Anda di halaman 1dari 3

Masa BIL PERKARA CATATAN

9.15 pg Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat Shira
masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Mohd Yunos Shira
bin Malek, Pengarah Savanna Hill Resort,
dengan diiringi oleh Encik Abd Hadi bin Daud, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Dato’ Md Shadip bin
Mohd, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan
dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

Solutasi Ikhwan
Kompang Bergema Pusaka Bangsa,
Dipalu oleh Si Anak Muda,
Hadir Tuan Puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Yang berbahagia Tuan Mohd Yunos bin Malek, Pengarah


Savanna Hill Resort

Yang Berusaha Encik Abd Hadi, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Seri Kenanga,

Yang Dihormati, Dato’ Md Shadip bin Mohd, Naib Yang Dipertua


PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga,

Puan Saliha binti Jaafar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Azali bin Abdullah, Guru Penolong Kanan HEM,

Puan Mastura binti Dollah, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, barisan Guru-


guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke Ikhwan


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan Permata ini bagi MESYUARAT AGUNG
PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga,

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.
Hadirin Yang Dimuliakan, Shira
Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rozi Bin Dzulkafly untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd Rozi atas


pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung
akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama- Shira
Nasyid sama kita saksikan persembahan nasyid yang dipimpin oleh
Cikgu Faiq. Dipersilakan..

******************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid


sebentar tadi.

Ucapan YDP Warga dewan yang dimuliakan, Shira

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dato’ Md Shadip bin


Mohd untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Md Shadip bin Mohd


atas ucapan sebentar tadi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis Ikhwan
Ucapan Guru Besar menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Abd Hadi
bin Daud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga.
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas


ucapan sbentar tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin yang dimuliakan, Shira

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar


hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang
Berbahagia, Tuan Muhd Yunos bin Malek, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK Seri Kenanga. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada
Tuan Muhd Yunos bin Malek atas ucapan perasmian sebentar
tadi.

Ikhwan
Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,
Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK
jawatankuasa Seri Kenanga Sesi 2018/2019, majlis berbesar hati menjemput
PIBG- Perasmi dan mempersilakan ……………………………………………
untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Diminta Tuan Muhd Yunos terus kekal berada di atas pentas.


Majlis mempersilakan Dato Md Shadip bin Mohd diiringi oleh
Encik Abd Hadi bin Daud untuk menyampaikan cenderahati.
Dipersilakan.
Dari mana asalnya, usah diusul Shira
Penutup Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Seri Kenanga, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada
…………………………………… atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke- 36 Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru
dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada Ikhwan


PIBG 2019 ……………………………….. untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Kenanga bagi tahun 2019

Anda mungkin juga menyukai