Anda di halaman 1dari 4

ULASAN BUKU

1.0 Pengenalan Jurnal

Nama Jurnal : KEGANASAN: TELA’AH TERHADAP KONSEP


JIHAD FI SABILILLAH
Ditulis/ Disusun : Khairunnas Rajab*
Fikri Mahmud
Tahun Terbit : 2010
Sumber : Google Scholar
Mempunyai : 25 Halaman yang bercetak termasuk kulit
Jurnal.
Diulah Oleh : AHMAD FARIS BIN FAUZI

2.0 Pendahuluan Jurnal

Bagi tugasan ulasan buku ini saya telah memilih artikel jurnal, Tugasan ini telah
diberikan oleh Encik Mohd Annas Shafiq Bin Ayob, Tugasan ini banyak memberi ilmu
tentang ketamadunan islam dan konsep jihah kepada saya, Artikel jurnal ini saya
dapatkan di dalam “Google Scholar” .

lslam adalah agama Allah yang diturunkan kepada Muhammad S.A.W,menjadi


rahmat bagi sekalian alam, Islam sering dikaitkan dengan keganasan ataupun disebut
“terrorism” , Penulis menceritakan gerakan-gerakan yang membawa imej keganasan
memang wujud dalam masyarakat Islam.Ia merupakan kelompok Gerakan ekstrim yg
melakukan keganasan dengan memberi alasan ia adalah jihad. Pada 11 September
2001 , Satu serangan telah dilakukan keatas Pusat Dagangan Dunia di New York,
Sejak peristiwa itu, Amerika Syarikat Tekad untuk membanteras perilaku “terrorism”.
Banyak negara islam telah dianggap sebagai penaja kegaganasan. Dalam artikel ini,
penulis juga menyebut jihad tidak selalunya bermaksud “Perang” , Melainkan
“Perjuangan” ataupun “Perlawanan”. Sebaliknya “Perang” diungkapkan dengan
perkataan “al-Qital” atau “al-Harb”. Artikel ini mengkaji konsep “jihad fi sabilillah”
supaya tidak mengelirukan masyarakat dengan islam dan keganasan.
3.0 Polemik Terhadap Islam, Jihad dan Keganasan

Dalam topik ini, Penulis menceritakan peristiwa yang berlaku keatas Pusat
Dagangan Dunia ( Word Trade Centre ), Penulis juga memetik apa yang dijelaskan
oleh Abdurahman Alamoudi, “Muslim” bererti “pengganas,” sedangkan “Islam”
bererti “kekerasan” dan umat Islam disamakan dengan fanatisme. Perkataan jihad
diberi makna negatif dan difahami sebagai aktiviti keganasan atau term yang
dianggap sebagai penyebab timbulnya Gerakan keganasan. Faktor lain yang
menyebabkan timbulnya kesalahfahaman terhadap term jihad dalam Islam ialah,
Pertama, adalah kerana sentimen agama. Agama Yahudi, Nasrani dan Islam
sebenarnya berasal daripada satu rumpun, iaitu agama Nabi Ibrahim. Tetapi
ketiga-tiga pemeluk agama ini selalu bersaing sejak zaman Nabi Muhammad lagi
dan berterusan sehingga ke hari ini

Ketika wilayah-wilayah yang dahulunya dikuasai Barat Kristian (Rom) ditakluk


oleh kaum Muslimin dan diikuti oleh ramai penduduk wilayah tersebut memeluk
Islam, umat Kristian kehilangan pengaruh. Impak psikologi yang ditimbulkannya
ialah punca rasa cemburu, iri hati, dan dengki

Faktor yang kedua menyebabkan salah faham terhadap Islam, adalah kerana
konflik yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak; iaitu Islam dan Kristian.
Konflik tersebut sudah wujud sejak zaman kerasulan Muhammad S.A.W lagi dan
dimulai terlebih dahulu oleh pihak Barat itu sendiri, disini penulis menceritakan
Gabenor Rom, Syurahbil, membunuh utusan Nabi S.A.W ke Syria, Harith b.
‘Umayr al-Azdi, dan penduduk Wadi al-Qura membunuh orang juru dakwah yang
pada masa itu boleh dianggap sebagai “keganasan antarabangsa.” Pada tahun ke
8H/629M. Rasulullah S.A.W menghantar sepasukan tentera ke Mu’tah untuk
menghukum mereka. Tetapi peperangan berakhir tanpa ada pihak yang kalah
mahupun yang menang. Kemudian pada masa Khalifah ‘Umar b. alKhattab, umat
Islam menakluki Jerusalem. Patriach Sophronius menyerahkan kunci bandar itu
kepada khalifah. Umat Islam mengambil alih tanah tempat kelahiran Kristian
tersebut daripada tangan kerajaan Rom. Peristiwa ini sangat menyakitkan hati
mereka.

