Anda di halaman 1dari 6

TERHAD

MK 1 Bgd
Kem Rasah
70300 SEREMBAN

Tel : 06-7667000 Samb 7030/7052


Faks : 06-7619848

Disember 2019

1 BGD.AGAMA.500-5/9/1/1( )

Lihat Agihan

LAPORAN PELAKSANAAN SEMINAR NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PTT KANAN


PERINGKAT 1 BRIGED

AM

1. Sel Agama MK 1 Bgd telah menganjurkan Seminar Nadwah Kepimpinan PTT


Kanan Peringkat 1 Bgd mulai 11 hingga 13 Nov 2019 bertempat di Dewan Edu Eco-
Tourism, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program tahunan ini adalah sebagai satu
inspirasi dalam membina kekuatan spritual, mental dan kerohanian dari anggota dalam
kalangan Pegawai yang berpangkat Pegawai Waran ke bawah.

TUJUAN

2. Laporan ini bertujuan untuk memberi maklumat-maklumat yang berkaitan


pengurusan dan pentadbiran sepanjang Seminar Nadwah Kepimpinan Islam tersebut.

OBJEKTIF

3. Antara objektif yang ingin dicapai melalui nadwah ini adalah seperti berikut:

a. Melahirkan tentera yang beriman, beramal dan bertakwa.

b. Membina benteng dan kekuatan jati diri dalam saf kepimpinan


tentera

c. Membina keperibadian yang unggul sebagai seorang anggota ATM.

1
TERHAD
TERHAD

PELAKSANAAN

4. Tarikh dan Tempat. Nadwah ini telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu mulai 11
hingga 13 Nov 19 bertempat di Dewan Edu Eco-Tourism, Port Dickson, Negeri
Sembilan.

5. Senarai Nama Peserta. Peserta yang terlibat dengan nadwah ini adalah
seramai 24 orang. Senarai nama peserta yang hadir adalah seperti di Kembaran A.

6. Aturcara Pelaksanaan. Pelaksanaan nadwah ini lebih memfokuskan kepada


elemen - elemen kendiri, jatidiri serta motivasi kepada peserta. Jadual pelaksanaan
adalah seperti di Kembaran B.

7. Penceramah. Penceramah adalah terdiri daripada penceramah pegawai-


pegawai dan staf-staf KAGAT.

8. Penganjur. Penganjur program nadwah ini adalah Sel Agama MK 1 Bgd.

TADBIR DAN LOGISTIK

9. Melapor Diri. Seramai 24 orang peserta yang telah melapor diri di Perkarangan
Dewan Edu Eco-Tourism, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Nov 19 jam 1130 -
1300.

10. Pakaian. Pakaian sepanjang nadwah adalah baju No 3, baju No 5 celoreng


beserta pouchers topi hutan, Planter orders dan peserta juga dikehendaki membawa
pakaian sembahyang yang bersesuaian.

11. Sajian dan Penginapan. Sajian dan penginapan akan diuruskan oleh pihak
penganjur. Peserta tidak dibenarkan pulang ke rumah.

12. Pergerakan Peserta. Pergerakan peserta adalah urusan pasukan masing-


masing.

13. Disiplin/Tatatertib. Semua peserta dikehendaki menunjukkan mutu disiplin yang


tinggi. Peserta juga tidak dibenarkan meninggalkan sesi pembelajaran sepanjang
program nadwah berlangsung.

14. Kebersihan dan Keselamatan. Semua peserta hendaklah menentukan diri


masing-masing agar menjaga keselamatan dan kebersihan sepanjang mengikuti
seminar.

PENGISIAN SEMINAR

15. Pengisian Seminar ini adalah seperti berikut:

2
TERHAD
TERHAD

a. Kuliah dan Syarahan. Sesi ini dilaksanakan di bilik kuliah bermula 11


Nov jam 0800 hingga 1700 sepanjang seminar ini belangsung bertempat di
Dewan Kuliah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

b. Majlis Ilmu. Para peserta juga diwajibkan untuk menghadirkan diri


untuk solat berjemaah di surau. Bacaan Al-Mathurat dan penyampaian
tazkirah dilaksanakan selepas solat jemaah setiap waktu serta Cek Bacaan solat
bagi setiap anggota.

c. Gambar Seminar. Gambar-gambar sepanjang Seminar dan aktiviti yang


dilaksanakan adalah seperti di Kembaran D.

