Anda di halaman 1dari 2

Kekurangan guru professional dalam bidang ICT merupakan jurang yang sangat

Kesannya, murid-murid tidak faham tentang tajuk yang dipelajari oleh guru, kurang
keyakinan diri dan tidak terlibat secara aktif ketika PdPc dijalankan. Ada dalam kalangan rakan-
rakan sekelas yang mempunyai pengalaman lampau dalam bidang pengkomputeran dan bijak
mengendalikan papan kekunci dalam pembelajaran. Namun ada juga murid-murid yang ketinggalan
jauh dalam bidang ini. Menurut kajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak
membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang
atau komposisi sekolah. Isu ini juga disokong dengan kajian oleh Rohani Abdullah (2001) yang
menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi
perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.
Seterusnya dalam proses pengajaran TMK pula, isu seterusnya dilihat dari aspek kualiti guru.
Guru-guru dikatakan tidak bersedia untuk mengimplementasikan penggunaan teknologi dalam kelas.
Kajian Zainudin Abu Bakar (2008) dalam Kleimen (2000) telah mendapati bahawa guru-guru kurang
kompeten dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer. Walaubagaimanapun mereka
masih berasa selesa semasa menggunakan komputer. Sebagai contoh, pelayar internet merupakan
salah satu saluran pengetahuan yang boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat. Namun begitu,
sebilangan guru-guru tidak mempunyai pengetahuan untuk mengakses internet kerana mungkin
berusia dan tidak mahu mencuba.
Untuk menjadikan sesuatu pengajaran itu berkualiti, guru-guru juga perlu mahir dan
mempunyai pengetahuan dalam bidang IT. PdPc akan jadi tidak berkesan sekiranya guru-guru tidak
mempunyai kemahiran komputer. Kajian Sandra Rahman et. al., (2013) menyatakan, guru-guru di
Malaysia kurang mengintegrasikan TMK dalam PdPc atas alasan kekangan masa, kemudahan ICT
yang tidak lengkap bagi menampung bilangan murid yang ramai. Impaknya, murid-murid akan jadi
tidak mahir dan secara tidak langsung objektif pengajaran guru tidak tercapai. Hal ini disokong oleh
Gagne (2005) menyatakan bahawa kurikulum yang direka dalam bidang pendidikan tidak akan
berjaya jika guru tidak mempunyai motivasi yang tinggi dalam melaksanakannya. Kini peranan guru
bukan sahaja setakat menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara ‘chalk and talk’ sahaja,
malahan berterusan dalam pelbagai aspek lain dengan penggunaan komputer dan internet. Dapatan
kajian menunjukkan persepsi dan sikap guru boleh berubah sekirannya guru diberi latihan atau kursus
TMK. Ini terbukti dalam kajian Jimoyiannis dan Komis (2006) ke atas pengaruh kursus TMK ke atas
persepsi dan sikap guru terhadap TMK dalam pendidikan. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan
majoriti guru bersikap positif terhadap kepentingan penggunaan TMK sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran. Mereka juga menganggap TMK sangat penting dalam sistem pendidikan masa kini.
Kajian Mohd Izham & Noraini (2007) telah mendapati bahawa tahap kesediaan guru-guru
adalah pada tahap sederhana. Walaupun sebahagian guru-guru tidak mengaplikasikan penggunaan
teknologi maklumat di dalam P&P namun mereka tahu kegunaannya bagi membantu pengajaran di
dalam kelas.

Jurang
Kajian-kajian terdahulu hanya mengukur tentang sikap guru dan penerimaan mereka terhadap
penggunaan komputer maka adalah diharapkan dengan kajian yang bakal dijalankan oleh penyelidik
ini mampu menyelongkar faktor kesediaan mental murid terhadap TMK dengan keberkesanan
pengajaran guru. Dalam proses pengajaran guru yang seterusnya diharapkan dapat memberi impak
kepada tahap pencapaian murid di dalam kelas supaya dapatan kajian dapat digunakan bagi
membantu Kementerian Pelajaran Malaysia atau badan-badan yang berkaitan untuk mengambil
langkah supaya masalah ini dapat diselesaikan. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk
Chong Sin Woon, (2017) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terutamanya
dalam anjakan tujuh memfokuskan kepada tindakan memanfaatkan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. PPPM menggariskan bahawa ICT
berpotensi besar, memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk
mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21. Lantaran dari itu, kajian ini
diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang kesediaan mental murid menghadapi pembelajaran
TMK dan semoga usaha ini dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai