Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

(1)

Yang dihormati, En Zaki Bin Ismail, Guru Besar Sk Simpang Pulai

Pn Hjh Puteri Mimi Jamilah Binti Megat Harun, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn Noor Aini Bt Abas, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Sandrasageran a/l Periasamy, Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha
Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan
kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama
berkumpul bagi mengadakan Majlis Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah Kebangsaan
Simpang Pulai.

Untuk pengetahun semua, Objektif Kem Membaca 1Malaysia ialah

1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan


2. Mengerakan program/aktiviti galakan membaca
3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga
sepanjang hayat)
4. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bulan Bahasa pada bulan
Oktober, oleh itu program ini merupakan salah satu akviti komplimen bagi bulan
tersebut.

(3)

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak
#############
Ucapan terima kasih buat semua.

(4)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Kamal Yuzan bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

#########
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Guru Besar bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati En Zaki Bin
Ismail untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Seterusnya merasmikan Kem
Membaca ! Malaysia peringkat sekolah bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperi


Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi ilmu amalan membaca
Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu
nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk
menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria
ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera


Berisi hadiah buat pemenang
Ilmu dijulang semangat membara
Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan


Hiasan tersohor dato Bahaman
Ilmu dijulang demi kejayaan
Amalan Membaca gaya wawasan

Murid-murid di minta berdiri untuk sama2 kita menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk
“Membaca Gaya Wawasan”

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai