Anda di halaman 1dari 8

PEMIMPIN BARU: PERSEDIAAN AWAL, BANTUAN DAN SOKONGAN DALAM

MENINGKATKAN KEPIMPINAN BERKESAN DI SEKOLAH

1. Apakah persediaan awal yang diperlukan oleh kepimpinan baru untuk mula
menjalankan tugas di sekolah? Bagaimanakah untuk menyokong dan
membantu mereka? Bagaimanakah meningkatkan tahap kemahiran
kepimpinan sekolah sedia ada dan akan datang supaya lebih berkesan dan
berterusan?

Abstrak

PENDAHULUAN

Pengetua dan guru besar (PGB) di setiap sekolah memainkan peranan penting serta
menjalankan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Kepimpinan berkesan ialah melihat
sejauh mana pemimpin dan ahli dalam organisasi melaksanakan tugas dan mencapai
matlamat yang ditetapkan. Ismail Mustafa (2008)

pengetahuan dan kemahiran dalam hal-hal pengurusan dan juga hal-hal pendidikan
diperlukan oleh PGB baru sebagai persediaan awal untuk melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan
yang mantap membolehkan pengetua dan guru besar menggabungjalinkan segala
bidang-bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, organisasi dan sebagainya bagi
melahirkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan selain itu kemahiran memimpin
perlu dipelajari oleh PGB baru bagi mencapai matlamat visi dan misi yang di tetapkan.

ISU-ISU BERKAITAN

Persediaan Awal PGB BARU


Berdasarkan laporan (Vicki Petzko 2008), persepsi keperluan pengetahuan dan
kemahiran pengetua dan guru besar (PGB) baru mendapati PGB baru memerlukan
program persediaan kepengetuaan dan program induksi daerah yang dapat menilai
keperluan individu dalam bidang masing-masing supaya dapat membuat penekanan
dan membuat penyesuaian yang sesuai untuk kejayaan awal mereka.

penetapan matlamat dan perancangan, arahan dan pembangunan kurikulum, garis


panduan dasar dan mandat undang-undang, pengurusan masa, pengurusan konflik,
kewangan sekolah merupakan keperluan terbesar bagi tahun pertama Guru Besar
baru. (Elsberry & Bishop, 1996).

Earley, P., NelEarley, P., Nelson, R., Higham, R., Bubb, S., Porritt, V., Coates, M. (2011) mendapati
pengetua baru mengalami rasa pengasingan dan kesunyian profesional, berbeza
dengan kedudukan pentadbirannya sebelum ini.

Antara cabaran pengetua baru Spillane & Lee (2014) ialah pengetua baru
mengalami rasa pengasingan dan kesunyian profesional,pengurusan masa dengan
beban tugas pentadbiran yang membataskan mereka masuk ke bilik darjah untuk
melaksanakan pemimpin pengajaran, tidak berbersedia dan tidak mendapat
sokongan dalam menguruskan orang bawahan yang bermasalah, pengurusan
belanjawan dan fizikal sekolah,

Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai PGB baru terdapat tiga masalah amalan
iaitu jumlah tugas, kepelbagaian, dan ketidakpastian (Spillane & Lee 2014)

Menurut Shun Wing Ng (2013) mendapati PGB yang menghadiri program latihan
kepengetuan merasa lebih kompeten dalam bidang kepimpinan, peningkatan
profesional dan pembangunan guru, jaminan kualiti dan akauntabiliti,
pembelajaran, pengajaran dan kurikulum, pengurusan strategik dan dasar
persekitaran, komunikasi dan hubungan luar serta pengurusan sumber.
Pemilihan PGB daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan
yang berfokuskan kecekapan kepimpinan telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
melalui dasar ini PGB dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan
bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum
boleh dilantik sebagai PGB.

Berdasarkan PPPM 2013-2025, sebanyak 55% daripada semua PGB yang ada pada
masa ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa
mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Hal ini
bermakna mereka mungkin menjalankan tugas sebagai pengetua/guru besar dalam
keadaan kurang bersedia. Dapatan ini disokong oleh dapatan Faezah Mohd Jasman,
Komunikasi Personal, 15 Mac 2013. di mana pengetua tidak mendapat kerjasama yang
sewajarnya daripada orang bawahan kerana kelemahan kepimpinan mereka.

Usaha seorang pengetua yang hendak melakukan suatu perubahan dalam sesuatu
perkara mendapat tentangan daripada guru-guru, ini kerana terdapat guru-guru yang
berpandangan negatif terhadap keupayaan pengetua yang mentadbir di sekolah mereka
berkhidmat dan kadangkala pengetua bersikap tidak professional dengan menengking
guru-guru tanpa usul periksa.(Afidah Hassan, Komunikasi Personal, 20 Mac 2013).

PGB yang baru di lantik menjadi pemimpin sekolah memerlukan persediaan awal bagi
mewujudkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan, PGB baru perlu menguasai
sembilan bidang yang terkandung di dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan sekolah
Malaysia (SKKSM) iaitu, Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan
Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan
Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan
Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan
Luar. Sebagai langkah awal untuk mula menjalankan tugas kepimpinan di sekolah.
Beberapa ciri lain juga penting dalam proses meningkatkan lagi kepimpinan pengurus
sekolah. Antaranya ialah kualiti peribadi seperti minat dan berfikiran positif, pengetahuan
teori dan amalan pengurusan seperti pengurusan strategik; kemahiran seperti kemahiran
membuat keputusan; dan teknik menangani perubahan. Gabungan kesemua ini akan
memupuk gaya kepimpinan berpaksikan pengupayaan dan kerja sepasukan,
penghayatan nilai-nilai murni dan memiliki tingkah laku positif sebagai lead-learner. Inilah
ramuan penting seorang pengetua / guru besar sekolah yang profesional untuk mencapai
kecemerlangan pengurusan yang menyeluruh dalam memperkasakan sekolah-sekolah
Malaysia. (SKKSM)

PGB baru perlu menguasai kemahiran pengurusan dan kepimpinan di mana PGB baru
perlu memahami asas pengurusan dan kepimpinan serta kemahiran- kemahiran yang
penting sebagai pengurus dan pemimpin sesebuah organisasi. PGB baru juga perlu
memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan kurikulum dan
peranannya sebagai pemimpin instruksional serta memahami pengetahuan dan
kemahiran dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran dengan cekap dan berkesan.
memahami peranan sebagai pengurus sekolah dalam konteks tugas dan
tanggungjawab.memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan
pendidikan

Program Peningkatan Kemahiran PGB

Kementerian juga telah memperkenal proses perancangan penggantian untuk


mengenal pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi memastikan terdapat
kelompok calon yang bersedia untuk berkhidmat, apabila dipanggil sebaik sahaja
terdapat kekosongan jawatan. Setelah mekanisme ini dilaksanakan, (PPPM2013-2025)

Merujuk kepada Standard Kompetensi Kepengetuan Sekolah Malaysia yang


dihasilkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) pada tahun 2006, bahawa pengetua atau
guru besar perlu mempunyai pengetahuan dalam pengurusan sumber manusia
dijelaskan seperti berikut (a) Dasar Pendidikan Negara, undang-
undang dan peraturan terkini.(b) Konsep pendidikan sepanjang hayat, pembelajaran
dewasa, perbezaan individu, model dan teori pembangunan profesional. (c) Penjanaan
strategi untuk meningkatkan prestasi staf . (d) Pembinaan dan pengekalan komuniti
pembelajaran. (e) Budaya sekolah dan strategi pembangunan pasukan kendiri.
(f) Pengurusan pembangunan staf secara profesional yang memberi kesan kepada
kemajuan sekolah. (g) Prinsip dan teknik prestasi staf. (h) Prinsip dan teknik serta
penambahbaikan program pembangunan sumber manusia secara analitis dan saintifik.
Berdasarkan standard yang disediakan oleh IAB,

Justeru Instrumen KOMPAS yang diperkenalkan oleh Institut Aminuddin Baki


untuk mengenal pasti keperluan pembangunan profesional pengetua dan guru besar
berdasarkan 26 kompetensi yang dikenali sebagai Kompentasi Pemimpin sekolah boleh
digunakan untuk mengenal pasti ilmu pengetahuandan kemahiran yang di perlukan oleh
PGB baru. Melalui instrumen ini PGB baru dapat mempersiapkan diri untuk menghadiri
program program yang di sarankan berdasarkan analisis instrumen KOMPAS sebelum
mula menjalankan tugas di sekolah. Guru besar sebagai pemimpin sekolah wajar mempunyai
dayafikir, kepantasan bertindak dan berani membuat keputusan untuk mengekalkan tahap kepimpinan
pada tahap yang optimun dan seterusnya meningkatkan keberkesanan sekolah (Losius
Galong,Baharom Muhamad & Syukri Zain 2014).

Selaian itu program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan


(National Professional Qualification for Educational Leaders - NPQEL) merupakan
program untuk mempersiapkan meningkatan kemahiran dan amaln PGB baru sebelum
memulakan tugas sebagai pemimpin, program ini merupakan satu inisiatif latihan dalam
perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membentuk
satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya
sekolah ke tahap yang cemerlang dan unggul. Melalui program ini PGB baru serta
barisan pelapis kepimpinan seharusnya dapat mengamalkan ilmu pengurusan dan
kepimpinan berkesan di sekolah berpandukan latihan dan pengalaman yang diperoleh.
Serta memperoleh pengalaman sebenar dalam mengenal pasti keperluan, merancang,
melaksana dan menilai program intervensi yang dilaksanakan di sekolah dan dapat
menjalankan refleksi kendiri bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dan
merancang pembangunan profesional kendiri secara berterusan. (institut Aminuddin Baki
Genting Highland)

oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pengetua atau guru besar untuk
merancang dan menjana strategi bagi meningkatkan pembangunan guru dalam
meningkatkan pengajaran mereka serta menyediakan program-program pembangunan
staf bagi meningkatkan keberkesanan kepimpinan PGB guru dari semasa ke semasa.

