Anda di halaman 1dari 21

LAPORAN INOVASI

(MESIN PENGHANCUR SABUT KELAPA & PENGASINGAN COCOPEAT)

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG


JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

1. Pengenalan Mesin Penghancur Sabut Kelapa & Pengasingan Cocopeat.

Pokok kelapa dikatakan sebagai pokok seribu guna kerana setiap bahagiannya ada
kegunaan tertentu. Batang misalnya boleh dibuat titi, daun untuk ketupat dan lidi
penyapu, isi kelapa dan umbut untuk bahan dalam makanan dan terkini santan kelapa
boleh menghasilkan minyak kelapa dara.

Biasanya sabut kelapa yang diproses digunakan dalam sektor pertanian terutama
kerana ciri-cirinya yang menyerap air selain fiber digunakan dalam industri perabot.
Terdapat dua produk utama yang didapati daripada sabut kelapa adalah cocopeat
(habuk sabut) dan jerami (fiber panjang).

Biasanya cocopeat digunakan sebagai media tanaman terutama pada sistem fertigasi
manakala fiber merupakan bahan yang biasa terdapat di dalam tilam, di bawah
lapisan karpet, hamparan dan papan penebat. Kaedah pengeluaran cocopeat dan fiber
secara mekanikal menggunakan dua mesin berasingan iaitu mesin penghancur sabut
dan juga mesin pengasingan cocopeat telah mendapat aduan dan komen dari
pengusaha.

Melalui beberapa cadangan yang disyorkan oleh pengusaha, Unit Teknologi


Bahagian Kejuruteraan Pertanian Lundang telah membuat beberapa kajian dan
pemerhatian untuk merekabentuk mesin yang boleh mengatasi masalah ini. Tempoh
pelaksanaan inovasi ini adalalah selama 6 bulan. Penilaian dan pengujian mesin ini
telah dilaksana sepenuhnya di Pusat Kejuruteraan Pertanian Lundang dan telah pun
melepasi peringkat percubaan.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


1
2. Tujuan Projek Inovasi Mesin Penghancur Sabut Kelapa & Pengasingan
Cocopeat.

Memperkenalkan teknologi baru dalam menghasilkan cocopeat melalui ciptaan mesin


inovasi ini dengan mempercepatkan tempoh operasi, menjimatkan kos operasi,
mudah dikendalikan dan mampu dimiliki oleh usahawan indusri kecil dan sederhana.

3. Peringkat Perlaksanaan

3.1. Kedudukan Sebelum Inovasi

Kebanyakan pengusaha sering menghadapi masalah ketika melakukan operasi


menghancurkan sabut kelapa dan mengasingkan cocopeat dan fiber. Antara situasi
yang sering dihadapi oleh pengusaha sebelum ini adalah:-

a) Aktiviti kerja melibatkan dua operasi berasingan iaitu menggunakan :


i. Mesin menghancurkan sabut kelapa.
ii. Mesin mengasingkan cocopeat dan fiber.

b) Tempoh aktiviti kerja yang lama iaitu setelah sabut dihancurkan maka ia di
pindahkan ke mesin pengasingan cocopeat dan fiber.

c) Memerlukan 2-3 orang tenaga buruh untuk melakukan operasi mesin penghancur
sabut kelapa dan pengasingan cocopeat.

d) Kos operasi tinggi kerana melibatkan dua mesin untuk beroperasi menggunakan
kuasa elektrik yang besar.

e) Mesin tidak dapat beroperasi di kawasan yang tiada punca bekalan elektrik seperti
di kawasan pedalaman.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


2
3.2. Mesin Penghancur Sabut Kelapa (Sebelum Inovasi) :

Mesin yang bersaiz besar ini menggunakan motor elektrik berkuasa 200 h.p. Fungsi
utama mesin ini adalah untuk menguraikan sabut kelapa menjadi hancur lalu
menghasilkan cocopeat dan fiber. Sabut kelapa yang dimasukkan ke dalam mesin
akan berputar pada kelajuan 1500 rpm dengan bilah-bilah pemukul akan meleraikan
sabut kelapa.

Dua tenaga buruh diperlukan semasa operasi iaitu kerja memasukkan sabut ke dalam
hopper dan juga kerja mengumpul dan memindahkan hasil habuk sabut ke mesin
pengasing cocopeat.

