Anda di halaman 1dari 2

KESELAMATAN.

Keselamatan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap pelajar
semasa berada di dalam sesebuah bengkel. Semua pihak perlulah beringat tidak kira
pengajar mahupun pelajar haruslah mematuhi etika ketika berada di bengkel. Oleh itu bagi
mengelakkan kemalangan dari berlaku arahan dari pengajar perlulah dipatuhi sepenuhnya.
Ini tidak kiralah ketika melakukan kerja-kerja ataupun ketika mengendalikan mesin sahaja,
ianya perlu dipatuhi sepanjang berada di bengkel bagi mengelakkan kemalangan dari
berlaku. Antara faktor terjadinya kemalangan di dalam bengkel ialah:

1. Individu
- Kecuaian individu boleh menyebabkan kemlangan berlaku seperti bergurau
senda dengan rakan ketika melakukan kerja, tidak mematuhi arahan pensyarah
dan banyak lagi.

2. Peralatan atau mesin


- Akibat kecuaian kerana tidak meletakkan peralatan dengan betul setelah selesai
kerja boleh terjadinya kemalangan.

3. Persekitaran
- Persekitaran yang tidak diurus dengan baik selepas kerja selesai akan
mendatangkan akibat buruk kepada seseorang. Sebagai contoh, di dalam bengkel
hidraulik setelah kerja-kerja selesai akan ada tumpahan-tumpahan minyak tidak
kira di lantai mahupun di tempat melakukan kerja. Perkara ini boleh
menyebabkan seseorang itu jatuh dan sekaligus mengakibatkan kemalangan.

Perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap orang pelajar:


1. Tidak digalakkan memakai barangan seperti jam tangan, barang perhiasan seperti
gelang tangan dan lain-lain lagi.
2. Jangan sesekali bergurau senda dengan rakan kerana boleh menyebabkan berlakunya
perkara yang tidak diingini.
3. Patuhi segala arahan yang diberikan oleh pengajar. Ini bertujuan untuk memudahkan
lagi urusan semasa menjalankan kerja-kerja bengkel.
4. Pastikan keadaan disekeliling selamat semasa membuat kerja dan kemaskan kembali
tempat kerja setelah selesai kerja.
5. Memakai pakaian yang sesuai untuk menghadiri kelas di bengkel. Pakaian yang
dipakai mestilah sesuai dengan keadaan seperti dibengkel.
6. Fahami segala apa yang kerja yang akan dilakukan kerana kesilapan pemasangan
mungkin boleh mendatangkan bahaya.
LUKISAN.

Lakaran litar.

Anda mungkin juga menyukai