2. ALHAMDULILLAH…..Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah InayahNya dapat kita
berkumpul pada Sabtu yang mulia ini bagi majlis Gotong Royong Perdana Sekolahku indah, keceriaan
terserlah’ SK Bertam Hulu bagi tahun 2019.
3. Yang berusaha,
TUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM HULU , PN. RASHIDAH BT ABD RAHMAN
Yang dihormati,
GURU PENOLONG KANAN 1, PN. NORBAINI BT MD YUSOFF,
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, PN. HAJAH KASMAH BT BADUL KARIM,
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PN. NORHASUNA BT OTHMAN,
Barisan guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi dan dirahmati ALLAH sekalian.
4. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,dengan segala hormatnya dijemput Ustaz Adnan bin
Sulaiman untuk mengetuai bacaan doa. DIPERSILAKAN
Hadirin yang dihormati sekalian, untuk tidak membuang masa, majlis dengan hormatnya menjemput
Pn. Rashidah bt. Abd Rahman, Guru Besar SK Bertam Hulu untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
Majlis mengucap kan ribuan terima kasih kepada Pn. Rashidah bt. Abd Rahman atas ucapan yg
diberikan sebentar tadi.
Sekarang majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr. Rusnah bt. Aluai, Ahli PArlimen Tangga Batu
untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Rusnah bt Aluai atas ucapan sebentar tadi.
7. Hadirin yang dihormati sekalian, untuk menyempurnakan lagi majlis, tibalah kita ke acara Gimik
Perasmian. Untuk maksud itu, dipersilakan YB Dr. Rusnah bt. Aluai diiringi oleh Pn. Rashidah bt.
Abdul Rahman, En. Juhari bin Ahmad Salleh dan En. Jaafar bin Kassim untuk ke luar dewan dan
seterusnya mengecat simbolik Program Gotong Royong pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
8. Dengan acara gimik tadi, maka bermulalah operasi gotong royong kita pada hari ini. Sebelum itu,
semua hadirin dijemput untuk bersama-sama menikmati jamuan sarapan pagi di kantin. Terima kasih
sekali lagi kepada semua jemputan dan semua hadirin yang hadir pada hari ini. Sekian,
Assalamuaalikum wbt.