Mesin Penghancur Sabut

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


3
3.3 Mesin Pengasing Cocopeat (Sebelum Inovasi) :

Sabut hancur yang keluar daripada mesin pertama akan dimasukkan ke mesin
pengasing ini untuk memisahkan cocopeat daripada fiber. Mesin ini menggunakan
motor elektrik berkuasa 1.3 h.p. bagi memutarkan dram pada kelajuan 5 sehingga 10
rpm. Dram ini berbentuk truncated cone berdindingkan dawai jarang bersaiz 5 mm x
5 mm bertindak sebagai penapis. Cocopeat akan jatuh melalui lubang – lubang
dinding manakala fiber akan keluar melalui hujung mesin.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


4
3.4. Kedudukan Selepas Inovasi

a) Memudahkan operasi menghasilkan cocopeat dengan mengabungkan dua operasi


menjadi satu operasi sahaja.

b) Tempoh masa bagi aktiviti kerja dapat dijimatkan.

c) Operasi mesin hanya melibatkan tenaga buruh yang minima.

d) Kos operasi bagi mesin ini adalah sangat menjimatkan

e) Mudah digunakan di semua lokasi operasi kerana mudahalih (mobility).

f) Dapat dikendalikan di lokasi yang tiada sumber bekalan elektrik kerana operasi
mesin menggunakan bahan api diesel.

g) Mampu dimiliki oleh usahawan industri kecil dan sederhana

4. Kelebihan Inovasi

4.1. Menjimatkan Masa

Dari segi masa, inovasi ini telah berjaya mengurangkan tempoh masa operasi yang
lama berbanding sebelum ini dengan pengurangan masa sebanyak 75%.

Sebelum Inovasi
Melakukan dua operasi kerja dengan menggunakan dua mesin secara berasingan
memerlukan masa dalam lingkungan 2 minit untuk operasi menghancur sabut kelapa
dan 2 minit lagi operasi mengasingkan cocopeat untuk mendapatkan 1.5 kg cocopeat.
Jumlah masa yang diperuntukan ialah 4 minit.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


5
Selepas Inovasi
Inovasi baru hanya memerlukan masa seminit sahaja untuk menghasilkan 1.5 kg
cocopeat.
Pengiraan :
Kadar Kapasiti Kerja = 130 kg/jam iaitu 130 kg sabut kelapa di
hancur dalam masa sejam.
70% daripada berat sebiji sabut kelapa = Jumlah berat cocopeat.
30% daripada berat sebiji sabut kelapa = Jumlah berat fiber.
Maka , 70% x 130 kg = 91 kg cocopeat

91 kg /jam (cocopeat) = 1.5 kg/minit (Pengurangan masa sebanyak 75%).

4.2. Menjimatkan Kos Operasi (Implikasi Kewangan)

Sebelum Inovasi
Pengiraan kos operasi bagi mesin penghancur sabut :
Kuasa Mesin = 200 h.p ; Kelajuan Mesin = 1500 rpm
Kadar Tarif Domestik = 21.8 sen/kWh ; 1 h.p = 0.746 kW.
Kos operasi = (200 x 0.746) kW x 1 jam x RM 0.218
= RM 32.53 per jam.

Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat :


Kuasa Mesin = 1.3 h.p ; Kelajuan Mesin = 10 rpm
Kadar Tarif Domestik = 21.8 sen/ kWh ; 1 h.p = 0.746 kW.
Kos operasi = (1.3 x 0.746) kW x 1 jam x RM 0.218
= RM 0.21 per jam.

Jumlah Kos Operasi Keseluruhan :


RM 32.53 + RM 0.21 = RM 32.74

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


6
Selepas Inovasi
Pengiraan kos operasi bagi mesin inovasi :
Kadar Penggunaan minyak g/jam :
= SFC (Specific Fuel Consumption) enjin diesel x kuasa kuda enjin diesel
= 170 g / h.p-jam x 10.5 h.p
= 1785 g / jam x 1/1000 kg/g
= 1.785 kg/jam

Kadar Penggunaan minyak liter/jam :


= Kadar pengunaan minyak (kg/jam) / Ketumpatan Minyak Diesel ( kg/l)
= 1.785 / 0.845
= 2.11 liter/jam.

Kos operasi mesin :


= 2.11 x RM1.80 (Harga Terkini Minyak Diesel)
= RM3.79 per jam.

Penjimatan kos operasi :

RM 32.74 – RM 3.79 x 100 = 88 %


RM 32.74

Daripada perbandingan di atas, didapati penjimatan kos operasi dengan menggunakan


mesin inovasi ini adalah sebanyak 88%.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


7
4.3. Mengurangkan Kos Tenaga Buruh.

