1. PERUTUSAN PENGERUSI:
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan dimulakan dengan
membaca bacaan doa.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih pada semua guru yang menghadiri mesyuarat
kali ke pertama.
2.1 Minit mesyuarat Bil.1/2018 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Nusaibah binti
Abdullah Habib dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Semua guru perlu mengisi borang data guru Pendidikan Seni Visual dan jadual
waktu untuk simpanan fail.
3.2 Fail-fail di bawah panitia Pendidikan Seni Visual telah dikemaskini mengikut
instrumen SPSK.
3.3 Papan kenyataan panitia pendidikan seni visual dalam kelas telah dikemaskini dari
semasa ke semasa dengan pelbagai hasil kerja murid.
4.1.1 Semakan KSSR 2018 ini hanya melibatkan Tahun 1 dan Tahun 2.
Matapelajaran Pendidikan Kesenian hendaklah diajar sebelum waktu
Pendidikan Muzik. Hanya waktu rehat dapat memisahkan waktu Pendidikan
Kesenian dan Muzik.
4.1.2 Guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual perlu memastikan terdapat
kesinambungan antara matapelajaran Pendidikan Kesenian dan Muzik.
Tindakan : Makluman
4.2 Penyediaan RPT Pendidikan Seni Visual telah ditetapkan mengikut aliran guru yang
mengajar pada tahun 2018 seperti berikut :
4.2.1 Bagi RPT hanya ditulis bilangan minggu tanpa ditulis tarikh supaya RPT
dapat digunakan pada tahun-tahun yang seterusnya.
4.2.2 Semua guru seni diingatkan supaya membuat Rancangan Pengajaran Harian
secara selaras seperti yang telah diberitahu oleh Ketua Panitia.
Tindakan: Semua Guru
Seni
4.3.1 Bagi guru PSV Tahun 1 dan Tahun 2 hanya salah seorang diantara guru Seni
dan guru Muzik yang perlu mendaftar mata pelajaran dalam SAPS.
4.3.2 Kod Mata Pelajaran PSV bagi Tahun 1 dan Tahun 2 adalah Pendidikan
Kesenian. Tahun 3 adalah Dunia Seni Visual manakala Tahun 4,5 dan 6
adalah Pendidikan Seni Visual.
Tindakan : Semua Guru Seni
4.4 Inventori
4.4.1 Puan Rosidah memaklumkan peralatan melukis untuk bilik pendidikan seni
visual telah pun disiapkan.
4.5 Peperiksaan
4.6.1 Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual akan berlangsung pada Minggu ke 18
pada Penggal Pertama Persekolahan untuk Pameran Kesenian Tahun 1 dan
Tahun 2,
4.6.2 Minggu ke 18 pada Penggal Kedua Persekolahan untuk kali ke-2 Pameran
Kesenian Tahun 1 dan Tahun 2.
4.6.3 Pada bulan Kemerdekaan merupakan Program Panitia yang terbesar dan
bergabung dengan Panitia Sejarah iaitu pada Ogos hingga September.
4.6.4 Pada Minggu 42 adalah Pameran Pendidikan Seni Visual bagi murid Tahun 6.
Tindakan : Makluman
5. HAL-HAL LAIN
5.2 Beliau juga memaklumkan penggunaakan buku Pendidikan Seni Visual yang selaras
diwajibkan oleh semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6
Tindakan :Makluman
6. PENUTUP
Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab dengan
sebaik-baiknya dan memberikan kerjasama antara satu sama lain.
Disediakan oleh,
.......................................................
(Puan Rosnani Bt Salleh)
Setiausaha Pendidikan Seni Visual
SK Segambut