Faktor ketiga yang menyebabkan salah faham terhadap Islam, adalah kejahilan
tentang Islam itu sendiri masyarakat Barat belum memahami Islam. Pengetahuan
mereka tentang Islam adalah merupakan warisan daripada abad pertengahan dan
ditambah dengan berita-berita negatif.
Faktor keempat yang menyebabkan salah faham terhadap Islam, adalah
kerana kompleks superioriti Barat. Sejak zaman Yunani (Greek), Barat mengidap
semacam kompleks superioriti yang membahagi dunia kepada dua macam iaitu:
dunia Barat (the West), dan dunia lainnya (the rest).Mereka dianggap lebih
beradab, lebih bertamadun, memiliki sifat-sifat yang positif dan superior;
sedangkan dunia lain dianggap biadab, Barbarian tidak bertamadun. Oleh itu,
penilaian mereka terhadap bangsa bukan Barat selalu negatif. Umat Islam disebut
Saracens, Moors, dan lain-lain. Kajian-kajian yang dibuat oleh para orientalis
banyak dipengaruhi oleh kompleksiti ini.

4.0 Jihad Dalam Terminologi Islam

Dalam topik ini, Penulis menerangkan tentang Kaedah-kaedah Usul al-Fiqh


umumnya mendominasi pendekatan yang mereka gunakan. Namun di sini penulis
akan menggunakan pendekatan sejarah dalam menghuraikannya

Perkataan jihad (‫ ( ا ٌدهَج‬b


ِ erasal daripada tiga huruf “‫“ )جهد‬jim, ha’, dal) yang boleh
dibaca dengan dua cara: “juhd” dan “jahd”. Bacaan yang pertama (juhd)
bermakna: kemampuan atau kesanggupan, daya, upaya, kekuatan, dan yang
semakna dengannya. Sedangkan bacaan yang kedua (jahd) bermakna:
kesungguhan, kesusahan, kesulitan, dan sebagainya. Daripada makna asal
kalimahnya sahaja sudah dapat difahami pengertian bahawa dalam jihad itu ada
“pengerahan daya upaya dengan penuh kesungguhan, walaupun menghadapi
kesusahan dan kesukaran” dalam melakukan suatu pekerjaan demi mencapai
cita-cita atau tujuan yang dikehendaki

Para ulama dari pelbagai kalangan berbeza pandangan dalam memberikan


definisi jihad. Ada yang mendefinisikannya secara umum, dan ada pula yang
mendefinisikannya secara khusus. definisi daripada Syalabi yang menjelaskan
jihad sebagai “pengerahan daya upaya untuk menolak segala bentuk kejahatan
dan mewujudkan kebaikan. Dalam pengertian ini, segala aktiviti yang boleh
mendatangkan kemaslahatan dan mencegah timbulnya keburukan bagi manusia
termasuk dalam cakupan jihad. Oleh itu, ada di kalangan ulama yang
menggunakan istilah jihad untuk menyebut aktiviti dalam bidang selain
peperangan, seperti jihad dakwah, jihad ekonomi, jihad politik, jihad pendidikan
dan lainnya
Dalam bab ini penulis banyak memetik ayat – ayat suci al-Quran dengan
memberi maksud sekali supaya lebih mudah untuk pembaca, Penulis
menerangkan secara terperinci ayat – ayat al-Quran supaya tiada kekeliruan yang
berlaku di dalam memahami topik artikel ini,

Didalam artikel ini, Punulis menekankan bahawa islam bukanlah agama


kegaganasan ataupun tiada ketamadunan seperti digambarkan oleh pihak media,

Anda mungkin juga menyukai