FAEDAH SEMINAR

16. Seminar yang telah dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan
tentang kebenaran agama Islam terhadap Saudara Baru di samping membentuk
syakhsiah individu atau akhlak yang terpuji seperti yang dituntut dalam agama. Selain
itu, beberapa faedah lain dapat dikutip hasil dari Seminar ini. Di antaranya ialah:

a. Pengetahuan. Setiap peserta mendapat pendedahan dan penerangan


yang lebih jelas tentang peranan dan kewajipan sebagai muslim di samping
penerapan nilai-nilai yang positif di dalam diri peserta.

b. Penyampaian 2 Hala yang Berkesan. Pelaksanaan melalui ceramah dan


diselangi dengan sesi bersoal jawab lebih berkesan dalam menyampaikan gambaran
sebenar tentang Islam.

PENUTUPAN SEMINAR

17. Majlis Penutupan Seminar telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kol Azmi
bin Wahab Pengarah MK TD pada 20 Sep 2013. Dalam ucapan di majlis tersebut,
beliau merasa bangga dengan prestasi dan keterampilan diri yang ditunjukkan oleh
setiap peserta Seminar. Komitmen yang telah diberikan oleh setiap peserta Seminar
juga dipuji dengan kehadiran para peserta ke surau seperti yang ditetapkan.

18. Beliau juga menyarankan agar setiap peserta sentiasa berusaha meningkat ilmu
pengetahuan dan pembelajaran secara berterusan terutama sekali anggota saudara
baru agar dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan sebagai seorang muslim
yang sejati.

MASALAH DIHADAPI

3
TERHAD
TERHAD

19. Sepanjang tempoh Seminar ini dilaksanakan tidak terdapat masalah besar yang
dihadapi. Kecuali masalah berkaitan kehadiran peserta yang telah dicalonkan untuk
menghadiri Seminar. Ini berlaku atas sebab-sebab seperti berikut:

a. Jumlah saudara baru di setiap pasukan adalah terhad.

b. Penglibatan peserta yang dicalonkan dengan tugasan pasukan


seperti terlibat perbarisan HUT ATM Ke 58.

c. Pasukan terlibat dengan operasi.

PENUTUP

20. Pada keseluruhannya, Seminar ini telah berjalan dengan lancar dan memberi
impak yang positif kepada semua peserta yang hadir sebagai wadah untuk
memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan sebagai seorang muslim. Sel Agama MK
ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kerjasama dan komitmen
sepanjang program nadwah ini berlangsung. Semoga usaha yang baik ini mendapat
keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.

MOHD OTHMAN BIN GHAZALI


Mej
bp Panglima

Kembaran :

A. Senarai Nama Peserta Program Nadwah Kepimpinan Islam PTT Kanan


Peringkat 1 Bgd.
B. Aturcara Nadwah Kepimpinan Islam PTT Kanan Peringkat 1 Bgd.
C. Gambar Seminar Nadwah Kepimpinan Islam PTT Kanan Peringkat 1 Briged.

Agihan:

Luar:

Tindakan:

MSS Seremban
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

MSS Port Dikson


(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

4
TERHAD
TERHAD

14 RAMD
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

15 RAMD
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

24 RAMD
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

21 RAD
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

11 KAD
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

1 SSB
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

1 Komp Angkut KPD


(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

1 Wksp Bgd
(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

Rej 508 (AW)


(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

Rej 514 (AW)


(Untuk Perhatian: Tadbir dan Agama)

Maklumat:

MK 3 Div
(Untuk Perhatian: PS 2 Agama)

Dalam:

Tindakan:

Kem 1 Bgd
(Untuk Perhatian : Kem Komdn)

Maklumat:

Panglima
Ketua Staf
PS 2 Tad/ Log

5
TERHAD
TERHAD

6
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai