Anda di halaman 1dari 7

Jawapan Kertas 1

Bahagian A

1 C 2 B 3 B 4 B 5 B 6 A

7 C 8 C 9 C 10 B 11 C 12 C

13 C 14 A 15 D 16 A 17 A 18 D

19 B 20 C

Bahagian B

B1

kesalahan bahasa

i mini bajet- bajet mini

ii dari- daripada

kesalahan ejaan

i. ditepok – ditepuk

ii. defenisi – definisi

iii. satay – sate

B2

i) Ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih daripada Oren kerana (2 isi sahaja)

- Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren

- kelabu sering menarik perhatian maka, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu.

-Oren lebih suka menyendiri dan pendiam

ii Dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas ialah

-ayah seorang prihatin kerana membawa Oren untuk dipelihara

-ayah seorang yang mengamalkan sikap pilih kasih keranaayahlebih menyayangi kelabu

daripada Oren
iii) Pada pendapat saya, faedah-faedah memelihara binatang kesayangan ialah ( 2 isi)

-binatang kesayangan dapat menghiburkan hati/mengurangkan stress

-binatang kesayangan dapat menjadi peneman hidup

-binatang kesayangan membolehkan masa lapang kita lebih berfaedah

-binatang kesayangan memjadikan kita lebih bertanggungjawab

(sila terima jawapan lain jika relevan )

soalan 3 Novel

Isi = 9m ( isi mesti ada huraian dan contoh)

Bahasa = 1m

_______

10 m

Persoalan

PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

1.Persoalan Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

2.Persoalan Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

3. Persoalan Keberanian mengharungi rintangan

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya
juang yang tinggi dan penyabar.

4 Persoalan Keinsafan setelah sedar dari kesilapan


Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang
panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan
insaf dari kesalahannya.

5. Persoalan Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib
Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.

6. Persoalan Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia


-Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia jelas pada papan tanda.Semasa mengambil gambar papan
tanda Azlina dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa Malaysia yang ditulis pada papan
tanda tersebut. Pada papan tanda pertama ditulis:

AWAS LUBANG ADA DEPAN!


Sepatutnya : Awas! Ada lubang di hadapan

PELAN-PELAN JALAN,DEPAN KERJA JALAN


Sepatutnya:Jalan perlahan-lahan ,kerja pembaikan sedang dijalankan.

-Bagi Johari, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menggunakan bahasa Malaysia dengan betul dan
mengelakkan pencemaran bahasa Malaysia.

7.Persoalan Sikap pemandu yang tidak berhemah


-Sikap pemandu yang tidak berdisiplin menyebabkan kemalangan berlaku. Johari berpendapat tahap
disiplin pemandu di negara ini masih rendah. Ribuan nyawa hilang dan harta benda berjuta-juta
ringgit musnah kerana kemalangan jalan raya. Bagi Johari,pendidikan tentang keselamatan jalan raya
mesti diajar bermula dari sekolah rendah hingga universiti. Dengan pendidikan yang berterusan,
akan terbentuk pengguna jalan raya yang bertimbang rasa.

8. Persoalan Tanah terbiar yang merugikan


-Tanah terbiar merugikan negara. Johari menganggap jika tanah terbiar diusahakan sudah pasti akan
mendatangkan pendapatan sehingga ribuan ringgit. Tanah yang ada perlu diusahakan bukannya
dibiar menjadi taman lalang.

9. Persoalan Akibat memanjakan anak


-Anak tidak boleh berdikari akibat sikap ibu bapa yang memanjakan mereka. Setelah mendapat
empat anak perempuan, ibu bapa Firdaus terlalu megharapkan anak lelaki. Apabila Firdaus lahir, dia
diberikan kasih sayang yang secukupnya. Semua kehendaknya dituruti. Akibatnya, Firdaus tidak
boleh berdikari dan tidak berani menghadapi cabaran hidup.

10 Persoalan Keangkuhan setelah berjaya


-Sikap angkuh dengan kejayaan perlu dihapuskan dalam diri. Akibat angkuh dengan kejayaannya
yang tiba dahulu di Pantai Morib Baru, Firdaus lupa diri terutama selepas mendapat ucapan tahniah
dan pujian daripada rakan-rakannya. Firdaus melupakan pengorbanan Azlina dan JOhari membantu
dan menunggang sepanjang perjalanan. Firdaus melakukan pembohongan demi pembohongan
supaya rakan-rakannya kagum dengan dirinya. Antara pembohongan Firdaus ialah Firdaus
mengatakan bahawa perjalananya lambat kerana Azlina yang asyik mahu berehat dan dia mengakui
kehebatannya berenang walaupun hakikatnya tidak sedemikian. Sikap angkuhnya menjerat diri
sendiri apabila dia lemas ketika menyelamatkan Mazlinda.

