Anda di halaman 1dari 2

Akhirnya, penubuhan pusat-pusat pemulihan perlu

dipertingkatkan. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan pusat-pusat


pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih
samada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Hal ini
kerana pihak kerajaan mahu memberikan kesedaran kepada penagih-
penagih dadah yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Secara
ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih
dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap
dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran.
Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula
dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga
mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah.
Memantau individu yang terlibat adalah amat penting.

Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk.


Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor
mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak
hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi
masalah ini yang juga dianggap musuh utama negara. Antaranya adalah
pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan
hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut.
Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu
bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibubapa perlu memainkan
peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah.
Masyarakat perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan
keluarga dan negara. Akhirnya, masyarakat haruslah terus memerangi
dadah agar masyarakat tidak menjadi lemah.

Anda mungkin juga menyukai