Sebelum Inovasi
Kos tenaga buruh : RM 15.00 sehari
Bilangan pekerja : 3 orang.
Jumlah kos buruh : RM 45.00

Selepas Inovasi
Kos tenaga buruh : RM 15.00 sehari
Bilangan pekerja : 1 orang
Jumlah kos buruh : RM 15.00

Daripada perbandingan di atas, didapati pengurangan kos tenaga buruh dengan


menggunakan mesin inovasi ini adalah sebanyak 67%.

4.4. Mudah Dikendalikan dan Mesra Pelanggan.

Dengan terciptanya rekaan inovasi mesin ini, maka para pengusaha tidak perlu
bersusah payah berulang alik melakukan operasi dari mesin penghancur sabut ke
mesin pengasing cocopeat. Sistem mekanisasi dalaman mesin ini juga amat ringkas
dan mudah difahami bagi tujuan penyelenggaran. Selain itu, inovasi mesin ini adalah
mesin mudahalih (portable) kerana boleh beroperasi di mana jua tanpa bekalan
elektrik.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


8
5. Inovasi Yang Telah Dilaksanakan.

5.3. Spesifikasi Teknikal

Saiz Dimensi : 600 mm x 1400mm x 1200mm


Berat : 150 kg
Kapasiti : 130 – 150 kg / jam
Jenis enjin : Enjin Diesel 4 Lejang
Kuasa Kuda : 10.5 hp
Kelajuan Mesin : 2640 rpm
Bilangan Roda : 4 roda

5.4. Rekabentuk Mesin

Mesin ini terdiri daripada beberapa komponen dan keperluan spesifikasi


teknikal seperti berikut :
Kerangka badan
Komponen Penghancur Sabut
Plat Pengasing
Enjin
Tuil Stabil Tali Sawat
Tuil Outlet Fiber
Penarik

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


9
5.4.1 Kerangka Badan

Saiz keseluruhan mesin ini adalah ( W:600 x L:1400 x H:1200) mm dengan berat
150 kg. Keseluruhan rangka badan diperbuat daripada plat mild steel dengan
ketebalan 9.5 mm dan besi angle 50.8 mm x 50.8mm x 6100mm .Dilengkapi 4
unit roda dengan saiz 250 mm diameter untuk memudahkan pergerakan mesin.
Kerangka utama ini terdiri daripada berikut:

III

IV
II

I. BAHAGIAN HOPPER
II. BAHAGIAN OUTLET COCOPEAT
III. BAHAGIAN OUTLET FIBER
IV. TAPAK ENJIN

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


10
I. Bahagian Hopper - Sabut kelapa akan dimasukkan ke bahagian
ini dan telah dilengkapi dengan getah
penghadang bagi menghalang habuk sabut
yang diproses terkeluar dari hopper.

II. Bahagian Outlet Cocopeat - Habuk sabut kelapa yang terdiri daripada
cocopeat akan keluar melalui bahagian ini.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


11
III. Bahagian Outlet fiber - Jerami atau fiber panjang akan keluar melalui
bahagian ini selepas diasingkan daripada
cocopeat mengunakan plat pengasing.

IV. Tapak enjin - Tapak (base) enjin di fabrikasi bagi


menampung berat enjin seberat 105 kg.
Tapak enjin yang direka juga memudahkan
enjin diselenggara.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


12
5.4.2. Komponen penghancur sabut

Mata penghancur sabut mempunyai 4 set mata penghancur terdiri daripada 14


batang besi berbentuk rod bersaiz 25 mm diameter dan 90mm panjang yang
diperbuat daripada mild steel. Kuasa putaran komponen mata penghancur ini
ditransmisi oleh enjin diesel melalui tali sawat yang disambung kepada pulley.
Kelajuan pada pulley bagi memutarkan komponen penghancur sabut ialah 2640
rpm. Nisbah sistem transmisi ialah 1 : 1.2.

5.4.3. Plat Pengasing

Plat pengasing cocopeat dan fiber ini juga diperbuat daripada mild steel. Saiz
diameter lubang untuk mengasingkan cocopeat daripada fiber adalah 15 mm.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


13
5.4.4. Enjin

Spesifikasi enjin adalah seperti berikut :


Model : RK 125 N (Kubota Diesel Engine)
Jenis : Horizontal Water-Cooled, 4-Cycle Diesel Engine
Output Maksimum : 12.5 / 2400 ( Hp/rpm)
Kadar output berterusan : 10.5 / 2200 ( Hp/rpm)
Kapasiti tangki minyak : 10.5 L.

