1.0 PENGENALAN
Pembelajaran secara lapangan berbentuk lawatan dapat memberikan mereka pengalaman
sebenar dan ruang sosial yang lebih luas bagi merangsang minda pelajar-pelajar untuk
belajar dengan lebih berkesan.
Ringkasnya kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapat kebenaran pihak
sekolah berhubung cadangan pelajar Tahun 6 mengadakan lawatan sambil belajar di
beberapa buah tempat di bandaraya Kuching.
2.0 MATLAMAT
Lawatan ini dijalankan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Tahun
6 untuk meneroka persekitaran pembelajaran dan belajar melalui pengalaman dan aktiviti
luar bilik darjah.
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang telah digariskan untuk program lawatan ini adalah seperti berikut:
3.1 Meningkatkan kemahiran sosial pelajar dengan bergerak dalam kumpulan
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Tahun 6 dan guru-guru
3.3 Memupuk kebolehan dan sikap berdikari dalam kalangan pelajar
3.4 Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang beberapa tempat bersejarah di
Sarawak seperti Kubu Magherita
4.0 RASIONAL
Melalui Pendidikan luar atau program lawatan sebegini, pelajar berpeluang belajar melalui
pengalaman. Dengan cara yang demikian, ia akan meransang dan memperkukuhkan daya
ingatan dalam pembelajaran mereka di sekolah
5.0 TEMA
“PENEROKAAN, PENGALAMAN, PEMBELAJARAN”
*Guru-guru pengiring menanggung perbelanjaan sarapan pagi, makan tengahari dan tiket
masuk ke Fort Magherita sendiri
15.0 PENUTUP
Diharapkan agar lawatan yang dijalankan ini akan dapat mencapai objektif yang telah
digariskan. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat juga sangat diharapkan
agar program lawatan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan mahupun
sebarang kejadian atau musibah yang tidak diingini.
………………………………………. ………………………………….
[MARIA TUNYAH] [MAHLI@MAHDI BIN KAWI]
Guru Kelas Tahun 6, Guru Besar,
SK Tungkah Dayak SK Tungkah Dayak, Simunjan.