Anda di halaman 1dari 3

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Pada malam 30 Ogos


1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957.
Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan
bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka"
yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16
September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai
Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia
disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.

Tahun ini adalah hari kemerdekaan yang ke-58 dan sambutan Hari Kemerdekaan akan di adakan di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Senarai acara & informasi mengenai logo serta tema Hari
Kebangsaan 2015 boleh diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015.

Pada 2012, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi logo 55 tahun merdeka-Janji ditepati.
Pemilik logo tersebut, Kementerian Penerangan, masih mahu mengekalkan logo yang dikutuk oleh
segenap lapisan masyarakat Malaysia. Rekabentuk logo yang tidak mencerminkan kemajuan
negara ini (senang cerita design logo 55 tahun merdeka adalah logo kemerdekaan yang terburuk)
beserta dengan tema kemerdekaan yanng tidak ada kena-mengena dengan sambutan
kemerdekaan mengecewakan ramai rakyat Malaysia termasuk saya.

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya sertakan tema dan logo merdeka
Malaysia setiap tahun dari tahun 1970. Logo hanya mula digunapakai pada tahun 1976.

Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.


Tema: Muhibah dan Perpaduan

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.


Tema: Masyarakat Progresif

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.


Tema: Masyarakat Adil

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.


Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.


Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.


Tema: Masyarakat Berdikari
Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat

Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.


Tema: Bersatu Maju

Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.


Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan

Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.


Tema: Bersatu Berdisplin

Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.


Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan

Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.


Tema: Berdisplin Berharmoni

Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.


Tema: Berdisplin Giat Maju

Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.


Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan

Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.


Tema: Amanah Asas Kejayaan

Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.


Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan

Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun.


Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh

Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.


Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju

Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.


Tema: Bersatu

Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.


Tema: Bersatu

Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.


Tema: Berjaya

Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.


Tema: Wawasan 2020

Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun


Tema: Wawasan Asas Kemajuan

Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.


Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan

Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.


Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan

Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.


Tema: Budaya Penentu Kecapaian

Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.


Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.


Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita

Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.


Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.


Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa

Anda mungkin juga menyukai