasulullah s.a.w:

Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang. Ibn Umar kemudianya

berpesan: jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu pagi, dan apabila

menunggu pagi janganlah menunggu petang. Gunalah masa sihat engkau bagi masa sakit

engkau dan dari masa hidup engkau pada masa sakit engkau.

Pengurusan Masa
Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga

memperlihatkan keupayaan sesebuah syarikat beroperasi sama ada cekap atau sebaliknya. Oleh

yang demikian Islam amat menitik beratkan tentang pengurusan masa.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya Allah s.wt menyukai apabila seseorang itu melakukan dengan itqan (berkualilti).

Mutu Kerja / Kualiti Kerja

Menjalankan tugas merupakan tanggungjawab setiap pekerja yang wajib dilakukan.

Namun begitu Islam menekankan kepada kuali kerja tersebut. Islam tidak membenarkan umat

sekadar bekerja tanpa mengambil kira kualiti yang dapat dihasilkan. Hadith ini sangat berkaitan

dengan memaksimakan kualiti kerja, yang mana ianya merupakan di antara kepentingan utama

pentadbiran Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Manusia yang paling besar jiwanya ialah orang mukmin yang mengambil berat tentang urusan

dunia dan akhiratnya.” (Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tijarah, Hadith 2143, 1992:725)

Di dalam pentadbiran Islam kita perlu menghubungkait dan mengimbangi semua aktiviti

antara dunia dan akhirat. Daripada kesejahteraan diri akan muncul perbuatan dan pekerjaan yang

baik. Ibrahim Abu Sin menyatakan pentadbiran Islam merupakan satu kajian ilmiah terhadap

bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus. Ibn Khaldun
menafsirkan pentadbiran Islam sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi menguruskan usaha-

usaha kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat pentadbiran adalah

dilihat sebagai satu konsepsi kemasyarakatan yang berasaskan kepada peranan manusia itu

sendiri sebagai pemimpin organisasi kemasyarakatan.

Anda mungkin juga menyukai