Anda di halaman 1dari 1

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

LAPORAN INTERAKSI MINGGUAN BSMM IPGKTI 2015

Tarikh : 27 Mac 2015


Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Nama Pensyarah : Encik MD Daud b. MD Jani.
Tajuk : Asas Pertolongan Cemas

BIL AKTIVITI CATATAN

1 Kami tiba di kelas pada waktu yang ditetapkan. Kelas


dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu
negeri Johor dan lagu BSMM. Selepas itu, ketua
komandan melaporkan bilangan ahli BSMM yang hadir
untuk kuliah pada hari tersebut kepada pensyarah.

2 Pembentangan mengenai tajuk asas pertolongan


cemas iaitu, keracunan & terseliuh dan pemulihan
pernafasan dilaksanakan. Sesi soal jawab dilakukan
dari semasa ke semasa untuk memastikan tumpuan
ahli BSMM tidak terjejas. Demonstrasi juga dilakukan
untuk sub topik pemulihan pernafasan untuk memberi
pendedahan kepada mereka tentang bagaimana
hendak melakukan CPR pada waktu kecemasan dan
cara-cara melakukan CPR dengan betul dan baik. Ahli
BSMM juga telah diberi pendedahan tentang prosedur-
prosedur untuk melakukan CPR atau pemulihan
pernafasan pada waktu keccemasan.

3 Refleksi

CPR merupakan satu pendedahan yang baru kepada


saya. Saya telah mendapat tahu cara untuk melakukan
CPR dengan baik dan betul walaupun mempunyai
beberapa prosedur-prosedur yang wajib diikuti.
Walaupun saya tidak mempunyai kesempatan
melakukan pemulihan pernafasan pada waktu
kecemasan, saya yakin saya dapat membantu orang
yang memerlukan bantuan dengan menggunakan
pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki melalui
pembentangan yang saya belajar pada hari ini. Saya
bersyukur kerana mendapat peluang untuk
mempelajari topik ini pada hari ini.

Disediakan Oleh,

……………………………………………….
(Nama: )

Anda mungkin juga menyukai