11 Persoalan Keburukan sikap dendam


-Sikap dendam tidak akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang. Firdaus berdendam dengan
Johari dan Azlina. Firdaus berasa marah dan kecil hati apabila disindir oleh Azlina.Firdaus juga marah
apabila Johari menegur perbuatannya yang menyindir dan tidak membantu Azlina ketika Azlina
cedera jatuh basikal. Sikap dendam ini menyebabkan Firdaus menjauhi diri daripada Johari dan
rakannya dengan mengatakan bahawa perjalannnya lambat kerana Azlina asyik mahu berehat.
Dendam yang membara dalam jiwa Firdaus menyebabkan dia tidak mempedulikan Azlina dan Johari
ketika berkhemah di Pantai Morib Baru sebaliknya lebih suka menghabiskan masa bersama sahabat-
sahabatnya. Firdaus sanggup melupakan susah payah dan bantuan Johari serta Azlina sepanjang
perjalanan sehingga dia berjaya sampai ke Pantai Morib Baru semata-mata kerana melayan sakit
hati.

12 . Persoalan Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan diperoleh melalui pembacaan luas. Azlina mengagumi Johari yang rajin membaca
buku. Johari menganggap ‘membaca’ itu satu keperluan. Membaca bukan sahaja hobi pada masa
lapang. Johari juga banyak menghabiskan duit membeli buku, majalah dan akhbar. Johari tidak suka
menonton televisyen atau wayang. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku. Bagi Johari
membaca merupakan alat pengukur kemajuan manusia.

13. Persoalan Kebijaksanaan membuat keputusan

Kebijaksanaan membuat keputusan melalui pertimbangan akal yang waras. Johari bijak membuat
keputusan apabila meminta menjadikan keputusan Azlina sebagai undi penentu sama ada mereka
akan meneruskan atau menamatkan perjalanan. Johari tidak mahu menjadi diktator sebaliknya
mengaplikasikan amalandemokrasi dalam membuat keputusan. Johari turut menasihati Firdaus agar
bijak membuat keputusan mengikut kemampuan diri dan kewarasan akal agar tidak mendatangkan
musibah kepada diri sendiri. Sikap Firdaus yang hanya mengikut pertimbangan perasaan dan emosi
menyebabkan dia lemas ketika ingin menyelamatkan Mazlinda.

13. Persoalan Kepentingan tempat bersejarah

Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah. Sepanjang perjalanan Johari sering menunjukkan
tempat-tempat bersejarah kepada Azlina dan Firdaus. Contohnya Masjid Sultan Sulaiman, Kolej
Islam Sultan Alam Shah yang merupakan sekolah berasrama penuh yang terkenal di Klang dan Istana
Mahkota. Johari juga menunjukkan kepada Azlina dan Firdaus rumah keluarga Haji Sidek yang telah
melahirkan jaguh-jaguh badminton negara, iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid melalui Banting.

14.Kepentingan bersukan

Sukan mampu meningkatkan stamina dan ketahanan diri. Johari tidak mengeluh kepenatan kerana
telah berbasikal sejak di sekolah rendah hingga menjadi pelajar Universiti Putra Malaysia. Azlina juga
cergas berbasikal kerana dia biasa berjoging pada setiap hari. Sebaliknya, Firdaus yang tidak gemar
bersukan menyebabkan dia sering mengeluh kepenatan dalam perjalanan.

Contoh persoalan:

Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak
Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia
selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian
mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh
50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila
sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh.
Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Bahagian C

Ringkasan
1 isi = 2m maks = 10 m
Sebab-sebab rakyat Malaysia perlu bersatu padu Bahasa =5m
15 m

Rakyat bermuafakat negara maju itulah antara slogan yang sering dilaung-laungkan untuk
menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
ini.

Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi
negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelagai kaum yang mempunyai
latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini saling
memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan
harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya.

Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti
ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti
pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita
bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur

Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera hasil
perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara
yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong datang ke negara ini seterusnya untuk
menikmati keindahan negara kita dan keunikan budaya masyarakat di sini. (Masyarakat Malaysia
yang bersatu juga melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin
yang berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu menangani segala bentuk masalah
sosial dalam masyarakat seterusnya (mengurangkan kadar jenayah.)

Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa bersatu padu, contohnya dengan
mengadakan program rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan. Selain itu aktiviti gotong-
royong yang melibatkan semua penduduk di sesebuah kawasan patut diadakan dengan kerap
mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu.

Kriteria Markah Bahasa

Cemerlang

4-5 markah

Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul

Baik

2 - 3 markah

Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan
yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Kurang memuaskan

1 markah

Bahasa tidak cekap Ayat tidak gramatis Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara