Anda di halaman 1dari 9

SJKT LADANG TEBRAU

KERTAS KERJA

MAJLIS PERMUAFAKATAN UNIT PRASEKOLAH DENGAN


IBU BAPA / PENJAGA
MURID PRASEKOLAH TAHUN 2018

ANJURAN :
UNIT PRASEKOLAH
SJKT LADANG TEBRAU
1.0 PENDAHULUAN

Majlis permuafakatan pihak prasekolah dengan ibu bapa / penjaga murid prasekolah
tahun 2014 merupakan salah satu daripada inisiatif pihak prasekolah untuk meningkatkan
prestasi akademik dan kesediaan murid pada tahun 2018 khususnya peningkatan kualiti dan
kuantiti. Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama ibu bapa agar wujud
semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan kejayaan para pelajar.
Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berjuang demi kejayaan yang
cemerlang.
Pihak prasekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar yang
sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Hasilnya nanti
diharap mampu meningkatkan prestasi dan sifar linus dan numerasi dari segi kualiti dan
kuantiti.

2.0 RASIONAL

2.1 Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika
diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2.2 Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai prestasi akademik yang baik jika
dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibu bapa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menentukan peratus pencapaian sifar linus dan numerasi 90 %


3.2 Majlis ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan matlamat yang
ingin di capai kepada ibu bapa.
3.3 Majlis ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibu bapa dan
pemimpin setempat.
3.4 Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang dalam
prestasi akademik prasekolah.

4.0 TARIKH / MASA

8 april 2018 / 8.00 pagi


5.0 TEMPAT

BILIK PRASEKOLAH

6.0 SASARAN

Melibatkan ibu bapa / pelajar seramai 25 orang murid prasekolah tahun 2018.

7.0 SUMBER KEWANGAN

PIBG SEKOLAH

Anggaran Perbelanjaan :

BIL PERBELANJAAN KUANTITI HARGA


1 SARAPAN PAGI 25MURID X RM 3.00 RM 75
2 MAKANAN TENGAH HARI 25MURID X RM 5.00 RM 125
3 HADIAH -SUKANEKA 25MURID X RM 7.00 RM 175
4 HADIAH -MEWARNA 25MURID X RM 7.00 RM 175
5 HADIAH- PEGAWAI 2 PEGAWAI X RM25 RM 50
6 JUMLAH RM 600

8.0 AHLI JAWATANKUASA :

Penasihat : Pn.Panniamah (Guru Besar)


Pengerusi : En.Vikneswaran(YDP Permuafakatan Pra)

Naib Pengerusi : Pn .D.Gloryjiva (Penolong Kanan Pentadbiran)


Pn.Thenmoly (Penolong Kanan HEM)
En.Laxmanarao (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Lachemi (Guru Prasekolah )

Penolong setiausaha : Pn. Kumkumadevi

Bendahari : Pn. Vinothiny

AJK : Pn.Malar
Pn.Giva
En.Murugan
9.0 ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi - Pendaftaran

8.30 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan oleh :


Pn.Panniamah
Guru Besar

- sukaneka
- pertartandingan mewarna
- ceramah

- Penyampaian hadiah

- Jamuan

11.30 pagi - Bersurai

10.0 PENUTUP

Pihak prasekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada ini
untuk berinteraksi dengan pihak prasekolah mengenai program-program yang telah disusun
atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat membuahkan kemenjadian
murid prasekolah yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Pn.K.Lachemi
Guru Prasekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA
BANDAR BARU SERI ISKANDAR
32610 SERI ISKANDAR
PERAK

LAPORAN

MAJLIS PERMUAFAKATAN UNIT PRASEKOLAH DENGAN


IBU BAPA / PENJAGA
MURID PRASEKOLAH TAHUN 2017

ANJURAN :
UNIT PRASEKOLAH
SK. ISKANDAR PERDANA
LAPORAN BERGAMBAR

Nama Program : Majlis Permuafakatan Unit Prasekolah dengan Ibu bapa Murid
Prasekolah
Tarikh : 15 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa :8.00 pagi
Tempat : Dewan Makan Prasekolah
Kehadiran : 85 orang

Laporan aktiviti program :

Antara ibubapa yang hadir


Sesi Taklimat program dijalankan
Sesi soal jawab antara ibu bapa
murid dengan pihak sekolah
mengenai program-program
akademik yang akan dijalankan
oleh unit prasekolah.

Para ibubapa sedang mejamu


selera selepas tamat program
REFLEKSI :

Secara keseluruhan program bersama ibubapa ini mendapat sambutan yang


menggalakkan. Semua ibubapa memberi respon dan maklum balas yang membina.
Dengan adanya, program seumpama ini, pihak prasekolah lebih mudah dan mampu
untuk merancang program yang terbaik untuk membantu kecemerlangan murid-murid
prasekolah.

PENUTUP

Pihak prasekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada
ini untuk berinteraksi dengan pihak prasekolah mengenai program-program yang telah
disusun atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat
membuahkan kemenjadian murid prasekolah yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SARINAH BT MADJIT)
Setiausaha Majlis permuafakatan
Prasekolah
SK Iskandar Perdana
32610 Seri Iskandar
Perak