Anda di halaman 1dari 15

JUAL PRODUK TANPA

PESAING
Cara Mengkaji Produk Yang mendapat
Sambutan Tinggi dan Kurang Saingan

Oleh :
John Jenin
www.BisnesShopee.com

1
Notis Amaran
Ebook ini adalah untuk kegunaan sendiri pembeli sahaja. Anda tidak dibenarkan
mengedarkan ebook ini sama ada secara percuma atau berbayar kepada individu/pihak lain.

Penafian
Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada
pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk
sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini
adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau
tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak
dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jenin.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.
Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel
atau individu itu sendiri.

Diterbitkan oleh Klikjer Publishing

2
Jual Produk Tanpa Pesaing
Adakah anda menjual produk dengan cara tangkap muat? Asalkan berniaga? Ikut-ikut orang?
Tidak semua perniagaan itu sesuai dengan anda. Tak semua perniagaan itu juga memberi
keuntungan walaupun ada orang yang berjaya mendapat jualan yang meletup, tak
semestinya apabila anda jual akan meletup juga.

Berikut adalah cara bagaimana anda untuk mengkaji produk yang anda boleh jual secara
sistematik berpandukan data-data yang tersedia di internet.

Sekiranya kajian anda tepat, anda akan mudah untuk menguasai pasaran produk anda, tidak
perlu bersaing dengan penjual lain yang lebih berpengalaman dan mempunyai modal besar.
Anda masih bolehh membuat untung yang besar dengan permintaan yang tinggi dan
persaingan yang rendah.

1. KENAL PASTI MINAT DAN KEPAKARAN ANDA

Ramai orang cuba berniaga atau memberi perkhidmatan ke atas perkara yang tidak disukai
atau dia tidak mempunyai kepakaran langsung. Perniagaan seperti ini kebiasaannya sukar
untuk bertahan lama, apabila seseorang minat kepada sesuatu perkara, ia akan terus
bertahan walau apa pun badai yang akan datang mereka tidak akan mudah mengalah. Bagi
mereka keuntungan bukan lah matlamat utama, mereka minat dengan apa yang dikerjakan.

3
2. KAJIAN PASARAN - KENALPASTI MASALAH YANG ANDA BOLEH SELESAIKAN

Dalam mencari perniagaan yang sesuai dengan anda, anda perlu mengenalpasti masalah yang
anda dapat selesaikan dengan produk atau perkhidmatan anda.

Sebagai contoh, banyak penjual online mempunyai masalah mendapatkan pembungkus atau
alat untuk menguruskan tempahan mereka, anda boleh mengambil peluang ini untuk
menawarkan produk-produk tersebut kepada mereka, anda boleh mencari pembekal produk
yang sesuai yang boleh membekalkan anda produk tersebut dengan harga dan kualiti yang
berpatutan.

Antara tools yang anda boleh gunakan untuk mengkaji pasaran ialah menggunakan syarikat
search engine sendiri iaitu Google iaitu Google Trend dan Google Keyword External Tools.
Banyak lagi tools yang seumpama ini sekiranya anda jumpa di internet tetapi kebanyakannya
berbayar untuk versi penuh. Untuk permulaan, tools percuma yang ditawarkan oleh Google
ini adalah terbaik dan tepat.

Google trend

Ini adalah satu daripada tools untuk mengenalpasti permintaan ke atas sesuatu barangan,
anda boleh membuat carian mengenai permintaan ke atas sesuatu produk atau
perkhidmatan dengan menggunakan tools percuma daripada Google ini iaitu Google Trend.
Anda boleh lawat link ini untuk mula menggunakan Google Trend
https://trends.google.com/trends/

4
Sebagai contoh sekiranya anda bercadang untuk menjual produk untuk memutihkan wajah,
anda boleh letakkan kata nama produk memutihkan wajah di Google Trend dan anda akan
dapat lihat sama ada permintaan masih ada, meningkat, menurun atau mendatar. Selepas
trend ini dikenalpasti, anda boleh membuat keputusan sama ada untuk meneruskan idea
anda atau tidak. Anda boleh meletakkan beberapa nama produk untuk kajian trend ini,
sebagai contoh, kami gunakan “pemutih kulit” dan “penghilang jerawat”. Kita dapat lihat
trend yang hampir sama bagi kedua2 produk ini, sebanyak 79 carian. Jumlah carian adalah
stabil untuk tempoh 12 bulan kebelakangan.

Hasil semakan trend mendapati permintaan untuk kedua-dua produk ini adalah stabil
sepanjang tahun dan anda boleh meneruskan idea anda sekiranya anda bercadang menjual
kedua produk ini.

