Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH SENI ANYAMAN

Dipercayai seni kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Pada
zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa
lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.

Hasil kraf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk
anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.
Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia
tidak mahir dalam seni anyaman. Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum
wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya. Perusahaan
anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang
merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.

Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala


yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraftangan Felda, dan sebainya.
Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelangan.Hasilan
anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru
dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-
ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Bahan-bahan asas untuk anyaman ialah:-

 Pandan atau mengkuang.


 Nipah.
 Bertam.
 Buluh.
 Paku-pakis ribu-ribu.
 Bemban.
 Daun serdang.
 Rotan.
 Rumput-rampai.
 Lidi.

PENGENALAN ANYAMAN

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi.
Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding
rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih
bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak
panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar.
Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan
kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu.
Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya,
kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik


anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk
anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani
atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar
dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan
ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.
Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini
merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih
mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756
hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan
tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu


anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan
cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa
meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman
ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang
atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi
biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga
kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa
bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan
oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan
keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah
bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai
(motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk"
(selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa
memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai
disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-
unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat


daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah.
Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan
bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas
dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang
jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang
dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu
perlakuan yang telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di
mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah
teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan
geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan
sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun
begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar
tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui
bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui
kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi
perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan
bersama

Anyaman Rotan

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan
tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu,
rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya.
Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling
baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan
potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman
komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan
tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan
tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin
popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

Memproses Bahan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa
panjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong
setakat yang berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu
direbus supaya tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk
memastikan ketahanan dan mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.

Rotan yang siap direbus, dijemur


hingga kering. Seterusnya, rotan
batang yang ingin dijadikan kerangka
perabot diketam dan dipelas kertas
pasir sebelum divarnis. Sementara
rotan yang mahu dijadikan bilah
anyaman terus divarnis sebelum
disepat atau dibelah.

Anda mungkin juga menyukai