Anda di halaman 1dari 12

晨阳补习班

TINGKATAN 1 BAHASA MELAYU


–KOMSAS
Kuih Bakul Limau Mandarin (Mohd. Helmi Ahmad)

SINOPSIS

Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima


panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun
berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih
menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu
keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa
keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim
Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang
suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau
menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim
Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan
Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul
sebagai sebuah keluarga semula.

TEMA

Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.

Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah
keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

1
PERSOALAN

i. Kepercayaan pada perkara khurafat

Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa


malang kepada keluarga dan perniagaannya.

ii. Keegoan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii. Keberanian menyuarakan pendapat

Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar


yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

iv. Keinsafan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah


mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

PLOT

i. Permulaan/Eksposisi

Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang
beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi
tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

ii. Perkembangan

2
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa
keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar.
Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan
sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon
maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada
Lim Meng.

iii. Klimaks

Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan.
Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv. Peleraian

Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam.
Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk
bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh
gembira.

TEKNIK PENCERITAAN

i. Pemerian

3
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah
membuat persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak
membuat sebarang persiapan.

ii. Imbas Kembali

Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat
lemas ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii. Imbas Muka

Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun
Baru Cina kelak.

iv. Dialog

Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang
barang-barang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v. Monolog Dalaman

Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut
kata-kata Lim Pooi namun sampai bila?

4
vi. Saspens

Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa


hutang darah mesti dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama

Sim Pau

i. Isteri kepada Lim Pooi

ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng

iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran

Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar


kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.

iv. Memiliki kesabaran

Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak
mahu menerima kehadiran Lim Meng.

v. Mudah terasa / sensitif

Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim
Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi
5
i. Suami kepada Sim Pau.

ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.

iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.

iv. Memiliki sikap suka berdendam

Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa
malang dan pembunuh Lim Foong.

v. Ego

Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai
anaknya.

vi. Peniaga yang tamak

Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya


dijual pada harga yang mahal.

vii. Pemarah

Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang
mencuri wang di kedai.

viii.Menginsafi kesalahannya

Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari


kesalahannya lalu insaf.

6
Lim Meng

i. Anak bongsu daripada dua beradik.

ii. Bertanggungjawab

Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas


sebaliknya dia pula yang hampir lemas.

iii. Suka mengalah

Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi
mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.

iv. Pemaaf

Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam


kepadanya.

Lim Foong

i. Anak sulung daripada dua beradik.

ii. Anak kesayangan Lim Pooi.

iii. Suka berjudi.

iv. Mati lemas.

Sudin

i. Penduduk kampung
7
ii. Ikhlas

Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan


ikhlas tanpa memandang bangsa.

LATAR

Latar Masa

i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina

Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau
dan Lim Pooi bertengkar.

ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina

Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii. Tiga hari

Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu
kepulangan Lim Meng.

Latar Tempat

i. Dapur

Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

ii. Kedai

Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.


8
iii. Stor di belakang kedai

Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk


menjualnya pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang berdendam.

Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah
pembunuh Lim Foong.

2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.

Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap


Lim Meng.

3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.

Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya


menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.

GAYA BAHASA

i. Simpulan bahasa

Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.

Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii. Peribahasa
9
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii. Sinkof/sinkope

Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”

Contoh : “Anak aku dah mati.”

iv. Personifikasi

Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit


hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru
sahaja diletakkan gagangnya.

Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada


ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

v. Simile

Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada


ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi. Metafora

Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii. Bahasa perbualan

Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung


semuanya kompelin.

10
NILAI

i. Nilai keberanian

Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak
bersalah atas kematian Lim Foong.

ii. Nilai keikhlasan

Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.

iii. Nilai kasih sayang.

Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas
dasar kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARAN

i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul


periksa.

Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya
menjadi penyebab kematian Lim Foong.

ii. Kita mestilah bersikap jujur.

11
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian
wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.

iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.

Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang
menagih hutang.

12

Anda mungkin juga menyukai