Anda di halaman 1dari 9

BAB 2

KAJIAN KEPERLUAN

2.0 Pendahuluan

SJKC Chung Hwa Likas merupakan sebuah sekolah dalam bandar yang
berstatus sekolah Gred A yang berada di tahap band 2. Jumlah murid yang
akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2016 adalah seramai 306
orang. Setelah dianalisis keputusan Penilaian Formatif yang telah diadakan
pada bulan Mac 2016, terdapat 27.78% iaitu hanya 85 orang murid lulus
semua mata pelajaran.

2.1 Analisis Kajian Keperluan

Berdasarkan jadual analisis di bawah, menggambarkan bahawa satu tindakan


yang komprehensif secara drastik diperlukan untuk penambahbaikan prestasi
murid secara keseluruhannya dalam tempoh 5 bulan ini sebelum UPSR yang
akan diadakan pada 1 September 2016. Sasaran sekolah pada tahun ini ialah
65% kelulusan dengan GPA 1.98.

Jadual : Keputusan Penilaian Formatif Semester 1 Tahun 6

Gred
Matapelajaran Jumlah Lulus
A B C D E

BM Kertas 1 12 55 81 41 116 61.39%

BM Kertas 2 13 46 58 50 138 53.14%

BC Kertas 1 10 46 68 47 133 55.9%

BC Kertas 2 44 42 58 49 111 63.49%

BI Kertas 1 49 70 79 33 72 76.24%

BI Kertas 2 2 41 114 28 118 61.06%

Matematik 14 28 43 45 176 42.16%

Sains 49 80 65 34 78 73.86%
Pada tahun 2014, sekolah ini berjaya mencapai peratus kelulusan 61.47 %
dengan gred GPS 2.22. Kedudukan sekolah adalah di tempat ke 3 kategori
SJKC peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2015, pencapaian peratus
kelulusan merosot kepada 55.67% dengan gred GPS 2.21. Kedudukan
peringkat negeri adalah di tempat ke 5. Oleh yang demikian, bagi mencapai
matlamat maka program sandaran yang berfokus kepada peningkatan
peratus pencapaian Penilaian Sumatif bertajuk ‘We Love We Care’
dilaksanakan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya
membawa peningkatan kepada pencapaian keputusan UPSR yang akan
datang.

Rajah 1 : Model Penyelesaian Masalah – 6 langkah

Berdasarkan rajah 1, peserta NPQEL telah membuat perancangan dengan


menggunakan model penyelesaian masalah oleh Chang dan Kelly (1993).
Dengan pengumpulan data dan maklumat melalui pemerhatian,
perbincangan, temubual dan analisa soal selidik, peserta NPQEL telah
mengenalpasti isu yang perlu ditangani supaya murid-murid Tahun 6 dapat
menghadapi penilaian sumatif pada bulan Mei dan UPSR pada bulan
September dengan peningkatan pencapaian.

2.1.1 Mengenalpasti Isu atau Masalah

Berdasarkan pemerhatian, pelaksanaan program WE LOVE WE CARE di


SJKC Chung Hwa Likas adalah penting bagi meningkatkan pencapaian
UPSR. Ini adalah disebabkan KSSR telah dilaksanakan selama 6 tahun dan
kini tiba masanya untuk melihat outcome keberkesanan KSSR di sekolah
rendah. Dengan itu, penilaian UPSR tahun 2016 adalah berbeza dan format
peperiksaan telah berubah. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan telah
mendapati ramai ibu bapa tidak mengetahui apa yang akan dihadapi oleh
anak-anak mereka pada UPSR tahun ini. Ini telah dikesani semasa penataran
yang telah dijalankan oleh Jurulatih Utama PPD pada bulan Januari, dimana
ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap program dijalankan. Ini telah
terbukti dengan kehadiran ibu bapa yang rendah. Ibu bapa juga kurang
memahami sukatan yang telah banyak berubah format dan cara penilaian
adalah berbeza daripada UPSR (KBSR) sebelum ini. Perhatian ibu bapa
terhadap anak-anak mereka adalah tidak mencukupi.

Melalui temubual dengan guru-guru dan murid-murid, didapati murid-


murid amat memerlukan dan mengharapkan perhatian daripada ibu bapa,
selain daripada memberi wang saku, menghantar ke tuisyen luar, murid-murid
juga mengharapkan prihatin ibu bapa terhadap tekanan yang dihadapi oleh
mereka. Bimbingan, galakkan dan dorongan merupakan keperluan mereka.
Guru-guru pula berpendapat bahawa ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan
tugas masing-masing, hanya menaruh harapan kepada pihak sekolah dan
guru tuisyen luar terhadap pembelajaran anak-anak. Mereka tidak
meluangkan masa untuk memahami perasaan dan masalah yang dihadapi
oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak mengambil tahu mengenai
keadaan anak-anak mereka di sekolah.
Untuk mendapat maklumat lanjut, satu kajian soal-selidik dijalankan
untuk mendapat maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Sebanyak 25 orang murid yang gagal satu matapelajaran sahaja dipilih untuk
melengkapkan soal-selidik. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti punca
masalah kemerosotan peratus kelulusan Penilaian Formatif semester 1 dan
meningkatkan peratus kelulusan Penilaian Sumatif. Borang kaji selidik yang
digunakan untuk memperolehi maklum balas dan persepsi murid berkaitan
dengan isu pembelajaran adalah berdasarkan lima faktor utama iaitu faktor
guru, faktor ibubapa, faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya dan faktor situasi
dalam bilik kelas. Sebahagian sumber kaji selidik diaplikasi adalah
berdasarkan Panduan Perlaksanaan dan Modul Program Mentor Mentee
BPSH KPM untuk sekolah rendah dan menengah Malaysia. Ianya
mengandungi maklumat asas responden dan soalan-soalan berkaitan isu
pembelajaran yang lazim.

Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan isu dengan ahli


jawatankuasa pengurusan tertinggi sekolah termasuk guru besar, semua
penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia dan semua guru matapelajaran
Tahun 6 dalam mesyuarat program pada 15 April 2016. Semua ahli bersetuju
bahawa isu ibu bapa yang kurang prihatin terhadap anak-anak mereka mesti
diutamakan sebagai isu yang perlu ditangani dengan segera kerana ianya
merupakan punca peratus Penilaian Formatif hanya mencapai kelulusan
27.78%.

2.1.2 Sasaran Kajian

Sasaran kajian peserta NPQEL adalah murid Tahun 6 berjumlah 306 yang
akan menduduki UPSR pada September 2016. Hasrat peserta NPQEL adalah
untuk membangkitkan kesedaran ibu bapa bahawa anak-anak mereka
memerlukan perhatian dan galakkan daripada mereka. Selain daripada itu,
program ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid membina keyakinan
diri dan memberi semangat kepada mereka untuk menghadapi cabaran
UPSR.

Sementara itu, peserta NPQEL juga berharap agar pelaksanaan


program ini akan mengeratkan perhubungan di antara pihak sekolah dengan
ibu bapa, komuniti luar dan seterusnya kerjasama di antara semua pihak
boleh berterusan untuk selama-lamanya dan membawa kebaikan kepada
pengurusan sekolah.

2.2 Keputusan Melaksanakan Program

Peserta NPQEL mengambil keputusan untuk melaksanakan program WE


LOVE WE CARE apabila peserta menyedari bahawa ibu bapa di sekolah ini
kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah jika
dibandingkan dengan sekolah penandaarasan iaitu SJKC St James (Sekolah
Kluster Cemerlang). Ibu bapa sekolah tersebut sanggup meluangkan masa
dan wang ringgit untuk membantu atau memberi sumbangan dalam aktiviti
sekolah.

Peserta NPQEL berharap agar pelaksanaan program WE LOVE WE


CARE mendapat kejayaan setanding dengan sekolah penandaarasan.
Program Mama Penyayang di sekolah penandaarasan telah menunjukkan
kemenjadian dan keberhasilan murid dalam pencapaian akademik dan
kokurikulum dengan bantuan ibu bapa.

Memandangkan sekolah sandaran mempunyai murid seramai 1685


orang dimana tenaga ibu bapa lebih banyak sekiranya mereka memberi
sokongan dan sumbangan seperti sekolah penandaarasan, sudah pasti
aktiviti dan program sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya.
Lantaran itu, peserta NPQEL berhasrat agar dengan program WE LOVE WE
CARE, ibu bapa di sekolah sandaran akan mula menyedari sumbangan dan
sokongan mereka amat bermakna dan penting kepada anak-anak mereka
dan pihak pengurusan sekolah.

Di samping itu, sokongan dari segi kos dan sumber yang diperolehi
daripada PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah telah memberi ruang dan
peluang kepada pelaksanaan program WE LOVE WE CARE.
Jadual : Soalan kajian soal-selidik
NAMA :_______________________________ Kelas : 6 ( )

Bil. PERKARA 1 2 3
A. FAKTOR GURU
1 Teknik dan kaedah mengajar guru sukar difahami dan diterima.
2 Terdapat tajuk-tajuk mata pelajaran yang tidak diminati.
3 Sukar menumpuhkan perhatian dan mengingati isi pelajaran.
4 Takut atau malu bertanya kepada guru.
5 Guru mengajar dengan kadar yang sangat laju.
Jumlah
Peratus
B. FAKTOR IBUBAPA
1 Ibubapa tidak mengambil perhatian.
2 Ibubapa yang selalu merungut, menegur dan kuat marah.
3 Ibubapa tidak mengambil tahu keputusan peperiksaan anda.
4 Dimarahi oleh ibubapa apabila gagal ujian/peperiksaan.
5 Perbincangan dengan ibu bapa untuk menyelesaikan masalah.
6 Anda berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan jika ibu
bapa memberi perhatian kepada anda.
Jumlah
Peratus
C. FAKTOR DIRI SENDIRI
1 Kurang keyakinan pada diri sendiri.
2 Terlalu banyak tuisyen luar menyebabkan letih.
3 Malas mengulangkaji.
4 Tidak dapat membuat kerja sendiri kerana tidak faham.
5 Masa untuk belajar tidak mencukupi.
6 Kecewa apabila gagal melakukan sesuatu.
7 Berasa jemu dengan rutin belajar harian.
8 Berasa guru, sekolah atau ibubapa tidak adil.
Jumlah
Peratus
D. FAKTOR RAKAN
1 Kawan karib tidak suka belajar.
2 Tiada rakan diajak belajar bersama.
3 Rakan yang sombong dan enggan memberi tunjuk ajar.
4 Rakan mengajak merayau-rayau.
Jumlah
Peratus
E. FAKTOR SITUASI BILIK KELAS
1 Keadaan di bilik kelas sangat sempit dan panas.
2 Meja dan kerusi yang kurang selesa.
3 Gangguan rakan sebelah yang bising dan suka mengacau.
Jumlah
Peratus

Kunci : 1 = tidak pernah 2 = kadang-kala 3 = sentiasa