Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Terdapat budaya bangsa tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya
bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan
budaya bangsa yang lain. Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita
yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Masyarakat di
Timur khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan terutamanya antara lelaki
dan wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana
tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat
Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu
tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan
menyangsikan.
(ii) Stereotaip :
Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik sama ada berbentuk
positif atau negatif.
Wujud daripada pengalaman hidup seharian.
Gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau
buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik.
(iii) Prejudis :
Kepercayaan atau perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik yang
lain.
Pandangan atau kepercayaan ini bersifat umum dan tidak berasaskan
maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.
Contoh : Kaunselor tidak mahu menerima klien yang berbangsa India kerana
orang India berbau busuk.
(iv) Diskriminasi :
Layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan etnik lain.
Dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang
atau sekumpulan etnik terhadap etnik lain.
Akibat daripada pandangan stereotaip dan fikiran prejudis,
Contohnya gender-biased, etnic-biased, status-biased
RUMUSAN
Dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi
kaunselor dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah
sangat diperlukan. Kini, telah banyak sektor swasta yang menawarkan
perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat umum dan perkhidmatan ini
digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh
diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan seorang kaunselor adalah
sangat penting. Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu ,
kelompok, keluarga dan lain-lain. Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal
kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling silang budaya supaya apabila
dia berkhidmat di masyarakat, dia akan dapat menjalankan sesi silang budaya
dengan berkesan.