Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SULTAN ABDUL AZIZ Kod Sekolah: BBB 3030

1. Nama Guru MALATHI A/P MUNIANDY

2. Judul 3. Bidang: PEDAGOGI


BERFIKIR DALAM BILIK DARJAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarangsewaktu kanak-
kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh”, dan seumpamanya. Pendapat
pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya
membesar sebagai “taukeh” tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar
sewaktu dibangku sekolah.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, memuji murid, memberi ganjaran , guru menjadi
pembimbing, mendorong kreativiti dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran menggunakan kaedah
iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan
disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru guru dapat memahami dan menggunakan
teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham
tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar
matematik, kepintaran akademik dan kepintaran praktikal. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru kurang digalkan mengeluarkan arahan. Para guru digalakan menyoal pelajar dengan soalan
yang mencabar minda.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru mengunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru
juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapatt membantu para guru
menentukan kaedah paling sesuai akan digunakan sewaktu mengajar.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka,
Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain
walaupun dalam apa jua situasinya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MALATHI MUNIANDY ) ( )

Anda mungkin juga menyukai