5
Google External Keyword Tools

Ini adalah satu tools klasik bagaimana untuk mencari produk yang mendapat sambutan tinggi,
ia digunakan oleh semua penggiat perniagaan online di seluruh dunia. Dengan tools ini, anda
boleh mengenalpasti berapa banyak jumlah carian sesuatu kata nama di Google. Jumlah
carian yang banyak menunjukkan produk atau perkhidmatan tersebut mendapat sambutan
dan carian tinggi di internet. Anda juga boleh mengenalpasti apa keyword (kata nama kunci)
yang selalu digunakan berkaitan produk yang mahu anda jual, disini anda boleh mendapat
idea baru. Gunakan link ini https://adwords.google.com/home/tools/keyword-planner/

Kita gunakan produk untuk memutihkan muka tadi sebagai contoh lagi dalam menamakan
produk anda berasaskan jumlah carian tersebut.

6
Kita cuba search “pemutih muka”, kelebihan dan kegunaan keyword external ini ialah untuk
mengenal pasti apa perkataan yang selalu dicari di internet. Sekiranya kita hanya
menggunakan “pemutih muka”, perkataan itu terlalu luas dan tidak spesifik, untuk
memudahkan kita memenangi ranking carian di search engine seterusnya berada di peringkat
lebih tinggi dalam carian, anda boleh mencari keyword atau kunci kata yang lebih spesifik,
kata nama yang lebih spesifik ini atau dalam Bahasa Inggeris, “long tail keyword”.

7
Sebagai contoh, lihat rajah, apabila kita menekan butang get ideas, keyword tools akan
memberitahu kita perkataan apa yang berkaitan dengan perkataan yang kita cari, di dalam
contoh ini “pemutih kulit”. Sebelum itu, anda perlu setkan carian hanya untuk negara
Malaysia, supaya lebih tepat dan relevan melainkan anda bercadang untuk memasarkan
produk keluar negara, boleh pilih negara-negara tertentu ataupun keseluruhan carian tanpa
menamakan nama-nama negara, ini lebih khusus untuk keyword/kata kunci berbahasa
Inggeris.

Berikut adalah ringkasan carian, kami menumpukan ke atas carian yang berkaitan dengan
produk sahaja. Anda dapat lihat purata jumlah carian bagi semua produk di bawah adalah
100-1000 carian sebulan. Kadar saingan adalah rendah dan sederhana. Jika kita lihat terdapat
juga suggested bid, ini berguna jika anda bercadang untuk meletakkan sedikit modal untuk
mengiklan menggunakan Google Adds. Tapi kajian ini adalah untuk pemasaran secara
percuma, jadi kami abaikan data tersebut.

Hasil carian menggunakan Google Keyword External Tools

Keyword (kata nama) Average monthly search Competition (Saingan)


(Purata Carian Bulanan)

sabun pemutih badan 100-1k Low/ Rendah

pemutih ketiak 100-1k Low/ Rendah

cream pemutih wajah 100-1k Low/ Rendah

produk pemutih kulit 100-1k Medium/Sederhana

pelembab wajah 100-1k Low/ Rendah

krim pencerah wajah 100-1k Low/ Rendah

masker wajah 100-1k Low/ Rendah

8
Dengan data yang diperolehi di atas ini, anda sudah boleh bayangkan atau mendapat sedikit
idea mengenai jenis produk yang sesuai untuk anda jual atau promosikan, elakkan menjual
produk yang tidak mendapat permintaan atau mempunyai saingan yang terlalu kuat.

3. KAJI PESAING ANDA

Setelah anda mengenalpasti produk yang anda rasa boleh dijual dengan keuntungan yang
munasabah, kini anda perlu untuk mengkaji pesaing anda, pesaing yang terlalu ramai dan kuat
akan menyukarkan anda untuk menjual produk anda, anda perlukan modal yang tinggi untuk
promosi dan masa yang lama untuk melawan mereka yang telah bertapak lama dengan niche
mereka. Bagi yang baru untuk mecuba perniagaan online ini, anda sebaiknya memilih produk
yang mempunyai permintaan tinggi dan jumlah pesaing yang rendah. Anda boleh terus
mengulang langkah di atas dan terus mencari sehingga berjumpa satu produk atau
perkhidmatan yang sesuai.

Sekiranya anda ingin terus menjual sebagai contoh produk memutihkan muka, anda boleh
memilih kata nama yang mempunyai paling kurang saingan sebagai contoh, dengan
menggunakan data seperti di keyword tools tersebut, anda boleh ke google search.

https://www.google.com.my/

9
Kita mulakan research kita untuk mengenal pasti bakal pesaing kita, ingat, ini adalah penting,
tak guna sekiranya kita terus menerus mempromosi produk tanpa kita kenal pasti semua
perkara ini, ini adalah persediaan perang untuk kita.