5.4.5 Tuil Stabil Tali Sawat


Fungsi tuil ini adalah untuk mengawal ketegangan dan kestabilan tali sawat pada
pulley enjin dan pulley mesin ketika transmisi kelajuan putaran berlaku. Saiz diameter
pulley mesin dan enjin masing-masing adalah 125 mm dan 150 mm. Tuil ini juga
digunakan jika berlaku masalah muatan sabut tersekat pada komponen penghancur sabut
dengan mengendurkan tali sawat pada pulley mesin.

Tuil Stabil Tali Sawat

Pulley Enjin Pulley Mesin

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


14
5.4.6 Tuil Outlet Fiber
Fungsi tuil ini adalah untuk membuka atau menutup bahagian Outlet Fiber dengan
mudah.

Tuil Outlet Fiber

Outlet Fiber
Outlet Fiber

5.4.7 Penarik.
Tujuan penarik ini adalah memudahkan pengguna untuk membawa mesin ini ke
lokasi tertentu. Ia boleh digerakkan dengan mudah kerana 2 unit roda hadapan boleh
bergerak secara bebas (non linear).

Penarik

2 unit roda
yang dapat
bergerak bebas

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


15
6. Operasi Mesin

Sabut kelapa yang telah


dikupas perlu di basah kan
dengan kelembapan 25 – 30 %
bagi memudahkan sabut di
hancurkan.

Enjin akan di hidupkan


terlebih dahulu.

Tarik tuil Outlet fiber ke


atas bagi menutup
bahagian Outlet fiber.

Kelapa yang telah


dikupas di masuk kan ke
bahagian Hopper.

Sabut kelapa yang telah hancur


dan diasing daripada fiber akan
keluar melalui bahagian Outlet
Cocopeat .

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


16
4

Manakala fiber pula akan keluar


melalui Outlet fiber yang telah
dibuka setelah menolak tuil
Outlet fiber ke bawah.

Mati kan enjin bagi


mesin ini setelah tiada
lagi sabut dan fiber.

Habuk kelapa atau


cocopeat yang keluar
akan dijadi kan media
tanaman fertigasi.

Fiber yang terhasil pula akan


dijadikan untuk papan penebat,
bantal dan kusyen.

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


17
7. Kos Mesin

Kos keseluruhan bagi pembinaan mesin penghancur sabut kelapa dan


pengasingan cocopeat ini adalah berjumlah RM 8,792 di mana kos bahan dan peralatan
ialah sebanyak RM 7,447 dan upah kos fabrikasi adalah sebanyak RM 1,345.

8. Kepuasan Hati Pelanggan

Respon daripada usahawan industri kecil dan sederhana adalah amat mengalakkan
apabila sebahagian besar daripada mereka amat berpuas hati dengan penciptaan mesin
penghancur sabut kelapa dan pengasingan cocopeat ini. Secara keseluruhan nya, inovasi
mesin ini telah mampu mengatasi segala masalah yang telah di alami oleh mereka.
Terdapat 3 buah mesin telah difabrikasi dan di edarkan kepada usahawan di Kelantan
setakat ini.

9. Penutup

Mesin inovasi terbaru yang dicipta ini mampu meningkatkan keupayaan


pengeluaran cocopeat dan fiber yang lebih baik kepada pengusaha industri kecil dan
sederhana (IKS). Pengasingan cocopeat dengan mudah dan cepat dengan menggunakan
mesin ini bakal menentukan halatuju kepesatan pembekalan cocopeat dan fiber bagi
memenuhi permintan pasaran yang tinggi.
Walaupun usahawan IKS terpaksa bersaing dengan kilang atau syarikat yang
dapat menghasil keluaran yang optimum berdasarkan mesin yang lebih besar dan banyak.
Namun penjimatan dari segi kos, masa dan tenaga memang tidak dapat dinafikan.
Pihak kejuruteraan juga percaya mesin ini boleh dijadikan sebagai mesin
komersial dalam penghasilan cocopeat dan fiber. Dengan rekabentuk mesin yang begitu
ringkas, mudah alih (portable) dan mesra pengguna maka nescaya mesin ini akan menjadi
pilihan utama usahawan industri kecil dan sederhana kerana mampu dimiliki dan dapat
meningkatkan sosioekonomi masyarakat tempatan

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


18
LAMPIRAN 1

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


19
LAMPIRAN 2

Pandangan Sisi

Pandangan Depan PandanganBelakang

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


20
Disediakan Oleh :

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Mohd.Farish Daniel Bin Abdullah.


Bahagian Teknologi Unit Kejuruteraan Pertanian,
Pusat Kejuruteraan Pertanian Lundang.
Tel. : 09 – 7474691
Emel : nakata311@gmail.com / farish@doa.gov.my

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.


21

Anda mungkin juga menyukai