Bagaimana untuk menyokong dan membantu mereka.

Program induksi telah diperkenalkan oleh KPM kepada PGB baru yang bertujuan untuk
mencapai potensi penuh PGB seterusnya untuk memikul tanggungjawab dalam
memastikan keberhasilan murid yang lebih tinggi. Program ini memerlukan PGB baru
untuk mengikuti pementoran selama sebulan bersama PGB yang akan bersara atau
pindah. Plan pembangunan profesionalime berterusan (PPB) juga merupakan sokongan
dan bantuan yang diberikan kepada PGB pada tahun pertama setelah dilantik menjadi
PGB, Program Pembanguan Profesional Berterusan (PPB) dan Program Principal Peer
Learning (PPPL) ini akan diberikan secara berterusan supaya PGB sentiasa
memperbaharui tahap profesionalime bagi meningkatkan kepimpinan di sekolah

KESIMPULAN

Bagi meningkatkan dan menjamin keberkesanan kepimpinan serta memenuhi tuntutan


pelbagai pihak, PGB harus mempunyai persediaan awal dan sokongan-sokongan pihak
tertentu serta mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan seharian. Salah
Satu daripada program persediaan awal PGB baru ialah Kelayakan Profesional
Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) untuk melengkapkan PGB baru
dengan kemahiran-kemahiran yayng diperlukan oleh PGB baru. Selain itu PGB baru juga
memerlukan sokongan untuk memastikan keberkesanan kepimpinan mereka anatara
program yang di anjurkan oleh PPD dan JPN ialah Program peningkatan profesionalsma
Berterusan (PPB) dan Program Principal Peer Learning (PPPL). diharapkan dengan
adanya persediaan awal PGB baru dan program profesionalsma Berterusan (PPB) dan
Program Principal Peer Learning (PPPL) ini dapat memberikan keberkesanan
kepimpinan yang berterusan.

RUJUKAN

1. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia

2. Ismail Mustafa 2008. Kepimpinan pendidikan: teori dan amalan. Pure honey
enterprise 90 jalan Mawar 2 Jitra Kedah

3. Losius Galong,Baharom Muhamad & Syukri Zain 2014. Profesionalisma guru besar
dan hubunganya dengan pencapaian akademik. Prosiding seminar kebangsaan
pendidikan, Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 25-26 2014 Fakulti Pendidikan
Univesriti Malaya.

4. Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025 (PPPM)

5. Rusmini Ku AhmadMengukur keberkesanan sekolah: Satu perspektif daripada


kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ Institut Aminudin Baki Cawangan
UTara.

6. Ayuni Hasni 2013 Kepimpinan Penegtua Cemerlang di Sekolah Menengah Daerah


Muar Johor

7. Faezah Mohd Jasman, Komunikasi Personal, 15 Mac 2013 Buletin Kolej Pengajian
Johor

8. Afidah Hassan, Komunikasi Personal, 20 Mac 2013. Buletin Kolej Pengajian Johor.

9. Wan Marfazila Wan Mahmud (2010). Kompetensi Pengetua /Guru Besar Dengan
Standard Kualiti Guru Besar/ Pengetua di Daerah Johor Bahru Universisti
Teknologi Malaysia .
Vicki Petzko 2008. The Perceptions of New Principals Regarding the Knowledge and
Skills Important to Their Initial Success. NASSP Bulletin Volume 92 Number 3
September 2008 224-250 © 2008 Sage Publications
10.1177/0192636508322824 http://bul.sagepub.com hosted at
http://online.sagepub.com

Elsberry, C. C., & Bishop, H. L. (1996). A new deal for new principals. Principal, 75, 32-
33.

Earley, P., NelEarley, P., Nelson, R., Higham, R., Bubb, S., Porritt, V., Coates, M. (2011).
Experiences of new headteachers in cities. London, England: London Center for
Leadership in Learning.

Spillane, J. P., & Lee, L. C. (2014). Novice School Principals’ Sense of


Ultimate Responsibility: Problems of Practice in Transitioning to the
Principal’s Office. Educational Administration Quarterly, 50(3), 431–
1
465. https://doi.org/10.1177/0013161X13505290

Ng, S. W. (2013). Equipping Aspiring Principals for the Principalship in Hong


Kong. Educational Management Administration & Leadership, 41(3), 272–
288. https://doi.org/10.1177/1741143212474807

Anda mungkin juga menyukai