Berdasarkan hasil carian kata nama di keyword tools tersebut, anda boleh mula mengesan
pesaing anda, masukkan kata nama tersebut diruang search google, untuk lebih spesifik
gunakan tanda “kata kunci”. Kita lihat hasilnya;

“sabun pemutih badan” mempunyai 176,000 index di google search, bermaksud jumlah listing
berkaitan sabun pemutih badan terdapat sebanyak 176,000.

“pemutih ketiak” mempunyai 426,000 index di google search, bermaksud jumlah listing
berkaitan pemutih ketiak terdapat sebanyak 426,000.

Kita teruskan mencari semua pesaing bagi kata kunci lain yang telah kita perolehi di atas tadi.
Masukkan keputusannya di dalam jadual supaya lebih jelas.

10
Keyword Average monthly Competition (Saingan) Google Index
search (Purata
(kata nama) Carian Bulanan)

sabun pemutih badan 100-1k Low/ Rendah 176,000

pemutih ketiak 100-1k Low/ Rendah 426,000

cream pemutih wajah 100-1k Low/ Rendah 1,000,000

produk pemutih kulit 100-1k Medium/Sederhana 210,000

pelembab wajah 100-1k Low/ Rendah 417,000

krim pencerah wajah 100-1k Low/ Rendah 70,700

masker wajah 100-1k Low/ Rendah 411,000

Hasil kajian di atas, nampaknya kita telah mempunyai pemenang, anda boleh mencuba mana-
mana produk untuk dijual, tetapi penumpuan harus dibuat untuk produk yang mempunyai
carian yang banyak dan saingan yang terendah, dalam contoh di atas, kita telah menjumpai
tiga kata kunci yang paling berpotensi,

1. Krim pencerah wajah


2. Produk pemutih kulit
3. Sabun pemutih badan

Apa yang kita boleh buat dengan kata kunci di atas? Sekiranya anda belum mempunyai
produk untuk dijual, anda boleh mencari pembekal bagi produk-produk tersebut.
Kebiasannya tidak sukar untuk berjumpa dengan pembekal tersebut, gunakan Search Engine
Google dan Facebook. Jika terdapat banyak jenama, anda boleh menjual beberapa jenama
atau pilih jenama yang popular dan keuntungan yang tinggi.

Sekiranya anda memilih untuk memasarkan produk contohnya “Krim Permaisuri Salju”, anda
boleh menambah nama kepada Krim Pencerah Wajah Permaisuri Salju di listing anda, ia lebih
mudah mendapat carian oleh pelanggan, berbanding menggunakan nama produk semata-
mata.

11
Selain itu, sekiranya anda mempunyai dua pilihan untuk menjual “pemutih ketiak” dan “sabun
pemutih badan”, setelah melakukan research seperti di atas, anda sepatutnya memilih untuk
menjual “sabun pemutih badan” kerana saingannya yang kurang, berbanding carian yang
sama.

4. KENALPASTI KOS DAN UNTUNG

Setelah anda mendapat idea produk yang ingin anda tawarkan, anda perlu mengenal pasti
keuntungan yang bakal diperolehi, untuk menjual di Shopee, anda tidak perlu memikirkan kos
untuk menyenaraikan barangan anda kerana setakat ini, semua adalah percuma. Anda boleh
kira-kira kos operasi lain seperti elektrik, internet, caj pos barang (anda oleh memilih untuk
menggabungkan kos pos ini ke dalam harga barangan anda atau anda boleh membuat secara
berasingan dimana pembeli dikenakan caj mengikut kadar semasa)

Sekiranya anda merasakan untung yang bakal anda perolehi adalah memadai dengan usaha
anda, anda boleh teruskan. Sekiranya tidak, anda boleh membuat carian yang baru. Ulangi
langkah-langkah di atas.

Jangan jual produk yang anda rasakan tidak berbaloi ataupun untung terlalu sedikit yang
menyebabkan anda menanggung kos pula.

12
KESIMPULAN

Pesaing adalah salah satu halangan untuk anda menjual dengan lebih banyak. Untuk
mengelakkan terus daripada pesaing adalah sangat sukar melainkan anda menjalankan
perniagaan monopoli. Jangan ambil mudah pesaing anda, anda perlu memastikan tahap
persaingan anda di dalam perniagaan adalah pada tahap minimum dan terkawal untuk
kelangsungan perniagaan anda.

Dengan kajian yang mencukupi, anda boleh memenangi pelanggan tanpa perlu bekerja lebih
keras bersaing dengan penjual yang mempunyai modal yang lebih besar dan berpengalaman.

Terima kasih

John Jenin
www.BisnesShopee.com

13
Dapatkan lebih banyak lagi ebook
menarik dari pihak kami!
(klik gambar ebook untuk info lanjut)

Atau.. Lawati
www.klikjer.com/marketplace.html
untuk melihat semua ebook terbaik
terbitan kami!

14

Beri Nilai